Anda di halaman 1dari 14

1.

0 Pengenalan

Dalam proses pembelajaran, aktiviti pembacaan dianggap sebagai aktiviti yang paling penting. Menurut Yahya Othman (2004), membaca merupakan suatu proses membina makna melalui gabungan beberapa huruf. Penyataan tersebut bermaksud seseorang yang dapat memahami apa yang tertulis pada bahan yang dibacanya. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, hal ini penting kerana kefahaman merupakan tunjang dalam proses pembelajaran, begitu juga sebaliknya, pembelajaran adalah asas bagi kefahaman. Oleh itu, jika seseorang itu ingin mendapatkan kefahaman, individu itu perlulah menjalani proses pembelajaran dengan membaca. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat (2008), membaca ialah memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Lantaran itu, penyataan ini sekali lagi menegaskan kepada pentingnya kefahaman yang kukuh dalam proses membaca. Oleh itu, proses membaca yang berkesan memerlukan kemahiran tertentu sama ada sebelum, semasa atau selepas proses membaca supaya kefahaman yang mantap boleh dicapai. Di sekolah rendah, murid-murid perlu banyak membaca bahan-bahan pelajaran seperti buku teks, petikan karangan dan buku rujukan. Ada kalanya, mereka membaca secara meluas atau ekstensif dan ada kalanya pula mereka perlu membaca secara mendalam atau intensif (Kemahiran Membaca). Kemampuan membaca dan memahami bahan bacaan boleh menentukan murid tersebut mampu mengikuti pelajaran dengan baik atau sebaliknya.

2.0 Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca

Menurut Kamariah Wahab (2007), secara umumnya, kemahiran membaca terbahagi kepada dua iaitu membaca secara pantas dan membaca secara kritis.
1

Membaca secara pantas merujuk kepada perbuatan membaca secara sepintas lalu bagi mendapat idea utama atau tema atau mencari maklumat khusus dalam suatu bahan bacaan. Pembacaan ini boleh dilakukan melalui teknik Skimming dan Scanning. Kefahaman membaca yang mendalam di kalangan murid-murid dapat diterapkan melalui pembacaan secara kritis. Hal ini kerana menurut Malek Muhamat Said (2006), membaca secara kritis membantu pembaca memahami isi kandungan secara tepat, mengenalpasti dan mengumpul maklumat dan mengadunnya untuk dibuat rumusan, hipotesis ataupun kritikan. Dalam pembacaan secara kritis, terdapat beberapa teknik pengajaran yang boleh digunakan bagi mengajar murid untuk membaca secara kritis. Dalam hal ini, teknik pengajaran membaca secara kritis boleh dibahagi kepada dua, iaitu teknik KWLH dan SQ3R. Penulisan ini akan menyentuh teknik SQ3R dari aspek cara penggunaannya dan bagaimana teknik-teknik ini dapat diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

2.1 Teknik Pengajaran SQ3R

SQ3R atau SQRRR merupakan sejenis teknik pengajaran bagi kefahaman membaca yang dinamakan melalui singkatan kepada langkahnya, Survey , Question (Soalan), Read (baca), Recite (menyebut atau mengulang) dan Review (semak). Menurut Jennings dan Caulfield (2005), teknik ini telah diperkenalkan oleh Francis Robinson ketika Perang Dunia Kedua untuk membantu anggota-anggota tentera menjalani kursus pantas universiti. Hal ini kerana teknik ini membantu anggota-anggota tentera tersebut lebih pantas menguasai pelajaran dengan mengutamakan kefahaman semasa membaca dan mengurangkan masa untuk menyemak atau mengulang semula bahan bacaan. Oleh hal yang demikian, teknik ini juga dapat diaplikasikan kepada murid-murid sekolah rendah.

