Anda di halaman 1dari 42

PENGENALAN

Kecergasan boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu kecergasan dari aspek kesihatan dan kecergasan dari aspek perlakuan motor. Daya tahan otot adalah kompenan kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan selain daripada kekuatan otot, kelembutan dan kelenturan, komposisi lemak badan dan daya tahan kardiovaskular. Daya tahan otot merupakan keupayaan otot atau kumpulan otot dalam melakukan penguncupan untuk mengatasi sesuatu rintangan dalam masa yang lama. Daya tahan otot dibahagikan kepada dinamik dan statik. Ianya adalah berkaitan dengan kebolehan otot untuk mengulangi pergerakan submaximal rintangan atau tekanan untuk mengekalkan darjah ketegangan mengatasi masa. Ujian daya tahan otot

adalah dalam 3 jenis yang asas dan setiap jenis adalah berkaitan (relative) atau mutlak (absolute).

Menurut Morrow, Jackson dan Mood (1995), dua kategori daya tahan otot adalah seperti berikut ;

i.

Daya tahan relatif

Mengukur kebolehan menampung beban kerja secara berulang sehingga yang termampu dilakukan. Contohnya tekan tubi.

ii.

Daya tahan absolute

Mengukur kebolehan otot menampung beban yang telah ditetapkan secara berulang. Daya tahan absolute mempunyai perkaitan yang rapat dengan

kekuatan otot. Contohnya mengangkat dumbell.

Dalam ujian daya tahan yang berkenaan, otot-otot bekerja dengan bebanan yang berkadar (proportionate) terhadap kekuatan maksima kumpulan otot yang tertentu atau kepada berat badan (Rasch, 1956) (Petikan Corbin dan Linsey, 1985). Dalam ujian daya tahan otot bebas pula, semua subjek akan menggunakan set bebanan yang tertentu. Bebanan tersebut tidak mempunyai perkaitan kepada

kekuatan maksima perseorangan atau kepada berat badan (Stuart dan Graham, 1964) (Petikan Corbin dan Linsey, 1985).

Menurut Corbin dan Linsey (1985), daya tahan otot terbahagi kepada dua jenis iaitu;

i.

Daya tahan otot statik Kebolehan otot menampung beban kerja pada kedudukan yang tepat pada satu jangka masa. Contohnya gaya siku bengkok. ii. Daya tahan otot dinamik

Kebolehan otot menguncup dan relaks secara berulang-ulang. Daya tahan otot diukur berdasarkan ulangan yang mampu dilakukan pada satu jangka masa. Contohnya tekan tubi.

Menurut Corbin dan Lindsey (1985), daya otot ialah keupayaan otot atau sekumpulan otot melakukan penguncupan untuk mengatasi sesuatu rintangan secara berterusan dalam jangka masa yang panjang.

Corbin

dan

Lindsey

(1988),

Morrow

(1995),

sependapat

bahawa

penguncupan otot terbahagi kepada tiga jenis iaitu :

i.

Pengucupan isotonik Kedudukan otot berada dalam keadaan memendek atau memanjang dengan regangan yang tidak sama semasa mengangkat beban yang konsisten. Penguncupan otot jenis ini dikenali juga sebagai dinamik atau phasic. Penguncupan isotonik pula boleh dikategorikan kepada dua iaitu :

a.

Pengucupan kosenterik Keadaan otot memendek semasa menguncup. Contohnya mengangkat dumbell.

b.

Pengucupan esentrik Keadaan otot memanjang semasa penguncupan. Contohnya semasa menuruni tangga.

ii.

Pengucupan Isometrik Otot dalam keadaan statik di mana regangan bertambah tetapi panjang otot tidak berubah. Contohnya menolak dinding.

iii.

Pengucupan Isokinetik Pergerakan yang melibatkan regangan otot yang maksimum dengan kelajuan yang konstan pada otot yang tertentu. Contohnya ialah latihan menggunakan alat seperti mengayuh (rowing) yang mempunyai kelajuan dan rintangan.

Fox, Bowers dan Foss (1988), juga mengkelaskan daya tahan otot berdasarkan penguncupan isokinetik, isotonik, esentrik dan isometrik. Mereka

mendefinisikan daya tahan otot sebagai kemampuan atau kapisiti sekumpulan otot mengekalkan penguncupan dalam jangka masa yang panjang.

Johnson dan Nelson (1986), pula menyatakan bahawa daya tahan otot ialah keupayaan otot mengulang pergerakan merentang halangan dan tekanan sambil mengekalkan ke satu tahap ketegangan melepasi satu jangka masa.

De Vries (1974), mendefinisikan daya tahan otot sebagai kebolehan untuk menghalang kelesuan otot dalam melakukan aktiviti-aktiviti fizikal. Daya tahan otot boleh dikelaskan kepada tiga jenis iaitu :

i.

Daya tahan otot jangka pendek Aktiviti berintensiti tinggi yang dilakukan dalam jankga masa yang singkat. Contohnya lari pecut.

ii. Daya tahan otot sederhana Aktiviti berintensiti sederhana dalam jangka masa dan bebanan yang sederhana.

iii.

Daya tahan oto dalam jangka masa panjang Aktiviti yang berintensiti rendah dalam jangka masa yang lama. Contohnya larian jarak jauh (LSD).

Fox, et al.,(1988), telah mengkelaskan daya tahan seperti di atas adalah berdasarkan jenis gentian yang membentuk otot. Contohnya seorang atlet angkat berat mempunyai gentian fast twich dua kali ganda daripada atlet biasa. Gentian ini mempunyai saiz yang besar, berupaya menguncup dengan pantas tetapi kekurangan kapilari darah dan cepat lesu. Oleh itu ia sesuai untuk melakukan

aktiviti jangka masa pendek yang berintensiti tinggi.

Daya tahan otot tidak bergantung pada saiz gentian tetapi melalui kemampuan gentian otot itu menguncup secara berulang di dalam keadaan di mana bekalan oksigen diperolehi secara berterusan.

Tugas ini dapat dilakukan dengan baik oleh gentian slow twich atau slow oxidative yang mempunyai banyak mitokondria dan enzim aerobik untuk membekalkan oksigen dan pembentukan Adenosin Triplospate (ATP) dalam jangka masa panjang.

ATP

ADP + P +

Energy

Sumber : Sienna, Philip A. 1947; One Rap Max; Aguide to Begining weight Training, pg.96.

Beberapa ahli fisiologi berpendapat bahawa kekuatan otot bergantung kepada jumlah filamen protein (aktin dan myosin) yang membentuk otot itu, tetapi daya tahan otot bergantung kepada jumlah mitokondria dan kecekapan sistem enzim aerobik untuk membekalkan tenaga. Gordon (1967), telah mengkaji kesan latihan kekuatan dan daya tahan terhadap kandungan protein dalam sel otot. Beliau

mendapati bahawa latihan menambahkan protein pengucupan tetapi mengurangkan enzim aerobik dan mengurangkan protein pengucupan.

Tidak dinafikan bahawa daya tahan otot mempunyai pertalian yang rapat dengan kekuatan. Secara umumnya jenis latihan daya tahan dan kekuatan otot adalah sama. Perbezaan hanya dapat dilihat dari segi intensiti dan jangka masa latihan. Latihan membina kekuatan melibatkan intensiti bebanan yang lebih tinggi

dalam jangka masa pendek, tetapi latihan daya tahan dilakukan dalam jangka masa yang lebih panjang dengan bebanan yang lebih rendah.

Bagaimanapun, terdapat juga jurulatih yang berpedapat bahawa kekuatan daya tahan otot berada pada satu kontinum yang bertentangan. Keadaan ini dapat dijelaskan melalui rajah di bawah ;

Jangka Masa KEKUATAN DAYA TAHAN Intensiti


Sumber : Sienna, Philip A. 1947; One Rap Max; Aguide to BeginingTraining, pg.96.

Jangka masa dan intensiti latihan adalah dua faktor yang membezakan sesuatu jenis latihan sama ada ke arah pembentukan kekuatan atau daya tahan. Apabila latihan menggunakan intensiti yang tinggi dalam jangka masa yang singkat, ia adalah latihan kekuatan. Latihan yang mengenakan intensiti yang rendah tetapi di dalam masa yang panjang adalah latihan daya tahan. Perkaitan di antara intensiti latihan daya tahan dan kekuatan dapat dilihat di dalam Jadual A di sebelah.

Jadual A: Kontinum kekuatan Daya Tahan Daya Tahan Kekuatan Jangka Pendek Latihan Untuk Kuasa Maksimum Bebanan Berat Preskripsi 6 8 RM 3 set 15-25 RM 3 set Kekuatan dan Peningkatan Protein Pengucupan (aktin & myosin) ATP PC, Tisu - tisu penyambung metabolisme Anaerobik (glikolisis) Daya Tahan Jangka Sederhana Latihan Bebanan Sederhana 30-50 RM 2 set Daya tahan dan metabolisma aerobik dan peningkatan kekuatan Tiada peningkatan pengambilan Pengambilan Oksigen oksigen dalam daya tahan otot
RM :

Daya Tahan Jangka Panjang Melebihi 100 Ulangan Satu Set Melebihi 100 Ulangan Satu Set Enzim Aerobik Mitokondria, Oksigen dan sedikit penggunaan lemak Kekuatan

Sumber :

Repetition Maximum (The maximum weight that can be lifted only once is called 1 RM) Sharkey (1984), Brain J. (1997) Fitness and health. (4th ed.)

Campaing

: Human Kinatics.

Menurut

Astrand

dan

Rodahl

(1986),

otot

mengalami

pertambahan

mitokondria apabila menjalani latihan daya tahan. Nisbah ATP / ADP-PC di dalam sel otot meningkat menyebabkan proses glikosis berkurangan, manakala proses

oksida lemak meningkat. Keadaan ini menyebabkan himpunan laktat meningkatkan simpanan glikogen. Pembekalan oksigen menjadi lebih cekap kerana kapilari darah turut bertambah.

Latihan daya tahan yang dilakukan selama beberapa tahun menyebabkan berlakunya gentian fast twich kepada slow twich. Keadaan ini mempengaruhi

daya tahan otot kerana gentian slow twich mempunyai keupayaan oksidatif yang lebih tinggi. insulin. Latihan daya tahan yang berterusan juga meningkatkan kecekapan

Daya tahan berkait rapat dengan simpanan glikogen.

Pengucupan otot

melibatkan dua perkara iaitu penggunaan oksigen dan tenaga dan penghasilan laktat dan lain-lain bahan kumuh.

Selagi kedua-dua proses ini seimbang, otot dapat bekerja dengan cekap. Keadaan yang tidak seimbang (pengumpulan laktat dan pembuangan bahan kumuh melebihi bekalan oksigen dan tenaga) menyebabkan homeostasis metabolisme otot terganggu. Gangguan ini menyebabkan kelesuan.

Semasa kelesuan, masa bertindak balas menjadi lambat dan otot mengalami kekejangan (tidak boleh mengendur atau tidak mengendur sepenuhnya) dan keadaan ini boleh menyebabkan kecederaan. Faktor-faktor lain yang menyebabkan

kelesuan termasuklah kekurangan glukosa dalam darah, simpangan glikogen untuk kegunaan sel otot tidak mencukupi, kehilangan air dan elektrolit serta kebosanan.

OTOT DARI SUDUT FISIOLOGI

Definisi Otot

Otot

merupakan

tisu-tisu

atau

organ

haiwan

yang

dicirikan

oleh

keupayaannya untuk menguncup, biasanya sebagai tindakbalas terhadap suatu rangsangan sistem saraf unit asas otot ialah miofibril iaitu suatu struktur berbentuk halus dan berbenang yang terbina oleh protein yang kompleks setiap sel otot atau gentian yang mengandungi beberapa miofibril.

Miofibril pula daripada susunan miofilamen yang terdiri dari dua jenis iaitu tebal dan nipis. Setiap miofilamen yang tebal mengandungi beberapa ratus molekul protein myosin. Miofilamen yang nipis mengandungi dua jalur protein aktin. Miofibril dibina oleh susunan selang-seli miofilamen tebal nipis dengan kedua-dua hujungnya bersambung. Semasa pengucupan otot, susunan miofilamen berselang-seli akan menggelongsor sesama sendiri dalam susunannya. Tenaga untuk ini dihasilkan

oleh mitokondria yang tersusun padat mengelilingi miofibril.

10

Pengenalan Otot

Semua aktiviti motor manusia adalah bergantung pada penguncupan tisu-tisu otot untuk mewujudkan kuasa gerakan . Gerakan dan aktiviti yang dilakukan ini adalah berpunca dari tiga jenis otot utama pada manusia iaitu :

i.

Otot rangka atau otot berjalur

Otot rangka terdiri daripada susunan selari beratus-ratus serat otot individu

Rajah 1 : Otot rangka terdiri dari sususan selari beratus-ratus otot individu. Sumber : Martini F.H. & Bartholomew E.F. 2000 : Essentials of Anatomy & Physiology (2nd ed.) , pg.170.

11

Serat otot individu merupakan sel otot tunggal yang berbentuk silinder, bergaris pusat kira-kira 10-100 um dan panjang antara 10-40 cm. Setiap serat otot dikelilingi oleh membran luar yang dinamakan sarkolema. Di hujung serat otot,

srkolema akan bersatu dengan serat tendon yang terlekat pada tulang.

Jika dilihat melalui mikroskop cahaya, serat otot tunggal mempunyai struku berjalur yang terjadi akibat perbezaan indeks biasan antara jenis miofilamen. Jalurjalur ini sangat jelas pada mikrograf electron. Setiap miofibril mempunyai jalur

terang dan gelap yang berselang-seli. Jalur-jalur ini dicamkan dengan huruf. Jalur I kelihatan terang manakala jalur A, gelap. Pada pertengahan jalur I terdapat garisan hitam dinamakan garisan Z. Jalur A terbahagi oleh jalur H yang mempunyai darjah Kegelapan yang lebih rendah. Berkas filamen antara dua garisan Z membentuk satu sarkomer.

Miofibril terdiri daripada dua jenis filamen iaitu tebal dan nipis. Filamen tebal terdiri daripada myosin, manakala filamen nipis terdiri daripada tiga jenis protein kontraktil iaitu aktin, tropomiosin dan troponin. Selain dari dikelilingi oleh cecair

sarkoplasma, setiap miofibril diselubungi oleh satu sistem tiub yang dikenali sebagai sistem membran sarkotubul.

Sistem sarkotubul ini terbentuk daripada rangkaian tubul melintang (sistem T) yang timbul dari ivaginasi sarkolema dan tubul membujur (jalinan sarkoplasma atau retikulum sarkoplasma). Sistem T terlibat dalam penyebaran potinsial aksi yang

12

cepat dari membran sel otot (sarkolema) ke seluruh miofibril otot.

Retikulum

sarkoplasma pula berfungsi sebagai penyimpan kalsium dan mempunyai hubungan rapat dengan proses pengucupan otot.

ii) Otot licin atau otot polos

Otot licin atau polos merupakan faktor utama sistem saraf automatik. Ia didapati pada sistem urogenital, dinding salur darah, bronkus serta bronchial, iris, otot siliari dan kulit (pilomotor). Berbeza dari otot rangka yang dapat mengecut

dengan kuat untuk masa yang singkat, otot licin berkebolehan mengecut untuk masa yang panjang pada kadar kekuatan yang sederhana. Pengecutannya melibatkan hampir seluruh jisim otot tersebut dan bukan sebagai pengecutan unit motor individu.

Sel otot licin tidak menujukkan garis-gores silang tipikal seperti yang kelihatan pada sel otot rangka dan otot kardiak. Menerusi mikroskop, sel otot licin kelihatan berbentuk fusiform atau gelondong dan mengandungi nukleas tunggal yang terletak di tengahnya.

13

Rajah 2 : Struktur otot licin atau otot polos. Sumber : Thomas R.L. Wayne State Universitty. Muscle.

Panjangnya berjulat antara 20-500 um bergantung kepada organ di mana ia didapati. Setiap otot licin rapat dengan jirannya melalui satu hubungan intersel Seperti sel otot rangka, sel otot licin dibina

khusus yang dipanggil desmosom.

daripada protein kontraktil iaitu aksin, myosin dan trpomiosin tetapi tiada troponin. Akan tetapi, susunan aktin dan myosinnya tidak begitu teratur seperti pada sel otot rangka.

Pada

umumnya,

otot

licin

disarafi

oleh

saraf-saraf

simpatetik

dan

parasimpatetik. Bagaimanapun, otot licin yang didapati pada dinding salur darah hanya mendapat bekalan daripada sistem saraf simpatetik sahaja. Berbanding

dengan otot rangka, otot licin tidak mempunyai pertemuan saraf otot yang nyata.

14

Biasanya, serat eferen apabila mendekati otot licin, menjalar serta membahagi kepada beberapa cabang. Eferan kolateral ini membentuk sebilangan bonggol atau varikositi (varicocity) sepanjang hujung terminalnya.

Rajah 3 : Serat eferan, apabila mendekati otot licin, menjalar serta membahagi kepada beberapa cabang. Eferan kolateral ini membentuk sebilangan bonggol atau varikosoto (varicocity) sepanjang hujung terminalnya. Sumber : A. Rahman, Ruby Husain, M. Afandi Muhamad. (1995). Fisiologi Manusia (Edisi kedua). M.s. 86.

Varikositi yang mengandungi vesikel bahan penghantar akan menghubungi sebilangan sel otot semasa menjalar menghampirinya. Dipolarisasi terminal akan mengakibatkan pembebasan bahan penghantar ke dalam cecair ekstrasel.

15

Otot licin terbahagi kepada dua iaitu :

a.

Otot licin visera atau otot licin unit tunggal.

Didapati terutama pada dinding salur darah kecil, organ gestro usus dan sistem urogenital.

Wujud sebagai lapisan besar, mempunyai jambatan berintangan rendah antara sel-sel otot dan berfungsi sebagai satu sinsitim.

Sangat peka pada regangan, tekanan, perubahan PH, suhu, hormon dan agen-agen kimia. secara spontan. Bergerak balas pada rangsangan tersebut

b.

Otot licin multi unit

Didapati pada jasad siliari, iris, dinding arteri besar dan otot pilomotor di kulit.

Terdiri daripada sel-sel individu tanpa jambatan berintangan antara sel. Pengecutan otot licin multiunit berlaku secara setempat dan halus. Tidak mempunyai ritma inheren dan hanya mengecut sebagai gerak balas terhadap rangsangan saraf hormon.

16

i)

Otot Kardiak Otot kardiak atau otot jantung

Jantung terdiri daripada dua jenis sel otot, iaitu sel bekerja dan sel konduksi. Sel bekerja membina dinding atrium dan ventrikel dan membolehkan jantung berfungsi sebagai satu pam. Sebaliknya, sel konduksi bertanggungjawab ke atas pembangkitan dan penghantaran impuls kardiak yang menyebabkan pengecutan sel bekerja.

Sel Bekerja

Sel bekerja didapati pada dinding artrium dan ventrikel adalah sel berukuran 55-100 um panjang dan 10-20 um lebar. Seperti kelihatan pada rajah 4 serat-

seratnya bercabang dan saling berhubung anatara satu sama lain.

Rajah 4 : Struktur otot kardiak. Sumber : Thomas R.L. Wayne State Universitty. Muscle.

17

Pada tempat di mana hujung suatu serat menyentuh hujung serat lain, membran dari kedua-dua serat itu menempel lalu membentuk struktur khusus disebut diska interkalat. Diska interkalat mempertahan lekatan antara satu serat dengan jiran sebelahnya dan dengan demikian, memindahkan daya pengecutan dari suatu unit yang menyentuhinya.

Pada kedua-dua sisi diska interkalat, membran dari serat yang berdekantan bercantum dan membentuk apa yang dinamakan reggang gabungan (gap junction). Gabungan ini merupakan lintasan berintanga rendah bagi pemancaran impuls kardiak dari suatu serat ke serat lain. Susunan ini membolehkan otot kardiak

mengecut sebagai sel unit tunggal atau sinsitium fungsian.

Serat otot kardiak terdiri daripada miofibril yang mengandungi protein-protein kontraktil aktin, myosin, troponin dan tropomiosin. Sama seperti otot rangka, otot kardiak juga mengandungi sistem tiub T. Sebaliknya, berbanding dengan otot

rangka, otot kardiak mengandungi lebih banyak mitokondria.

Sel konduksi

Sel konduksi sebenarnya ialah sel otot khusus yang membentuk sistem konduksi jantung. Berbanding dengan sel bekerja, sel konduksi mengandungi hanya sedikit miofibril dan tidak mempunyai sistem tiub T. Seperti kelihatan pada rajah 5 sistem konduksi terdiri daripada :

18

Rajah 5 : Jantung. Sumber : Martini F.H. & Bartholomew E.F. 2000 : Essentials of Anatomy & Physiology (2nd ed.) , pg.365.

i.

Nodus sinoatrium (nodus SA) yang terletak di dalam dinding atrium kanan berdekatan muara vena kava superior.

ii.

Lintasan internodal yang menuju dari nodus SA ke nodus AV (nodus atrioventrikular). Lintasan ini tidak sebegitu nyata seperti bahagianbahagaian sistem konduksi lain.

iii.

Nodus atrioventrikular (nodus AV) yang terdapat pada persilangan septum atrium dengan septum ventrikel.

iv. v.

Berkas His (bundle of His) dan cabang-cabangnya. Serat-serat purkinje yang membentuk satu jaringan di bawah endokardium pada septum ventrikel dan dinding ventrikel.

19

Berbanding dengan sel bekerja, sel konduksi hanya dapat mengecut dengan lemah. Sebaliknya ia mempunyai kebolehan menjanakan serta menghantar impuls elektrik. Penyebaran aktiviti elektrik ini disusuli oleh pengecutan sel bekerja, iaitu denyutan jantung.

Jenis - jenis otot

Serat-serat otot rangka berdasarkan sifat mekanikal dan metabolismenya boleh dibahagikah kepada dua jenis yang utama iaitu gerak perlahan oksidatif dan otot gerak cepat glikolitik.

a.

Otot gerak perlahan oksidatif

Juga dikenali sebagai otot merah, mengandungi mioglobin yang banyak, kurang jaluran dan mempunyai tempoh pengecutan -pengenduran yang panjang. Otot jenis ini sering disarafi oleh saraf motor yang bergaris pusat kecil dan sering diaktifkan dahulu dalam memulakan pergerakan. Penyarafannya, iaitu bilangan

serat otot dalam unit motor, juga adalah besar. Otot jenis ini adalah sesuai untuk mengecut dengan lama dan membentuk pecahan yang besar pada otot - otot yang mengawal postur.

20

b.

Otot gerak cepat glikolitik atau otot putih

Otot jenis ini mengandungi kurang mioglobin, bergerak balas dengan cepat, berkebolehan mejanakan daya yang besar dan mempunyai hanya sedikit serat otot dalam seunit motor. Tempoh pegecutan - pengenduran otot jenis ini adalah lebih pendek. Otot jenis ini sangat sesuai untuk menjalankan gerakan yang halus serta terampil, misalnya pergerakan bola mata dan jari-jari.

Pengucupan otot

Satu utusan dari otak atau saraf tujang mengalir melalui urat saraf motor yang tertentu kepada sesuatu otot. Pada tempat pertemuan saraf dengan otot itu dikenali sebagai kepentingan hujungan, satu bahan kimia astilkolin dihasilkan. Asiltikolin

menghasilkan suatu perubahan kimia yang melibatkan sebatian phosfat di dalam otot itu. Perubahan ini menggalakkan tisu otot itu menguncup. Oksigen (O2) dan glukosa adalah perlu untuk kuncupan tersebut. Haba dan tenaga didapati daripada penguncupan itu dan juga penghasilan kumuh, iaitu karbon dioksida (CO2) dan asid laktik menimbulkan kelesuan otot.

Walaupun tiap-tiap otot mempunyai kuasa menguncup dengan sendiri, pada masa gerak - geri, satu atau lebih daripada kumpulan otot menjalankan kerja itu. Semasa sesuatu kumpulan otot menguncup, otot yang bertentangan akan mengendur, misalnya apabila sendi siku dilipat, otot-otot di hadapan tulang pangkal

21

lengan akan menguncup tetapi otot di belakang tulang ini mengendur. Kekuatan penguncupan otot bergantung kepada : i. ii. iii. iv. v. vi. Baka. Keadaan metabolisme badan. Panjang asal gentian. Bilangan gentian yang aktif. Beban yang diterima. Sistem tuas.

i.

Jenis-jenis Pengucupan

a.

Isotonik, dinamik dan kosentrik

Otot memendek dengan regangan yang tidak sama semasa mengangkat beban yang kosten. Contohnya : Mengangkat dumbell.

b.

Isometrik (ststik)

Regangan bertambah tetapi otot tidak berubah. Contohnya : Menolak dinding.

22

c.

Esentrik Otot memanjang semasa proses penguncupan. Contohnya : turun tangga.

d.

Isokinetik Pergerakan yang melibatkan regangan yang maksimum dengan kelajuan yang konstan pada otot tertentu. Contohnya : Latihan menggunakan alatan isokinetik seperti alat mengayuh (rowing).

