Anda di halaman 1dari 14

Anatomi Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia.

Anatomi juga dikenali sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini mula dikaji sejak 2300 tahun dahulu dan masih berkembang sehingga kini. Perkataan anatomi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud memotong atau membelah anggota badan untuk melihat strukturnya. Selain itu, anatomi terbahagi kepada beberapa subdisiplin seperti anatomi kasar (gross) dan mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tubuh yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang, paru-paru dan otot. Anatomi mikroskopik (histologi) ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskop. Fisiologi Anatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu mengkaji fungsi struktur tubuh badan. Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang panjang dan tebal seperti femur, tibia dan fibula dapat menyokong berat badan kita. Organisasi Struktur Manusia Tubuh badan manusia terdiri daripada unit-unit kecil yang dikenali sebagai atom dan berada pada aras pertama struktur manusia iaitu aras kimia. Atom ini bergabung sesama sendiri untuk membentuk molekul-molekul dan menjadi aras sel. Sel merupakan benda hidup paling kecil pada badan manusia serta berfungsi sebagai pengangkut nutrien dan oksigen, menjalankan tindak balas metabolism dan mengeluarkan CO2 daripada tubuh manusia. Seterusnya adalah aras tisu iaitu sekumpulan sel yang menjalankan fungsi khusus yang sama. Terdapat empat jenis tisu dalam badan manusia iaitu tisu epitilium, tisu penghubung, tisu otot dan tisu saraf. Aras organ merupakan struktur diskrit yang terbentuk hasil daripada gabungan dua atau lebih tisu. Kebanyakan organ mempunyai keempat-empat jenis tisu seperti hati, ginjal dan jantung. Aras sistem terbentuk hasil daripada gabungan beberapa organ yang berbeza bagi menghasilkan tugastugas tertentu seperti organ-organ sistem respiratori. Seterusnya, aras organisasi tertinggi ialah aras organisma yang merangkumi kesemua aras yang berfungsi untuk mencapai kesejahteraan kehidupan. RUJUKAN

http://wannuraanatomi.wordpress.com/2010/07/20/pengenalan-anatomi-dan-fisiologi-2/

Cara Menamakan Otot Rangka Otot rangka dinamakan berdasarkan beberapa kriteria (struktural dan fungsi) : 1. Arah serat/fiber otot : Rektus otot lurus,selari dengan median tubuh. Contoh rektus femoris. Transverse fiber otot bersudut tegak dengan garisan median tubuh. Oblik berpenjuru dengan garisan median tubuh 2. Saiz Otot : Maksimus jika otot sangat besar Medius jika otot bersaiz sederhana Minimus jika otot kecil Major jika otot sederhana besar Minor jika otot sederhana kecil Longus jika otot atau tendonnya panjang Brevis jika otot atau tendonnya pendek

3. Jumlah /bilangan origin: Biceps berpunca dari dua kepala/origin. Triceps berpunca dari tiga kepala/origin Quadriceps berpunca dari empat kepala/origin.

4.Lokasi Otot : Temporalis otot yang terletak di kawasan tulang temporal pada tengkorak. Frontalis otot yang terletak di kawasan tulang frontal pada tengkorak. Abdominis otot yang terletak di bahagian abdomen.

5. Lokasi `origin`otot dan lekatannya : Sternocleidomastoid `origin`/asalnya pada sternum (sterno) dan klavikel (cleido) dan lekatan (insertion) pada mastoid (proses tulang temporal). 6. Bentuk Otot : Deltoid jika otot berbentuk delta atau segitiga. Trapezius jika otot berbentuk trapezium. Rhomboideus jika otot berbentuk rhomboid.

7. Tindakan Otot: Flexor otot yang melakukan fleksi. Extensor otot yang melakukan ekstensi. Adduktor otot yang melakukan adduksi Pronator otot yang melakukan pronasi lengan bawah. Supinator otot yang melakukan supinasi lengan bawah.

SISTEM SARAF

SISTEM ENDOKRINA

STRUKTUR JANTUNG

SENARAI JENIS DARAH YANG SESUAI DENGAN PENDERMA DAN PENERIMA

JENIS SALURAN DARAH

PEREDARAN DARAH DALAM TUBUH MANUSIA

KULIT MANUSIA (INTEGUMENTARI)

SISTEM RESPIRATORI

SISTEM LIMFATIK

SISTEM LIMFATIK

SISTEM PENGHADAMAN