Di dalam kelas, guru boleh menggunakan teknik ini untuk membimbing muridmurid bagi meningkatkan kemahiran belajar mereka. Melalui SQ3R, murid terlebih dahulu membuat tinjauan tajuk dan sub-tajuk bahan bacaan sebelum lebih mendalami bahan tersebut. Hal ini membenarkan murid-murid untuk merancang apa yang ingin diketahui melalui penyoalan berkaitan dengan bahan tersebut. Dengan cara ini, isi-isi yang telah diketahui tentang bahan tersebut untuk dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman mereka. Pengukuhan maklumat dibuat dengan menyatakan kembali dan menyemak semula. Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, SQ3R terbahagi kepada lima peringkat.

2.1.1 Peringkat Survey (Memantau)

Survey atau memantau ialah peringkat pertama dalam teknik SQ3R. Pada peringkat ini, murid-murid perlu membaca sepintas lalu supaya mendapat gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahaman masing-masing. Peringkat ini hanya memerlukan beberapa minit sahaja dan lebih memberi fokus kepada membaca tajuk dan subtajuk bahan bacaan supaya murid-murid sudah mendapat idea ringkas atau kefahaman awal tentang kandungan bahan tersebut. Murid juga boleh merujuk kepada sebarang bantuan grafik yang terdapat dalam bahan bacaan tersebut seperti gambar, graf dan jadual. Cara ini bukan sahaja memberi sedikit latarbelakang bahan bacaan tersebut malah membantu murid mendapat maklumat am yang terdapat dalam bahan bacaan tersebut. Lantaran itu, murid sedikit sebanyak jelas dengan organisasi dan susunan maklumat bahan bacaan tersebut. Hal ini juga menjimatkan masa murid dalam mencari maklumat yang diingini tanpa perlu banyak kali mengulang membaca.

2.1.2 Peringkat Question (Soalan)


3

Setelah Survey, peringkat seterusnya yang terlibat dalam teknik ini ialah peringkat soalan atau Question. Menurut Hasan Haji Muhammad Ali, Hasan bin Mohamed Ali (2006), setelah selesai pembacaan, seseorang itu perlu menimbulkan soalan berkaitan dengan apa yang dibaca. Dalam hal ini, murid-murid perlu membina soalan-soalan yang boleh dikaitkan dengan tajuk dan subtajuk yang dibaca sebentar tadi. Guru boleh membimbing murid-murid membina soalan ini melalui prinsip 5W 1H iaitu what (apa),when (bila),where (di mana),why (mengapa), who (siapa) dan how (bagaimana). Contohnya, jika diberi bahan bertajuk pencemaran alam sekitar, guru perlu membantu murid menyenaraikan soalan seperti apakah itu pencemaran? Bagaimanakah pencemaran berlaku? Hal ini membantu meningkatkan rasa ingin tahu murid dalam pencarian .

2.1.3 Peringkat Read (Bacaan) Setelah selesai menyenaraikan soalan-soalan, murid-murid perlu membaca bahan tersebut dengan tujuan untuk mendapatkan jawapan kepada soalan yang telah dibina. Ketika ini,pembacaan perlu dilakukan secara lebih mendalam berbanding peringkat Survey. Guru juga perlu menggalakkan murid untuk menggariskan atau mewarnakan isi utama yang telah dikenalpasti. Semasa ini juga, murid perlu diajar untuk membaca satu bahagian atau perenggan pada satu masa dan berhenti seketika dan bertanya kepada murid-murid apa yang telah dibaca. Jika mereka dapat menjawab, maka guru boleh membenarkan mereka meneruskan bacaan. Ketika ini juga guru boleh merangsang minda murid-murid untuk bermain dengan imaginasi supaya mendapat gambaran yang lebih jelas tentang apa yang dibaca. Vandermey, Meyer, Rys dan Sebranek (2012) mencadangkan bahawa penting bagi seseorang pembaca itu sentiasa mencatat apa yang dibaca seperti isi-isi penting dan jawapan kepada soalan yang dibina. Hal ini memudahkan murid-murid untuk merujuk kembali maklumat yang diperoleh.