23

SEJARAH PERKEMBANGAN UJIAN DAYA TAHAN OTOT

Pada zaman Greek dahulu, rakyat negara tersebut seringkali terlibat dengan peperangan untuk mempertahankan negara mereka. Oleh itu mereka haruslah

sentiasa cergas, kuat dan berani. Mereka juga diarahkan untuk menjalani latihan kecergasan fizikal untuk membina kekuatan dan daya tahan otot mereka.

Daya tahan otot seringkali dikaitkan dengan kekuatan otot. Pada hakikatnya, pengukuran daya tahan otot adalah sama dengan pengujian kekuatan otot. Contohnya jenis ujian mendagu dan menekan (dip test) menggabungkan daya tahan, kekuatan otot dan juga lain - lain kecergasan fizikal serta keupayaan motor.

Pada akhir pertengahan abad ke-19, Johnson dan Nelson (1984), melaporkan bahawa Hitchcock dan Sargent telah membandingkan secara terperinci mengenai daya tahan otot kanan dan bahu terhadap pelajar lelaki.

Menurut Johnson dan Nelson (1986), keupayaan berat badan untuk melakukan kerja bergantung kepada pengambilan makanan yang seimbang dan berzat. Beliau juga mengesahkan wujudnya pertalian di antara keadaan fizikal dan aktiviti otot melalui sejenis alat yang dipanggil Ergograph.

24

KAJIAN - KAJIAN YANG BERKAITAN

Kajian - kajian lampau

Inger dan Brodal (1978), telah mengkaji perbezaan gentian otot wanita yang menjalani ujian daya tahan otot dengan wanita biasa (sedentary). Ujian biopsy yang dilakukan ke atas sebelas orang subjek menunjukkan min garis pusat gentian otot, jumlah kapilari per gentian, min kapilari sekeliling gentian, min kapilari per mm dan kandungan mitokondria dalam setiap gentian adalah lebih tinggi pada wanita yang menjalani latihan daya tahan otot berbanding dengan wanita yang tidak menjalani latihan.

Souminen, Heikine, Liesen, Michel dan Hollman (1977), telah membuat satu kajian bagi melihat kesan daya tahan terhadap metabolisme otot rangka di kalangan lelaki biasa dan yang berumur 50 - 70 tahun. Hasil kajian terhadap 36 orang subjek didapati hasilnya sama yang dialami oleh golongan orang yang lebih muda. Pengambilan oksigen secara maksimum dan kepekatan glikogen otot bertambah, manakala penghasilan laktat berkurangan.

Ini menunjukkan bahawa keupayaan daya tahan otot subjek telah meningkat. Hasil dari kajian ini juga mendapati perkaitan antara latihan daya tahan dengan prestasi kardiorespiretori dan metabolisme tenaga dalam otot adalah sama di kalangan golongan tua dan muda.

25

Barnes (1985), telah membuat kajian mengenai perhubungan di antara daya tahan isokinetik otot dengan tahap kekuatan yang tinggi dan rendah. Seramai 37 orang subjek yang tidak menjalankan sebarang latihan telah diuji dengan Cyber II Isokenitek Dynamometer untuk mengukur kekuatan otot kaki dominan.

Subjek kemudiannya menjalani beberapa siri latihan ekstensi lutut maksimal untuk menguji daya tahan. Data yang diperolehi menunjukkan kekuatan tidak

berkait secara nyata bagi kumpulan subjek yang mempunyai tahap kekuatan yang tinggi. Kekuatan didapati berkait secara songsang dengan daya tahan bagi

kumpulan yang mempunyai tahap kekuatan yang rendah.

Keputusan ini

menerangkan bahawa perhubungan di antara kekuatan isokenetik dengan daya tahan otot adalah dipengaruhi oleh kekuatan maksimum semasa sesuatu perlakuan dijalankan.

Prinay, Lecroic, Mosora, Lefebvref (1977), telah mengkaji kesan pengambilan glukosa semasa menjalani latihan panjang. Penggunaan sumber tenaga di antara subjek yang mengambil 100 gram glukosa tambahan dengan subjek kawalan telah diteliti. Subjek dikehendaki berpuasa sebelum diuji. Tenaga dari protein dikesan melalui kandungan nitrogen dalam air kencing dan tenaga karbohidrat dan lipid dikira melalui respiratori quotient (RQ).

26

Jumlah tenaga yang dibekalkan oleh glukosa tambahan diteliti dengan menggunakan glukosa C13 sebagai pengesan metabolisme. Kandungan glukosa dalam darah telah diteliti dengan mengambil darah subjek setiap 15 minit dengan menggunakan keadah Hoffmen (1932), disesuaikan mengikut kaedah Tecnicon Auto Analyser. Oksidasi protein menyumbangkan 1% hingga 2% daripada

keseluruhan tenaga yang diperlukan. Ia tidak terjejas dengan pengambilan glukosa tambahan.

Prinay et al., (1977), mendapati glukosa tambahan yang diambil oleh subjek mula dioksidakan selepas 15 minit pengambilannya. Ia ditunjukkan oleh udara

hembusan pernafasan subjek yang kaya dengan C13. Penggunaan terus meningkat pada satu jam pertama, mencapai tahap maksimum pada minit 60 - 90 dan mula menurun selepas itu. Glukosa tambahan didapati memberikan 27.2% - 7.4%

daripada keseluruhan tenaga yang digunakan.

Ini secara tidak langsung menunjukkan peningkatan penggunaan tenaga dari substart karbohidrat. Metabolisme aerobik adalah lebih tinggi pada atlet yang Kadar

mengambil glukosa tambahan dibandingkan dengan subjek kawalan.

pengoksidaan karbohidrat didapati meningkat pada jam pertama sebelum ia menurun.

27

Oksidasi

selular

glukosa

yang

berlaku

pada

semua

subjek

yang

mengambilnya didapati membekalkan lebih kurang 50% (pada jam pertama), dan 39% (pada jam kedua), daripada keseluruhan tenaga yang diperlukan dalam ujian itu. Pengambilan glukosa dapat meningkatkan jumlah metabolisme karbohidrat Peningkatan itu mencapai tahap

sekaligus menurunkan pengoksidaan lipid.

maksimum (10%) pada jam kedua selepas pengambilannya. Walau bagaimanapun peningkatan jumlah metabolisme karbohidrat itu adalah lebih rendah daripada tenaga yang dapat dibekalkan oleh glukos tambahan. Data kajian ini menunjukkan jumlah karbohidat dalaman yang dioksidakan menurun selepas subjek mengambil glukos tambahan.

