Anda di halaman 1dari 6

PEMASANGAN PAIP BUANGAN DAN SALURAN NAJIS DALAM BANGUNAN, LURANG DAN LONGKANG PERMUKAAN

Sistem ini adalah sistem pembuangan air sisa dan najis dari lekapan-lekapan sanitari ke tangki septik atau ke loji rawatan kumbahan. Sistem ini terdiri daripada: Rangkaian perpaipan Perangkap Kebuk pemeriksaan atau lurang Rawatan kumbahan Kaedah saliran atau perpaipan Terdapat dua kaedah saliran yang digunakan: a) saliran atas permukaan tanah (above ground drainage) b) saliran bawah permukaan tanah (underground drainage) SISTEM SALIRAN ATAS PERMUKAAN TANAH Terdapat tiga jenis paip yang digunakan dalam sistem saliran atas tanah iaitu:

paip air sisa (waste pipes) paip najis (soil pipes) paip bolong atau paip anti-sifon (ventilation pipes)

1. paip air sisa untuk menyalurkan air sisa dari lekapan air sisa di dalam bangunan atau rumah ke sistem paip saliran bawah tanah. 2. paip najis

untuk menyalurkan kumbahan dari manusia seperti najis dan urinal dari lekapan najis ke tangki septik atau ke loji rawatan kumbahan melalui sistem paip saliran bawah tanah. 3. paip bolong@paip anti sifon untuk mengedarkan udara di dalam sistem saliran serta mencegah dari berlakunya pensifonan. Paip ini di hubungkan kepada paip air sisa dan paip najis tetapi ia tidak menyalurkan air sisa dan najis. SALIRAN BAWAH TANAH Paip-paip untuk saliran bawah tanah berfungsi untuk menyalurkan air sisa dan najis dari paip air sisa dan paip najis di dalam bangunan atau rumah ke tangki septik atau loji rawatan kumbahan. SISTEM SALIRAN ATAU PERPAIPAN ATAS PERMUKAAN TANAH Terdapat tiga jenis sistem: sistem dua paip (two or dual pipe system) sistem satu paip (one pipe system) sistem paip tumpu tunggal (single stack system) SISTEM DUA PAIP Merupakan salah satu kaedah traditional untuk menyalurkan atau menyalirkan najis dan air sisa dari lekapan sanitari. Ia sesuai digunakan apabila lekapan air sisa terletak jauh dari lekapan najis bagi memudahkan kadar alirannya. Dalam system ini, dua paip utama digunakan: Paip buangan digunakan untuk membawa air buangan dari dapur dan bilik air ke longkang manakala paip najis membawa najis dari alatan kebersihan ke pembentung.

Kedua-dua paip tumpu tersebut akan dihubungkan kepada paip saliran di bawah tanah dengan menggunakan liku dan cabang. Air sisa terlebih dahulu akan disalirkan ke dalam perangkap gegeluk atau gully sebelum disalirkan ke dalam paip saliran air sisa bawah tanah. Kebaikkan system ini adalah ia dapat mencegah dari berlakunya bau busuk. Kelemahan system ini adalah kos pemasangan yang mahal kerana banyak menggunakan paip serta ia memerlukan penjagaan yang rapi.

Sistem dua paip

SISTEM SATU PAIP Sistem ini hanya menggunakan satu paip sahaja kerana ia lebih ekonomi. Dalam sistem ini, paip bolong atau paip anti sifon digunakan untuk mencegah kehilangan kedap air di dalam perangkap yang mungkin berlaku disebabkan oleh pensifonan, tekanan membalik dan akibat dari kesan angin. Rangkaian paip bolong sekurang-kurangnya bergaris pusat 50mm di hubungkan dari perangkap lekapan sanitari kepada paip tumpu bolong yang bergaris pusat 75mm.

Bahagian bawah paip tumpu bolong di hubungkan kepada paip tumpu (air sisa dan najis) untuk membebaskan mana-mana udara termampat yang mungkin ada di bahagian bawah paip tumpu najis dan air sisa. Paip pencawang air sisa dipasang di bahagian atas lantai, manakala paip pencawang najis di pasang di bahagian bawah lantai. Oleh itu, kedudukan penyambungannya pada paip tumpu adalah berbeza. Air sisa dan najis di salirkan ke paip tumpu dan seterusnya ke paip saliran bawah tanah. Kebaikkan bagi system ini, ia menjimatkan kos terutama bagi bangunan tinggi kerana semua lekapan-lekapan sanitari adalah berhampiran dengan paip tumpu. Kelemahan bagi system ini adalah kerja pemasangannya adalah kompleks. System ini dikenali sebagai sistem pengudaraan sepenuhnya (fully vented), oleh itu ia memerlukan perangkap pada setiap lekapan sanitari. Jika paip tumpu tersumbat, keseluruhan sistem akan terjejas.

Sistem satu paip

SISTEM PAIP TUMPU TUNGGAL (SISTEM STAK TUNGGAL) Sistem ini hanya menggunakan satu paip sahaja tetapi ia berbeza dari system satu paip dari segi sambungan alatan kebersihan. Bagi sistem ini, kesemua alatan kebersihan disambung terus ke paip utama. Ini bertujuan untuk mengelakkan dari berlakunya perubahan tekanan semasa beberapa alatan kebersihan di gunakan secara serentak. Bagi mengelakkan dari berlakunya saifan tersendiri, penggunaan garis pusat paip yang sesuai, panjang paip, kecondongan paip dan sambungan yang betul di ambil kira. System ini adalah lebih kemas dan menjimatkan. Paip pengudaraan adalah perlu apabila terdapat alatan kebersihan yang terletak jauh dari paip utama dan jika paip paip utama tidak dapat di letakkan betul-betul menegak. Dalam system ini, paip bolong atau paip anti sifon tidak digunakan. Kebaikan bagi sistem ini adalah kos pemasangannya lebih ekonomi kerana kerja paipnya mudah dan tidak memerlukan paip yang banyak. Manakala kelemahannya, jika terlalu banyak lekapan sanitari dipasang pada paip tumpu, ia akan menimbulkan masalah. Setiap lekapan sanitari dipasang dengan paip pencawang, oleh itu, penyambungan paip pencawang kepada paip tumpu terlalu berdekatan antara satu sama lain. Paip bolong di perlukan apabila atau jika lekapan sanitari berada jauh dari paip tumpu.

Sistem tumpu tunggal Anda mungkin juga meminati: PEMASANGAN PAIP BUANGAN DAN SALURAN NAJIS DALAM BANGUNAN, LURANG DAN LONGKANG PERMUKAAN samb 1 Building Services (Saluran paip) Pemasangan paip Lukisan Perkhidmatan( Bekalan Air)

Anda mungkin juga menyukai