Anda di halaman 1dari 3

STRATEGI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN MENGGUNAKAN EKSPERIMEN DALAM SUKATAN BENDA BENDA HIDUP (TUMBUHAN) MENJALANI PROSES KEHIDUPAN

Saya telah memilih satu topik daripada sukatan Sains tahun 4 iaitu Benda benda hidup menjalani proses kehidupan. Dalam topik ini, murid hendaklah memahami proses kehidupan dalam tumbuhan. Murid juga hendaklah menjalankan aktiviti - aktiviti untuk mengkaji bagaimana tumbuh-tumbuhan bertindak balas kepada rangsangan. Ransangan ransangan yang diberi perhatian ialah graviti, sentuhan, air, dan cahaya matahari. Semasa mengkaji, murid hendaklah memerhati dan merekodkan penemuan mereka. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini, murid akan diberi pendedahan kepada strategi pengajaran dan pembelajaran menggunakan eksperimen. Semasa sesi ini, murid akan memahami tentang proses kehidupan tumbuhan dengan lebih baik. Murid juga akan menjalankan aktiviti - aktiviti untuk mengkaji bagaimana tumbuh - tumbuhan bertindak balas kepada rangsangan. Ransangan ransangan yang diberi perhatian ialah graviti, sentuhan, air dan cahaya matahari. Ketika membuat aktiviti, murid - murid akan memerhati dan merekodkan dapatan mereka. Penglibatan diri mereka dalam eksperimen akan menyebabkan murid murid menggunakan cara pembelajaran hands on dalam pembelajaran. Murid juga dapat membina perasaan ingin membelajar dengan menggunakan strategi eksperimen. Contoh rancangan pengajaran dan pembelajaran harian menggunakan eksperimen: Bidang pembelajaran: Hidupan dan proses kehidupan Objektif pembelajaran: Memahami tumbuhan gerak balas terhadap ransangan. Hasil pembelajaran: Pada akhir sesi ini, murid murid dapat i. ii. Memahami tumbuhan begerak balas terhadap ransangan. Menyatakan jenis ransangan pada tumbuhan dengan betul

iii.

Menyatakan

bahagian

tertentu

tumbuhan

bergerak

balas

terhadap

rangsangan dengan betul. Pendekatan: Inkuiri penemuan Kaedah: Eksperimen Kemahiran Proses Sains: Berkomunikasi, memerhati, mentaksir data KBKK: Menjana idea, mengumpul, membuat inferens Bahan, peralatan dan bahan sumber: a. Gambar b. Tumbuhan yang digunakan untuk menjalankan eksperimen c. Pokok mimosa d. Lembaran kerja e. Peta minda Langkah berjaga jaga: Berhati hati semasa menghampiri mimosa kerana berduri. Pengetahuan sedia ada: Murid telah mengetahui benda hidup (tumbuhan) boleh bergerak dalam Sukatan Sains Tahun 2. Murid juga telah mempelajari tumbuhan memerlukan keperluan asas seperti air, udara dan cahaya untuk hidup. Selain itu, murid juga pernah menemui tanaman yang disebut mimosa yang daunnya menutup ketika mereka

menyentuhnya dan terpesona oleh perilaku tanaman in. Murid juga tahu bahawa daun dan batang tanaman selalui tumbuh ke atas dan akarnya selalu tumbuh ke bawah. Fasa Permulaan / Mencungkil Idea Isi Kandungan Pokok tumbuh tinggi untuk mendapatkan cahaya matahari sebagai keperluan asasnya. Akar pokok tumbuh mendalam ke tanah untuk mendapatkan air sebagai keperluan asasnya. Tumbuhan bergerak balas terhadap cahaya matahari, air, graviti dan

Menstruktur/ Menstruktur semula

Aplikasi Idea Refleksi / Penutup

sentuhan. Mengenal pasti bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan itu. Mengenal pasti bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan Peta minda

Anda mungkin juga menyukai