Anda di halaman 1dari 9

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah

TEKNIK ZIEFIR - MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENDARAB DUA NOMBOR BAGI PELAJAR TAHUN 5 SIANTAN 2
Oleh ROZITA BT PAIMAN SK KAMPUNG MELAYU, KLUANG, JOHOR.
ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran mendarab 2 nombor di kalangan pelajar tahun 5. Memandangkan tidak semua murid boleh menguasai sifir dengan baik maka pendekatan khusus yang cuba diketengahkan tertumpu kepada penggunaan Teknik Ziefir. Teknik ini menjurus kepada penggunaan satu teknik baru yang mudah untuk mendapatkan jawapan yang betul dan tepat. Tinjauan awal dilakukan terhadap buku latihan pelajar, temu bual dan pra ujian. Hasil data kajian menunjukkan bahawa seramai 8 orang daripada 35 orang pelajar tahun 5 Siantan 2, menghadapi masalah dalam menguasai sifir darab. Seterusnya tidak boleh menyelesaikan masalah yang berkaitan pendaraban 2 nombor. Pelajar telah didedahkan kepada 3 sesi aktiviti dari aras yang mudah kepada aras yang sukar. Untuk menilai pemahaman pelajar, mereka perlu menjawab soalan latihan yang diberikan setiap kali aktiviti dijalankan. Hasil dapatan kajian melalui ujian pos dan latihan yang dijalankan membuktikan bahawa Teknik Ziefir telah berjaya membantu murid dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pendaraban 2 nombor. 5 dari 10 orang murid kumpulan sasaran tersebut telah berjaya menjawab 15 soalan dengan betul. Hanya terdapat sedikit kesalahan pada penambahan nombor oleh 3 orang murid dari kumpulan sasaran tersebut.

1.0

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lepas Pada bulan Februari lalu, saya telah mengajar mata pelajaran Matematik tentang tajuk pendaraban dua nombor kepada murid-murid tahun 5 Siantan 2. Saya rasa terkejut ketika menyemak buku latihan murid. Saya dapati walaupun mereka telah berada di tahap 2 namun tahap penguasaan mereka bagi tajuk pendaraban amat mengecewakan. Lantaran itu, saya berasa terpanggil untuk mengenal pasti dan merungkaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid tersebut. Saya berpendapat kegagalan pelajar dalam menjawab soalan pendaraban ini adalah disebabkan kekeliruan yang timbul di dalam cara-cara menulis jawapan yang betul. Ditambah pula dengan keupayaan hafalan sifir darab yang sangat lemah. Oleh itu, perlu adanya satu kaedah baru yang membolehkan pelajar menguasai sifir dengan baik tanpa memaksa mereka melakukannya. Disamping itu juga, perlu ada satu teknik baru bagi menyelesaikan masalah pendaraban kerana teknik-teknik yang sedia ada tidak dapat menangani kemelut pemasalahan yang melanda kini.

2.0

Fokus Kajian Sebagai seorang guru saya sedar akan perbezaan tahap individu dalam menguasai pelajaran yang dipelajari. Oleh itu saya telah menggunakan teknik yang berbeza dari teknik yang dipelajari oleh murid sebelum ini. Murid-murid diharapkan dapat mengira olahan yang berkaitan pendaraban dengan tepat. Bertepatan dengan pendapat yang dinyatakan oleh Dunn, R dan Dunn, K. (1978) dalam bukunya berjudul Teaching Students Through Their Individual Learning Styles : We were amazed to find an abundance of literature that had been accumulated over an eight-year period repeatedly verifying that each student learns in ways that are different from his or her peers. Kata-kata ini menjelaskan bahawa setiap pelajar belajar dengan cara yang berbeza dari rakan sebayanya.

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah Oleh itu Teknik Ziefir ini diperkenalkan bagi menangani masalah yang dihadapi oleh muridmurid yang tidak dapat menguasai sifir seterusnya membantu mereka menyelesaikan masalah pendaraban. Di dalam penggunaaan Teknik Ziefir pelajar diberikan penekanan kaedah penggunaan garisan-garisan dalam mencari hasil darab bagi 2 nombor. Seterusnya menggunakan satu teknik baru dalam menyelesaikan masalah pendaraban dua nombor yang lebih besar. 1. Menggunakan garisan melintang dan menegak untuk mendapat hasil darab dua nombor. Contoh: 6 x 4 = ______ - Nombor 6 diwakili oleh garisan melintang. - Nombor 4 diwakili oleh garisan menegak. - Kira jumlah persilangan antara garisan melintang dan menegak untuk mendapatkan jawapan.

1 2 3 4 1 2 3 4 5 6

2. Menggunakan Teknik Ziefir bagi mendapatkan hasil darab dua nombor yang lebih besar. Contoh: 456 x 43

4 6 5 4 + 1 1 2 6 1 9

1 2 0 1 2 6 0 8 4 1 5 8

3 6 5 4

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah 3.0 Objektif Kajian : 3.1 Objektif Umum Membantu meningkatkan kemahiran mendarab 2 nombor yang hasil darabnya kurang daripada 10 000 dengan menggunakan Teknik Ziefir. Objektif Khusus 3.2.1 Menggunakan Teknik Ziefir untuk mencari hasil darab dua nombor. 3.2.2 Menyelesaikan soalan pendaraban dua nombor menggunakan Teknik Ziefir. 3.2.3 Menggunakan / mengaplikasi Teknik Ziefir dalam menyelesaikan soalan pendaraban dua nombor.

3.2

4.0

Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 orang pelajar Tahun 5 Siantan 2 yang menghadapi masalah dalam mengingati sifir dan tidak dapat melakukan pendaraban 2 nombor dengan betul. Kumpulan sasaran yang telah dikenal pasti ini diperolehi berpandukan hasil daripada keputusan ujian pra dan pemerhatian yang telah dijalankan terhadap pelajar 5 Siantan 2.

5.0

Pelaksanaan Kajian 5.1 Tinjauan Masalah : Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data berteraskan pendekatan di bawah: 5.1.1 Pemerhatian Kaedah pemerhatian digunakan dalam kajian ini. Pemerhatian ini dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Di samping itu pemerhatian juga di buat melalui respon kepada soalan-soalan yang diajukan secara lisan, semakan kerja rumah dan latihan bertulis. Temu bual Temu bual ini dilakukan secara tidak formal. Ianya dijalankan terhadap muridmurid yang mempunyai masalah dalam mendarab dua nombor. Ujian Pra Ujian pra dijalankan bagi menguji tahap sebenar penguasaan murid-murid terhadap sifir dan pendaraban 2 nombor. Ujian pra dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula.

5.1.2

5.1.3

5.2

Analisis Tinjauan Masalah Bermula pada 1 Mac 2006, saya telah menjalankan tinjauan masalah terhadap pelajar tahun 5 Siantan 2. Ianya bagi mengenal pasti pelajar yang menghadapi masalah dalam menguasai sifir dan tidak dapat menyelesaikan soalan pendaraban. Pelajar yang dikenal pasti telah menjadi kumpulan sasaran bagi kajian ini. 5.2.1 Pemerhatian Hasil pemerhatian yang dibuat didapati 8 orang pelajar mempunyai masalah yang sama, di mana mereka menghadapi masalah dalam menguasai sifir 2 hingga 9. Seterusnya tidak dapat menyelesaikan soalan yang melibatkan pendaraban.

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah 5.2.2 Temu bual Saya menemubual secara rambang terhadap pelajar yang menghadapi masalah menguasai sifir. Dari temubual yang dibuat, didapati pelajar memberikan jawapan yang hampir sama. Dialog antara guru dan pelajar Guru : Suka belajar matematik? Pelajar : Suka. Guru : Boleh baca sifir 6? Pelajar : Saya tidak hafal la, cikgu. Guru : Mengapa tak hafal? Pelajar : Susah sangat nak hafal. Asyik lupa aje. Guru : Macamana pula dengan darab dengan nombor yang besar? Pelajar : Saya memang selalu salah. Tak tahu macamana nak dapatkan jawapan. Guru : Cikgu dah ajar cara yang perlu awak gunakan untuk mendapatkan jawapan. Awak tak gunakan ke? Murid : Payah la cikgu. 5.2.3 Ujian Pra Hasil dapatan ujian pra yang diperolehi adalah seperti dalam jadual di bawah: Jadual 1 : Analisis Ujian Pra Pelajar 5 Siantan 2