Menurut Prinay et al., (1977), fenomena inilah yang menyebabkan bekalan karbohidrat dalaman pada subjek yang mengambil glukosa tambahan lebih banyak. Kesan ini dapat dilihat dengan nyata selepas 30 minit dan kekal sehingga minit yang ke 150. Selepas itu kesannya mula menurun. Pada masa yang sama, kandungan glukosa didalam darah subjek yang mengambil glukosa tambahan didapati lebih tinggi di sepanjang aktiviti itu berbanding dengan subjek kawalan.

28

Kajian-kajian Terkini

Atlet pecut dan atlet jarak jauh mengalami keupayaan fisiologi dan biomekanik yang berbeza. Vourima, Hakkinen, Vahasoyrinki dan Rusko (1996),

telah menjalankan tiga jenis ujian Maximal Anaerobic Running Test(MART 1, MART 3 dan MART 5), bagi mengukur keupayaan anaerobic atlet lari pecut dan atlet daya tahan.

Perbandingan dari segi kuasa, kekuatan otot kaki, kelajuan maksimum, kuasa alaktik, kuasa laktik, keupayaan aerobik dan himpunan laktat telah dibuat di antara ketig a - tiga ujian itu. Hasil dari kajian menunjukkan bahawa faktor - faktor yang mempengaruhi prestasi maksimum kumpulan atlet yang berbeza adalah sukar diukur dengan menggunakan satu ujian.

Vuorima et al., (1996), mendapati MART 1 boleh digunakan untuk mengukur faktor - faktor metabolisme dan saraf otot yang mempengaruhi prestasi anaerobik atlet lari pecut dan daya tahan.

Tsintzas, Williams, Boobis dan Greenhalf (1996), telah mengkaji kesan pengambilan karbohidrat (CHO) terhadap metabolisme glikogen bagi satu gentian otot semasa larian dalam jangka masa yang panjang. Tujuan utama kajian ini

adalah untuk meneliti corak kehabisan glikogen di dalam gentian otot Type I dan

29

Type II semasa kelesuan akibat larian dalam jangka masa yang panjang di antara subjek yang mengambil minuman karbohidat dengan subjek yang mengambil placebo.

Analisis glikogen di dalam gentian otot Type I dan Type II A (FG) dan Type II B (FOG) di dalam kajian adalah menggunakan Biomekanikal Kuantitatif. Lapan subjek lelaki dikehendaki berlari di atas treadmill pada tahap pengambilan oksigen maksimal 70% sebanyak dua kali dengan jeda masa seminggu di antara dua percubaan itu.

Aktiviti fizikal dan pemakanan subjek dikawal beberapa hari sebelum setiap percubaan supaya kepekatan glikogen otot, berat badan dan status hidrasi subjek berada pada tahap yang sama sebelum ujian dijalankan. Pada Setiap percubaan, subjek telah diberi 8 ml/g samada placebo ( PI ) atau 5.5% minuman elektrolit karbohidrat ( CHO E ) sejurus sebelum larian dan 2 ml/g pada setiap 20 minit kemudiannya. Biopsi jarum dilakukan ke atas otot vaktus lateralis sebelum, selepas dan ketika berlaku pertembungan masa kelesuan di antara subjek yang mengambil PI dan subjek yang mengambil CHO-E.

Dapatan kajian menunjukkan masa untuk mencapai tahap kelesuan pada subjek CHO - E adalah 27% lebih panjang daripada masa 25%. Kepekatan ATP dan phosphokreatin di dalam otot subjek CHO - E dapat dikekalkan di sepanjang aktiviti. Kajian lampau menunjukkan, disebabkan kehabisan glikogen pada gentian

30

otot Type I dan tahap mencapai kelesuan boleh dilambatkan. Hasil dapatan kajian ini, Tsintzas et al., ( 1996 ), mencadangkan bahawa pengambilan CHO - E mengikut kaedah yang ditetapkan dapat meningkatkan keupayaan daya tahan atlet semasa sesuatu latihan.

Perubahan ini berlaku mungkin kerana pengoksidaan glikogen dari CHO - E iaitu menghasilkan penambahan kepada gentian otot Type I yang melambatkan kehabisan glikogen di dalam gentian tersebut.

Kajian lampau menunjukkan daya tahan atlet lelaki, Endurance Trained ( ET ) mempunyai tahap konsentrasi testeron yang lebih rendah daripada lelaki sedentary, Untrained ( UT ). Gulledge dan Huckey ( 1996 ), telah menjalankan kajian melalui contoh darah, dan didapati testeron di kalangan lelaki ET adalah rendah daripada lelaki sedentary ( UT ).

Dennis, Hawley, Noakes dan Palme ( 1996 ), menggunakan ujian ergometer basikal brek angin untuk melihat kemajuan prestasi atlet lumba basikal dan membuat perbandingan prestasi itu ( di makmal ) dengan situasi perlumbaan yang sebenar. Hasil kajian membuktikan bahawa prestasi simulasi subjek di dalam makmal menggunakan Kingcycle ergometer untuk jarak 20 km dan 40 km adalah lebih daripada perlumbaan sebenar di jalan raya. Skor yang diperolehi menunjukkan

perkaitan yang rapat di antara prestasi di makmal dan prestasi di jalan raya. Oleh itu ujian daya tahan ergometer basikal brek angin yang menggunakan sistem Kingcycle

31

ergometer di dalam makmal boleh digunakan untuk menguji daya tahan otot jangka pendek ( 60 saat ).

Westbled, Svedenhag dan Rolf ( 1996 ), telah menguji kesahan pengukuran daya tahan isokinetik otot ekstensor lutut dengan merujuk kepada keupayaan larian treadmill. Pengukuran daya tahan isokinetik ekstensor otot lutut ditentukan melalui jumlah kerja esentrik dan daya tahan relatif konsentrik, manakala pengukuran keupayaan larian treadmill diukur dengan submaximal VO dan jumlah maksimum laktat darah.

Ini menunjukkan bahawa pengukuran daya tahan isokinetik ekstensor lutut adalah berkait rapat dengan pengukuran keupayaan larian treadmill. Oleh itu,

pengukuran isokinetik boleh digunakan untuk menguji keupayaan larian atlet jarak sederhana ( lelaki ).

