Anda di halaman 1dari 9

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 5 & 6 BLOK E14, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN

KERAJAAN PERSEKUTUAN 62502 PUTRAJAYA

UNIT SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN JABATAN ICT KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU

KERTAS PENERANGAN
NAMA PROGRAM / PROGRAM TITLE TAHAP / LEVEL NO DAN TAJUK MODUL/MODULE NO AND TITLE
NO. DAN PERNYATAAN KOMPETENSI / COMPETENCY NO. AND STATEMENT SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN 1 SEMESTER 1

ICS 103: INTRODUCTION TO NETWORKING CP 01 : Introduction to network media and communications CP 02 : Define network data storage CP 03 : Define network operating systems CP 04 : Identify the usage of network tools Understanding network media and hardware Define network communications method Define network data delivery Define network operating systems Identify the usage of network tools

OBJEKTIF PENCAPAIAN AKHIRAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE NO KOD / CODE NO NAMA PELAJAR / STUDENTS NAME NO KAD PENGENALAN / NIRC NUM. TARIKH / DATE
NO. DAN PERNYATAAN KOMPETENSI / COMPETENCY NO. AND STATEMENT NO DAN TAJUK TUGAS /TASK(S) NO AND TASK STATEMENT 1.1.1

ICS 103 /IS(1/4)

Muka :

Drp :

.
CP 01: Introduction to network media and communications

Define types of computer network : LAN

Muka :

Drp :

No. Kod : ICS 103 /IS(1/4)

Muka : 2 daripada : 9

PENGENALAN RANGKAIAN Dalam masyarakat era informasi, faktor jarak dan masa tidak lagi menjadi penghalang untuk mencapai sesuatu maklumat. Oleh yang demikian rangkaian komputer menjadi sangat penting untuk membantu dalam memperolehi dan memberikan maklumat atau data dalam masa yang singkat. Rangkaian komputer membolehkan penggunanya mendapat maklumat dengan komputer peribadi melaui rangkaian setempat ( LAN ) sehingga ke rangkaian antarabangsa (Internet). Definasi Rangkaian Rangakaian komputer bermaksud sumbungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya. Rangkaian juga merupakan satu sistem perkongsian alat (pencetak dan CD-Rom), perisian, pertukaran maklumat dan komunikasi. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancar infra merah atau satelit. KEBAIKAN MENGGUNAKAN RANGKAIAN (NETWORKING) Berkongsi Fail Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau komputer pusat. Menimdahkan Fail Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain. Berkongsi Perisian (Aplication) dan mengurangkan kos Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access dll. Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian. Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam satu aplikasi. Pada masa yang sama juga pengguna yang lain dapat menggunakan data -data tersebut. Berkongsi Pencetak, Pengimbas, CD-Rom dll Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh semua pengguna yang mengunakan komputer lain. Menggunakan Mel Elektronik (E-Mail) Pengguna dapat menghatar memo dari satu komputer ke komputer yang lain. Sistem Rangkaian Komputer Terdapat tiga sistem rangkaian seperti berikut: Bil 1. Sistem Rangkaian Komputer Local Area Network (LAN) Saiz Kawasan Kawasan Kecil (10km) Contoh Sekolah, makmal, dalam sebuah bangunan. Bandar, negeri.

2.

Metropolitan Area Network (MAN) Wide Area Network (WAN)

Kawasan lebih besar (10-50km) Kawasan sangat besar (lebih daripada 50km)

Seluruh dunia, negara, Internet

No. Kod : ICS 103 /IS(1/4)

Muka : 3 daripada : 9

Rangkaian Setempat (Local Area Network) Sistem rangkaian yang besar ( MAN dan WAN ) lebih berguna dari segi keluasan kawasan geografinya tetapi banyak organisasi perlukan rangkaian setempat untuk menghubungkan alat-alat yang digunakan di tempat yang terhad. Jadi aspek-aspek berikut perlu dipertimbangkan: Jenis-jenis LAN - Pengguna dan pelayan (Client-server) - Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer) Komponen-komponen LAN Topologi LAN Kesan dari LAN

A . Jenis-jenis LAN Terdapat dua jenis Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) iaitu: 1. Pengguna dan pelayan (Client-server) Jenis LAN ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (Server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan pusat(Centralized) untuk melayan pengguna-pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dll. Pelayan biasanya berkuasa tinggi. Jenis-jenis palayan: Pelayan fail (Fail server)- Menyimpan perisian dan data. Pelayan data (Database server)- Menyimpan data sahaja. Pelayan cetak (Print server)- Mengawal satu atau lebih pencetak. Pelayan fax (Fax server)- Menguruskan penghataran fax. Pelayan mel (Mail server)- Menguruskan e-mail. Biasanya pelayan ini tidak memproses atau mengubah data yang dikirim. Pelayan tidak perlu tahu jenis fail, sebaliknya ia sibuk menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpamnya. Contoh perisian Sistem Operasi Rangkaian /Network Operating Syatem(NOS) ialah Novell Netware, Windows NT, UNIX. Kelebihan

Kelemahan

Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayan. Semua komponen( client/ network/ server) kerja serentak. Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh di lakukan.

