Anda di halaman 1dari 1

Anda berjanji dengan sahabat anda untuk berlatih acara lumba lari di padang sekolah.

Sewaktu melewati kelas tahun lima anda telah menyaksikan satu kejadian yang melibatkan murid lain. Ceritakan pengalaman anda itu. Petang kelmarin aku berjanji dengan Amin dan Aman untuk berlatih bersama dalam acara olahraga. Aku terpilih sebagai pelari 100 meter mewakili sekolah. Amin dan Aman berjanji akan menunggu aku di tepi padang sekolah pada pukul 4.00 petang. Aku ke sekolah dengan menaiki basikal kesayanganku. Setibanya aku di sekolah, aku melihat beberapa buah basikal diletakkan di bawah garaj basikal. Aku agak hairan melihat basikal itu. Selepas mengunci basikal pada tiang garaj, aku pun terus menuju ke padang sekolah untuk berjumpa Amin dan Aman. Sebaik sahaja melewati kelas tahun lima, aku terdengar bunyi ketawa berdekah-dekah datang dari kelas 5 Anggerik Rupa-rupanya suara ketawa itu datang dari 4 orang murid tahun 5 Anggerik. Mereka memang nakal dan selalu mengacau budak-budak dari kelas lain. Rupa-rupanya murid-murid itu sedang menconteng dinding sekolah dengan pen berwarna merah. Aku segera mendapatkan Amin dan Aman dan menceritakan kejadian itu kepada Amin dan Aman. Kami bergegas ke pondok pengawal yang terletak bersebelahan pintu utama sekolah. Kami menceritakan kejadian itu kepada pengawal keselamatan yang sedang bertugas di situ. Pengawal keselamatan dengan segera melaporkan kejadian itu kepada guru besar. Akhirnya keempat murid itu telah berjaya ditangkap oleh pengawal keselamatan dan guru besar. Aku, Amin dan Aman diberi pujian oleh guru besar kerana bertindak dengan cepat dan memaklumkan kejadian itu. Guru besar telah menghadiahkan kami sebuah buku cerita setiap seorang.

Anda mungkin juga menyukai