2.1.4 Peringkat Recite (Menyebut)

Setelah murid-murid membaca keseluruhan teks, mereka dikehendaki mengingat kembali kesemua atau sebahagian maklumat yang diperoleh. Menurut Blerkom (2012), pembaca digalakkan menyebut maklumat yang didapati dengan perkataan sendiri tanpa merujuk bahan yang dibaca. Hal ini bertujuan untuk menguji sejauh mana maklumat yang telah diingati murid-murid sepanjang membaca bahan yang diberi. Guru perlu meminta murid-murid perlu menyebut kembali maklumat yang berkaitan dengan soalan atau tugasan sebelum dapat menjawab semua soalan tugasan berdasarkan maklumat dalam teks. Guru juga boleh menggalakkan murid-murid juga boleh mengemukakan jawapan sendiri mengikut kefahaman sendiri kepada soalan asal sebelum merujuk kepada jawapan yang terdapat dalam bahan bacaan. Cara ini membantu mereka membandingkan jawapan mereka dengan jawapan asal untuk melihat ketepatan jawapan yang diberikan dengan jawapan yang terdapat dalam bahan bacaan supaya guru boleh mengukur kefahaman murid-murid.

2.1.5. Peringkat Review (Menyemak) Menurut Manzo dan Manzo (1990), seseorang itu perlu membuat semakan secara berkala tentang apa yang dibaca dan belajar. Dalam hal ini, apabila murid-murid telah selesai sehingga peringkat Recite atau menyebut, mereka boleh membaca semula catatan atau nota yang telah dibuat untuk lebih mengingati dan memahami maklumat-maklumat penting daripada bahan bacaan. Murid-murid juga boleh membaca isi-isi penting yang telah dicatat sebagai ulang kaji untuk memastikan kefahaman yang

lebih mantap. Semasa ini juga, murid boleh mencatat maklumat tambahan berdasarkan bahan bacaan tersebut.

2.1.6 Kelebihan Teknik SQ3R

Teknik bacaan SQ3R membuka interaksi antara pembaca dan bahan bacaan secara berperingkat. Ketika murid-murid melalui kelima-lima peringkat ini, mereka akan mendapatkan maklumat, merangka soalan, berfikir tentang apa yang telah dibaca, dan cuba untuk mencari jawapan kepada semua soalan. Murid juga menyebut dan menyenarai semula maklumat yang didapati secara lisan. Lantaran itu, aktiviti-aktiviti ini secara tidak langsung melibatkan penggunaan deria visual, auditori dan kinestetik. Menurut Pathak (2012), dalam proses pembelajaran, lebih banyak deria yang terlibat, proses pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. Hal ini kerana murid-murid memperoleh pengalaman melalui deria-deria mereka. Selain itu, teknik SQ3R melibatkan peringkat Survey atau previu terlebih dahulu terhadap bahan bacaan. Peringkat ini sangat berkesan dalam meningkatkan jumlah maklumat yang dapat disimpan semasa pembacaan awal kerana mendidik murid untuk mencari idea utama dengan membaca tajuk besar, subtajuk-subtajuk dan bantuan grafik. Oleh itu, hal ini sedikit sebanyak membentuk idea umum dan fahaman awal mengenai topik dan perkara yang akan dibaca. Apabila fahaman awal sudah terbentuk, mereka boleh menyenaraikan soalan-soalan yang berkaitan. Proses pada peringkat ini pula iaitu peringkat Question menggalakkan murid-murid untuk menggunakan daya imaginasi dan pemikiran yang abstrak dalam mengembangkan soalan. Oleh itu, mereka boleh menjangka apa yang ingin dibaca dan secara tidak langsung membantu untuk melibatkan minat murid terhadap bahan bacaan sekaligus meningkatkan daya kefahaman mereka terhadap apa yang dibaca. Menurut Blerkom (2009), SQ3R membekalkan murid-murid dengan proses pengulangan yang kerap bagi maklumat-maklumat penting. Menurut Ibnu At Tin,
6

mengulang sebanyak tiga kali dapat menghindarkan kesalahan dan mempertegas penjelasan (Fuad Abdul Aziz Syalhud, 2006). Hal ini bermaksud pengulangan boleh membantu seseorang itu daripada membuat kesilapan dan memantapkan lagi kefahamannya mengenai sesuatu perkara itu. Dalam konteks ini, murid-murid akan memahami maklumat setelah berulang kali membaca dan dapat membetulkan pemahaman jika terdapat kesilapan semasa awal-awal dalam peringkat SQ3R. Disebabkan pengulangan juga, masa yang digunakan dalam proses pembelajaran meningkat. Menurut Nor Hashimah Hasyim dan Yahya Che Lah (2007), jumlah masa untuk sesuatu aktiviti merupakan faktor yang penting dalam pembelajaran.

