Anda di halaman 1dari 11

1.

Pendahuluan Syukur Alhamdulillah dapat juga saya menyiapkan tugasan Pendidikan Islam

Tingkatan 6 (HBIS4403). Objektif penulisan kajian ini lebih terfokus kepada kajian terhadap agama samawi dan agama ciptaan manusia. Aqidah Islam merupakan satu perkara yang penting kepada manusia. Tanpa aqidah yang betul dan mantap, manusia akan kehilangan arah. Tugasan ini saya dahului dengan pendahuluan, di mana dalam pendahuluan ini ada dinyatakan struktur, konsep dan objektif penulisan dengan jelas. Seterusnya, isi kandungan tugasan ini. Dalam isi kandungan tugasan ini, ada dijelaskan mengenai agama samawi, agama-agama ciptaan manusia, usul akidah agama ciptaan manusia. Selain itu, dalam tugasan ini juga akan mengupas isu yang terpilih iaitu penerangan secara lengkap bentuk pengumpulan maklumat. Tugasan ini diakhiri dengan kesimpulan dan rujukan yang saya gunakan untuk menyiapkan tugasan ini. Semoga tugasan ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan saya mengenai ilmu akidah dan seterusnya dapat meningkatkan lagi keimanan saya kepada Allah S.W.T. 2.0 Agama Samawi Definisi bagi agama samawi yang lebih mudah untuk difahami adalah merupakan agama langit atau lebih tepat dengan maksud agama wahyu. Sepertimana ulama-ulama di dalam bidang perbandingan agama telah menetapkan bahawa agama samawi adalah merangkumi Yahudi, Kristian dan Islam. Namun Imam Shahrastani menambah definisi agama separa wahyu iaitu Zoroastrianism atau Majusi. Ini kerana, di dalam agama Majusi terdapat kitab dan Nabi yang menjadi tunggak rujukan dan perlaksanaan hukum-hukum.

Fahaman yang wujud dan yang pernah wujud di dunia ini berasal daripada satu fahaman atau satu agama sahaja iaitu agama Tauhid, agama yang mengesakan kewujudan Tuhan yang Satu. Kerana inilah yang dibawa oleh semua para Nabi dan Rasul, daripada Nabi Adam ke Nabi Nuh, turun ke Nabi Ibrahim sampai ke Nabi-nabi Bani Israel seperti Nabi Musa, Sulaiman dan Isa sebelum berakhir dengan junjungan kita, Khatamul Anbiya Nabi Muhammad SAW. Semua agama di dunia ini tidak kira dari belah mana asalnya adalah agama Islam jua pada asalnya kerana fahaman yang betul-betul mengEsakan Allah Subhanahuwataala akan menyebabkan penganutnya