Lipoprotin a, LP ( a ) adalah sejenis serum lipoprotin yang seakan lipoprotin ketumpatan rendah ( low Detensity Lipoprotin LDL ), tetapi mempunyai satu

lapisan protein tambahan. Kandungan LP - a yang tinggi telah dikenalpasti sebagai faktor utama kepada penyakit atherrosclerosis. Sebagaimana diketahui umum,

aktiviti fizikal dan tahap kecergasan fizikal yang baik dapat meningkatkan metabolisme lipoprotin dan seterusnya dapat mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit arteri koronari. Namun begitu, kesan kecergasan fizikal terutamanya tahap

32

daya tahan yang tinggi terhadap konsentrasi LP ( a ) masih belum diketahui dengan jelas.

Baumstrak, Berg, Helle, Kuel, Koning dan Von Stein ( 1996 ), telah menjalankan kajian untuk meneliti kandungan LP ( a ) pada 105 orang atlet daya tahan, 57 orang atlet kuasa dan 87 sedentary. Hasil kajian menunjukkan atlet daya tahan yang mempunyai tahap kecergasan fizikal yang baik mempunyai lipoprotin ketumpatan tinggi ( High Density Lipoprotin HDL ) yang lebih tinggi berbanding atlet kuasa dan sedentary. Namun begitu, LP ( a ) bagi ketiga - tiga golongan atlet tidak menunjukkan perbezaan yang nyata. Hasil kajian menunjukkan bahawa

kecergasan aerobik yang baik yang dimiliki oleh atlet daya tahan dapat meningkatkan kandungan HDL tetapi tidak memberi kesan yang nyata terhadap kandungan LP ( a ).

33

Rumusan Kajian

Beberapa kajian telah dibuat bagi melihat perhubungan faktor kurang tidur, kadar metabolisme otot, kepekatan lipoprotin (a) dalam darah, kepekatan hormon testeron, umur atlet dan bantuan ergogenik dengan daya tahan otot. Dapatan kajian menunjukkan daya tahan otot pada seseorang individu adalah dipengaruhi oleh jenis gentian otot yang membentuk otot - otot badannya. Atlet daya tahan dapat

melakukan sesuatu latihan dalam jangka masa yang panjang kerana garis pusat gentian ototnya lebih besar, mempunyai lebih banyak kapilari dan mitokondria pada setiap gentian serta enzim - enzim metabolisme ototnya lebih cekap untuk membolehkan proses glikogen berlaku dengan banyak.

Kesan pengambilan glukosa terhadap prestasi atlet sering diperbincangkan. Kajian oleh Prinay et al., (1997), mendapati subjek yang mengambil glukosa tambahan mengikut prosedur kajian ini dapt melakukan aktiviti fizikal dalam jangka masa yang lebih lama daripada subjek kawalan. perkara ini berlaku ialah : Antara faktor - faktor utama

i.

Bekalan glikogen otot subjek yang diberikan glukosa tambahan lebih banyak daripada subjek kawalan kerana glikogen dari glukosa tambahan dioksidakan terlebih dahulu menyebabkan glikogen dalaman dapat disimpan lebih lama.

34

ii.

Tahap glukosa dalam darah mereka didapati lebih tinggi di sepanjang aktiviti berbanding dengan subjek kawalan kerana pengoksidaan glikogen dari glukosa tambahan yang berlaku pada kadar yang lebih tinggi daripada glikogen dalaman.

Tsintzes et al., ( 1996 ), mendapti pengambilan CHO - E meningkatkan pengoksidaan glikogen bagi menghasilkan lebih banyak ATP terutamanya pada gentian otot Type I. Keadaan ini melambatkan kehabisan glikogen otot dan secara tidak langsung dapat melewatkan tahap kelesuan atlet.

Namun begitu, hipotesis ini tidak dapat dibuktikan kecuali kepekatan ATP dan PCr ( phosphocreatin ) d idalam gentian otot Type I dan Type II dapat dikenalpasti secara langsung. Walaupun kajian ini menggunakan kaedah Biokimia Kuantitatif yang mempunyai ketepatan dan kesahan yang tinggi, namun masih banyak faktor yang berkaitan memerlukan kajian yang lebih mendalam. Kepekatan FFA plasma semasa pengambilan CHO - E dari kaitannya dengan penggunaan glikogen otot tidak diberikan perhatian di dalam kajian ini. Selain itu, kajian ini hanya meneliti kehabisan glikogen pada tahap kelesuan di dalam gentian otot yang berbeza supaya perkaitan kehabisan glikogen dengan kelesuan otot dapat dikenalpasti.

Menurut Prinay et al., (1977), fenomena inilah yang menyebabkan bekalan karbohidrat dalaman pada subjek yang mengambil glukosa tambahan lebih banyak.

35

Kesan ini dapat dilihat dengan nyata selepas 30 minit dan kekal sehingga minit yang ke 150. Selepas itu kesannya mula menurun. Pada masa yang sama, kandungan glukosa di dalam darah subjek yang mengambil glukosa tambahan didapati lebih tinggi di sepanjang aktiviti itu berbanding dengan subjek kawalan.

KEGUNAAN UJIAN DAYA TAHAN OTOT

Ujian daya tahan otot boleh diimplimentasikan dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Sukan oleh guru dan jurulatih sukan kerana ujian - ujian ini mempunyai kegunaan yang tertentu. Guru dan jurulatih perlu mengetahui beberapa bidang

dalam ujian ini di samping kegunaannya. Di antara kegunaan ujian daya tahan otot adalah seperti berikut :

i. ii.

Merupakan salah satu faktor asas dalam ujian kecergasan fizikal. Membantu guru Pendidika Jasmani dan Sukan untuk menilai tahap pencapaian pelajar atau atlit dalam kemahiran - kemahiran yang tertentu.

iii.

Untuk mengesan potensi maksimum pelajar atau atlet dalam aktiviti sukan yang tertentu.

iv.

Sebagai langkah bersedia untuk seseorang pelajar atau atlet bagi menghadapi aktiviti yang lebih mencabar.

v.

Keputusan ujian yang diperolehi boleh dijadikan criteria bagi memilih pelajar untuk sukan atau permainan yang tertentu.

vi.

Untuk memilih aktiviti yang bersesuaian dengan tahap keupayaan pelajar.

36

vii.

Untuk memotivasikan pelajar atau atlet agar mereka dapt memperbaiki dan meningkatkan tahap kecergasan mereka.

viii. ix.

