Anda di halaman 1dari 8

Pengenalan

Pendidikan adalah penyumbang utama pembangunan modal sosial dan ekonomi negara. Pendidikan juga merupakan pencetus kreativiti dan penjana inovasi yang melengkapkan generasi muda dengan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran kerja, dan menjadi pengupaya perkembangan ekonomi keseluruhannya.

Matlamat Pendidikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 boleh dilaksanakan melalui pembangunan sumber manusia yang lengkap, seimbang dan bersepadu. Proses pembangunan sumber manusia juga haruslah bersifat total atau menyeluruh. Dengan lain perkataan tidak ada mana-mana golongan di dalam negara kita yang tercicir atau diabaikan dalam proses tersebut.

Sesungguhnya kejayaan sistem pendidikan adalah hasil kegigihan dan dedikasi para guru, pengetua, pentadbir dan kaki tangan sokongan yang menjadi teras kekuatan kementerian pelajaran. Dalam tempoh 55 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan , menyaksikan peningkatan yang ketara dalam pembangunan pendidikan.

Wadah utama kepada pembangunan sumber manusia pula

sudah pasti

sebahagian besarnya bergantung kepada sistem pendidikan negara. Dengan lain perkataan apabila kita memperkatakan tentang isu pembangunan sumber manusia, maka mahu atau pun tidak kita mesti menyentuh tentang sistem pendidikan negara.

Pendemokrasian Pendidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengubah satu dasar pendidikan untuk penambahbaikan sistem pendidikan Malaysia dengan memperkenalkan dasar Pendemokrasian Pendidikan yang berteraskan kepada pendekatan demokrasi yang membawa kepada maksud yang doktrin iaitu asas penentuan bukan sahaja pembentukan kerajaan tetapi juga sebagai rangka budaya pentadbiran sesebuah negara.

Pendemokrasian Pendidikan dapatlah dikatakan sebagai prinsip-prinsip dan hal-hal sosial masyarakat manakala pendidikan pula adalah proses mendidik dan memberi didikan untuk menyemai sifat kemanusiaan disertai nilai-nilai murni dalam setiap diri individu khasnya modal insan Negara.

Tuntasnya

pendemokrasian

pendidikan

dapatlah

ditakrifkan

sebagai

persamaan hak yang sama rata terhadap proses dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan yang disediakan oleh sesuatu pendidikan di sesebuah negara.

Negara boleh berbangga dengan kejayaan menyediakan pendidikan rendah dan menengah rendah yang telah mencapai tahap hampir sejagat. Kejayaan negara menyediakan peluang pendidikan dalam tempoh yang singkat selepas merdeka

diakui oleh pertubuhan antara bangsa seperti UNESCO dan Bank Dunia.

Xxxxxxxxxxxx

Mengikut rekod Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), sehingga 2006 terdapat lebih kurang seramai 141,230 Orang Asli yang mewakili 0.6% daripada jumlah rakyat Malaysia. Orang Asli terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu kaum

Negrito, Senoi dan Melayu Proto. Setiap suku kaum mempunyai bahasa dan tradisi mereka sendiri. Populasi Mengikut Kaum Tahun 2003 dan 2006 Kaum Negrito Senoi Melayu Proto Jumlah Tahun 2003 4,001 81,826 61,585 147,412 Tahun 2006 3,671 79,155 58,404 141,230

Sumber: Jabatan Hal Ehwal Orang ASli Populasi 2006

Kerajaan khususnya kementerian pelajaran sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pendidikan demi memastikan tiada golongan yang tercicir dalam arus pembangunan negara.

Justru, Kementerian Pelajaran sejak sedekad lalu sentiasa menetapkan komitmen mahu merapatkan jurang pendidikan , tahap sosio ekonomi dan keupayaan murid-murid terutama murid orang asli dan pribumi agar golongan itu mempunyai peluang dan keupayaan sama iaitu cemerlang sama ada mereka tinggal di bandar, luar bandar atau pedalaman.

Usaha merapatkan jurang pendidikan telah berkembang pesat dan mencapai banyak kemajuan sejak Rancangan Malaysia ke-3 hinggalah sekarang.Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) di bawah teras ke-4 Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan (PIPP) adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosio ekonomi dan tahap keupayaan murid.

Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untuk memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.KPM telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.

KPM akan terus berusaha untuk mendemokrasikan pendidikan bagi merapatkan jurang dalam kalangan masyarakat berbilang etnik, budaya dan sosio ekonomi di negara ini.

Mantan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin berkata bahawa KPM sentiasa mengambil langkah ke hadapan bagi memastikan tidak ada murid yang akan ketinggalan dalam mengikuti arus perkembangan pendidikan di negara ini. Sementara itu dalam konteks pembelajaran anak-anak orang asli, kementerian memberikan penekanan dan fokus keperluan mendefinisikan semula persekolahan mereka katanya.