Agama Samawi dan Agama Ciptaan Manusia

menyerah kepada aturan Tuhan lalu mencapai kesejahteraan atau dalam bahasa Arabnya Salam sedangkan Islam itu bermakna Penyerahan. Akan tetapi, apabila sampai kepada pengikutnya, berlakulah penyelewengan dalam konsep penyembahan yang akhirnya mensyirikkan Allah. Buktinya, agama yahudi mengatakan Nabi Uzair a.s itu anak Allah, agama Nasrani pula mengatakan Nabi Isa a.s anak Allah, pengikut ajaran Iskandar Zulqarnain pula mengambarkan Allah melalui sifatnya adalah dari cahaya iaitu api (ajaran majusi), agama Hindu melambangkan Allah itu jua dari api. Apapun, cuma tiga sahaja syariat dicipta oleh Allah Taala untuk diamalkan secara meluas, bukan setakat untuk umat tertentu sahaja dan selainnya adalah khusus untuk kaum-kaum tertentu sahaja. Pertama sekali Syariat Nabi Adam, kerana baginda adalah bapa segala manusia. Kedua, Syariat Nabi Ibrahim kerana daripada bagindalah bapa segala nabi, terbit semua Nabi-nabi selepas baginda, raja-raja serta pemimpin umat-umat kemudian, juga pecahan bangsa-bangsa besar Arab (daripada isterinya Siti Hajar), Bani Israil yang merangkumi bangsa-bangsa Barat ataupun Eropah (dari Siti Sarah) dan bangsa Jawi (dari isteri ketiga Siti Batturah/Qanturah/Kenturah (Kemeyan) yang tidak semua orang tahu kewujudannya), yang ketiga dan terakhir, adalah Syariat yang memperbaharui semua syariat pada agama-agama yang sebelumnya yang lain iaitu Syariat Nabi Muhammad SAW kerana baginda adalah Nabi dan Rasul akhir zaman. Syariatnya sesuai dan kesimpulan bagi semua agama yang wujud pada sebelum-sebelumnya. Syariat Nabi Muhammadlah adalah syariat untuk semua umat setiap ketika sampailah ke hari kiamat. Maka, jika diteliti kitab-kitab Melayu lama, agama yang ada disebut wujud sebelum kemunculan Nabi Muhammad adalah Syariat Nabi Ibrahim iaitu agama Islam juga. Cuma untuk membezakan Syariat ini dengan Syariat Nabi Muhammad, wujud satu istilah untuk memanggil pengikut ajaran Nabi Ibrahim sebagai orang-orang Hanifiyah iaitu mereka yang lurus.

Agama Samawi dan Agama Ciptaan Manusia

Hanya Islam Agama Samawi yang Benar Islam adalah satu-satunya agama yang haqq yang diredai oleh Allah buat hambahamba- Nya. Allah memerintahkan kita untuk berpegang dan beramal dengannya. Justeru, satu-satunya agama samawi; yang diturunkan oleh Allah adalah Islam, tidak ada agama samawi selain Islam. Penggunaan istilah agama samawi hanya sah dengan merujuk kepada agama Islam. Ini kerana agama Islam adalah agama para nabi seluruhnya, dari nabi yang pertama, iaitu ayah segenap manusia; Nabi Adam yang merupakan seorang nabi dan rasul, hingga nabi dan rasul terakhir; Nabi Muhammad. Semua pengikut para nabi adalah beragama Islam. Para nabi dan para pengikut mereka semuanya beriman dengan Allah, para malaikatNya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari akhirat dan qadar baik dan buruk. Agama atau al-Din adalah dikenali dengan aqidah atau prinsip-prinsip keyakinan. Oleh itu, tidak boleh sama sekali untuk memasukkan agama Yahudi dan Nasrani ke dalam istilah agama samawi kerana dari segi aqidah kedua-dua agama ini amat jauh berbeza dengan aqidah Islam yang dibawa oleh semua para nabi dan rasul. Demikian juga amat tidak wajar untuk mengatakan bahawa agama Yahudi suatu agama yang dibawa oleh Nabi Musa dan agama Kristian suatu agama yang dibawa oleh Nabi Isa. Ini kerana pernyataan seumpama ini jelas telah menyandarkan agama kufur kepada Nabi Musa dan Nabi Isa.