2.1.7 Kelemahan SQ3R

Namun begitu disebabkan proses SQ3R yang memakan masa ini boleh menyebabkan segelintir murid yang kurang bersemangat dalam kelas untuk hilang minat di tengah-tengah proses membaca. Hal ini kerana masa akan lebih banyak diambil untuk memastikan murid-murid memahami setiap topik atau perenggan yang dibaca. Oleh itu, guru perlu memastikan murid tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk membaca semasa peringkat Survey. Guru juga perlu merangsang minda murid dengan penyoalan seperti apa yang ingin dicari dalam teks. Dengan cara ini, murid menjadi lebih peka dan dapat memberi fokus kepada aktiviti ini. Menurut Osborn dan Lehr (1998), murid-murid yang tidak mempunyai pengetahuan umum berkaitan tajuk bahan bacaan, akan mengalami masalah dalam melaksanakan teknik ini. Hal ini dibuktikan apabila guru memberi teks-teks yang menyentuh topik-topik yang asing bagi murid-murid. Masalah ini boleh dilihat dalam kalangan murid-murid yang tidak mengambil tahu tentang isu semasa. Namun, perkara ini boleh diatasi melalui tindakan inisiatif guru sendiri. Sebelum menjalankan aktiviti membaca dengan teknik SQ3R, guru hendaklah terlebih dahulu memaklumkan kepada murid pada sesi kelas sebelumnya. Hal ini memberi ruang dan masa untuk murid mencari pendedahan mengenai tajuk dan topik yang disebut oleh guru.
7

Selain itu, sesetengah murid tidak mempunyai kemahiran untuk memindahkan maklumat ke dalam bentuk susunan grafik (graphic organizer) seperti peta minda. Segelintir murid sebegini menghadapi masalah untuk memahami isi bahan bacaan atau teks yang dibaca sekaligus mengelirukan mereka untuk mencari isi penting dan maklumat untuk jawapan persoalan mereka. Dalam hal ini, guru boleh membantu murid yang mengalami masalah ini dengan mengenalpasti isi utama dan huraian bagi setiap perenggan dalam sesuatu teks itu. Guru perlu mendedahkan murid susunan dan organisasi maklumat dalam teks yang dibaca. Dengan cara ini, murid boleh mengenalpasti di mana letaknya idea utama dalam sesuatu perenggan. Di samping itu, tidak semua murid mempunyai ingatan yang kukuh. Hal ini akan menyukarkan sebahagian daripada mereka untuk mengingati semua maklumatmaklumat yang telah diperoleh. Oleh itu, keadaan ini akan melambatkan kadar pelaksanaan aktiviti membaca ini. Disebabkan itu, guru perlu membimbing mereka dalam mengingati maklumat-maklumat yang diperoleh. Guru boleh menggunakan grafik tambahan sebagai bantuan untuk membantu murid-murid mengingat maklumat. Pada masa yang sama, murid-murid kadang kala mungkin membina soalansoalan yang tidak berkaitan dengan tajuk bahan bacaan. Hal ini menyebabkan mereka tidak akan dapat jumpa apa yang ingin dicari semasa membaca. Oleh itu guru hendaklah bertanya kepada murid terlebih dahulu soalan-soalan yang dibuat. Cara ini membenarkan guru membetulkan kesilapan murid-murid terlebih dahulu dengan sama ada menegaskan sekali lagi tajuk utama bahan bacaan dan kaitannya dengan soalan yang dibina.