Perbelanjaan yang lebih mahal untuk sebuah komputer pelayan. Perlukan melakukan penyelenggaraan (maintenance) untuk menjamin keberkesanan sistem. Rangkaian tidak berfunggi jika berlaku kerosakan pada pelayan.

2. Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer) Sistem ini tidak melibatkan komputer palayan. Ia membenarkan perkongsian alat dan fail. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups, Windows 95 dan Windows 98.

No. Kod : ICS 103 /IS(1/4)


Kelebihan

Muka : 4 daripada : 9
Kelemahan

Kosnya rendah, tidak perlu pelayan. Guna Sistem Operasi yang sedia ada (Windows 95/98), hanya perlu configurasi untuk peer to peer. Sesuai untuk organisasi yang kecil.

Tiada pengurusan pusat untuk fail dan perisian applikasi. Keselamatan data tidak sebaik sistem client-server. Lambat berbanding dengan sistem client-server.

B. Komponen-komponen untuk LAN 1. Komputer pelayan (Server) Biasanya terdiri daripada sistem jenis Pentium Celeron 333A. 64MB SDRAM, 4GB cakera keras, 15' monitor digital berwarna, 40X CD-ROM drive, Kad Antaramuka Rangkaian (Ethernet Network Card), Kad SVGA 8MB dan kad bunyi 16 bit 3D. 2. Setesyen kerja (Workstation) Biasanya terdiri daripada sistem jenis 486 ke atas, 16MB RAM, 540MB cakera keras, 15' monitor digital berwarna, 40X CD-ROM drive, Kad Antaramuka Rangkaian (Ethernet Network Card), Kad SVGA 8MB dan kad bunyi 16 bit 3D. 3. Network Interface Card/ Kad Antaramuka Rangkaian (NIC) NIC perlu diinstal di setiap komputer dan disambung ke rangkaian dengan kabel atau sinar infra merah. Berikut adalah beberapa jenis NIC. Ethernet Card -Contoh :3Com (RM 350), D-Link (RM 220), 10Base (RM 120) Token Ring Card LocalTalk Connector 4. Kabel. Terdapat 4 jenis kabel yang biasa digunakan. Berikut adalah perbandingan antara kabel-kabel dari segi keserasian dan kemampuannya. Jenis Kabel Bil Ethernet I II III IV Coaxial Shieled Twisted Pair (STP) Unshieled Twisted Pair (UTP) Fiber Optic Ya Ya Tidak Tidak Token Ring Tidak Ya Ya Ya Arcnet Ya Ya Ya Ya FDDI Tidak Tidak Tidak Ya Keserasian

No. Kod : ICS 103 /IS(1/4)


Nota :

Muka : 5 daripada : 9

Kabel (cabling) : terdapat 2 jenis medium yang digunakan untuk pengkabelan iaitu bound media dan unbound media. Bound media Coaxial cable Twisted pair cable a. Unshielded twisted pair (UTP) b. Shielded twisted pair (STP) Fibre optic cable Unbound media Radio frequency Infrared Microwave Jadual Keserasian Kabel dengan Protokol. Jenis Kabel Bil Kelajuan I II Coaxial Shieled Twisted Pair (STP) Unshieled Pair (UTP) Fiber Optic Twisted Cepat Lebih cepat Ketahanan Lebih Baik Baik Harga Sedang Rendah Kecekapan

III

Dapat diterima

Terpengaruh oleh interferen elektromagnetik Kebal terharap interferen elektromagnetik

Terendah

IV

Paling laju

Tertinggi

Jadual Kecekapan Kabel Soket (Connector) Jenis Kabel I II III IV Coaxial Shieled Twisted Pair (STP) Unshieled Twisted Pair (UTP) Fiber Optic Jenis Soket BNC dan BNC T-Connector RJ-45 RJ-45 ST Connector, SC Connector