Jumlah Soalan

Jumlah Jawapan Betul 15 - 13 12 - 10

Bilangan Murid 10 14 3 3 5 35

Peratus

Gred

28 40 9 9 14 100

A B C D E

15 soalan

9-7 6-4 3-0 JUMLAH

Berdasarkan ujian pra, didapati seramai 3 orang ( 9% ) pelajar mendapat gred D. Manakala 5 orang ( 14% ) pelajar telah mendapat gred E. Ini menunjukkan bahawa seramai 8 orang pelajar gagal menjawab soalan pendaraban yang dikemukakan. Walaupun jumlahnya tidak ramai, tetapi boleh dianggap serius jika tidak diambil tindakan segera memandangkan ianya salah satu daripada empat operasi utama dalam matematik.

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah 5.3 Tindakan Yang Dijalankan 5.3.1 Bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran ini saya telah merancang 3 aktiviti untuk melaksanakan penggunaan Teknik Ziefir. Di akhir setiap sesi murid akan menjawab soalan lembaran kerja bagi mengukur penguasaan mereka terhadap apa yang telah dipelajari. a) Aktiviti 1 Sesi ini merupakan sesi awal dan pengenalan tentang penggunaan Teknik Ziefir. Murid dibimbing untuk menggunakan Teknik Ziefir dalam mencari hasil darab bagi dua nombor. Beberapa soalan akan diajukan bagi menjurus kepada pemahaman penggunaan teknik ini. b) Aktiviti 2 Sesi ini merupakan sesi di mana murid akan diberikan penerangan lanjut tentang penggunaan Teknik Ziefir. Murid akan didedahkan dengan beberapa soalan yang lebih sukar untuk memantapkan lagi pemahaman mereka terhadap teknik yang telah dipelajari.

c) Aktiviti 3 Semasa sesi ini murid akan didedahkan bagaimana untuk mengaplikasikan penggunaan Teknik Ziefir dalam mendapatkan jawapan bagi soalan yang berkaitan dengan topik ini.

5.3.2

Bahan-bahan Yang Digunakan Semasa Kajian a) Aktiviti 1 i) Lembaran kerja 1 yang mengandungi 10 soalan. b) Aktiviti 2 i) Lembaran kerja 1 yang mengandungi 10 soalan. b) Aktiviti 3 i) Lembaran kerja 3 yang mengandungi 10 soalan.

5.3.3 a) b)

Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian Saya memperuntukkan masa selama satu jam setiap hari untuk setiap sesi perjumpaan. Saya bertindak sebagai pelaksana di dalam melaksanakan kajian tindakan ini. Sementara guru-guru dan juga murid-murid lain turut terlibat secara tidak langsung semasa ujian pra dan dalam membuat pemerhatian. Pemerhatian dibuat bagi menilai keberkesanan aktiviti yang sedang dijalankan. Pemerhatian juga dilakukan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, melalui semakan kerja rumah, latihan bertulis dan ujian pra. Dua sesi temubual dijalankan terhadap pelajar-pelajar kumpulan sasaran untuk melihat respon pelajar-pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran sebelum dan selepas mempelajari Teknik Ziefir. Ujian pra dijalankan diperingkat awal kajian, manakala ujian pos dijalankan pada akhir tempoh kajian. Keputusan ujian pra dan ujian pos dianalisis bagi mengetahui perubahan prestasi pelajar. Soalan ujian pra dan ujian pos hampir sama bagi melihat murid sudah menguasai kemahiran yang dipelajari.

c) d)

e) f)