2.2 Teknik Membaca KWLH Kadar pembelajaran murid-murid akan menjadi lebih berkesan apabila mereka didedahkan dengan matlamat atau objektif sesuatu pelajaran. Jika mereka sedar dengan hasil pembelajaran yang dikehendaki guru, murid-murid akan mengetahui apa yang perlu difokus. Oleh sebab itu, pemikiran kritikal dan kadar pembelajaran dapat dipertingkatkan apabila murid-murid mempunyai matlamat atau sasaran yang jelas sebagai rujukan untuk usaha mereka. Dalam usaha untuk melibatkan diri dalam menyelesaikan masalah atau menganalisis isu-isu yang akan membantu mereka dalam mencapai matlamat mereka, murid-murid perlu mengumpul maklumat baru dan mengkaitkan maklumat tersebut dengan maklumat sedia ada dalam pengetahuan mereka. Menurut Curtis dan OHagan (2003), proses yang membina makna ini dikenali sebagai proses asimilasi. Dengan mengetahui pengetahuan sedia ada murid-murid terlebih dahulu mengenai topik atau subjek membantu mereka membina makna kepada maklumat baru yang diperoleh. Oleh itu, salah satu strategi yang mereka boleh gunakan untuk membantu mereka membina makna ialah teknik KWLH. KWLH merujuk kepada singkatan, Know (Tahu), Want (Ingin), Learn (Belajar) dan How (Bagaimana). Know atau tahu merujuk kepada langkah untuk membantu murid mengingat semula apa yang mereka tahu mengenai subjek atau topik yang ingin dibaca. Want atau Ingin pula membantu murid menentukan apa yang mereka mahu untuk belajar. Learn atau Belajar membantu murid mengenal pasti apa yang mereka pelajari semasa mereka membaca. How atau Bagaimana merujuk kepada cara yang murid dapat mempelajari dengan lebih mendalam. Secara ringkasnya, Teknik KWLH merupakan salah satu daripada pelbagai graphic organizer atau pengurus grafik yang membantu murid menyusun pengetahuan mereka dan menentukan apa yang ingin dipelajari melalui apa yang dibaca.

2.2.1 Know Langkah ini membantu murid-murid mencatat maklumat yang sudah diketahui berdasarkan tajuk atau perkara yang akan dibaca. 2.2.2 Want (Hendak/Ingin Tahu) Langkah ini pula membantu murid-murid mencatatkan apa yang ingin diketahui melalui apa yang akan dibaca. 2.2.3 Learn (Pelajari) Ketika ini, murid perlu mencatat isi-isi penting atau maklumat yang diperoleh daripada bahan bacaan berdasarkan tajuk atau teks. Hal ini hampir sama dengan langkah dalam teknik SQ3R di mana murid menjawab soalan-soalan yang ditimbulkan sendiri. 2.2.4 How (Bagaimana) How atau Bagaimana menggalakkan murid untuk mendapatkan maklumat yang tambahan sebelum melakukan pembacaan yang seterusnya. Dalam hal ini, murid boleh menggunakan sumber-sumber selain buku teks seperti surat khabar dan internet. 2.2.5 Aplikasi KWLH Dalam kelas, guru akan menyediakan tajuk dan menggunakan borang KWLH kepada murid-murid. Kemudian guru akan membuat perbincangan dengan murid mengenai tajuk yang disediakan. Guru perlu membimbing murid-murid dalam mengisi ruangan K ( apa yang saya tahu) dan ruangan W ( apa yang saya ingin tahu). Hal ini membenarkan guru mengetahui terlebih dahulu apa yang diketahui murid berkaitan dengan tajuk bacaan. Jika perlu, guru boleh mengambil langkah inisiatif untuk mendedahkan maklumat berkaitan dengan tajuk yang ingin dibaca. Dalam hal ini, bantuan grafik seperti gambar sangat membantu murid mendapat gambaran tajuk yang akan dibaca. Contohnya, jika tajuk mengenai pencemaran, guru boleh mempamerkan gambar asap-asap berkepulan di kilang dan sampah-sarap yang dibuang merata-rata.
10