Agama Samawi dan Agama Ciptaan Manusia

3.0

Agama Ciptaan Manusia 3.1 Agama Bahaiyah

Nama agama Baha'iyah di ambil sempena nama Baha'ullah. Kadangkala dinisbahkan kepada gelaran pengasasnya al-Babiyah. Baha'iyah merupakan satu aliran sesat yang terkeluar dari Islam. Ia telah menjadi satu agama baru yang asing dari agama Islam. Ia adalah pecahan dari Syiah Imamiyah. Pengasas Asal Agama Baha'iyah Agama Bahaiyah diasaskan oleh Mirza Ali Muhamad al-Syirazi. Beliau lahir di Iran sekitar tahun 1152 H/1820 M. Pada asalnya beliau merupakan pengikut mazhab Syiah Imamiyah. Beliau bersikap melampaui batas mazhab Syiah Imamiyah, sehingga digabungkan mazhab berkenaan dengan mazhab Syiah Ismailyiah dan fahaman hulul yang sesat serta menyimpang dari ajaran Islam. Hulul ialah satu fahaman yang mempercayai bahawa Tuhan menjelma pada makhluknya. Fahaman ini dianuti oleh golongan Saba'iyah. Ramai dari kalangan penduduk Farsi dari kalangan penganut mazhab Imamiyah yang tertarik dengan ajaran Mirza Ali Muhamad. Usul Akidah Agama Baha'iyah Kemudian beliau mengemukakan akidah-akidah dalam agamanya, iaitu:
1) Tidak mempercayai tentang wujudnya kiamat, syurga tempat pembalasan bagi

orang beriman dan neraka tempat siksaan orang yang engkar. Beliau menyatakan bahawa pertemuan dengan Allah di akhirat kelak adalah simbol terhadap kehidupan kerohanian yang baru.
2) Beliau mengisytiharkan bahawa dirinya adalah jelmaan sebenarnya dari semua

nabi yang terdahulu. Semua risalah yang dibawa oleh nabi-nabi bersatu dalam dirinya. Sebab itulah semua ajaran agama bertemu di dalam dirinya. Oleh itu beliau mengatakan bahawa semua gama itu adalah sama sahaja.
3) Kepercayaan terhadap hulul, iaitu Allah menjelma di dalam dirinya secara

langsung.

Agama Samawi dan Agama Ciptaan Manusia

4) Beliau tidak mengakui bahawa risalah yang dibawa oleh Nabi Muhamad

adalah risalah terakhir.


5) Beliau sentiasa menyebutkan kumpulan huruf-huruf dan hitungan angka untuk

masing-masing

huruf.

Menurut

pendapatnya,

angka-angka

tertentu

mempunyai pengaruh tertentu. Contoh, angka sembilan belas (19) mempunyai kedudukan khusus yang tinggi. 6) Beliau menetapkan bahawa Wanita sama taraf dengan lelaki dalam masalah warisan dan lainnya. Mirza Ali Muhamad telah membukukan pendapat-pendapat sesatnya di dalam buku bernama al-Bayan. Buku berkenaan mewakili seluruh ilmu ketuhanannya, tetapi masih ada ilmu lain yang khusus diberikan kepada para sahabat pilihannya. Selain dari mereka tidak ada yang dapat menerima dan mempraktikkan ilmu kebatinan. Pusat Agama Baha'ullah Agama Baha'ullah telah berkembang di Amerika Syarikat. Markaz utamanya ialah di Chicago. 3.2 Agama Sikh

Agama ini lahir semenjak sekitar 5 abad yang lalu sampai sekarang yang masih tetap menarik perhatian para peminat penelitian agama. Sikh berarti murid, dan Sikha berarti murid atau pengikut Sikh. Ada juga yang mengartikan Sikh sebagai suatu masyarakat agama di India dan Pakistan atau suatu sekte keagamaan yang berasal dari penyelewengan terhadap Brahmanis-Hinduisme. Agama Sikh disebut sebagai agama sinkretis, karena ia didirikan dengan maksud memperdamaikan antara Islam dan Hinduisme. Agama Sikh lebih merupakan agama yang mencoba menyatukan ajaran monoteis Islam dengan politeis Hinduisme, akan tetapi tetap saja, agama sikh bukan Hinduisme dan bukan pula Islam. Asal-Usul Agama Sikh Agama Sikh berasal dari anak benua Indo-Pakistan, tepatnya wilayah bahagian Punjab dan hingga sekarang daerah Punjab merupakan wilayah kediaman sebagian besar pengikut agama sikh yang menurut catatan paling akhir berjumlah sekitar 16 juta jiwa atau

