Anda di halaman 1dari 6

Bahagian Pengajian Islam Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia

Fail Kursus HIU 123 Akidah Islamiyyah: Konsep & Penghayatan

Akidah Islamiyyah: Konsep dan Penghayatan Kod Kursus: HIU 123/4 Sesi 2012/2013: Semester 2 Dr. Mohd Nizam bin Sahad (Ph.D UM) Blok C20 Bilik 119 nizamsahad@usm.my Tel: 04-6536030 Dr. Roshimah Shamsudin (Ph.D UM) Blok C24 Bilik 220 roshimah@usm.my Tel: 04-6532851

1. Falsafah Penawaran Kursus Kursus ini bertujuan untuk menyediakan para pelajar dengan teori, konsep dan aplikasi akidah Islam dalam konteks masyarakat semasa. Kursus ini merangkumi tiga skop pengajian akidah asas: konsep Tauhid (Allah dan al-Qadar), konsep Risalah (Rasul Allah, Kitab Allah dan alam ghaib) dan konsep akhirat (alam barzakh dan hari kiamat). Pelajar turut diberikan pendedahan tentang isu-isu semasa akidah Islam dalam konteks situasi masyarakat yang sebenar. Setiap pelajar yang memilih minor pengajian Islam adalah diwajibkan mengambil dan lulus kursus ini.

2. Objektif Kursus Kursus ini akan membantu para pelajar: Membantu pelajar memahami dimensi-dimensi akidah Islam secara meluas dan mendalam. Mendorong para pelajar ke arah kemantapan budaya intelektual yang berteraskan kepada keyakinan tauhid, kesepaduan ilmu dan amal agar sesuai dengan sifat Islam sebagai satu cara hidup.

HIU 123

Membantu para pelajar ke arah pembentukan peribadi yang unggul agar mampu menghadapi pelbagai cabaran semasa. Memenuhi syarat minor dalam Pengajian Islam. 3. Hasil Pembelajaran Pada akhir kursus, pelajar dapat: Mengenalpasti dan menerangkan elemen pengajian akidah Islam. Menerangkan secara jelas berkenaan konsep akidah Islam. Menghuraikan isu dan cabaran semasa akidah Islam.

4. Kaedah Pengajaran 2 jam kuliah dan 1 jam tutorial. Sesi akademik akan berjalan selama 14 minggu.

5. Kandungan Kursus

PERKARA Bahagian Pertama Pengenalan kursus, buku-buku rujukan dan tugasan - Tokoh dan karya akidah Islam sepanjang zaman - Kedudukan akidah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.; zaman Khulafa al-Rashidin; zaman Umaiyyah; dan zaman Abbasiyyah - Pengenalan kepada mazhab Shiah; Muktazilah; al-Qadariyyah; al-Jabariyyah; al-Murjiah - Pengenalan kepada mazhab ahl al-Sunnah wa al-Jamaah Perbahasan mengenai ilahiyyat Isu-isu semasa akidah Islam 1. Ghuluw dalam akidah Islam 2. Khurafat, Syirik, Kufur, Sihir 3. Pluralisme agama 4. Ajaran sesat Bahagian Kedua

TEMPOH PENGAJARAN (28 SESI KULIAH/ 14 MINGGU) Kuliah 1 Kuliah 2 dan 3 Kuliah 4 Kuliah 5 dan 6 Kuliah 7-8 Kuliah 9-10 Kuliah 11-14

1 2 3 4 5 6 7

HIU 123

1 2 3 4 5 6 7 8 9

Konsep tauhid tiga serangkai: tauhid rububiyyah, tauhid uluhiyyah dan tauhid al-asma wa al-sifat. Konsep Sahabat Al-wala wa al-bara Penjelasan tentang konsep Irhas, Karamah, Maunah, Istidraj dan Ihanah. Penjelasan tentang konsep penciptaan Malaikat, Jin dan Syaitan - Penjelasan tentang konsep tawassul - Tawasssul dengan roh para wali: satu analisa Perbahasan tentang konsep takdir Ulangkaji - Slot khas tayangan video (bergantung kepada keperluan)

Kuliah 15 Kuliah 16 Kuliah 17 Kuliah 18 Kuliah 18-20 Kuliah 21- 22 Kuliah 23 Kuliah 24 (waktu tayangan adalah fleksibel)

6. Cara Penilaian

a) Peperiksaan akhir (60%) b) Kerja kursus (40%) i. Ujian bertulis (10%) ii. Tugasan makalah (20%) iii. Pembentangan makalah (10%)

