Anda di halaman 1dari 4

4 Model Operasi Tolak

Ada 4 jenis model operasi tolak yang boleh diperkenalkan konsepnya kepada kanak-kanak untuk mengukuhkan kefahaman mereka tentang operasi ini. Konsep-konsep ini mampu memberi persiapan dan pengetahuan yang lebih mendalam kepada murid-murid apabila mencuba matematik yang lebih sukar. Model Take-away (keluarkan) Model ini adalah yang paling biasa diperkenalkan apabila guru-guru mula memperkenalkan operasi tolak kepada murid-murid. Ia menerangkan kepada murid-murid bahawa konsep ini ialah mengeluarkan sebahagian objek dari set keseluruhan. Contohnya ada satu set objek yang terdiri daripada 10 biji epal. 3 daripadanya dikeluarkan. Murid-murid dikehendaki mencari baki buah epal yang tinggal. Dalam latihan operasi tolak seperti ini, murid-murid telah belajar bahawa penolakan bermakna mengeluarkan sebahagian objek daripada keseluruhan objek yang diberi.

Model Pelengkap Model ini bertujuan menyediakan murid-murid kepada algebra yang lebih mencabar. Dalam operasi tolak, murid-murid dikehendaki mencari nilai yang kurang supaya nilai itu dapat melengkapkan jumlah yang dikehendaki. Contohnya begini; 7 - ? = 10. Alat-alat manipulatif seperti blok ( guli, straw, biji getah dll) boleh digunakan untuk menerangkan konsep pelengkap ini. Model Banding/Beza Biasanya model ini digunapakai ketika meminta murid-murid mencari beza objek atau kuantiti daripada dua set objek atau dua kuantiti . Adalah tidak sesuai apabila meminta pelajar menggunakan konsep keluarkan objek untuk mencari beza dua set objek atau kuantiti tersebut. Contohnya; Jika Yasmin mempunyai 12 biji gula-gula manakala Amin mempunyai 7 biji gula-gula, berapa biji gula-gulakah Yasmin dapat lebih daripada Amin ? Contoh yang lain pula; Jika Nana berumur 7 tahun dan ibunya berumur 32 tahun, berapa tahun beza umur kedua-dua mereka ? Model Whole-Part-Part (Sebahagian-keseluruhan)

Model ini melibatkan aktiviti mensubkategori objek. Contohnya;" Ben ada 15 biji kek untuk dijual. 8 daripada kek tersebut ialah kek mentega manakala selebihnya ialah kek pandan. Ada berapa bilangan kek bukan mentega ?". Dalam aktiviti menentukan subkategori, guru-guru boleh meminta pelajar mengumpulkan objek lain yang mempunyai ciri-ciri yang sama tetapi berlainan disegi warna, rasa atau bentuk. Contohnya seperti gula-gula berperisa oren dan strawberi atau guli-guli yang mempunyai dua warna yang berbeza.

b. Operasi Tolak Operasi tolak biasanya diajar selepas operasi tambah. Operasi tambah melibatkan penggabungan atau penyatuan dua set objek, sedangkan operasi tolak pula berhubung dengan pengasingan atau pengurangan sesuatu set objek kepada set-set kecil. Dengan kata lain operasi tolak merupakan proses menterbalikkan operasi tambah. Kemahiran yang diajar pada peringkat ini adalah menulis ayat matematik, melengkapkan ayat matematik, menolak secara spontan fakta asas tolak, menulis hitungan tolak dalam bentuk lazim dan penyelesaian masalah berkaitan penolakan. Konsep Tolak Konsep penolakan dapat difahami melalui beberapa pendekatan iaitu pengasingan atau mengabil jalan keluar, perbandingan, pelengkap dan penyekatan. Pengasingan atau mengambil jalan keluar - daripada satu set objek, satu subset dikeluarkan. Contohnya: Terdapat 8 buah buku di atas meja. Sebanyak 4 buku dimasukkan ke dalam beg. Berapa buah buku lagikah yang tinggal di atas meja tersebut? Perbandingan - dua set objek berasingan diberi. Set objek pertama disusun semula dan dipadankandengan set objek kedua. Set objek yang tidak ada pasangan dikenali sebagai baki atau beza. Contohnya: Terdapat 8 biji gula-gula dan 5 potong kek. Berapakah bilangan gula-gula melebihi bilangan kek?

Pelengkap bermula dengan satu set objek, kemudian fikirkan berapa lagi perlu ditambah untuk melengkapkan set keseluruhan. Contohnya: Saya ada 6 ekor kuda di dalam sebuah kandang yang boleh memuatkan 10 ekor Berapa ekor kudakah yang boleh saya masukkan lagi ke dalam kandang itu? kuda.

Penyekatan dalam konsep ini, ahli sesuatu set objek perlu diubahsuai kedudukannya untuk menepati sesuatu syarat. Contohnya: Terdapat 7 buah kereta di sebuah tempat letak kereta. 2 buah kereta berwarna biru dan dan yang lain berwarna merah. Berapa buah keretakah yang berwarna merah?

Fakta Asas Fakta asas tolak ialah ayat matematik bagi penolakan nombor 1 digit daripada nombor 1 digit atau 2 digit dan hasilnya nombor satu digit. Terdapat dua kaedah untuk memperkenalkan fakta asas tolak iaitu mengekalkan bilangan unsur yang dikeluarkan dan mengekalkan bilangan unsur dalam set asal.

Operasi Biasanya operasi tolak diajar mengikut turutan daripada tolak tanpa mengumpul semula kepada tolak dengan mengumpul semula. Sebelum mempelajari operasi tolak dengan mengumpul semula, murid perlu mahir kemahiran yang berikut: fakta asas bagi tolak menolak nombor yang sama nilai tempatnya nilai tempat bagi angka menulis nombor dalam bentuk tambah menggikut nilai tempat dan seterusnya menulis nombor berkenaan dalam bentuk yang lain.

Anda mungkin juga menyukai