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah Jadual 2 : Jadual Pelaksanaan Kajian TARIKH Jan - Mac 2006 11 April 2006 14 April 2006 16 April 2006 18 April 2006 21 April 2006 5.4 Perlaksanaan Tindakan Dan Penilaian 5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1 Di peringkat awal proses pengajaran dan pembelajaran, saya memperkenalkan dan menerangkan bagaimana menggunakan Teknik Ziefir kepada murid-murid. Pengajaran dan pembelajaran menjurus kepada bagaimana menggunakan teknik ini dalam menyelesaikan soalan pendaraban. Murid didedahkan dengan beberapa soalan bagi menjurus kepada pemahaman penggunaan teknik ini. Di akhir pembelajaran murid dikehendaki menjawab 10 soalan pendaraban. Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian saya, kumpulan pelajar sasaran menunjukkan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Di mana pelajar didedahkan dengan penggunaan Teknik Ziefir yang memudahkan pelajar mendapatkan jawapan bagi setiap soalan yang dikemukakan. Persaingan telah berlaku di mana setiap murid cuba menjawab setiap soalan yang dikemukakan. Jumaat Isnin Rabu Jumaat Isnin HARI AKTIVITI Tinjauan Masalah Ujian Pra Aktiviti 1 Aktiviti 2 Aktiviti 3 Ujian Pos

i)

ii)

Refleksi Saya merasakan bahawa pendekatan pengajaran menggunakan Teknik Ziefir memudahkan murid menyelesaikan soalan pendarabab 2 nombor. Ini dapat dilihat semasa pelajar berlumba-lumba mendapatkan jawapan yang dikemukakan. Di samping itu, suasana ketika aktiviti dijalankan begitu ceria, harmonis dan memberikan keseronokan kepada murid. Pelaksanaan Aktiviti 2 Penerangan yang lebih lanjut tentang penggunaan Teknik Ziefir akan diberikan kepada murid. Murid juga akan didedahkan dengan beberapa soalan yang lebih sukar untuk memantapkan lagi pemahaman mereka terhadap teknik yang telah dipelajari. Setelah selesai sesi ini murid dikehendaki menjawab 10 soalan dari lembaran kerja. Pemerhatian Dari pemerhatian yang dilakukan terhadap latihan yang diberikan, murid berjaya menjawab kesemua 10 soalan. Murid sudah boleh menggunakan teknik ini dengan lebih baik. Refleksi Saya berpuas hati dengan pencapaian setiap pelajar berbanding sebelum sesi bimbingan dijalankan. Terdapat perubahan yang ketara di mana murid mampu menjawab soalan yang diberikan.

5.4.2

i)

ii)

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah 5.4.3 Pelaksanaan Aktiviti 3 Murid dibimbing bagaimana menggunakan Teknik Ziefir dalam menyelesaikan soalan pendaraban 2 nombor. Bagi melihat penguasaan murid dalam menggunakan teknik ini, murid dikehendaki menjawab 10 soalan pendaraban. Pemerhatian Pelajar dapat menjawab soalan yang dikemukan. Apa yang membanggakan ialah pelajar dapat menjawab kesepuluh-sepuluh soalan dengan betul. Saya juga dapat meihat murid cuba mengaplikasikan teknik yang telah dipelajari untuk mendapatkan jawapan. Refleksi Saya berpuas hati kerana pelajar dapat menguasai Teknik Ziefir dan menggunakan teknik ini dalam menyelesaikan masalah pendaraban. Refleksi Kajian 5.5.1 Refleksi Pencapaian Murid Berdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pos, didapati kajian tindakan yang dijalankan ini telah memberikan impak yang cukup baik di dalam membantu pelajar dalam menyelesaikan soalan pendaraban. Hasil dapatan daripada kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar dalam latihan-latihan yang diberikan. Peningkatan pencapaian pelajar juga dapat dilihat dalam ujian pos. Jadual 3 : Perbandingan pencapaian individu dalam ujian pra dan ujian pos serta latihan 1, 2 dan 3. Jumlah Jawapan Yang Betul Murid Ujian Pra Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5 Murid 6 Murid 7 Murid 8 2 3 3 4 4 6 6 6 Latihan 1 9 8 10 8 9 10 10 10 Latihan 2 10 10 10 9 10 10 9 10 Latihan 3 10 10 10 10 10 10 10 10 Ujian Pos 13 15 15 13 15 15 15 14

i)

ii)