Untuk menilai keberkesanan sesuatu program latihan. Sebagai panduan bagi menyediakan program latihan yang sistematik dan efektif.

LIMITASI UJIAN

Di antara limitasi dan masalah yang ketara berkaitan dengan ujian daya tahan otot adalah seperti berikut :

i.

Garis panduan yang mutlak dan protokol semasa menjalankan ujian yang tidak diikuti dengan tepat akan menjejaskan skor.

ii.

Kebolehpercayaan dan kesahan ujian bergantung kepada kecekapan dan kemahiran penguji.

iii. iv.

Kejujuran dan kesungguhan subjek dalaman menjalankan ujian. Aktiviti memanaskan badan yang tidak sempurna sebelum ujian dijalankan akan menjejaskan ujian.

v.

Tidak dapat membezakan di antara pengukuran dan penilaian daya tahan atau kekuatan otot.

vi.

Pengasingan otot bagaimana hendak mengasingkan otot dan kepastian otot yang sedang diuji.

vii.

Penentuan jenis pengucupan otot dalam ujian yang dijalankan.

37

viii.

Intensiti dan masa ujian adakah intensiti bagi ujian cukup untuk masa yang singkat.

ix.

Klasifikasi perkataan ketahanan otot adakah ujian yang dijalankan bertujuan untuk pengukuran ketahanan relatif atau subjektif.

x. Norma ujian yang sedia ada mungkin tidak sesuai dengan keadaan persekitaran dan subjek - subjek tempatan. xi. xii. Gangguan daripada subjek lain boleh menjejaskan tumpuan subjek yang diuji. Penguji menggunakan senaman yang menggunakan ketahanan otot dinamik dalam program latihan tetapi mengukur keberkesanan mereka dengan menguji ketahanan statik. xiii. xiv. Ada sesetengah ujian ketahanan otot mengambil masa lama untuk dijalankan. Ralat yang terdapat semasa membuat pengukuran akan menjejaskan keputusan. Kesempurnaan alat yang digunakan untuk ujian.

38

MATLAMAT UJIAN DAYA TAHAN OTOT

i. ii. iii. iv. v.

Mengetahui dan memahami sejarah pengukuran daya tahan otot. Mengetahui konsep dan kepentingan daya tahan otot. Mengaplikasikan kaedah - kaedah pengelolaan ujian dengan betul. Dapat mengenalpasti potensi dan tahap diri pelajar. Mengetahui tahap kecergasan sendiri dan membandingkan dengan

kecergasan pelajar -pelajar lain.

OBJEKTIF DAYA TAHAN OTOT

i. ii.

Kepentingan daya tahan otot dalam melakukan aktiviti harian. Sebagai pengetahuan bagi ujian daya tahan otot dan latihan - latihan yang sistematik.

iii. iv. v.

Mengenalpasti jenis - jenis aktiviti khusus. Mengetahui cara melakukan ujian aplikasinya. Mengenalpasti limitasi ujian daya tahan otot dan kaedah untuk mengatasinya.

39

UJIAN UJIAN PENGUKURAN DAYA TAHAN OTOT

i. ii. iii. iV. V. Vi. Vii.

Ujian 1 Ujian Tekan Tubi/ Push Up Ujian 2 Ujian AAHPERD MODIFIED Sit Up Ujian 3 Ujian Abdominal Curls Ujian 4 Ujian Mendagu/ Pulls Up ( AARHPERD 1980 ) Ujian 5 Ujian Gayut Siku Bengkok/ Flexed arm Hang (AAHPERD) Ujian 6 Ujian Half Squat Jump Ujian 7 Ujian Burpee/ Squat Thurst

40

RUJUKAN

Astrad, P.O., & Rodahl, K. (1986). Textbook of work physiology: Physiology based of exercise (3rd ed). New York: McGrwaw-Hill, inc. Barnes, W. S. (1985). Isokinetic endurance of men of high an low strength. Perceptual and Motor Skill, 60, 26. Baumgartner, T. A. (1995), Objectivity and reliability of 90 degree push-up for college students. Research quarterly for Exercise and Sport. March 1995 supplement. Pp A-47 A-48. Bylund, A. C., Bjuro, T., Cederblad, G., Holm, J., Lundholm, K., Sjostorm, M., Angquist, K. A., & Schersten, T. (1997). Physical Training in Man: Skeletal muscle metabolisme in relation to muscle morphology and running ability. European Journal of applied Physiology an Occupational Physiology, 35. 151 169. Corbin, C. B., & Lindsey, R. (1985). Concepts of physical fitness with laboratories. (6th ed). Dubuque, Iowa: Wm. C. Brown Publishers. Huczel, H. A., & Cark, D. H. (1992). A competition of strength and muscle endurance in strength-trained and untrained women. European journal of applied Physiology an Occupation Physiology, 67, 467 470 Johnson, B. L., & Nelson, J. K. (1986), Practical measurement for evaluation in physical education, (4th ed.). Minneapolis, Minnesota: Burgess Publishers Co. MacFarlane, P. A. (1993). Out with the sit-up, in with the curl-up. Journal of Physical Education, Recreation and Dance, 64 (6). 62 66. Margeret, J. S., Welmo, Z., Glaucia, M.C., & Liru, Z. (1992). The difficulty of sit-up tests: An empirical investigation. Research Quarterly of Exercise and Sport, September 1992. Pp 227-283. Suominen, H., Hakkinen, E., Liesen. H., Michel, D., & Hollmann, W. (1997). Effects of 8 weeks endurance training of skeletal muscle metabolisme in 56-70 year old sedentary men. European Journal of applied Physiology and Occupational Physiology, 37. 173-180. Vondra, K., Brodan. V., Bass, A., Kuhn, E., Teisinger, J. Andel, M., & Veselkova, A., (1981). Effects of sleep deprivation on the activity of selected metabolic

41

enzymes in skeletal muscle. European Journal of Applied Physiology an Occupational Physiology, 47, 41-46. Ingjer, F., & Brodal, P. (1978). Capillary of skeletal muscle fiber in untrained and endurance trained women. European Journal of Applied Physiology and Occupational Physiology, 38. 291-299. A. Raman, Ruby Husain, M. Afandi Muhamad. (1995). Fisiologi manusia (Edisi Kedua). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti dn. Bhd. M/s 41. Ross, J. S., & Wilson, K. J. (1973). Foundation Of Anatomy and Physiology (4th Ed.). London: Longman Group Limited. Pp 20.

42