Anda di halaman 1dari 35

Penglibatan Ibu Bapa Dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Ammul Sahara Bt Abu Ngut, Farhana Bt Anuar,

Maznah Bt Mahasan, Noorafizah Bt Sajimin, Noorman Bin Sahidin, Nor Hapizah Bt Othman, Nur Fadzlin Bt Awang Noh, Rosniza Bt Mohd Roszami, Yuhaila Bt Yusoff, Zainuddin Bin Mohd Razali) UPSI 12 April 2011

1.0

PENGENALAN Menurut Azizah (2002), pendidikan awal kanak-kanak ditakrifkan sebagai

pendidikan kanak-kanak yang bermula daripada saat kelahirannya hingga kepada umur lapan tahun. Pendidikan ini termasuk program-program untuk bayi (infants), untuk kanak-kanak yang baru berlatih (toddlers), untuk sekolah asuhan kanak-kanak(nursery school), untuk asuhan kanak-kanak (child care), dan program-program prasekolah yang termasuk kindergarden dan peringkat sekolah rendah. Pada masa ini pusat pendidikan awak kanak-kanak menjadi institusi yang penting dalam masyarakat. Hal ini disebabkan perubahan dari segi cara hidup dan perubahan struktur keluarga akibat perubahan ekonomi dan corak hidup kini. Pada zaman dahulu ekonomi sesebuah keluarga bergantung kepada lelaki sebagai orang yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk memikul bebanan keluarga. Pada zaman ini taraf keluarga semakin tinggi, khususnya di bandar telah mendesak kaum wanita untuk keluar bekerja. Dengan ini mereka terpaksa mencari tempat untuk meninggalkan anakanak dalam jagaan orang lain sementara mereka keluar bekerja. Selain itu keadaan keluarga pada masa ini juga telah berubah dengan bertambahnya keluarga tunggal akibat daripada perceraian. Keadaan ini memerlukan pusat jagaan anak-anak untuk membantu ibu bapa dalam mengasuh dan mengembangkan potensi anak-anak supaya mencapai kecemerlangan yang maksimum.

Di peringkat awal kanak-kanak, ianya tidak hanya tertumpu kepada sesuatu pengalaman pembelajaran di sekolah tetapi ia merangkumi segala pengalaman dalam kehidupan hariannya sama ada di pusat asuhan, di rumah atau di luar rumah seperti komuniti yang juga memainkan peranan yang penting. Komuniti atau masyarakat boleh mempengaruhi kanak-kanak serta ibu bapa kerana wujudnya jaringan hubungan. Mereka juga memerlukan peluang untuk melibatkan diri dalam berbagai jenis pengalaman. Pendedahan dan penglibatan ini penting untuk mereka berkembang dengan sempurna (Rozumah & Salma, 1985). Dalam tamadun Barat, pendidikan awal bermaksud pendidikan peringkat prasekolah. Pada mulanya peringkat ini hanya meliputi kanak-kanak dari umur tiga hingga enam tahun, yang lebih dikenali dengan peringkat kindergarden. Selepas beberapa kajian, konsep pendidikan awal ini dipinda supaya meliputi kanak-kanak di peringkat selepas lahir hingga ke peringkat enam tahun. Peringkat selepas lahir hingga ke peringkat tiga tahun dikenali juga sebagai peringkat nursery. Dari perspektif Islam, pendidikan awal bermula dari masa anak masih berada dalam kandungan ibu sehingga kanak-kanak berumur enam tahun. Secara umum, pendidikan awal Islam boleh dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat sebelum lahir dan peringkat sesudah lahir. Pendidikan awak kanak-kanak penting dan perlu diberikan perhatian kerana 90% daripada perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak mencapai umur lima tahun. Pandangan ini sesuai dengan pendapat Piaget bahawa perkembangan kognitif pesat semasa peringkat deria motor, iaitu semenjak kanakkanak lahir hingga berumur dua tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak banyak menggunakan deria motor seperti menghisap, menangis dan mengenggam. Pada peringkat ini juga kanak-kanak mengembangkan pengetahuan asasnya yang berkaitan dengan empat ciri, iaitu pengetahuan tentang objek, sebab-sebab sesuatu, ruang dan masa. Pengetahuan ini menjadi asas untuk perkembangan selanjutnya yang lebih sofistikated.
2

