Anda di halaman 1dari 21

PEMBENTUKAN KATA NAMA

KATA NAMA TUNGGAL


Terdiri daripada satu morfem bebas sahaja. Contohnya: bumi, pam, wang. Kata akronim tergolong dalam kata nama tunggal. Contoh: jalurah (jalan lurah) Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk pada kata nama yang mengikutinya. Kelompok perkataan ini disebut penjodoh bilangan. Contohnya: dua puluh cucuk sate, sekapur sireh, sepapan petai.

KATA NAMA TERBITAN


Terhasil daripada proses menggandingkan imbuhan-imbuhan kata nama pada kata-kata dasar. Terdapat lima jenis kata dasar yang boleh berganding dengan imbuhan kata nama bagi menghasilkan kata nama terbitan, iaitu:

Akar, bentuk morfem terikat yang bukan imbuhan. Contoh: tawa-tertawa

ra

Rangkai kata. Contoh: tidak patuhketidakpatuha n

Jenis kata dasar

Kata tunggal. Contoh: batubatuan

Kata majmuk. Contoh: ibu bapakeibubapaan

Kata terbitan. Contoh: berkesankeberkesanan

Awalan yang membentuk kata nama dalam bahasa Melayu ialah:


peNpe-

peR-

ke

juru

Awalan Kata Nama (peN-)


i. peN- terdiri daripada empat bentuk, iaitu: (a) peN- menjadi pe- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf m, n, ny, ng, r, l, dan w. Contoh: rompak-perompak lakon- pelakon

Bagi kata dasar yang bermula dengan p, t, k, s, huruf pertama dalam kata dasar luluh digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama dengan bunyi pertama dalam kata dasar. Contoh: palu-pemalu selam-penyelam (b) peN- menjadi pem- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf b dan perkataan pinjaman b, f dan v serta gugus konsonan b dan p. Contoh: beri-pemberi fitnah- pemfitnah proses-pemproses

(c) peN- menjadi pen- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy dan z. Perkataan pinjaman t dan s. Contoh: jaja-penjaja syarah-pensyarah tafsir- pentafsir stabil-penstabil (d) peN- menjadi peng- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf g, kh, dan h. (konsonan) dan a, e,i, o, u (vokal). Termasuk perkataan pinjaman huruf k. Contoh: khianat- pengkhianat ikat- pengikat kritik- pengkritik (e) peN- bervariasi dengan pel- apabila bergabung dengan kata dasar ajar. Misalnya: ajar-pelajar.

Awalan Kata Nama (pe-)


ii. Awalan pe- wujud akibat perkembangan bahasa yang menimbulkan perbezaan makna antara awalan pe- dengan awalan peN-. Contoh: pe + tinju petinju ( orang yang bertinju) peN- + tinju- peninju (alat yang digunakan untuk melakukan sesuatu)

Awalan Kata Nama (peR-)


Boleh bergabung dengan kata dasar daripada jenis kata nama dan kata kerja tanpa melibatkan perubahan bunyi pada awal kata dasar. Contoh: per + asap perasap per + buru perburu * Bentuk per- yang membawa maksud daripada bukan berasal daripada imbuhan per-. Contoh satu perlima.

Awalan Kata Nama (ke-)


Tidak melibatkan perubahan bunyi pada awal kata dasar. Contoh: ke + kasih

Awalan Kata Nama (juru-)


Boleh bergabung dengan kata dasar daripada jenis kata nama, kata kerja dan akar kata tanpa melibatkan perubahan bunyi pada awal kata dasar. Contoh: Juru + bahasa jurubahasa Juru + selam juruselam Juru + mudi - jurumudi

Akhiran Kata Nama (-an)


Terdapat satu akhiran kata nama asli, iaitu an yang boleh bergabung dengan kata dasar tanpa melibatkan sebarang perubahan huruf. Contoh: tampar + an tamparan

Apitan Kata Nama


Apitan yang membentuk kata nama terbitan dalam bahasa Melayu ialah:

i. Apitan Kata Nama (peN--an)


peN--an terdiri daripada empat bentuk iaitu: (a) peN- -an menjadi pe--an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf m, n, ny, ng, r, l, y, dan w. (b) Contoh: rusuh-perusuhan waris-pewarisan Bagi kata dasar yang bermula dengan p, t, k, dan s, huruf pertama dalam kata dasar luluh digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama dengan bunyi pertama dalam kata dasar. Contoh: pulau- pemulauan siar- penyiaran

(b) peN--an menjadi pem--an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy dan z dan perkataan pinjaman t dan s. Contoh: dapat- pendapatan cari-pencarian tadbir-pentadbiran stabil- penstabilan

Terdapat satu kekecualian, iaitu kata dasar ternak bukan kata pinjaman, tetapi menerima apitan pen--an menjadi penternakan . (d) peN--an menjadi peng--an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf g, kh, dan h (konsonan) dan a, e, I, o, u (vokal). Termasuk perkataan pinjaman huruf k. Contoh: gali-penggalian khusus- pengkhususan kritik- pengkritikan

peN--an menjadi penge--an apabila bergabung dengan kata dasar yang berekasuku kata, iaitu kata dasar yang mempunyai satu suku kata sahaja. Contoh: syor- pengesyoran tut-pengetutan (e) peN--an bervariasi dengan pel--an apabila bergabung dengan kata dasar ajar. Contoh: ajar-pelajaran Terdapat dua perkataan, iaitu peperiksaan dan peperangan wujud dalam subkategorinya yang tersendiri. Kedua-dua bentuk ini tidak terbit melalui gabungan kata dasar dengan imbuhan pen--an tetapi dengan imbuhan pe--an. Pembentukan tersebut bertujuan untuk membezakan peperiksaan dan peperangan daripada bentuk yang sedia ada, iaitu pemeriksaan dan pemerangan

(e) peN--an bervariasi dengan pel--an apabila bergabung dengan kata dasar ajar. Contoh: ajar- pelajaran

Anda mungkin juga menyukai