Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( MODEL ASSURE )

NAMA PELAJAR

: ANIZAN BINTI MD NOH ( 820530-02-5680 ) : PPG SAINS 2 : PPG AMBILAN JUN 2011

KUMPULAN / UNIT NAMA PROGRAM

KOD DAN NAMA KURSUS

: EDU 3105

NAMA PENSYARAH : PN AZIZAH BT ABD SAMAD PEMBIMBING

RANCANGAN PENGAJARAN MODEL ASSURE Nama Guru Unit Tarikh Masa Tahun Mata Pelajaran Tema Tajuk : Anizan bt Md Noh : PPG Ambilan Jun 2011/ Sains 2 : 25 April 2012 : 8.40 9.40 pagi : 1 Arif : Dunia Sains & Teknologi : Sains Fizikal :Lidah untuk merasa

Hasil Pembelajaran : menyatakan secara lisan bahawa fungsi lidah adalah . untuk merasa

A-Analyze Learners/ Menganalisis Murid Murid Tahun 1 Arif i. 8 orang murid perempuan. 17 orang murid lelaki. ii. iii. iv. Umur : 7 tahun Kelas campuran pelbagai kebolehan. Kebolehan murid: 2 orang murid tidak boleh membaca. 23 orang murid boleh membaca dengan baik. v. vi. Pengalaman sedia ada: Gaya Pembelajaran: a. Terdapat beberapa orang murid dalam kelas 1 Arif ini mempunyai gaya pembelajaran visual. Bagi murid visual mereka mudah mempelajari sesuatu melalui penglihatan. Ketika belajar mereka memerlukan bahan sokongan seperti gambar, video, carta, bahan 2D, bahan 3D atau bahan maujud. Mereka akan sentiasa memastikan bahan-bahan yang digunakan ini oleh dilihat dengan jelas. Mereka akan memanjangkan leher, berdiri atau berubah tempat duduk kerana ingin melihat apa yang ditunjukkan oleh guru. b. Terdapat juga murid di dalam kelas ini yang dikategorikan sebagai murid kinestatik. Murid kategori ini akan mudah belajar jika mereka

melakukan sendiri aktiviti di dalam bilik darjah. Mereka ingin menyentuh, merasa dan melakukan sendiri atau meneroka sesuatu untuk mendapatkan jawapan. c. Terdapat juga murid lain di dalam kelas ini yang dikategorikan sebagai murid auditori. Mereka belajar melalui pendengaran. Penerangan guru yang jelas amat membantu proses mereka. Penggunaan media seperti pita rakaman, bacaan teks yang jelas dan kuat amat berkesan kepada murid kategori ini.

S-State Objectives/ Menyatakan Objektif Pada akhir pembelajaran murid dapat : i. Mengenalpasti bahagian tubuh manusia yang berkaitan dengan deria rasa. ii. Mengelas pelbagai bahan makanan berdasarkan rasa manis, masin, pahit dan masam dengan menjalankan penyiasatan. S- Select Methods, Media & Meterials (Memilih Kaedah, Media & bahan Kaedah : Bersoal jawab Kaedah bersoal jawab dipilih kerana guru dapat mencungkil idea-idea baru dan pada masa yang sama dapat mencungkil pengetahuan sedia ada murid. Media : video : Videol digunakan kerana murid gemar melihat sendiri objek atau gambaran sebenar. Tayangan video mengenai bahan makanan yang biasa dimakan mengikut rasa masing-masing. Perbincangan Aktiviti perbincangan menggalakkan interaksi antara murid secara bermakna serta menggalakkan pertukaran idea dan pandangan dalam kalangan murid.

Penyelesaian masalah Kaedah penyelesaian masalah menggalakkan murid berfikir dan peka terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Bahan : Lembaran kerja Lembaran kerja dibina dengan menggunakan perisian Microsoft Office Word. Penggunaan Microsoft ini mudah dan sesuai bagi membina soalan-soalan untuk diedarkan kepada murid. Rumusan isi pelajaran menggunakan slaid Power Point memudahkan murid untuk memahami isi pelajaran.