Peringkat kedua dalam perkembangan kognitif mengikut Piaget ialah peringkat pra operasi (dua hingga enam tahun). Pada peringkat ini, kanak-kanak menggunakan simbol atau nama bagi objek-objek di persekitarannya. Setelah menguasai bahasa ia mula belajar mengaitkan nama dengan objek-objek. Pemikirannya pada masa ini lebih konkrit, egosentrik dan belum memahami konsep pengekalan. Pemusatan pemerhatiannya pada masa ini hanya pada satu aspek dan mengetepikan aspek yang lain. Pada akhir peringkat ini kanak-kanak kurang egosentrik dan mengembangkan skemanya ke arah yang lebih umum, lebih abstrak dan lebih berkebolehan dalam menyelesaikan masalah.

1.1

Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak Penglibatan dapat ditakrifkan sebagai usaha bersama-sama atau saling bantu-

membantu antara dua pihak ataupun beberapa pihak. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak dan membantu mengekalkan kejayaannya (Rohani Abdullah, 2007). Sebagai ibu bapa, anda lebih mengenali anak anda, dan anda mempunyai kuasa untuk terlibat secara aktif didalam pengalaman prasekolah anak anda. Sekiranya dari pemerhatian anda memberikan gambaran bahawa di situlah anak-anak anda akan dapat berkembang dengan sepenuhnya, maka anda telah pun menemui prasekolah yang betul. Kanak-kanak juga mempunyai sifat-sifat yang diperolehi melalui tindak balas dengan alam sekeliling tempat mereka dilahirkan (Rosmah & Salma, 1985). Menurut Siti Fatimah Abdul Rahman (2006), terdapat kajian membuktikan bahawa ada kaitan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian kanak-kanak. Dalam kata lain, kajian ini merumuskan bahawa sekiranya kita mahu anak-anak berjaya dalam bidang pendidikan, kita perlu terlibat secara langsung dalam arus pembelajaran mereka. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak secara tidak langsung
3

memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak antaranya sikap bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran di samping menunjukkan tingkah laku yang lebih baik dan seimbang. Di Malaysia Event et al. (1999) mendapati bahawa dalam penglibatan ibu bapa terdapat ruang lingkup yang agak terbatas. Corak penglibatan ibu bapa ditentukan oleh penganjur sesebuah tadika. Ada pola yang menunjukkan kecenderungan ibu bapa terlibat dalam aktiviti kokurikulum tetapi ibu bapa tidak dijangka dan dirancang terlibat dalam pengendalian pengajaran harian dalam kelas tadika. Hanya 10% daripada ibu bapa yang aktif di tadika, sementara majoriti tidak terikat dalam aktiviti tadika. Diantara sebab yang dinyatakan adalah kekurangan masa dan ibu bapa mempunyai tanggungjawab di rumah, serta kurangnya latihan ibu bapa mengenai peranan mereka sebagi pendidik kanak-kanak pra sekolah. Di luar bandar dan di pinggir bandar, tadika agensi kerajaan mempunyai identiti sebagai tadika berasaskan komuniti. Walaubagimanapun dalam pendidikan pra sekolah identiti tersebut tidak tercapai jika ibu bapa tidak bertindak aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di tadika. Tadika yang berkualiti mengintegrasikan penglibatan ibu bapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ibu bapa kerap dilihat dalam aktiviti di luar tadika seperti menemani anak mereka dalam lawatan ke muzium dan taman hiburan. Penglibatan ibu bapa lebih merupakan pendekatan satu arah, iaitu daripada atas ke bawah. Kesinambungan penglibatan ibu bapa lebih bersifat inisiatif guru daripada inisiatif ibu bapa pada andaian tadika pula ibu bapa perlu diberitahu mengenai apa yang harus dilakukan. Penglibatan ibu bapa boleh meningkatkan kualiti tadika. Ibu bapa perlu dididik mengenai peranan dan tanggungjawab mereka supaya matlamat pendidikan tadika berkenaan dapat dicapai dan peranan mereka sebagai pendidik di rumah dilatih (Rohaty,c 2003).

