Anda di halaman 1dari 13

TOPIK : LUKISAN TEKNIK (ELEKTIF)

TAJUK PEMBELAJARAN: LUKISAN KERATAN PENUH TINGKATAN 2

Di olah oleh :
HAIRUL AZRI HARUN

LUKISAN TEKNIK

LUKISAN TEKNIK

Pengenalan
Lukisan keratan penuh ialah lukisan yang menunjukkan sesuatu objek apabila objek tersebut dipotong penuh. Pandangan keratan biasanya dilukis dalam unjuran ortografik. Pemotongan objek dibuat sama ada secara menegak atau merentas objek tersebut. Tujuan membuat lukisan keratan: a) menunjukkan bahagian-bahagian objek yang terlindung. b) mengelakkan terlalu banyak garisan terlindung yang boleh mengelirukan. c) membolehkan pembinaan sesuatu objek dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna dan tepat.

LUKISAN TEKNIK

LUKISAN TEKNIK

Elemen-elemen penting dalam lukisan keratan:


a) Satah pemotongan - satah khayalan yang memotong sesuatu objek untuk memperlihatkan butiran yang terlindung pada objek tersebut. b) Garisan satah pemotongan - garisan pinggir bagi satah pemotongan. Ia menentukan tempat butiran terlindung pada objek yang dikerat. - dilukis dengan garisan yang lebih tebal dan lebih hitam daripada garisan objek. - anak panah pada garisan satah pemotongan pula menunjukkan pandangan keratan yang dikehendaki. - garisan satah pemotongan harus ditanda dengan huruf besar (A-A, B-B) pada anak panah.

LUKISAN TEKNIK

c) Muka keratan
- merupakan permukaan baru yang terhasil selepas sesuatu objek dipotong pada satu satah pemotongan. - Muka keratan harus dilorek dengan garisan selari untuk membezakannya dengan permukaan objek yang tidak dikerat. d) Garisan keratan - ialah lorekan yang dibuat pada muka keratan. Ia harus dilukis dengan kecondongan sudut 45 dengan satah mendatar dengan jarak kira-kira 3mm antara satu sama lain.

LUKISAN TEKNIK

MELAKAR LUKISAN KERATAN PENUH


- Lukisan keratan penuh boleh dilakar pada kertas isogrid. - gunakan pensil gred HB untuk kerja melakar.

LUKISAN TEKNIK

MELUKIS LUKISAN KERATAN PENUH


1) Kaedah melukis keratan penuh menegak objek
A

LUKISAN TEKNIK

i) Lukiskan pelan dan pandangan hadapan objek

LUKISAN TEKNIK

ii) Lukiskan garisan satah


pemotongan A-A pada pelan

iii) Lukiskan garisan keratan pada pandangan hadapan di bahagian objek yang terpotong

LUKISAN TEKNIK

2) Kaedah melukis keratan penuh merentas objek

LUKISAN TEKNIK

i) Lukiskan pelan dan pandangan hadapan objek

B B

LUKISAN TEKNIK

ii) Lukiskan garisan satah pemotongan B-B pada pandangan hadapan objek

iii) Lukiskan garisan keratan pada pelan di bahagian objek yang terpotong