Agama Samawi dan Agama Ciptaan Manusia

sekitar 2 % dari seluruh penduduk India saat ini. Agama Sikh lahir dan mulai berkembang bersamaan waktunya dengan kelahiran agama Protestan di Eropa, yaitu di akhir abad ke-19 Masehi. Motivasi kelahirannya juga senada dengan kelahiran Protestan dimana kalau Protestan lahir sebagai reaksi terhadap eksistensi kekuasaan gereja Katolik Roma di daratan Eropa, maka agama Sikh lahir sebagai reaksi terhadap agama Brahma atau Hinduisme serta sungguh-sungguh menentang pengaruh Brahmana dan sistem kasta yang diajarkannya. Pengasas Agama Sikh Pengasas agama Sikh adalah Guru Nanak dan riwayat hidupnya yang lengkap dalam sebuah buku yang dikenal dengan nama Janam Sakhis, Kisah-kisah kehidupan. Guru Nanak dilahirkan di Talwandi Rai Bhoe, sebuah desa kecil di tepi sungai Ravi, sekitar 4 km sebelah barat daya Lahore, ibukota wilayah Punjab, pada tanggal 15 April 1469. Desa tersebut sekarang dikenal dengan nama Nankana Sahib, yang berarti desa tempat kelahiran Nanak. Dari sudut kacamata Hindu, orang tuanya memiliki kasta Ksatria. Ayahnya, Mehta Kalu adalah seorang Patwari atau Akuntan desa yang bekerja pada perusahaan milik Rai Bular, seorang Muslim, pemilik tanah yang luas di desa itu. Ibunya, Tripta adalah seorang Hindu yang fanatik, sedangkan mereka adalah keturunan suku Khattri yang termasuk bangsa Arya. Oleh sebab itu, agama sikh dikategorikan sebagai agama yang lahir atau berasal dari bangsa Arya. Ia mengalami pengalaman setelah sekitar 12 tahun bekerja sebagai pelayan toko, sehingga dari situlah dia memutuskan untuk mengabdikan seluruh hidupnya bagi kepentingan pembaharuan umat. Bermula menjalani hidup dengan zuhud dan penuh kesederhanaan, bermenung, berkhalwat serta pergi menyendiri ke sebuah hutan untuk menyucikan rohani dan menjauhkan diri dari godaan-godaan hidup agar bisa berhubungan langsung dengan Tuhan. Diceritakan ketika ia berkhalwat di hutan ia diangkat ke langit dan mendengar suara Tuhan yang tertuju padanya, yaitu Aku bersamamu, Aku membuatmu berbahagia, begitupun setiap orang, yang memuliakan kamu, Pergilah dan selalu sebut nama-Ku, Bikin setiap orang agar berbuat seperti itu juga, Jangan kamu tergoda oleh duniawi, Jadilah dermawan, Bersihkan dirimu, Hindari dosa dan perbanyak semadi, Aku adalah Allah, Aku adalah Brahma, Engkau adalah Guru yang beroleh kurnia Ilahi .

