Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN PROJEK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN TAJUK PROGRAM : PPG: MATEMATIK/SAINS AMBILAN : JUN 2011 NAMA

GURU PELATIH :

TAJUK KURSUS : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah R endah KOD KURSUS TARIKH MULA : BMM 3117 10 Feb. 2013 TARIKH HANTAR 10 Mac 2013 SEMESTER : 4

Hasil Pembelajaran Kursus 1. Mengetahui pengetahuan dan kefahaman tentang Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam bilik darjah. 2. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mendalam dan dapat membanding-bezakan konsep-konsep, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dengan tepat.. 3. Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran-pembelajaran bahasa Melayu di dalam bilik darjah. 4. Mengaplikasikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran terkini selaras dengan kontekstual dalam pengajaran pembelajaran bahasa Melayu di dalam bilik darjah. 5. menyediakan pakej aktiviti pengajaran dan pembelajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian dengan menyerap elemen-elemen bestari. 6. Mempelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di dalam bilik darjah supaya dapat memupuk potensi semula jadi murid. Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1, 2, dan 3. Objektif Projek 1. Memahami Teori Huraian Bahasa, Teori Pemerolehan Bahasa, konsep-konsep, stategi, pendekatan, kaedah, teknik, pengaplikasian pendekatan pengajaran bahasa, pelaksanaan aktiviti-aktiviti pengajaran-pembelajaran bahasa secara kontekstual, kontruktivisme, pembelajaran masteri, kaedah pengajaran bahasa Melayu, pengaplikasian teknik pengajaran bahasa, pengaplikasian kemahiran bernilai tambah, penyediaan pakej aktiviti pengajaran-pembelajaran tahunan dan penyediaan rancangan pengajaran harian.

Tajuk Projek Soalan: 1. Kandungan kursus Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah merangkumi konsep Teori Huraian Bahasa, Teori Pemerolehan Bahasa, konsep-konsep, stategi, pendekatan, kaedah, teknik, pengaplikasian pendekatan pengajaran bahasa, pelaksanaan aktiviti-aktiviti pengajaran-pembelajaran bahasa secara kontekstual, kontruktivisme, pembelajaran masteri, kaedah pengajaran bahasa Melayu, pengaplikasian teknik pengajaran bahasa, pengaplikasian kemahiran bernilai tambah, penyediaan pakej aktiviti pengajaran-pembelajaran tahunan dan penyediaan rancangan pengajaran harian. Secara berkumpulan ( 2 orang), anda dikehendaki: i. ii. menghuraikan strategi,pendekatan, kaedah, dan teknik yang diaplikasikan dalam RPH dan menganalisis kepentingan elemen-elemen pedagogi tersebut dalam pengajaran dan pemelajaran bahasa Melayu. Menyediakan satu rancangan pengajaran dan pembelajaran beserta bahan sumber yang sesuai dan mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran-pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.

iii. Membina bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan isi pelajaran dan aktiviti yang dipilih. iv. Dengan menggunakan MS Power point bentangkan tugasan yang telah disediakan. v. menulis refleksi tentang kekuatan, kelemahan dan dapatan baharu semasa melaksanakan pengajaran dan pemelajaran di dalam bilik darjah. vi. Hantar tugasan dengan melampirkan CD Rom yang mengandungi RPH dan BSPP yang berkaitan (dilekatkan pada bahagian dalam kulit tugasan)

Subtugasan

1. Membuat penelitian terhadap Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. 2. Membuat penelitian terhadap elemen penyerapan dan penggabungjalinan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. 3. Menyediakan RPH dan BSPP yang sesuai dengan Hasil Pembelajaran dan Objektif Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. 4. Menentukan pendekatan, strategi, kaedah, teknik dan aktiviti P&P yang sesuai untuk satu sesi P&P Bahasa Melayu Sekolah. 5. Melaksanakan pengajaran makro yang lengkap berdasarkan RPH dan BSPP yang disediakan. . Tugasan Projek (50%) Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus 1. Tugasan ini adalah tugasan kumpulan. 2. Kerjasama ahli kumpulan perlu ditunjukkan melalui skema kerja. 3. Anda perlu bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data. 4. Gunakan data yang dikumpul sebagai bahagian utama isi tugasan taksiran anda. 5. Anda boleh memaparkan data kajian pemerhatian dalam sebarang bentuk visual pilihan anda ( jadual, graf, grafik ). 6. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: i. Font Arial ii. Saiz huruf ialah 12 iii. Langkau satu setengah baris iv. Rujukan mengikut format APA v. Lampiran 7. Amalan plagiat tidak dibenarkan.

8. Panjang tugasan tidak kurang daripada 15 muka surat ( termasuk persembahan visual). 9. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 50%. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria yang berikut: 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci 2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara yang berikut: a. Ciri-ciri Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa b Huraian tentang konsep-konsep, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran. c. Satu rancangan pengajaran dan pembelajaran beserta bahan sumber yang sesuai dengan mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran-pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah. d. Rumusan/cadangan e. Bahan pembentangan dalam bentuk cakera liut atau soft-copy. 2. 3. 4. 5. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan ilmiah. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren. Penulisan laporan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara analitikal.

Anda mungkin juga menyukai