Anda di halaman 1dari 1

Jika anda bercadang untuk menghasilkan imej berbentuk digital, anda perlulah memahami perbezaan umum antara kedua-dua

jenis software ini. Ok saya ambil contoh Adobe Illustrator dan Adobe Phostoshop. Kedua-duanya adalah software untuk menghasilkan grafik. Sebelum ini, saya juga keliru apakah perbezaannnya yang boleh dihuraikan kerana kebanyakan pengguna Malaysia lebih mahir menggunakan Photoshop berbanding Illustrator (am I right?) budak art/grafik tolak ketepi okay, dorang memang dah tahu + dahsyat bermain dengan kedua-dua software ini.

Berikut merupakan perbezaan ringkas/ketara yang perlu anda tahu :

Illustrator menghasilkan grafik berbentuk vektor dan juga tulisan berbentuk vektor (vector text). Grafik vektor mengandungi garisan (lines) dan sudut (curves) yang mana ianya mengandungi objek secara mathematical. Photoshop menghasilkan grafik berbentuk bitmap. Bitmap bermaksud ianya mengandungi titik-titik kecil (tiny dots) yang bewarna. Grafik bitmap diukur melalui jumlah dot per unit selalunya dipanggil dpi (dot per inch). Perlu tahu yang saiz grafik bitmap adalah lebih besar dari grafik vektor. Oleh itu, grafik vektor dapat menjimatkan ruang storage anda dan sekaligus ianya lebih cepat untuk dimuat turun atau naik. Dengan menggunakan kaedah vektor, anda dapat menjaga kualiti grafik tersebut walaupun saiznya telah diubah. Untuk grafik bitmap, kualitinya akan berubah jika anda membesarkan/mengurangkan saiz grafik. Perlu tahu yang sesetengah filter boleh digunakan pada grafik bitmap tetapi tidak boleh digunakan pada grafik vektor.

Berpandukan perbezaan di atas, jelas menunjukkan grafik yang dihasikan menggunakan Illustrator adalah lebih baik. Tetapi untuk mengubahsuai (edit) gambar sedia ada adalah lebih mudah dan baik menggunakan Photoshop. Dah lama rasanya tak buat grafik berbentuk logo logolah paling susah nak buat walaupun nampak simple (idea susah nak dapat).