1.1.1 Kepentingan Penglibatan Ibu Bapa


4

Penglibatan ibu bapa memberi kebaikan kepada kanak-kanak, guru-guru dan ibu bapa sendiri. Antara faedah yang dikenalpasti: i. Kebaikan kepada kanak-kanak. Mereka dapat melihat peranan ibu bapa yang berbeza iaitu sebagai guru. Mereka dapat berkenal mesra, bersoal jawab dengan orang dewasa berkenaan dengan sesuatu pengalaman atau pengetahuan kerana ibu bapa datang daripada pelbagai pekerjaan. Mereka dapat lebih perhatian daripada orang dewasa ketika menjalankan aktiviti kumpulan dimana nisbah kanak-kanak berbanding orang dewasa adalah kecil. ii. Kebaikan kepada Ibu Bapa

Mereka dapat melihat tingkah laku anak disekolah. Mereka berpeluang mempelajari cara atau kaedah guru mengatasi masalah tingkah laku anak-anak. Mereka dapat memahami apa yang sudah, sedang dan akan diajar kepada anak mereka selama berada di sekolah. Mereka lebih memahami kurikulum dan aktiviti yang dipelajari oleh anakanak mereka. Mereka boleh menyambung aktiviti susulan ataupun aktiviti rangsangan. Mereka dapat bersoal jawab dan berkongsi masalah dengan guru. Mereka dapat meningkatkan ilmu pengetahuan. iii. Kebaikan kepada Guru Mereka mendapat buah fikiran dan maklum balas secara terus daripada ibu bapa apabila hendak menjalankan aktiviti. Mereka dapat berkongsi masalah dan bersoal jawab bagi meningkatkan perkembangan anak-anak.
5

Mereka boleh menjadi penghubung antara ibu bapa dan sekolah. Mereka dapat belajar dan meningkatkan pengetahuan hasil interaksi dengan ibu bapa yang mempunyai pelbagai latar belakang pekerjaan dan pendidikan.

Mereka dapat sokongan dalam setiap aktiviti yang telah dijalankan terutama yang melibatkan tenaga dan bantuan kewangan.

Ibu Bapa Kanak-kanak Istimewa. Menurut Rohani Abdullah (2007) pendidikan prasekolah mengalualukan kehadiran anak istimewa melalui program inklusif. Penglibatan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa sama pentingnya di prasekolah: i. Sikap ibu bapa Penglibatan ibu bapa di prasekolah dapat mengurangkan tekanan emosi, kesugulan, kesedihan kerana mempunyai anak istimewa. Ia juga dapat mengubah sikap ibu bapa pada anak sama ada ia dianggap sebagai beban ataupun suatu dugaan serta dapat menyemai pandangan positif dalam kalangan masyarakat pada anak istimewa. ii. Pengetahuan berkenaan keperluan anak istimewa. Ramai ibu bapa menganggap anak istimewa hanya memerlukan keperluan asas dan kasih sayang. Sebenarnya mereka juga memerlukan keperluan seperti kanak-kanak biasa hingga tercapai keperluan pemenuhan kendiri (self-actualisation). Tanpa pengetahuan ini, kanak-kanak istimewa tidak akan membesar ke tahap keupayaan mereka. Ramai ibu bapa oleh kerana bersimpati kepada anak biasanya memanjakan anak istimewa dan ini meyebabkan anak sentiasa bergantung kepada ibu bapa seumur hidup.
6

