Anda di halaman 1dari 10

Kertas

Bahagian Bahagian Bahagian Jumlah A B C

9 8 8 9 8 9 8

25 24 23 23 23 16 16

18 17 17 16 15 10 10

52 49 48 47 46 35 34

Teknik Menjawab Bahagian A


Baca

keseluruhan arahan. Teliti dan cari aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.(SIAPA,BUAT APA,DI MANA) teknik SIBUDI Senaraikan aktiviti-aktiviti tersebut. Bina ayat yang lengkap berdasarkan aktiviti. Semak semula ayat yang dibina ( struktur ayat/kosa kata/tanda baca/ /imbuhan/ejaan

mencatat ( siapa/ buat apa/di mana ) mengangkut ( siapa/ buat apa/ bagaimana) memasang ( siapa/buat apa/ mengapa) berbincang( siapa/buat apa/ di mana ) menatang ( siapa/buat apa/ mengapa )


1.

Jawapan contoh

Guru pengakap mencatat senarai barangan yang telah dibeli di bawah sepohon pokok. 2. Zakuan mengangkut air dari sebatang sungai menggunakan baldi besar. 3. Dua orang patrol pengakap memasang khemah setibanya di tapak perkhemahan. 4. Amran menatang seberkas ranting kayu untuk kegunaan sewaktu memasak. 5. Azri dan rakannya berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan pada malam nanti.

Gambar di bawah menunjukkan suasana di sebuah pantai peranginan. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

Jawapan contoh 1. Beberapa orang budak lelaki bermain bola di tepi pantai. 2. Encik Amirul membaca surat khabar sambil duduk di atas sebatang kayu. 3. Azimah dan adik-adiknya membina istana pasir menggunakan sebuah baldi kecil. 4. Hafiz dan Izham berlari-lari anak sambil menaikkan layang-layang mereka. 5. Puan Hamidah menghidangkan juadah manakala suaminya memasang khemah untuk mereka berteduh..

Gambar di bawah menunjukkan suasana di sebuah makmal Sains. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah

Jawapan contoh
1.

2.
3. 4.

5.

Beberapa orang murid sedang memberi tumpuan dan tekun mendengar penerangan daripada guru mereka. Cikgu Talib menerangkan cara-cara untuk menjalankan eksperimen di dalam makmal sains. Adilah mencatat nota tugasan sambil diperhatikan oleh rakannya. Seorang murid lelaki yang berseluar panjang membasuh tangan sebelum membuat eksperimen. Beberapa buah radas tersedia di atas meja untuk kegunaan murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai