Anda di halaman 1dari 10

Apitan kata kerja ke--an

Hanya satu bentuk sahaja. Golongan KN dan KA boleh bergandung dengan apita ke--an untuk membentuk kata kerja dalam ayat pasif.

Aspek makna apitan ke--an


Membentuk makna kata kerja pasif. Subjek ayat mengalami perbuatan dalam kata dasar. Contoh ayat :
Malam tadi jiran saya kecurian. Dia kehujanan di jalanan. Badannya berpeluh kerana kepanasan.

Apakah perbezaan apitan kata kerja ke--an dengan apitan kata adjektif ke--an?

Apitan kata kerja dipeR--kan


Hanya satu bentuk apitan jenis ini. Golongan KN dan KK boleh bergabung dengan apitan diper--kan untuk membentuk kata kerja. Contoh :
diperisterikan diperjodohkan Diperlihatkan

Kata kerja yang terbentuk dengan apitan diper--kan wujud dalam ayat pasif. Contoh :
Putera sulungnya diperisterikan oleh raja itu. Teori yang baharu diperkatakan oleh profesor itu. Segala usaha kami dipersendakan oleh mereka.

Aspek makna apitan kata kerja diper--kan


1. Membawa pengertian terjadi atau disebabkan. Contohnya : dipertemukan (dijadikan atau disebabkan bertemu) 2. Menyebabkan sesuatu dilakukan oleh orang lain. Contoh: diperlihatkan

Apitan kata kerja dipeR--i


Hanya satu apitan ini. Sama seperti apitan memper--I, apitan ini sebenarnya tidak produktif. Wujud hasil daripada perkembangan bahasa, iaitu keperluan menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu.

Contoh : diperisteri (diperisterii diperisteri) Bentuk di atas telah berlaku pengguguran satu huruf i. Bentuk-bentuk yang lazim digunakan (seperti jadual di bawh) , sebenarnya bentuk terbitan yang lewah.
diperolehi diperbaiki diperakui diperhalusi seharusnya seharusnya seharusnya seharusnya diperoleh dibaiki diakui/diperakukan dihalusi

Apakah perbezaan awalan diper- dengan apitan dipeR--kan dan dipeR-..-i

Bina ayat bagi imbuhan diper-, dipeR--kan dan dipeR--I bagi membezakan fungsi ketiga-tiga imbuhan ini.
diperdipeR--kan dipeR--i

Anda mungkin juga menyukai