Anda di halaman 1dari 21

Blog: cikgusazali.blogspot.

com

MODUL KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU PENILAIAN MENENGAH RENDAH

KAJIAN ANTOLOGI GEMA SEPI GADIS GENIUS TINGKATAN 2 (PUISI TRADISIONAL)


CIKGU SAZALI BIN IBRAHIM PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK LALOH, KUALA KRAI, KELANTAN.
M.A (Bahasa Melayu) UPM

ULI SAPA LET IT


CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

NASIHAT (PANTUN DUA KERAT) (ANWAR RIDHWAN DAN RAHMAN SHAARI) Maksud: Gaharu, cengal, giam, Tak tahu, tak kenal, diam. Seseorang yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata. Jika ada padi berhampalah, Jika ada hati berasalah. Orang yang perasa akan mudah terusik perasaannya oleh sesuatu perkara. Sakit pandan tak tahukan duri, Sakit badan tak tahukan diri. Orang yang tidak insaf akan dirinya akan mendapat balasan akibat perbuatannya. Dengar cakap enggang makan buah belolok, Dengar cakap orang terjun masuk lubuk. Jika kita terlalu mendengar cakap orang kita juga yang akan menerima musibah. Ada beras taruh dalam padi, Ada ingat taruh dalam hati. Sekiranya kita hendak selamat kita perlu sentiasa ingat akan nasihat orang. Mahal imam, murahlah khatib, Mahal demam, murahlah sakit. Sudah menjadi lumrah hidup manusia sesuatu perkara yang besar bermula daripada perkara yang kecil.

CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

Tema: Nasihat kepada semua lapisan masyarakat supaya dapat mengharungi segala cabaran dalam kehidupan. Persoalan: i. ii. iii. Persoalan suka mendengar cakap orang tanpa memikirkan akibatnya. Persoalan perasaan yang mudah tersentuh. Persoalan melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang.

Bentuk: i. ii. iii. iv. v. Pantun ini terdiri daripada enam rangkap. Pantun ini berbentuk pantun dua kerat yang terdiri daripada sebaris pembayang dan sebaris maksud. Pantun ini mengandungi lapan hingga dua belas perkataan dalam setiap rangkap. Pantun ini mengandungi tujuh hingga tiga belas suku kata dalam setiap baris. Rima akhir rangkap pertama hingga rangkap kelima aa dan rima akhir rangkap keenam ab.

Gaya Bahasa: i. Anafora Jika ada padi berhampalah, Jika ada hati berasalah. ii. Sinkope Sakit pandan tak tahukan duri, Sakit badan tak tahukan diri. iii. Aliterasi Dengar cakap enggang makan buah belolok, (Pengulangan bunyi konsonan n)

iv.

Asonansi Jika ada padi berhampalah, (Pengulangan bunyi vokal a) Kata ganda Tanda bersatu bergotong-royong

v.

CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

Nilai Murni: i. ii. iii. Nilai rasional Sesuatu tindakan yang hendak dilakukan hendaklah difikirkan terlebih dahulu dengan sewajarnya. Nilai keinsafan Setiap orang perlulah sedar dan tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang telah dilakukan. Nilai merendah diri Tidak menyombong diri terhadap seseorang atau sesiapa saja.

Pengajaran: i. ii. iii. iv. Kita hendaklah merendah diri kalau kita tidak tahu akan sesuatu perkara. Kita perlulah menjaga tutur kata supaya tidak menyakitkan hati orang lain. Kita perlulah tidak terlalu mendengar atau percaya kepada kata-kata orang. Kita perlulah beringat sebelum mendapat kesusahan.

CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

MUHIBAH DAN PERPADUAN (PANTUN EMPAT KERAT) ZAILANI TASLIM Maksud: Petang hari pergi ke pekan, Pulang membawa sebungkus laksa; Hidup muhibah perlu diamalkan, Di negara Malaysia berbilang bangsa. Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada berbilang bangsa dan rakyatnya perlu mengamalkan cara hidup muhibah. Cantik bergugus buah papaya, Masak dipetik satu per satu; Walaupun berlainan bangsa budaya, Kerana muhibah hidup bersatu. Walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya, namun kerana amalan cara hidup muhibah, rakyat dapat hidup bersatu padu. Air mengalir dalam terusan, Mengairi sawah beratus relung; Bekerjasama segala urusan, Tanda bersatu bergotong-royong. Dalam semua urusan, rakyat hidup bersatu padu dan bergotong-royong berkat hidup bekerjasama. Tuan Puteri dari kayangan, Senyuman manis seperti madu; Bermacam keturunan bukan halangan, Untuk membina bangsa yang padu. Rakyat yang berbilang keturunan tidak akan menjadi halangan untuk rakyat Malaysia membentuk menjadi bangsa yang bersatu padu. Enak nian air kelapa, Penawar sakit mujarab sekali; Kebudayaan asal tidak dilupa, Kebudayaan nasional mereka banggai. Sebagai rakyat yang berbilang kaum, tentulah mempunyai berbilang budaya dan cara hidup. Namun, kebudayaan dan cara hidup asal tidak akan dilupakan walaupun kebudayaan nasional diamalkan.
CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

Tema: Keharmonian dan perpaduan hidup masyarakat majmuk. Persoalan: i. ii. iii. iv. v. Persoalan amalan hidup muhibah perlu diamalkan oleh rakyat dalam negara berbilang kaum. Persoalan amalan cara hidup muhibah dapat menyatu-padukan rakyat berlainan bangsa dan budaya. Persoalan amalan bekerjasama dan bergotong royong dapat memudahkan segala urusan. Persoalan kepelbagaian keturunan tidak menghalang pembinaan bangsa yang padu. Persoalan kebudayaan nasional tidak melenyapkan kebudayaan sesuatu kaum.

Bentuk: i. ii. iii. iv. v. Terdiri daripada lima rangkap. Pantun ini berbentuk pantun empat kerat, iaitu dua baris awalan pembayang dan dua baris akhir maksud pantun. Pantun ini mengandungi empat belas hingga lapan belas patah perkataan dalam satu rangkap Suku kata terdiri daripada lapan hingga dua belas suku kata sebaris. Rima akhir ab, ab.

Gaya Bahasa: i. ii. iii. iv. Simile Senyuman manis seperti madu; (Rangkap 4, baris 2) Kata ganda Tanda bersatu bergotong-royong (Rangkap 3, baris 4) Hiperbola Mengairi sawah beratus relong; (Rangkap 3, baris 2) Asonansi Di negara Malaysia berbilang bangsa (Rangkap 1, baris 4) (Pengulangan vokal a)

CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

v.

Aliterasi Bermacam keturunan bukan halangan (Rangkap 4, baris 3) (Pengulangan konsonan n)

Nilai Murni: i. ii. iii. iv. Nilai bekerjasama. Masyarakat berbilang kaum hidup bekerjasama menjalankan amalan gotong-royong. Nilai hormat-menghormati. Masyarakat yang berbilang kaum saling menghormati adat dan budaya masing-masing. Nilai semangat bermasyarakat. Menjalankan amalan gotong-royong menunjukkan semangat hidup bermasyarakat. Nilai Patriotisme. Masyarakat yang cinta akan tanah air dan sentiasa bangga dengan kebudayaan tempatan.

Pengajaran: i. ii. iii. Kita hendaklah bertolak ansur dalam segala hal sebagai rakyat sebuah negara berbilang kaum. Kita hendaklah hidup bersatu padu untuk mengekalkan keharmonian negara. Kita hendaklah hidup berkerjasama dan bertoleransi dalam masyarakat yang berbilang kaum.

CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

PANTUN EMPAT KERAT (AGAMA) (MOHD YUSOF MD NOR DAN ABD. RAHMAN KAEH) Maksud: Kemuning daunnya lampai, Tumbuh di pusara paduka tuan; Di atas dunia kau tak sampai, Di dalam syurga bernantian. Sekiranya kita tidak mengerjakan suruhan Tuhan di dunia, di akhirat nanti kita tidak akan mendapat ganjarannya. Halia ini tanam-tanaman, Di barat saja akan tumbuhnya; Dunia ini pinjam-pinjaman, Akhirat juga akan sungguhnya. Dunia bukanlah tempat yang kekal bagi semua makhluk, akhirat jualah tempat yang abadi. Teritip di tepi kota, Mari dikayuh sampan pengail; Imam khatib lagikan berdosa, Bertambah pula kita yang jahil. Orang alim juga tidak lepas dari berbuat dosa, apatah lagi kita orang biasa. Sudah tentu banyak berbuat dosa. Asam kandis asam gelugur, Ketiga asam si riang-riang; Menangis mayat di pintu kubur, Teringat badan tidak sembahyang. Kita akan menyesal pada kemudian hari jika tidak mengerjakan ibadah sembahyang. Buat serunai batang padi, Bunyi lagu seri pualam; Serban bukan semuanya haji, Haji terletak pada amalan. Pakaian tidak melambangkan darjah kealiman seseorang tetapi melalui amalannya.

CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

Tiada boleh menetak jati, Papan di Jawa dibelah-belah; Tiada boleh kehendak hati, Kita di bawah perintah Allah. Kita hendaklah sentiasa mengikuti ajaran atau perintah Allah bukanlah mengikut kehendak hati sendiri. Tema: Amalan agama menjamin kehidupan di kemudian hari. Persoalan: i. ii. iii. Persoalan taat akan hukum agama akan menjamin kehidupan bahagia di akhirat nanti. Persoalan kejahilan manusia yang tidak tahu akan hukum-hakam agama. Persoalan penampilan fizikal tidak melambangkan keperibadian dan tahap keimanan seseorang.

Bentuk: i. ii. iii. iv. v. vi. Pantun ini terdiri daripada terdiri daripada enam rangkap. Setiap rangkap mengandungi empat baris. Jumlah baris terdiri antara tiga hingga empat patah perkataan. Contoh, tiga patah perkataan sebaris: Kemuning daunnya lampai Contoh, enam patah perkataan: Di atas dunia kau tak sampai Rima akhirnya ab ab.

CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius Puisi Tradisional

Blog: cikgusazali.blogspot.com

Gaya Bahasa: i. Aliterasi Teritip di tepi kota (Pengulangan bunyi konsonan t) Asonansi Teringat badan tidak sembahyang (Pengulangan bunyi vokal a) Kata ganda Dunia ini pinjam-pinjaman Sinkope Di atas dunia kau tak nampak

ii.

iii. iv.

Nilai Murni: i. Nilai keinsafan. Terdapat pada rangkap kedua (Baris 3 dan 4) Dunia ini pinjam-pinjaman, Akhirat juga akan sungguhnya. Nilai kesederhanaan. Terdapat pada rangkap kelima (Baris 3 dan 4) Serban bukan semuanya haji, Haji terletak pada amalan.

ii.

Pengajaran: i. ii. iii. iv. v. Kita hendaklah tidak terlalu menurut kata hati. Kita hendaklah tidak menilai seseorang itu dari luaran sahaja. Kita hendaklah beringat bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara sahaja. Kita hendaklah mengerjakan solat supaya tidak menyesal pada kemudian hari. Kita hendaklah memelihara amalan hidup di dunia.

CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius Puisi Tradisional

10

Blog: cikgusazali.blogspot.com

SYAIR NASIHAT (PENGHUJUNG THAMARAT AL-MUHIMMAH) ABU HASSAN SHAM Maksud: Dengarlah tuan ayahanda berperi, Kepada anakanda muda bestari, Nasihat kebajikan anakanda beri, Amalkan jangan malas dan ngeri. Nasihat yang diberi oleh ayah perlu dituruti dan janganlah mengamalkan sikap malas. Ayuhai anakanda muda remaja, Jika anakanda menjadi raja, Hati yang betul hendak disahaja, Serta rajin pada bekerja. Seseorang yang dilantik menjadi pemimpin mestilah memiliki hati yang mulia dan komited terhadap tugas yang diamanahkan. Kerja kebajikan janganlah malas, Zahir dan batin janganlah culas, Jernihkan hati hendaklah ikhlas, Seperti air di dalam gelas. Kerja kebajikan yang dilakukan perlulah ikhlas dan jangan mengharapkan kepada pembalasan. Menuntut ilmu janganlah segan, Ilmu yang benar jangan yang bukan, Iaitu ilmu yang kebajikan, Di kitab ini sudah disebutkan. Ilmu perlu rajin dituntut. Jangan pula kita menuntut ajaran sesat atau ajaran salah. Hendaklah anakanda mengaji selalu, Dari yang lain lebihkan dulu, Had syarak jangan dilalu, Tidaklah anakanda beroleh malu. Ilmu perlu diutamakan terutamanya hukum-hukum syarak demi mengelakkan aib.

CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius Puisi Tradisional

11

Blog: cikgusazali.blogspot.com

Segala perbuatan dengan berilmu, Maka kebajikan boleh bertemu, Jika sebarang-barang diramu, Akhirnya anakanda jatuh tersemu. Tindakan perlu didasarkan kepada pengetahuan supaya membawa kepada kebaikan dan kebajikan untuk mengelakkan kejatuhan. Ilmu itu besar faedahnya, Membezakan hak dengan batilnya, Mengetahui rakyat benar salahnya, Supaya dihukumkan dengan adilnya. Ilmu yang baik akan menjurus kepada keadilan dan kebenaran. Hal ini akan dapat membezakan antara perkara yang benar dan yang salah. Jika ilmu tidak diendah, Sebab anakanda capak permudah, Rakyat datang membawa gundah, Anakanda tercengang tunduk terngadah. Jika ilmu tidak dituntut atau diambil mudah akan menjerumuskan seseorang atau negara ke lembah kehancuran. Tema: Nasihat kepada pemimpin agar memimpin negara dengan jujur dan ikhlas. Persoalan: i. ii. iii. iv. Persoalan kepentingan ilmu dalam menjalankan tampuk pemerintahan. Persoalan keperibadian yang tinggi yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin. Persoalan ajaran betul dan ajaran songsang yang telah diwartakan. Persoalan hukum syarak yang perlu diikuti untuk mengelakkan aib kepada diri.

Bentuk: i. ii. Pantun ini terdiri daripada lapan rangkap. Setiap rangkap mengandungi empat baris.

CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius Puisi Tradisional

12

Blog: cikgusazali.blogspot.com

iii. iv.

Jumlah perkataan empat hingga enam perkataan sebaris, jumlah suku kata pula sembilan hingga sebelas suku kata dalam satu baris Rima akhir adalah sama iaitu aa aa.

Gaya Bahasa: i. Aliterasi Dengarkan tuan ayahanda berperi. (Rangkap 1, baris 1) (Pengulangan konsonan n) Asonansi Had syarak jangan dilalu. (Rangkap 5, baris 3) (Pengulangan vokal a) Inversi Kerja kebajikan janganlah malas.(Rangkap 3, baris 1) (Sepatutnya: Janganlah malas membuat kerja kebajikan) Bahasa Arab Had syarak jangan dilalu (Rangkap 5, baris 3)

ii.

iii.

iv.

Nilai Murni: i. ii. iii. iv. Nilai mendengar nasihat Mendengar nasihat orang yang berpengalaman untuk kesejahteraan masa hadapan. Nilai kerajinan Rajin menuntut ilmu dan menjalankan tugas yang diberikan. Nilai keadillan Seorang pemimpin perlulah adil dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Keikhlasan Kerja kebajikan perlu dilakukan dengan hati yang penuh ikhlas.

Pengajaran: i. ii. iii. iv. Kita hendaklah mendengar nasihat ayah, agar kehidupan kita diberkati. Kita hendaklah menjalankan siasatan sebelum menjatuhkan hukuman. Kita hendaklah sentiasa berbuat baik dan kebajikan, serta ikhlas dalam sebarang tindakan. Kita hendaklah menuntut ilmu agar dapat membezakan antara yang buruk dan yang baik.

CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius Puisi Tradisional

13

Blog: cikgusazali.blogspot.com

SYAIR PERANG SAUDARA DI PAHANG (MOHD YUSOF M NOR DAN ABD. RAHMAN KAEH) Maksud: Kisah nan tidak hamba panjangkan, Ceritanya banyak lagi disebutkan, Ini sekadar sahaya ringkaskan, Kisah berperang pula diceterakan. Permulaan kisah perang iaitu kisah perang saudara di Pahang. Putera laki-laki yang tuanya, Ialah memangku paduka ayahandanya, Perintah negeri terserahlah kepadanya, Bendahara Tun Tahir konon namanya. Pemangku sultan merupakan putera sulung yang memerintah negeri yang bernama Bendahara Tun Tahir. Encik Engku Ahmad seorang anakanda, Putera yang tengah raja berida, Lima orang laki-laki paduka anakanda, Sikapnya elok lakunya syahda. Putera yang tengah ialah Encik Engku Ahmad. Terdapat lima orang lagi putera lelaki sultan yang mempunyai perilaku yang baik. Selang tiada berapa lama, Encik Engku Ahmad keluar mengembara, Pergi belayar ke Singapura, Sambil menghibur hati yang lara. Encik Engku Ahmad keluar mengembara ke Singapura sambil menghiburkan hatinya yang lara. Pelayaran tiada berapa lamanya, Sampailah sudah konon dianya, Di Kampung Gelam tempat berhentinya, Di dalam kota tempat diamnya. Tidak lama belayar, Encik Engku Ahmad sampai di Kampung Gelam dan singgah di tempat tersebut.

CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius Puisi Tradisional

14

Blog: cikgusazali.blogspot.com

Duduk bersama putera Sultan, Tengku Jaafar namanya tuan, Itulah konon menjadi taulan, Duduk di sana terlalu hairan. Encik Engku Ahmad tinggal bersama Tengku Jaafar yang menjadi sahabat baginda. Baginda berdua tinggal di sana tanpa sebarang kawalan. Serta beriringan teman dan kawan, Ramai menghantar handai dan taulan, Seketika sampai di dalam kenaikan, Lalu kembali mereka sekalian. Encik Engku Ahmad diiringi teman-teman dan kawan-kawan untuk kembali ke negerinya. Sauh pun dibongkar dengan segera, Belayarlah sudah muda perwira, Ke sebelah barat mencari kira, Pergi Kemaman kononnya cetera. Mereka mula belayar ke sebelah barat iaitu ke Kemaman. Kata orang empunya madah, Ke dalam Kemamam sampailah sudah, Di situlah berhenti muda yang indah, Sultan Terengganu punya perintah. Mereka sampai di Kemaman yang indah tempat Sultan Terengganu memerintah. Tiada berapa lama antara, Sampai di Kemaman lalu terkira, Dapatlah pakatan dengan segera, Hendaklah melanggar Pahang negara. Mereka membuat perancangan untuk menyerang negeri Pahang.

CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius Puisi Tradisional

15

Blog: cikgusazali.blogspot.com

Tema: Berkisarkan perancangan perang saudara yang bakal berlaku di Pahang. Persoalan: i. ii. iii. Persoalan peperangan tidak membawa sebarang keuntungan tetapi membawa kebinasaan. Persoalan hubungan dan kerjasama untuk menjalankan suatu tindakan. Persoalan golongan bangsawan yang mengamalkan hidup bebas tanpa kawalan.

Bentuk: i. ii. iii. iv. Syair ini mengandungi sepuluh rangkap. Setiap rangkap mengandungi empat baris. Jumlah perkataan ialah empat hingga enam perkataan sebaris, jumlah suku kata pula sembilan hingga sembilan dalam satu baris. Rima akhir sama iaitu aa aa.

Gaya Bahasa: i. ii. iii. iv. Aliterasi hendak melanggar Pahang negara (pengulangan konsonan n) Asonansi kata orang empunya wadah (pengulangan vokal a) Kata ganda laki-laki (Rangkap 2, Baris 1) Repetisi di kampung Gelam tempat berhentinya, di dalam kota tempat diamnya (Rangkap 5, Baris 3 dan baris 4) Bahasa Klasik Ini sekadar sahaya ringkaskan (Rangkap 1, Baris 3)

v.

CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius Puisi Tradisional

16

Blog: cikgusazali.blogspot.com

Nilai Murni: i. Nilai setiakawan Tengku Jaafar yang menjadi sahabat Encik Engku Ahmad bersama-sama melakukan aktiviti dengan baginda. Nilai keberanian Keberanian Encik Engku Ahmad membentuk pakatan untuk menyerang Pahang. Nilai kesetiaan Setia mendengar perintah Sultan Terengganu berhenti di Kemaman untuk mengumpul pakatan menyerang Pahang.

ii. iii.

Pengajaran: i. ii. iii. Kita hendaklah mempunyai keperibadian yang tinggi agar kita disukai rakan dan teman. Kita hendaklah merantau untuk mencari pengalaman hidup. Kita hendaklah pandai membawa diri dan tidak menunjuk lagak semasa berada di perantauan.

CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius Puisi Tradisional

17

Blog: cikgusazali.blogspot.com

SYAIR MENDAPAT GEMALA NAGA (ANWAR RIDHWAN DAN RAHMAN SHAARI) Maksud: Dewa pun duduk ia bercerita, Asal mulanya dapat sengsara, Oleh disakitkan saudara, Setahun sudah di dalam penjara. Dewa bercerita tentang mereka yang dikhianati oleh saudara mereka lalu dipenjarakan selama setahun. Sekalian habis diceritakan, Suatu tidak dilindungkan, Terlalu belas naga mendengarkan, Diambil gemalanya lalu diberikan. Setelah habis dewa dua beradik bercerita, naga berasa kasihan mendengar cerita tersebut lalu memberikan batu geliga saktinya kepada mereka. Ambillah tuan muda bestari, Gemala ini nenek memberi, Harganya itu tujuh buah negeri, Apa kehendak keluar sendiri. Naga menerangkan kepada dewa dua beradik, batu geliga sakti ini sangat bernilai kerana mampu menunaikan sebarang hajat hati dan tujuan empunya diri. Jikalau orang terkena bisa, Airnya sapukan beri berasa, Jika ditolong Tuhan Yang Esa, Dengan seketika beroleh sentosa. Batu geliga sakti itu dapat merawat sebarang penyakit dan memberi ketenangan jiwa dengan Tuhan yang Esa. Atau cucuku hendak berperang, Di dalam gemala keluarlah orang, Beribu keti banyaklah orang, Dua belas hulubalang yang garang-garang. Jika hendak berperang, batu geliga sakti boleh menyediakan tentera berserta dengan hulubalangnya.

CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius Puisi Tradisional

18

Blog: cikgusazali.blogspot.com

Setelah dewa mendengarkan kata, Terlalu suka di dalamnya cita, Lalu bermohon keduanya serta, Menuju jalan tanah yang rata. Setelah mendengar kata-kata naga itu, dewa dua beradik berasa sangat gembira lalu memohon diri untuk beredar dari situ dan meneruskan perjalanan mereka. Berjalanlah ia berdua bersaudara, Mengikut pantai tepi segara, Siang dan malam tiada antara, Terus ke negeri Inderanegara. Kedua-dua bersaudara itu menyusuri pantai tanpa mengira siang dan malam untuk menuju ke sebuah negeri bernama Inderanegara. Setelah sudah paginya hari, Sampailah ia ke hujung negeri, Bertemulah rumah sebuah berdiri, Rumah kebayan orang yang bahari. Apabila tiba pagi hari, dewa dua bersaudara akhirnya tiba ke hujung negeri dan bertemu rumah nenek kebayan. Tema: Pengembaraan dua bersaudara untuk mendapatkan Gemala Naga (Batu Geliga Sakti Naga). Persoalan: i. ii. Persoalan setia kawan iaitu dewa dua bersaudara saling membantu untuk menghadapi dugaan. Persoalan prihatin terhadap permasalahan orang lain seperti naga yang prihatin dengan permasalahan dewa dua bersaudara lalu menghadiahi mereka dengan gemala sakti.

Bentuk: i. ii. iii. iv. Syair ini mengandungi lapan rangkap, setiap rangkap mengandungi empat baris. Syair ini mengandungi antara tiga hingga lima patah perkataan sebaris. Jumlah suku kata sembilan hingga tiga belas suku kata sebaris. Rima akhir semuanya aa aa.

CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius Puisi Tradisional

19

Blog: cikgusazali.blogspot.com

Gaya Bahasa: i. Aliterasi Menuju jalan tanah yang rata. (Rangkap 6, baris 4) (Pengulangan bunyi konsonan n) Asonansi Rumah kebayan orang yang bahari , (Rangkap 8, baris 4) (Pengulangan bunyi vokal a) Inversi Setahun sudah di dalam penjara (Rangkap 1, baris 4) (Sepatutnya: sudah setahun di dalam penjara) Sinkope Dewa pun duduk ia bercerita (Rangkap 1, baris 1)

ii.

iii.

iv.

Nilai Murni i. Nilai keberanian Dewa berani mempersembahkan diri kepada naga yang pebuh sakti untuk mendapatkan gemala sakti. Nilai kesetiaan Dewa bersaudara setia bersama mengharungi kesusahan dalam pengembaraan mereka. Nilai kasih sayang Naga berasa simpati dan belas terhadap dewa bersaudara yang telah dikhianati oleh saudara mereka.

ii. iii.

Pengajaran: i. ii. iii. Kita hendaklah membantu orang yang ditimpa kesusahan. Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Kita hendaklah memohon kepada Allah agar kehidupan kita diberkati.

CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius Puisi Tradisional

20

Blog: cikgusazali.blogspot.com

CSL2012 Antologi Gema Sepi Gadis Genius Puisi Tradisional

21