Setelah mendapat gambaran awal dan murid pula telah menetapkan apa yang ingin diketahui, guru boleh menyerahkan teks atau petikan dan meminta murid-murid membaca sambil mencatat isi-isi penting dalam ruangan L ( apa yang saya telah pelajari) semasa membaca. Ruangan ini boleh menentukan sejauh mana kefahaman murid terhadap bahan bacaan. Selesai membaca, guru akan berbincang dengan murid tentang perkara yang telah mereka pelajari dan meminta murid mengisi ruangan H (bagaimana untuk mendapatkan maklumat tambahan) berkaitan dengan tajuk yang dipelajari. Hal ini membantu murid untuk meneroka medium lain untuk memantapkan pengetahuan mengenai apa yang telah dibaca. Secara tidak langsung, teknik ini boleh menggalakkan murid untuk mengamalkan pembelajaran kendiri.

2.3 Kesimpulan Kemahiran membaca penting untuk kelengkapan diri seorang pelajar dalam kemahiran belajar. Oleh itu, sangat penting bagi murid-murid menguasai kemahiran membaca. Hal ini kerana pembacaan yang mantap membantu kepada pengukuhan kefahaman apa yang dibaca. Dalam hal ini, amat penting bagi murid untuk aktif semasa membaca. Hal ini bermakna murid sentiasa sedar apa yang mereka baca dan pelajari semasa mereka membaca dan mampu menceritakan semula isi-isi yang berkaitan. Bagi mencapai keadaan ini, murid dikehendaki melibatkan keseluruhan deria-deria atau pancaindera mereka dalam aktiviti membaca. Menurut Yahya Othman (2006), kebanyakan guru Bahasa Melayu percaya pelajar yang lemah dalam kemahiran belajar adalah mereka yang kurang atau tidak berpengalaman dalam kehidupan yang menjadikan mereka tidak bersedia belajar di sekolah. Hal ini jelas menunjukkan kurangnya aktiviti yang mendorong atau merangsang pancaindera mereka untuk membantu belajar dengan berkesan. Oleh itu, pemikiran secara kritis juga tidak berlaku. Disebabkan itu amat penting guru menggunakan teknik-teknik kemahiran membaca kepada murid-murid bukan sahaja dapat mengingati maklumat penting dalam bahan bacaan malah memahami secara jelas.
11

3.0 Refleksi Kendiri Melalui kerja kursus yang telah dijalankan, telah banyak perkara saya pelajari dan dapat dijadikan sebagai panduan bagi saya apabila ingin mengajar suatu hari nanti. Dalam kerja kursus ini, saya telah menyentuh teknik pengajaran kemahiran membaca, iaitu teknik SQ3R dan KWLH. Pada pendapat saya, teknik SQ3R dan KWLH ini bersesuaian dengan muridmurid yang sudah menguasai bacaan secara mentalis seperti murid-murid tahun tiga ke atas. Kedua-dua teknik ini memerlukan pembacaan yang teliti untuk memahami isinya. Pembacaan secara mekanis boleh mengganggu murid daripada berfikir semasa membaca dan mengganggu konsentrasi murid-murid lain yang sedang membaca. Setelah membuat kajian tentang teknik SQ3R, saya dapat simpulkan teknik ini mengikut peringkatnya yang masing-masing. Pada peringkat Survey murid membaca secara keseluruhan bahan tersebut termasuk pada bahagian pengenalan, tajuk dan tajuk kecil serta meneliti sebarang carta, gambar, lakaran rumusan serta maklumat lain yang berkaitan secara sepintas lalu. Peringkat awal ini memainkan peranan dalam penting bagi membina konsep awal mengenai tajuk bahan bacaan tersebut. Hal ini dapat dilihat boleh menjadi ajen pemangkin dalam membina minat dan kefahaman murid-murid sebelum memulakan pembacaan. Peringkat Question perlu menglibatkan prinsip 5W1H. Peringkat ini membantu murid berfikir dahulu apa yang ingin dicari dan apa yang ingin dibaca daripada sesuatu bahan itu. Melalui dapatan saya, peringkat ini menyusun pemikiran murid-murid untuk memberi fokus kepada jawapan yang terdapat dalam bahan bacaan daripada membaca seluruh teks tanpa dapat memahami kandungannya. Peringkat baca pada bahagian-bahagian yang berkaitan sahaja yang dianggap penting dan releven. Bacaan ini adalah hasil daripada apa yang anda telah tinjau dan soal. Sebagai contoh, ketika meninjau anda telah mengenal pasti beberapa carta, lakaran atau maklumat yang penting. Oleh itu bacaan anda perlu tertumpu ke arah ini.
12

