Anda di halaman 1dari 9

Tajuk 11 : Kata Adjektif Jenis-jenis Kata Adjektif

Definisi Kata Adjektif Menurut Asraf (2007), kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas predikat sesuatu ayat. Contoh kata adjektif ialah cantik, bulat, merah dan sebagainya. Tatabahasa Dewan (2002), kata adjektif atau kata sifat, ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu atau kata penguat. Kata adjektif boleh dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Contohnya ialah amat sakit, cantik sekali dan sebagainya.

Jenis-jenis Kata Adjektif

Walaupun golongan kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara, namun berdasarkan kriteria makna, kita dapat membahagikan kata adjektif kepada sekurang-kurangnya sembilan jenis, seperti yang berikut :

Sifatan atau keadaan Pancaindera Warna

Perasaan

Cara Jarak

JENIS-JENIS KATA ADJEKTIF

Ukuran

Bentuk

Waktu

Rajah 1 : Jenis-jenis kata adjektif


1

8.2.1 Kata Adjektif Sifatan atau Keadaan Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama. Contohnya :

baik lemah jahat kasar cerdik berani takut gopoh sihat

Contoh penggunaannya dalam ayat: 1. Budak baik selalu dipuji. 2. Orang itu berniat jahat terhadap projek kita. 3. Anak guru itu amat cerdik. 4. Pelajar yang pandai akan berjaya dalam hidupnya. 5. Pekerja itu menyiapkan tugasnya dengan gopoh. 6. Kesemua ahli pasukan itu lemah. 7. Tindak-tanduk pemain itu terhadap Iawannya amat kasar. 8. Pegawai tentera itu sungguh berani. 9. Murid-murid itu amat takut akan anjing garang itu.

8.2.2 Kata Adjektif Warna Kata adjektif jenis mi terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian warna sebagai unsur keterangan. Contohnya:

merah ungu putih kelabu biru hitam hijau kuning perang jingga

Contoh penggunaannya dalam ayat: 1. Baju merah itu kepunyaanku.


2

2. Tubuhnya diselimuti kain putih. 3. Warna biru kegemaran ibu. 4. Daun-daun hijau tiada lagi pada pokok itu. 5. Warna perang tidak begitu digemari orang. 6. Warna pakaian seragam kami ungu. 7. Ayah suka bersongkok kelabu. 8. Ayam jantan itu berbulu hitam. 9. Warna kuning warna diraja. 10. Selendang kakak berwarna jingga.

8.2.3 Kata Adjektif Ukuran Kata adjektif ukuran ialah jenis perkataan yang memberi pengertian ukuran sebagai unsur keterangan. Contohnya :

panjang rendah pendek tebal kecil nipis besar kerdil tinggi renek Contoh penggunaannya dalam ayat:

1. Jambatan panjalig itu baru siap didirikan. 2. Pahlawan itu sentiasa berkeris panjang ke mana-mana sahaja dia pergi. 3. Bilik kecil mudah diurus. 4. Ayahnya bertugas di Pejabat Pos Besar. 5. Ketua pasukan itu titiggi orangnya. 6. Anaknya masih belajar di sekolah rent/alt. 7. Orang Eskimo sentiasa berbaju tebal kerana iklim negeri itu sejuk. 8. Lukanya dibalut dengan kain ,,ipis. 9. Orang-orang kerdil itu sedang bermain bola. 10. Pokok itu rettek kerana.kekurangan baja.

8.2.4 Kata Adjektif Bentuk Kata adjektif bentuk ialah jenis perkataan yang memberi pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan. Contohnya:

bulat bengkok lonjong lurus bujur buncit bundar kempis leper lekuk Contoh penggunaannya dalam ayat: 1. Kemerdekaan negara itu tercapai hasil satu perundingan meja bulat. 2. Kotak hadiah itu berbentuk empat segi bujur. 3. Ada dua vokal bundar dalam bahasa Melayu. 4. Gasing leper kesayangannya telah pecah. 5. Jalan bengkok ke kota itu telah ditutup. 6. Cans lurus menemukan dua titik. 7. Perut si Luncai buncit. 8. Tayar kempis itu segera ditukarnya. 9. Pemuda itu mudah dicam kerana berdagu lekuk.

8.2.5 Kata Adjektif Waktu Kata adjektif waktu ialah jenis perkataan yang memberi pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan. Contohnya:

baharu lampau lama lewat segera cepat suntuk lambat silam awal Contoh penggunaannya dalam ayat:
4

1. Ali ke kedai untuk membeli baju baharu. 2. Jalan lama ke kampung itu telah dibaiki. 3. Kanak-kanak suka makan makanan segera. 4. Kami tidak akan pergi kerana waktu amat suntuk. 5. Tiada kenderaan berenjin pada zaman silam. 6. Usah dikenang waktu yang lampau. 7. Mereka segera pulang kerana hari sudah lewat. 8. Perjalanan bas ekspres sangat cepat. 9. Jam dinding itu lambat setengah jam. 10. Ketibaannya terlalu awal.