7. Format Penulisan Makalah a) Setiap pelajar dikehendaki menyediakan sebuah makalah dengan tebal maksima 10 halaman dan minima 7 halaman. Esei hendaklah ditaip selang dua baris (double spacing) dengan menggunakan kertas A4, huruf bersaiz 12 dengan stail Times New Roman atau Palatino. Setiap petikan hendaklah menggunakan huruf saiz 11 dan dimulai 5 cm ke dalam dari kiri dan kanan berbanding dengan perenggan-perenggan biasa dan mempunyai selang sebaris (single spacing). Penggunaan nota kaki adalah wajib dan hendaklah ditulis dalam bentuk selang sebaris (single spacing) dengan menggunakan huruf bersaiz 10 dan ditap di bahagian jidar bawah sesuatu halaman. Contoh: Karen Armstrong, A History of God, Vintage: Great Britain, 1999, hal. 28. Apabila merujuk kepada sesuatu laman web nyatakan nama laman web itu, alamatnya dan juga tarikh semakan terakhir terhadap laman web dibuat. Contoh:
Mohd Farid bin Mohd Sharif, Baghy in Islamic Law and the Thinking of Ibn Taymiyya, hal. 10,

HIU 123

http://www.ingentaconnect.com/content/brill/alq/2006, tarikh akses 24 Jun 2008.

Kesemua rujukan

yang dipetik dalam teks haruslah muncul dalam senarai bibliografi. Semua ilustrasi termasuk rajah, carta dan graf mesti dilabel, diberi rujukan dan dinomborkan secara berturutan. b) Setiap makalah mestilah mempunyai senarai bibliografi. Bibliografi ialah senarai bahan yang telah digunakan dalam melaksanakan sesuatu esei. Senarai ini mesti disusun mengikut susunan huruf abjad nama yang penulis itu biasa dikenali. Contoh: Mohd Farid bin Mohd Sharif, 2011. Ibn Taymiyyah on Jihad and Baghy. Universiti Sains Malaysia: Penerbit USM. Hillenbrand, Carole, 1999. The Crusades: Islamic Perspectives. Edinburgh: The University of Edinburgh Press. Mohd Farid Mohd Sharif, 2008. Commanding And Forbidding The Imam: A Study of The Concept of al-Amr Bi al-Maruf and al-Nahy An al-Munkar In Islamic Imamship. Jurnal Syariah 16 (2) : 1-16. c) Setiap tugasan mesti dibentangkan dalam tutorial secara individu. d) Pelajar bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan makalah mereka mematuhi format penulisan di atas serta bebas daripada unsur plagiarisme. Sesebuah makalah akan dinilai berasaskan kepada skop soalan, sumbangan kepada disiplin ilmu, kekuatan analisis, persembahan yang jelas dan kesempurnaan teknikal. e) Esei hendaklah menjawab soalan berikut: 1.Amalan khurafat dan tahyul merupakan salah satu penyimpangan akidah yang berlaku dalam masyarakat. Bincangkan salah satu amalan khurafat dan tahyul yang masih diamal dan dipercayai dalam masyarakat dengan mengemukakan ciri-ciri penyimpangan akidahnya 2. Pemikiran dan pengikut Syiah dalam kalangan orang Melayu di Malaysia. Bincangkan. 3. Kalimah Allah, bolehkah digunakan oleh golongan bukan Islam? 4. Bincangkan salah satu amalan mistik dalam segelintir masyarakat Melayu dan hubungannya dengan akidah Islam.
Anda digalakkan melakukan kajian lapangan untuk mendapat penemuan baru dan asli bagi setiap tajuk di atas.

HIU 123

8. Ujian Bertulis Para pelajar juga akan dikenakan sekali ujian sebagai sebahagian daripada kerja kursus. Tarikh ujian akan ditentukan oleh pensyarah dan ujian akan dijalankan dalam masa kuliah.

9. Senarai Rujukan Kursus

Haron, Abdul Fatah, 1994. Ajaran Sesat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Sabri bin Osman, Mohd Farid bin Mohd Sharif & Raihaniah binti Zakaria, 2012. Prinsip Tauhid Ideasional Dalam Hubungan Islam dan Agama-Agama Lain: Analisis Peranannya Menurut Ismail Raji Al-Faruqi. Jurnal Intelek UiTM, 7:1, 46-56. http://jurnalintelek.uitm.edu.my/ al-Faruqi, Ismail Raji, 1982. Tawhid: its Implication for Thought and Life. Herndon: International Institute of Islamic Thought. Ibn Taymiyah, 1981. Aqidah Islam Menurut Ibn Taymiyah. Ter. Muslich Shabir. Bandung: al-Maarif. al-Shahrastani, Muhammad b. Abd. al-Karim, 2006. Agama dan Ideologi. Terj. Muhammad Ramzi Omar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. al-Tahawi, Ahmad b.Muhammad, 2009. Sharh al-Aqidah al-Tahawiyyah. Terj. Abd al-Halim Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muda, Ab. Latif & Rosmawati Ali, 2007. Perbahasan Akidah Islam. Pustaka Salam: Kuala Lumpur. Stapa, Zakaria dan Mohamed Asin Dollah, 2001. Islam, Akidah dan Kerohanian. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Yasin, Mohd. Sulaiman, 1988. Pengantar Aqidah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zaidan, Abdul Karim, 1982. Dasar-Dasar Ilmu Dawah. Terj. H.M. Asywadi Syukur. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Islam.

HIU 123

Anda mungkin juga menyukai