Begitu juga keadaannya ketika anda mengemukan soalan. Jika anda dapati soalansoalan yang dikemukakan hasil daripada pembacaan relevan dengan tugasan yang hendak anda lakukan, maka pembacaan secara menyeluruh harus dilakukan pada bahagian tersebut. Peringkat Recite pula mengingat semula dan memahami apa yang dibaca adalah penting untuk tujuan mengumpul fakta. Pada peringkat ini, murid hendaklah menggaris, mewarna, mencatat nota serta merumus pada bahagian-bahagian yang penting. Menyebut maklumat secara lisan membantu murid mengingat kembali apa yang dibaca. Peringkat Review apabila fakta-fakta penting telah dapat dikumpul, maka anda perlu mengulangi bacaannya beberapa kali. Untuk tujuan hafalan jika ia memerlukan anda berbuat demikian, pengulangan perlu dibuat setiap hari pada bahan yang anda kumpulkan itu. Tuntasnya di sini, SQ3R sekurang-kurangnya mampu memberi satu halatuju ketika membuat pembacaan serta pengumpulan isi. Tanpa ada sesuatu teknik, murid tidak mempunyai fokus dan akhirnya rasa bosan akan menjejaskan tugasan. SQ3R juga sesuai dijalankan secara kumpulan kecil. Walau bagaimanpun penentuan topik serta kesungguhan penyertaan ahli kumpulan adalah faktor yang penting untuk menjayakan teknik pembelajaran ini secara kumpulan. Perkara yang sama dapat dikatakan bagi teknik KWLH. Hal ini kerana pendekatan yang digunakan oleh keduadua teknik ini hampir sama. Kedua-dua teknik ini menekankan pemikiran kritis semasa membaca dan melibatkan pembacaan secara ekstensif.

Disediakan oleh . (Muhammad Aiman bin Mohd Yazam) PISMP Pendidikan Seni Visual Januari 2011
13

4.0 Rujukan

Blerkom, D. L. (2009). Orientation to College Learning. Boston: Cenage Learning. Hasan Mohamed, & Hasan Haji Muhhammad Ali. (2006). Smart learning: teknik belajar berkesan & efektif. Kuala Lumpur: PTS Litera Utama. Jennings, W., & Caulfield, J. (2005). Bridging The Learning/Assessment Gap: Showcase Teaching. Maryland: R&L Education. Kamus Dewan . (2006). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Allen, J. (2008). More Tools for Teaching Content Literacy. Stenhouse Publishers. Curtis, A., & O'Hagan, M. (2003). Care and Education in Early Childhood: A Student's Guide to Theory and Practice. London: Routledge Falmer. Fuad bin Abdul Aziz Syalhud. (2006). Guruku Muhammad saw. Jakarta: Gema Insani Press. Kemahiran Membaca. (n.d.). Retrieved Februari 2, 2013, from Kemahiran Belajar: http://mahirkb.tripod.com/olehbaca.htm Manzo, A. V., & Manzo, U. C. (1990). Content Area Reading: A Heuristic Approach. Ohio: Merill Publishing Company. Nor Hashimah Hashim, & Yahya Che Lah. (2007). Panduan Pendidikan Prasekolah. Batu Caves: PTS Publications and Distributors. Osborn, J., & Lehr, F. (1998). Literacy for All: Issues in Teaching and Learning. New York: Guilford Publications Inc. Othman, Y. (2006). Mengajar Membaca. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing. Pathak, R. (2012). Educational Technology. India: Pearson Education. Wahab, K. (2007). Rahsia Cepat Naik Pangkat. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.

14

Anda mungkin juga menyukai