Menurutnya lagi, mereka ini boleh dikelompokkan dalam golongan berisiko tinggi yang perlu diberi perhatian agar tidak wujud jurang besar dalam pelbagai aspek antara antara murid di kawasan bandar dan luar bandar.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Data Murid Orang Asli Di Sekolah Rendah Tahun 2004-2008 TAHUN 2004 2005 2006 2007 2008 THN 1 4,225 4,190 4,307 4,776 5,528 THN 2 4,535 4,537 4,315 4,088 4,395 THN 3 4,598 4,852 4,725 4,416 4,194 THN 4 4,258 4,564 4,719 4,576 4,339 THN 5 4,012 4,244 4,746 4,543 4,474 THN 6 3,726 3,853 4,099 4,392 4,423 JUMLAH 25,354 26,240 26,911 26,791 27,353

Sumber: Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Tahun 2009 Masyarakat Orang Asli, indigenious dan pedalaman dikatakan agak ketinggalan dalam arus perdana sistem pendidikan negara.Oleh itu tumpuan hendaknya diberikan kepada kumpulan ini. Mereka perlu diberi peluang dan ruang untuk menerima segala perubahan secara menyeluruh bermula dengan menerima pendidikan yang dapat menjamin masa depan mereka.

Perancangan pelan ini dibuat bersama oleh JHEOA dan bahagian Perancangan dan Penyelarasan Kementerian Luar Bandar dan wilayah(KKLW). Objektif utama pelan ini bertujuan untuk menyediakan program atau aktiviti khusus di kawasan orang asli.

Kumpulan sasar program ini terdiri daripada 4 kumpulan iaitu: 1 Peringkat Pra Sekolah(5=6 tahun) Tujuan pendidikan pra sekolah adalah untuk menyediakan asas yang kukuh sebelum pendidikan formal. Ia bagi membolehkan kanak-kanak berumur 5-6 tahun memperoleh pendidikn awal yang kukuh dan kemahiran lain sebagai persediaan untuk ke sekolah rendah.

2 Peringkat Rendah ( 7-12 tahun) Tujuan pendidikan peringkat rendah adalah untuk menyediakan asas yang kukuh dalam 3M iaitu membaca, menulis dan mengira, konsep asas sains dan penerapan nilai-nilai murni.

3 Peringkat menengah (13-18 tahun) Pada peringkat ini penekanan diberikan kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dengan memberi fokus kepada pendidikan umum pada tahun 7 dan 8 supaya setiap pelajar mendapat pendedahan kepada pelbagai bidang ilmu.

4 Peringkat tertiari Pendidikan tertiari dalam konteks sistem pendidikan di Malaysia adalah selepas pendidikan menengah sehingga ke peringkat tinggi. Pada peringkat ini, pendidikan harus berupaya membangun minda anak-anak orang asli menjadi lebih kritis, kreatif dan inovatif serta dapat memajukan masyarakat dan negara dalam persaingan global.

Latihan kemahiran yang bersesuaian dengan minat serta kebolehan mereka turut diperkenalkan supaya mereka dapat memasuki pasaran tenaga buruh dan mendapat peluang-peluang pekerjaan yang sesuai dengan kebolehan mereka. Pelbagai program kemasyarakatan dianjurkan oleh pertubuhan seperti Penggerak Wanita Orang Asli. Antaranya program kesejahteraan keluarga, latihan-latihan kemahiran dan keusahawanan serta program celik huruf.

Indigenous

merujuk

ppenduduk

pribumi

di

pedalaman

Sabah

dan

Sarawak.Mereka dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan budaya.Di Sabah terdapat kira-kira 23 suku kaum Etnik manakala di Sarawak terdapat 24 suku kaum Etnik. Di Malaysia, masih terdapat sebilangan kecil mereka tinggal jauh di pedalaman sabah dan Sarawak.

Melalui pendemokrasian pendidikan apa saja kemudahan yang terdapat di sekolah perlu disamaratakan secara optimum tanpa mengira sekolah kaum indigenous atau bukan kaum indigenous. Kementerian Pelajaran telah

melaksanakan tindakan kolektif dengan mengadakan program outreach pendidikan khas dan lawatan jawatankuasa bertindak bagi menangani isu-isu pendidikan anak orang asli dan ingenous. Ada pegawai dan pihak yang membawa ubat kutu, membuat pemeriksaan gigi, pergi rumah ke rumah mendaftarkan anak orang asli dan indigenous, memberi ceramah, motivasi, menggalakkan tabungan dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai