Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PERKHEMAHAN PERDANA SIRI 1 2013 NAMA SEKOLAH NAMA AKTIVITI TARIKH AKTIVITI TEMPAT KUMPULAN SASARAN BILANGAN

PESERTA : : PERKHEMAHAN PERDANA SIRI 1/2013 : 01 HINGGA 03 FEBRUARI 2013 : : SEMUA PELAJAR TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 2 : 101 ORANG PELAJAR PEREMPUAN DAN LELAKI

OBJEKTIF: 1. 2. 3. 4. Menyemai semangat berpasukan di kalangan pelajar Memupuk keyakinan untuk menjadi pemimpin kepada rakan-rakan yang lain Mendedahkan para pelajar kepada aktiviti luar kelas Menjana aspirasi dan sikap positif para pelajar dalam tugasan dan tanggungjawab

ATURCARA PROGRAM: TARIKH : BIL 1 2 3 4 5 5 6 7 8 9 10 11 12 MASA 0700 0730 0800 0830 1000 1200 0200 0345 0430 0530 0630 0830 1000 01 Februari 2013 ( Jumaat ) AKTIVITI BERTOLAK DARI SMA PENDAFTARAN TAKLIMAT KESELAMATAN TEKNIK PEMASANGAN KHEMAH & PASANG KHEMAH AKTIVITI 1( ICE BREAKING) REHAT, PERSEDIAAN UNTUK SOLAT & MAKAN TENGAHARI AKTIVITI 2 SOLAT ASAR & MINUM PETANG RIADAH PENGURUSAN DIRI SOLAT MAGHRIB, SOLAT ISYAK & MAKAN MALAM AKTIVITI 3 MINUM MALAM & MASUK TIDUR CATATAN WARDEN ASRAMA GURU BERTUGAS PK KOKO JPAM GURU BERTUGAS PK KOKO JPAM GURU BERTUGAS GURU BERTUGAS PK KOKO PK KOKO JPAM GURU BERTUGAS

TARIKH : BIL MASA 0400 1 0630

02 Februari 2013 ( Sabtu ) AKTIVITI QIAMULAIL & SOLAT SUBUH SENAM PAGI PENGURUSAN DIRI SARAPAN PAGI CATATAN GURU BERTUGAS PK KOKO

0800 1000

AKTIVITI 4 MINUM PAGI AKTIVITI 5 SOLAT ZOHOR & MAKAN TENGAHARI AKTIVITI 5 SOLAT ASAR & MINUM PETANG RIADAH PENGURUSAN DIRI SOLAT MAGHRIB, SOLAT ISYAK & MAKAN MALAM AKTIVITI BERKUMPULAN MINUM MALAM & MASUK TIDUR

JPAM GURU BERTUGAS JPAM GURU BERTUGAS JPAM GURU BERTUGAS JPAM PK KOKO PK KOKO GURU BERTUGAS GURU BERTUGAS

3 4 5 6 7. 8. 9

1100 1200 0200 0345 0430 0530 0630 0830

10

1000

TARIKH

03 Februari 2013 ( Ahad )

BIL 1 2

MASA 0400 0630

AKTIVITI QIAMULAIL & SOLAT SUBUH SENAM PAGI PENGURUSAN DIRI SARAPAN PAGI

CATATAN GURU BERTUGAS PK KOKO

0800

GOTONG ROYONG & KEMAS KHEMAH

GURU BERTUGAS & JPAM

4 5

1000 1100

MAJLIS PENUTUPAN BERTOLAK BALIK KE ASRAMA

GURU BERTUGAS WARDEN

DAPATAN: HARI PERTAMA Pendaftaran bermula jam 7.30 pagi di kantin, SMA. Taklimat keselamatan telah disampaikan oleh Pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ustaz Abdul Fattah (Guru Penolong Kanan 1) dan Cik Karmila Illang selaku Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Peserta diberikan tandanama dan tanda nama tersebut hendaklah dikalungkan di leher sepanjang perkhemahan. Peserta dibahagikan kepada kumpulan khemah dan diingatkan semula ahli setiap kumpulan. Aktiviti pertama adalah memasang khemah. Setiap kumpulan khemah dibekalkan satu khemah dan dikehendaki memasang khemah masing-masing dengan bantuan JPAM. Kerjasama antara ahli dalam khemah sangat memberansangkan. Aktiviti yang kedua adalah ice-breaking. Pelajar dibahagikan kepada 10 kumpulan yang terdiri daripada putera dan puteri. Dalam aktiviti ini pelajar yang dipilih secara rawak hendaklah memperkenalkan ahli dalam kumpulan masing-masing. Dalam aktiviti yang ketiga setiap kumpulan diberi satu situasi yang meminta mereka untuk membuat enam benda penting yang perlu diselamatkan seandainya bot yang dinaiki mereka karam di tengah-tengah lautan. Aktiviti ini menguji tahap kebijaksanaan setiap kumpulan dalam memilih keperluan daripada kehendak. Pada sebelah petang pelajar beriadah di kantin sahaja kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan mereka untuk beriadah di tempat yang terbuka. Aktiviti terakhir untuk hari yang pertama adalah perbincangan dalam kumpulan untuk mencipta yel yel, bendera dan nama kumpulan. Pelbagai idea kreatif yang telah ditunjukkan oleh para peserta daripada aktiviti ini. Sesi berakhir pada pukul 11 malam.

HARI KEDUA Hari kedua dimulakan dengan Qiamulail dan solat subuh berjemaah. Selesai solat subuh para peserta disajikan dengan tazkirah sebagai senaman minda. Senaman fizikal pula adalah senaman pagi dan kawad kaki yang dikelolakan oleh pihak JPAM. Aktiviti pada hari sabtu bertemakan pertolongan cemas. Dimulakan dengan bantuan CPR, ikatan dalam pertolongan cemas serta cara-cara menyelamatkan mangsa apabila berhadapan dengan pelbagai halangan. Aktiviti ini berjalan lancar dan peserta sangat seronok walaupun terpaksa bergelumang di dalam lumpur. Pada sebelah malam adalah persembahan kumpulan. Setiap kumpulan telah diberi tugas awal untuk melakukan persembahan. Semua kumpulan memilih lakonan untuk dipersembahkan. Aktiviti berjalan dengan lancar dan menghiburkan para penonton yang hadir. Aktiviti berakhir pada pukul 11 malam.

HARI KETIGA Seawal pagi Qiamulail, solat subuh berjemaah dan tazkirah. Senaman pagi dan kawad kaki seperti pagi sabtu. Kemudian, para peserta menguruskan diri dan bersarapan sebelum acara penutupan perkhemahan. Acara penutupan dirasmikan oleh Pengetua SMA, Ustaz Hasnizan Bin Hasin. Upacara penyampaian sijil kepada peserta terbaik lelaki iaitu Mohd. Izzat Irsyad (Tingkatan 1) dan peserta terbaik perempuan adalah Zulaikha Nur Irfan (Tingkatan 1). Sebelum bersurai pelajar bergotong-royong membersihkan kawasan perkhemahan. Pelajar dijemput bas sekolah ke asrama putera dan puteri.

KEKUATAN PROGRAM: Peserta perkhemahan mendapat pendedahan tentang realiti kehidupan melalui aktiviti yang dijalankan. Setiap peserta perlu mematuhi masa dan disiplin diri sepanjang perkhemahan ini. Aktiviti yang dijalankan pula dapat memberi pengetahuan dan pengalaman baru yang berguna untuk melengkapkan diri setiap peserta agar lebih bersedia menghadapi cabaran pada masa depan Setiap aktiviti dilakukan dalam kumpulan untuk meningkatkan semangat kerjasama dalam kalangan peserta terhadap ahli kumpulan masing-masing.

KELEMAHAN PROGRAM: Pelajar disediakan makanan oleh pembekal makanan dan bukan memasak sendiri . Penggunaan elektrik sepenjang perkhemahan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN: 1. Pelajar memasak sendiri untuk melatih mereka berdikari sendiri untuk meneruskan hidup. 2. Tapak perkhemahan yang lebih sesuai dan memudahkan aktiviti yang lebih mencabar dapat dijalankan.

Disediakan Oleh,

Disemak Oleh,

Disahkan Oleh,

........................................ ( ( ( S/U KO-KURIKULUM )

...................................... GPK KO-KURIKULUM)

......................................... PENGETUA SMA MAIWPL)

Anda mungkin juga menyukai