5.5

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah Jadual 4 : Perbandingan pencapaian individu dalam ujian pra dan ujian pos JUMLAH JAWAPAN YANG BETUL MURID UJIAN PRA Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5 Murid 6 Murid 7 Murid 8 2 3 3 4 4 6 6 6 UJIAN POS 13 15 15 13 15 15 15 14

Hasil daripada kajian ini menunjukkan penggunaan Teknik Ziefir telah membantu murid dalam menyelesaikan soalan pendaraban. Merujuk jadual di atas, 8 orang murid kumpulan sasaran kajian telah berjaya memperolehi keputusan yang amat membanggakan. 5 orang murid telah berjaya menjawab kesemua soalan yang dikemukakan. Kesilapan kepada beberapa orang murid hanya kerana murid tidak dapat menambah dengan betul.

5.5.2

Refleksi Sesi Temubual secara tidak formal selepas selesai Ianya dijalankan bagi mendapatkan terhadap teknik yang telah

Sesi temubual dijalankan menjalani aktiviti bimbingan. pandangan pelajar sasaran diperkenalkan.

Dari sesi temubual yang dijalankan dapat disimpulkan bahawa pelajar amat berminat apabila menggunakan Teknik Ziefir. Mereka merasakan bahawa teknik ini telah dapat membantu mereka menyelesaikan soalan pendaraban dengan mudah.

5.5.3

Refleksi Pemerhatian

Teknik Ziefir telah membantu pelajar menjawab soalan dengan mudah. Misalnya, dalam ujian pra, pelajar telah melakukan banyak kesilapan dalam menjawab soalan pendaraban. Manakala, setelah diperkenalkan Teknik Ziefir kepada kumpulan sasaran, mereka lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diberikan. Situasi ini dapat dilihat semasa ujian pos dijalankan terhadap kumpulan sasaran. Murid tersebut telah berjaya menjawab 15 soalan dengan betul. Hanya terdapat sedikit kesalahan pada penambahan nombor oleh 3 orang murid dari kumpulan sasaran tersebut.

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah Kesimpulannya, penggunaan Teknik Ziefir adalah salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang boleh diadaptasikan di dalam kelas. Teknik ini telah diuji dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid dalam menyelesaikan soalan pendaraban.

5.5.4

Refleksi Keseluruhan

Pada awalnya, telah dikenal pasti seramai 8 orang pelajar dalam kelas 5 Siantan 2 yang tidak boleh menguasai sifir dengan baik. Seterusnya gagal menjawab soalan pendaraban bagi 2 nombor. Setelah diperkenalkan Teknik Ziefir, murid kumpulan sasaran telah berjaya menjawab soalan-soalan latihan berkaitan pendaraban dengan yakin.

Bersyukur kerana kajian tindakan yang dijalankan ini telah berjaya membantu menyelesaikan masalah penguasaan sifir darab oleh murid. Secara tidak langsung aktivitiaktiviti tersebut dapat menimbulkan minat murid terhadap mata pelajaran Matematik. 6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya Keberkesanan Teknik Ziefir dalam membantu pelajar menyelesaikan masalah pendaraban tidak dapat dinafikan. Berteraskan hasil dapatan kajian, membuktikan penggunaan teknik ini mampu mewujudkan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan semasa menyelesaikan latihan yang diberi. Saya berpendapat bahawa teknik Ziefir boleh diperluaskan lagi penggunaannya kepada soalan pendaraban yang lebih besar.

BIBLIOGRAFI: 1) Ee Ah Meng. 1994. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Penerbitan

2) Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian Sukatan Tahun 4. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia. 3) Sharifah Alwiah Alsagoff. Heinemann Asia. 1984. Ilmu Pendidikan

Pelajaran Kuala

Matematik Lumpur:

Pedagogi.

4) Sub Unit Penyelidikan BPG. 2001. Modul Garis Panduan Tindakan. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kursus

Penyelidikan

Anda mungkin juga menyukai