Agama Samawi dan Agama Ciptaan Manusia

Perintah yang didengarnya dilaksanakan dengan baik. Dalam melaksanakan tugas yang diembannya, ia tidak mendirikan perguruan melainkan giat mengadakan perjalan dakwah keliling dari arah timur India ke Asam sampai ke daerah sekitar Himalaya sampai ke Laddakh hingga Makkah. Guru Nanak menghabiskan sisa hidupnya di Kartarpur dan tepat dengan tanggal 22 September 1539 dia wafat dan dalam usia 70 tahun. Usul Akidah Agama Sikh Ajaran dasar agama Sikh adalah tidak ada Hindu tidak ada Muslim. Tetapi Guru Nanak mengajarkan keesaan Tuhan. Ia yakin bahwa Tuhan adalah Maha Esa, kekal abadi, berdiri sendiri dan tanpa rupa serta Hanya Tuhan Yang Maha Esa, Yang Maha Benar, sajalah yang wajib disembah. Ajaran ini dapat dibaca Mulmantra dari Japji, baris pertama dalam bagian pembukaan kitab Adi Granth. Ajaran Nanak tentang Manusia Guru Nanak mengajarkan bahwa seluruh umat manusia adalah satu serta meletakkan dasar bagi pengangkatan martabat manusia di kalangan masyarakat Hindu bukan atas dasar kasta, akan tetapi atas dasar kodrat dan kecenderungan manusia itu sendiri. Derajat seseorang ditentukan oleh amal kebajikannya. Manusia harus hidup dengan mengutamakan kesempurnaan moral, karena nilai manusia terletak pada tinggi rendahnya moral. Ajaran Nanak tentang Alam Guru Nanak mengajarkan bahawa alam semesta ini adalah ciptaan Tuhan dan tidak abadi. Dengan kodrat dan iradat Tuhan seluruh alam ini terjadi dan melalui Hukum Tuhan alam ini menjalani kehidupannya. Tidak ada sesuatu yang bisa berjalan diluar kehendak dan Hukum Tuhan. Dan dengan kodrat Tuhan semuanya dikuasai oleh maut dan menuju kepada kemusnahan. 3.3 Agama Qadiani

Mirza Ghulam Ahmad al-Qadiani (1839-1908 M) merupakan pengasas Qadiani. Beliau keturunan satu keluarga yang terkenal dengan mengkhianati agama dan tanah air. Mirza dimata pengikutnya terkenal dengan emosi yang kurang, selalu sakit dan penagih dadah. Beliau memiliki lebih dari 50 karya tulis dan artikel. Salah satu karangan terpentingnya ialah, Izalah al-Awham, (cara menghilangkan ilusi), Ijaz Ahmadi, (Mukjizat

Agama Samawi dan Agama Ciptaan Manusia

Ahmadiah), Tajalliyat Ilahiyyat (manifestasi Tuhan) dan sebagainya. (Ensiklopedia Agama dan Mazhab-mazhab Moden, 2008, 359-360). Ghulam Ahmad pengasas agama Qadiani mengatakan perkara (falsafah) sama seperti yang diucapkan oleh Bab dan Mirza Husain Ali.beliau mengatakan Nabi Isa, Nabi Muhammad, Mahdi malah Krisna semuanya hulul (menjelma) dalam dirinya. Penulis menyatakan terdapat kepercayaan tersebut dalam ajaran puak gnosis (makrifah) Kristian yang mengatakan, Dalam dunia ini hanya ada satu Nabi iaitu manusia yang Allah jadikan seperti rupa-Nya. Yang terdapat tempat Roh al-Quds, yang lahir sejak azali dalam setiap zaman dengan rupa-rupa baru. Pengikut Qadiani telah menubuhkan sebuah komuniti Qadiani di India yang dipimpin oleh Maulana Nuruddin, kepimpinan beliau diragui oleh pengikutnya yang berpendidikan Barat, mereka keluar lalu menubuhkan pertubuhan Qadiani yang baru di Lahore dengan membawa ajaran mengikut pemikiran mereka sendiri. Mereka melantik seorang daripada keluarga mazhab Qadiani menjadi khalifah dengan gelaran Khalifah al-Masih II. Beliau berkhidmat selama 40 tahun, dan ajaran ini tersebar meluas. Kebanyakan pengikutnya berada di Pakistan, India, Afrika Barat, Negara-negara Barat dan Negara Asia Tenggara. Pengikut Qadiani beranggapan bahawa masyarakat Qadiani sahaja boleh dianggap Islam tulen. Asalnya ia ajaran Islam yang benar tetapi telah diubahsuai dan diperbaharui oleh Ahmad Qadiani, beliau diutus Tuhan bagi tujuan pembaharuan tersebut. Usul Akidah Qadiani Ajaran Qadiani jelas bertentangan dengan rukun-rukun iman iaitu antaranya beriman kepada Allah, para Rasul dan hari Kiamat. Ajaran ini jelas sesat, yang mana penjajah Inggeris di India menyokong ajaran ini dan membantu menyebarkannya di Negara-negara umat Islam. Sebagai tanda sokongan pihak Inggeris menyediakan penempatan yang dinamakan Rabwah di daerah Punjab sebagai pusat gerakan di seluruh India dan seluruh dunia Islam. Tujuan gerakan ini adalah untuk memecahkan kesatuan umat Islam. (Ahmad Qadiani menyatakan bahawa dia mengaku apa yang Allah laksanakan ke atas Nabi Muhammad s.a.w. maka dia mengaku berlaku ke atas dirinya. Ghulam Ahmad meletakkan dirinya seperti mana apa yang Allah jelaskan dalam surah al-Dhuha yang Allah laksanakan ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Selain itu, antara kesesatan ajaran ini ialah :

Agama Samawi dan Agama Ciptaan Manusia

1. Dalam ketuhanan. Ajaran ini menyamakan Tuhan dengan makhluknya. Mereka mendakwa Allah sembahyang, tidur, puasa, berjisim, mempunyai juzuk dan sebagainya. 2. Dalam Kenabian: mereka menafikan Nabi Muhammad adalah Nabi dan Rasul yang terakhir. Mereka mendakwa Nabi sentiasa ada, termasuk Ghulam Ahmad yang mendakwa diri sebagai Nabi. 3. Pengikut Qadiani mendakwa bahawa tanah Qadian adalah lebih mulia daripada tanah suci Mekah dan Madinah.
4. Membatalkan jihad. Allah pernah membenarkan membunuh kanak-kanak dikalangan

keluarganya. Dia mendakwa mendapat ilham dari Allah supaya berkahwin dengan seorang wanita, dan sekiranya wanita itu menolak pinangan maka dia akan dilaknat. Walaupun begitu, pinangannya ditolak malah wanita itu mengahwini lelaki lain dan dia tidak dilaknat. Dia mendakwa bahawa Allah menikahkannya dengan wanita itu diatas langit.
5. Ghulam Ahmad Qadiani mentafsir ayat berasaskan konsep Nur Muhammad

mengikut kaedah tajalli Nur Muhammad ke dalam dirinya juga. Menurut beliau, maksud khatam nubuwwah ialah tiada nabi selepas nabi Muhammad s.a.w., tiada Rasul, dan tiada syariat tetapi ada tajalli Nabi Muhammad kepada seorang daripada umat nabi Muhammad s.a.w.. Orang ini telah suci rohaninya, telah mencapai tahap limpahan dari Nabi Muhammad s.a.w. serta ajaran-ajarannya. Maka, Ghulam Ahmad Qadiani telah mencapai maqam yang tinggi disisi Allah. Apabila beliau menerima tajalli Nur Muhammad maka ajaran yang dibawa oleh beliau bukan perkara baru atau menghapuskan syariat Rasulullah. Apa yang dibawa adalah sama kerana Nur Rasulullah sendiri sudah tajalli masuk ke dalam diri Ghulam Ahmad Qadiani. Ajaran tersebut adalah akidah wahdat al-wujud dan hulul jasad Rasulullah dalam diri Ghulam Ahmad Qadiani.

4.0

Bentuk Pengumpulan Maklumat Bagi memenuhi kajian ini, dua bentuk data diperlukan. Data-data tersebut ialah data primer dan sekunder. Data primer diperolehi daripada hasil kajian lapangan yang dilakukan

Agama Samawi dan Agama Ciptaan Manusia

ke atas subjek kajian. Manakala data sekunder pula diperolehi daripada hasil kajian perpustakaan melalui bahan ilmiah bertulis. 1. Data Primer Temu Bual Tidak Berstruktur Pengumpulan data kajian ini juga melibatkan teknik temu bual tidak berstruktur (wawancara). Ia adalah salah satu cara yang boleh membekalkan data-data yang diperlukan.