8.2.6 Kata Adjektif Jarak Kata adjektif jarak ialah jenis perkataan yang memberi pengertian konsep ruang antara dua benda atau keadaan sebagai penerang kata nama. Contohnya : jauh hampir dekat nyaris Contoh penggunaannya dalam ayat:

1. Rumah yang ditujui itu sungguh jauh. 2. Tempat kejadian itu berlaku dekat sekali dengan rumah saya. 3. Rumahnya paling hampir dengan sekolah. 4. Dalam kemalangan itu, mereka nyaris menemui ajal.

8.2.7 Kata Adjektif Cara Kata adjektif cara ialah jenis perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam, sebagai penerang kata nama. Contohnya :

cepat lincah deras gopoh laju jelas


5

lambat sening perlahan selalu Contoh penggunaannya dalam ayat: Tindak balas orang tua itu sungguh cepat. Pengaliran air sungai itu deras. Motosikal laju itu direka khas untuk perlumbaan. Orang lambat selalu rugi. Pemain lincah itu berasal dari utara. Gerak-gerinya amat perlahan. Kemalangan jalan raya pada tahun ini amat sering. Taklimat projek yang disampaikan jelas. Dia selalu gopoh dalam peperiksaan.

8.2.8 Kata Adjektif Perasaan Kata adjektif ini terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian konsep perasaan, sebagai penerang kata nama dan harus diikuti oleh kata sendi nama. Contohnya : rindu berahi benci ragu segan kasih suka sayang gembira Contoh penggunaannya dalam ayat: Dia amat rindu akan emaknya. Saya sungguh benci dengan kelakuan buruknya. Gadis itu terlalu segan untuk bertanya. Dia segan sungguh dengan pemuda itu. Anak kecil itu gembira sekali dengan permainan itu. Kami semua amat kasih akan guru itu. Anak raja itu berahi akan Puteri Bongsu. Pemuda itu rindu sangat akan gadis pingitan itu. Dia masih ragu-ragu terhadap kejujuran pembantunya.
6

8.2.9 Kata Adjektif Pancaindera Kata adjektif jenis mi terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh, atau gabungan kelima-lima indera, sebagai penerang kata nama. Contohnya:

(i) Indera rasa : sedap pahit manis masin lazat tawar masam lemak kelat payau Contoh penggunaannya dalam ayat: 1. Masakan sedap tidak semestinya terdapat di kedai. 2. Wajah perawan itu manis. 3. Mereka akan menyediakan makanan lazat. 4. Dia berdiri sambil menunjukkan muka masam. 5. Pisang muda kelat rasanya. 6. Ubat pahit itu untuk ayah. 7. Air perigi di rumah saya sangat payau. 8. Di pulau itu ada tasik air tawar. 9. Masakan ini terlalu masin. 10. Gulai itu tidak lemak kerana kekurangan santan.

(ii) Indera pandang : cantik buruk molek tampan hodoh comel lawa segak Contoh penggunaannya dalam ayat: 1. Pemandangan di pinggir laut itu sungguh cantik. 2. Gadis molek itu anak Pak Hamid. 3. Rupanya hodoh tetapi akhlaknya mulia. 4. Pemuda lawa itu berasal dan Perak. 5. Perompak-perompak itu keluar dan rumah buruk itu.
7

6. Kakaknya akan berkahwin dengan pemuda tampan itu. 7. Bayi comel itu memenangi hadiah pertama. 8. Pengawal-pengawal peribadi baginda segak belaka.

(iii) Indera dengar : bising mersik merdu serak nyaring garau lunak Contoh penggunaannya dalam ayat: 1. Bunyi bising itu datang dan biliknya. 2. Penyanyi itu mempunyai suara merdu. 3. Bunyi semboyan kereta api itu sungguh nyaring. 4. Penyanyi suara lunak itu baru berusia 15 tahun. 5. Bunyi biolanya amat mersik. 6. Mereka menjerit-jerit sehingga serak suara mereka. 7. Pegawai tentera itu mempunyai suara garau.

(iv) Indera bau : harum tengik wangi semerbak busuk hanyir hapak hancing Contoh penggunaannya dalam ayat: 1. Bedak sejuk itu harum baunya. 2. Pemuda itu suka memakai minyak wangi. 3. Bau busuk di kilang itu mengganggu kami. 4. Pakaian yang tidak dicuci baunya hapak. 5. Minyak tengik itu jangan digunakan. 6. Kawasan di pekarangan rumahnya sentiasa semerbak dengan bau bungabungaan. 7. Bau ikan yang sedang disiang itu hanyir. 8. Tandas yang tidak dibersihkan itu hancing sungguh.
8

(v) Indera sentuh : halus kesat 11cm lembap kasar lembut keras Contoh penggunaannya dalam ayat: Kain halus itu hash tenunan tangan. Papan itu kasar kerana belum diketam. Bancuhan simen itu telah keras. Jangan suka memakal pakaian lembap. Mereka menguli adunan itu sehingga lembut.

(vi) Gabungan indera : bersih (sentuh + pandang + bau) selesa (sentuh + pandang) tenteram (dengar + pandang) Contoh penggunaannya dalam ayat: 1. Islam menggalakkan orang memakai pakaian bersih. 2. Rumah kepunyaan Ali itu selesa benar. 3. Kehidupan sepasang suami isteri itu amat tenteram.

Anda mungkin juga menyukai