No. Kod : ICS 103 /IS(1/4)

Muka : 6 daripada : 9

Alat tambahan i. Pengacip khas (Crimping)- RM50 : Untuk klip wayar dan masukkan wayar ke dalam soket. ii. Penguji rangkaian (Network tester): Untuk menguji sambungan wayar. Rangkaian Tanpa Wayar(Wireless network) Rangkaian Tanpa Wayar berfungsi dengan menggunakan frekuensi gelombang radio atau pancar infra merah untuk berhubung di atnatara satu sama lain. Tujuan rangkaian ini adalah untuk kemudahan pengguna komputer buku(notebook), komputer tangan (palmtop) dan PDA (personal digital assistant) yang bergerak dalam sebuah bangunan. Terdapat tiga cara untuk menggunakan rangkaian tanpa wayar iaitu Secara tetap (stationary), Peer to peer dan bergerak (roaming). Kelemahan rangkaian ini ialah kosnya tinggi(3 kali ganda lebih daripada rangkaian berwayar), mudah terganggu oleh gelombang radio dan golombang mikro, lambat dan terpaksa mencari titik capaian yang lain untuk meneruskan perkaitan dengan LAN jika isyarat menjadi lemah. Perkakasan asasnya ialah penyesuai tanpa wayar (Wireless adapter) dan titik capaian (access point), perisian rangkaian( Novell Netware, LANtastic) Sistem Operasi Rangkaian bertanggung jawap ke atas: Mengarahkan lalu-lintas data pada rangkaian. Membenarkan dan menghalang pemindahan data antara workstation. Mengelolakan aliran data di antara berbagai workstation yang berbeza(tidak selasi) Mengelola permintaan layanan printer. Mengelola permintaan dan pesanan di antara pengguna rangkaian. Mengelolakan hubungan di antara jaringan dan lokasi-lokasi jarak jauh. Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups, Windows 95 dan Windows 98, Windows NT, Novell Netware dan UNIX. 6. Hab(Hub) Hab digunakan untuk menjadi pusat kepada rangkaian bintang (Star). Ia digunakan untuk mengawal trafik aliran data dan maklumat dalam rangkaian. Contoh Ethernet Hub 8ports (RM200), Ethernet Hub16ports (RM400),10Base8 ports (RM550), 10Base16ports (RM1200) 7. Bridge dan gateways. Untuk menyambungkan dua atau lebih rangkaian satu bridge perlu disediakan untuk antaramuka (interface) yang serasi. Manakala satu gateway perlu digunakan untuk antaramuka yang berbeza dari segi pekakasan dan perisian. 8. Router Router digunakan untuk meterjemahkan maklumat di antara rangkaian yang berasingan. Router tahu alamat bridge dan komputer bagi kedua-dua rangkaian yang berhubung. Kebaikan router ialah. o Menguruskan penghataran isyarat dengan berkesan. o Menghanter maklumat di antara dua protocols atau rangkaian. o Menghanter maklumat di antara topologi LAN yang berlainan. o Menghanter maklumat di melalui jenis kabel yang berbeza.

No. Kod : ICS 103 /IS(1/4)

Muka : 7 daripada : 9

9. Perisian aplikasi. Perisian versi rangkaian perlu untuk penggunaan bersama dan memudahkan rangkian dikawal oleh perisian rangkaian. Contoh perisian aplikasi, Excel, Lotus 1-2-3, Word, WordPerfect dll. C. Topologi untuk rangkaian jenis LAN Jenis-jenis Topologi Fizikal Bas (Linear Bus) Bintang (Star) Cincin (Star-wired Ring) Tree i. Bas (Linear Bus) Semua nod (file server, workstations and peripherals) terhubung ke kabel tulang belakang (Backbone) secara bersiri. Maklumat yang dihantar akan bergerak secara dua hala melalui semua nod pada kabel tersebut. Kelebihan

Kelemahan

Senang untuk menambah atau mengurangkan komputer dan nod tanpa mengganggu operasi yang telah dijalankan. Kurang kabel dan jarak LAN tidak terbatas. Murah. Sesuai untuk rangkaian yang kecil.