2. Data Sekunder -Metod kajian perpustakaan Data sekunder dalam kajian ini dikumpul daripada hasil penyelidikan kepustakaan. Maklumat-maklumat tersebut diperolehi daripada dokumen-dokumen berbentuk buku ilmiah, jurnal, dan risalah dari perpustakaaan Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Perpustakaan Awam Kluang, Johor. Sekain itu, carian maklumat di internet juga digunakan bagi pengumpulan maklumat dalam tugasan ini

Agama Samawi dan Agama Ciptaan Manusia


10

5.0

Kesimpulan Kesimpulannya bahawa beragama atau beraqidah adalah naluri atau fitrah semulajadi yang telah sedia ada yang telah diletakkan oleh Maha Pencipta pada sctiap insan. Naluri ini tetap ada dalam diri setiap manusia.. Sekiranya manusia itu bersih jiwanya sejak awal kelahirannya maka ia akan dapat mengenali Allah dalam kelurusan dan kesempurnaannya. Kekotoran unsur kebumiannya dan kekotoran unsur nafsunya serta faktor alam sekeliling juga kebudayaannya inenyebabkan manusia telah melupakan fitrah beragama atau berakidah dan luntutan-tuntutannya. Walaupun betapa tebal kelalaian atau kealpaan manusia itu namun dalam detik tertentu manusia itu dengan sendirinya menyedari hakikat lersebut. Dalam detik inilah fitrah yang selama ini terpendam jauh dalam dasar laut kelupaan telah muncul berteriak dan melaung untuk kembali kepada Allah Maha Penciptanya, untuk memohon bantuan atau pertolongan dari kesusahan dan bahaya. Bahkan orang yang sengaja menafikan atau mengingkari fitrah semulajadi ini akan kembali mengakuinya ketika maut telah mencengkam ke atas jiwanya. Ternyata Islam adalah ad-din yang diturunkan oleh Allah amat cucuk dan sesuai dengan fitrah manusia. Justeru itu manusia hendaklah menjadikan Islam sebagai panduan hidup mereka, pastilah mereka akan beroleh kesejahteraan hidup di dunia dan dikurniakan dengan kebahagiaan hidup yang berkekalan di akhirat. Segala ilmu mengenai tauhid dan syariat Islam telah sempurna diturunkan oleh Allah melalui perantaraan nabi Muhamad s.a.w. Oleh itu adalah tidak benar jika ada orang yang mendakwa bahawa ada ilmu lain mengenai tauhid dan syariat yang tidak diberitahu kecuali orang-orang tertentu sahaja. Dan Rasulullah s.a.w. sendiri adalah bersifat dengan sifat Tabligh dan Amanah. Tidak mungkin Baginda s.a.w. menyembunyikan syariat Allah dari pengetahuan umatnya. Tugasan ini meliputi agama samawi dan agama ciptaan serta usul yang
dibawa oleh agama ciptaan ini. Selain itu tugasan ini ada dinyatakan bentuk pengumpulan maklumat yang terperinci iaitu melalui buku, sumber internet dan kajian kepustakaan. Tugasan ini diakhiri

dengan memberi kesimpulan bahawa walaupun timbul pelbagai persoalan dan kemusykilan, sebagai umat Islam, kita hendaklah sentiasa berpegang teguh kepada isi ajaran al-Quran dan Sunnah NabiNya. Kita tidak boleh mensyirikkanNya, menerima sebahagian serta mengingkari sebahagiannya, atau menolak semuanya. Sentiasalah berusaha dan berdoa agar Allah tidak memesongkan keimanan kita.

Agama Samawi dan Agama Ciptaan Manusia


11