U- Utilize Media & Materials (Menggunakan media & bahan)

Semak / pratonton / kaji sumber bahan sebelum digunakan: Guru menonton slaid dan menyemak bahan sumber yang lain sebelum digunakan di dalam kelas. Guru memastikan bahan yang digunakan berada dalam keadaan yang baik

Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas : i)Video Video yang digunakan diambil daripada youtube. Guru menggunakan video yang dihasilkan sebagai set induksi untuk memperkenalkan topik Lidah untuk merasa kepada murid. ii)Power Point Penghasilan Power Point ini melibatkan perisian Microsoft Power Point dan Adobe Photoshop serta melibatkan proses pengeditan grafik Guru menggunakan persembahan elektronik ini sebagai bahan tambahan ketika membuat rumusan isi pelajaran.

iii)Lembaran kerja Lembaran kerja dihasilkan dengan menggunakan perisian Microsoft Office Word. Lembaran ini digunakan sebagai pengukuhan di mana murid perlu menjawab soalan berkaitan topik masa.

Sediakan persekitaran yang sesuai : Guru memastikan komputer riba dan LCD berfungsi dengan baik. Sekiranya tidak, guru menggunakan makmal komputer atau bilik tayang Guru menyusun atur kedudukan meja murid dalam bentuk berkumpulan bersesuaian dengan aktiviti yang dirancang

Sediakan murid untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber : Tayangan video di dalam set induksi merangsang murid untuk berfikir mengenai topik di samping menarik minat murid terhadap aktiviti pembelajaran seterusnya.

Sediakan pengalaman pembelajaran bagi murid : Guru menggunakan alat bantu mengajar yang dapat membantu murid memahami isi pengajaran dan menggalakkan murid berfikir. Penggunaan bahan maujud seperti sos tomato, udang kering, gula pasir, asam jawa dan serbuk kopi membolehkan murid meneroka sendiri rasa setiap makanan tersebut.

R- Require Learner Participation (Memerlukan Penyertaan Pelajar) Set induksi (7 minit) Murid dirangsang dengan tayangan video Buah-buahan Tempatan. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai buah-buahan yang pernah mereka makan. Langkah 1 (15 minit) Murid melakar beberapa gambar makanan atau buah-buahan yang pernah mereka makan dan menulis rasa makanan tersebut. Contoh: buah rambutan rasanya manis. Murid menjawab soalan berdasarkan slaid yang ditayangkan di power point.

Langkah 2 (20 minit) Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan yang terdiri daripada 5 murid. Setiap kumpulan diberi tugasan untuk merasa makanan menggunakan lidah yang disediakan oleh guru. ( bahan maujud- sos tomato, udang kering, gula pasir,
4

asam jawa, dan serbuk kopi). Soalan akan dikemukakan oleh guru. Murid berbincang dalam kumpulan bagi menjalankan akiviti di mana murid dikehendaki mengenalpasti rasa makanan yang mereka telah rasa.

Langkah 3 (15 minit) Murid diberi gambar bahan makanan dalam lembaran kerja. Murid mewarna bahan makanan yang manis dengan warna kuning, masin dengan warna hijau, pahit warna biru dan masam warna merah. Murid diberikan satu gambaran situasi yang memerlukan penyelesaian masalah.

Penutup ( 3 minit ) Murid berbincang bersama guru mengenai jawapan dalam situasi yang diberikan. Guru membuat rumusan isi pelajaran dengan menayangkan slaid peta minda yang berkaitan rasa bahan makanan beserta contoh.

Penilaian pelajar Lembaran kerja, pemerhatian terhadap aktiviti perbincangan Penilaian media -Guru bertanya kepada murid mengenai pemahaman mereka terhadap media yang digunakan -Guru bertanya kepada murid sama ada audio dan video dapat didengar dengan jelas atau tidak Penilaian guru i)Pemerhatian terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran. iii)Guru mengedarkan borang penilaian guru kepada murid bagi mengetahui keberkesanan pengajaran

Anda mungkin juga menyukai