Jika kabel tulang belakang (Backbone) atau mana-mana nodnya bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi. Memerlukan terminator untuk keduadua hujung kabel tulang belakang . Sukar mengesan kerosakan. Perlu pengulang (repeater) jika jarak LAN juah. Perisian tambahan diperlukan untuk mengelakkan perlanggaran (collision) data

Jenis NIC : Ethernet Card, LocalTalk Kabel: Coaxial, Twisted- pair, Fiber Optic Terminator: Terminater 50 ohm Connector: BNC, BNC T-Connector, RJ-45, ST Connector, SC Connector Protocol: Ethernet , LocalTalk

No. Kod : ICS 103 /IS(1/4)

Muka : 8 daripada : 9

ii. Bintang (Star) Semua nodnya disambung terus ke hab di pusat rangkaian. Maklumat akan melalui hab sebelum sampai ke destinasinya. Hab akan mengawal semua fungsi dalam rangkaian dan bertindak sebagai pengulang (repeator) juga. Jika sebuah komputer pelayan (file server) digunakan maka data akan dihantar ke kepada komputer pelayan selepas melalui hab. Kelebihan

Kelemahan

Mudah dipasang dan dirangkaikan. Tidak mengganggu rangkaian semasa penyambungan atau mengalihkan peranti. Tiada perlanggaran (collision) data. Mudah untuk mengesan kerosakan . Mudah dikembangkan.

Penggunaan banyak kabel. Jika terdapat kerosakan pada hab atau sambungannya, nodnya tidak dapat berfungsi. Lebih mahal berbanding dengan linear bus.

Jenis NIC : Ethernet Card, LocalTalk Kabel: Twisted- pair, Fiber Optic Connector: RJ-45, ST Connector, SC Connector Protocol: Ethernet , LocalTalk Hub: 10Base 8 ports , 10Base 16ports Ethernet Hub 16 ports.

Ethernet

Hub

ports

iii. Cincin (Star-wired Ring) Topologinya sama dengan topologi bintang. Sambungannya adalah secara bersiri dan kedua-dua hujungnya ditemukan untuk membentuk bulatan. Datanya dikawal oleh MAU (Multistation Access Unit). Data dihantar secara sehala jadi ia akan melalui setiap nod serta komputer sehingga sampai ke destinasinya. Kelebihan

Kelemahan

Penghantaran data laju. Dapat melayan lalu lintas data yang padat. Masa untuk mengakses data optimal. Komunikasi antara terminal mudah.Tiada perlanggaran (collision) data

Jika kabel utama bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi. Penambahan atau pengurangan terminal sangat sukar. Sukar mengesan punca kerosakan.

Jenis NIC : Token Ring Card. Kabel: Twisted- pair Connector: RJ-45, Protocol: Token Ring Alat lain: MAU (Multistation melalui cincin (Ring)

Access

Unit)

untuk

menghantar

maklumat

No. Kod : ICS 103 /IS(1/4)

Muka : 9 daripada : 9

iv. Tree. Topologi tree merupakan gabungan topologi bas dan topologi bintang. Di mana topologi bintang disambung kepada kabel tulang belakang bas. Kelebihan

Kelemahan

Penulisan titik ke titik (point-topoint writing) untuk bahagian idividu Disokong oleh sebilangan pembekal perkakasan dan perisian.

Penjang keseluruhan terhad kepada jenis kabel yang digunakan. Kerosakan pada kabel tulang belakang akan menggagalkan bahagian lain. Sukar dalam configurasi dan pendawaian

Jenis NIC : Ethernet Card, Kabel: Twisted- pair, Fiber Optic, Coaxial Connector: RJ-45, ST Connector, SC Connector Protocol: Ethernet Hub: 10Base 8 ports , 10Base 16ports Penutup. Rangkai setempat makin popular dan luas digunakan berbanding dengan kerangka utama (mainframs). LAN banyak digunakan oleh organisasi besar sebab ia tidak perlu pakar dalam penyelengaraan berbanding dengan kerangka utama. Sebab lain ialah keupayaan rangkaian LAN dari segi keselamatan dan kapasiti penyimpanan yang sama dengan kerangka utama. Dari maklumat yang diperolehi dari pengusaha-pengusaha kedai komputer, didapati ramai yang mencadangkan penggunaan sistem rangkaian LAN jenis bintang untuk ciber cafe tanpa menggunakan pelayan. Jadi, untuk sistem rangkaian di sekolah sistem rangkaian LAN jenis bintang adalah pilihan yang terbaik buat masa kini. Soalan 1. Apakah ciri-ciri yang terdapat pada LAN? _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ 2. Apakah topologi yang digunakan untuk LAN? _________________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ 3. Apakah perbezaan di antara LAN dan WLAN (Wireless LAN)? Bil 1 LAN WLAN

Anda mungkin juga menyukai