iii. Pengetahuan berkenaan peringkat-peringkat anak istimewa Pengetahuan ini perlu kerana dapat membantu ibu bapa mendidik anak memperoleh kemahiran-kemahiran yang sesuai (adaptive behaviour) untuk tingkah laku yang diterima oleh masyarakat. Kemahiran-kemahiran penyesuaian termasuk kemahiran sensorimotor, komunikasi (bahasa dan pertuturan), kemahiran membantu diri (self-help skills), kemahiran sosialisasi, aplikasi kemahiran asas dalam kehidupan seharian dan kemahiran membuat keputusan sendiri. iv. Pengetahuan berkenaan khidmat sokongan Ibu bapa perlu menyedari bahawa membesarkan anak istimewa tidak dapat dilaksankan dengan berkesan tanpa bantuan dari luar. Ibu bapa perlu tahu boleh mendapatkan khidmat sokongan bagi membantu mereka dalam penjagaan anak istimewa. Khidmat sokongan boleh diperoleh daripada doktor, guru, jurupulih dan pekerja sosial. Mereka dapat menghubungi ibu bapa lain yang senasib dengan di pra sekolah. Dengan bantuan ini, ibu bapa akan mendapat sokongan dalam menjalankan peranan mereka sebagai ibu bapa yang baik. v. Masa depan kanak-kanak istimewa Ibu bapa perlu memikirkan masalah-masalah yang dihadapi oleh anak mereka pada masa depan dan mencari resolusi untuk masalah-masalah ini. Sebagai ibu bapa mereka mesti berusaha menjadi kuasa penggerak bagi menyedarkan masyarakat berkenaan, hak asasi dan kemahuan anak istimewa. Ibu bapa adalah orang yang benar-banar mengetahui, prihatin dan peka pada anak istimewa. Oleh itu menjadi tanggungjawab mereka untuk berusaha mendapatkan penglibatan masyarakat demi masa depan anak mereka. Tanpa penglibatan ibu bapa yang tanpa
7

usaha yang gigih, kemungkinan nasib anak istimewa tidak cerah. Falsafah yang harus mendorong ibu bapa Fikirkan berkenaan keupayaan bukan ketidakupayaan Think Ability Not Disability. Mereka juga dapat : i. Membentuk kumpulan bertindak yang dapat membantu dan meringankan bebanan dan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa yang mempunyai anak istimewa. ii. Mewujudkan a. Program Pemulihan Dalam Komuniti dan melibatkan ibu bapa tersebut di dalamnya. Menyedarkan ibu bapa berkenaan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mebuat intervensi awalan dan asas pendidikan bagi anak-anak yang kurang uapaya serta memahami aspek-aspek pendidikan yang diperlukan oleh anak-anak tersebut mereka ada mengikut di keupayaan program anak-anak segregasi, sama dalam

pengsealiran atau inklusif apabila tiba di peringkat persekolahan kelak

1.2

Penglibatan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak Menurut Rohani Abdullah (2007) komuniti merujuk kepada orang yang ada

kaitan rapat dengan kanak-kanak. Antaranya ibu bapa, saudara mara, semua ahli keluarga yang tinggal serumah dengan mereka,guru-guru, jiran, rakan sebaya dan orang dewasa yang mengenali mereka. Golongan yang paling penting adalah orang yang bertanggungjawab dengan kebajikan mereka. Kanak-kanak mempelajari sosial budaya daripada keluarga dan komuniti. Sebagai kanak-kanak mereka menjadikan keluarga dan komuniti sebagai role model. Mereka belajar mengenai proses, konsep dan praktis daripada persekitaran yang positif termasuk aktiviti harian seperti membeli belah, menonton wayang atau menghadiri
8

pusat ibadah (Arthur et al.2005). Masyarakat setempat merupakan komuniti yang boleh mempengaruhi kanak kanak. Berhubung dengan orang luar dalam komuniti boleh menpengaruhi pembelajaran kanak kanak. (Jeffrey Glanz, 2006). Dalam komuniti, masyarakat mempunyai kepunyaan, tanggungjwab dalam masyarakat, menolong satu sama lain, memberi komitmen serta hormat (Thompson, 2005). Seorang kanak-kanak di dalam sesebuah keluarga mungkin akan mempelajari mengenai huruf dan nombor, sebagai contoh melalui aktiviti menonton televisyen dan video, membaca jadual keretapi dan memanaskan makanan dalam ketuhar. Selain itu kanak-kanak juga belajar mengenai huruf dan nombor melalui perkongsian buku dan bermain permainan puzzle.

1.3

Badan Kerajaan Penglibatan agensi-agensi kerajaan juga turut memberi impak kepada

perkembangan awal kanak-kanak. Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) terlibat dalam pengendalian TADIKA untuk kanak-kanak yang berumur 5- 6 tahun atau di peringkat pra sekolah. TABIKA yang dikendalikan oleh JPNIN ialah TABIKA Perpaduan yang membolehkan kanak-kanak berbilang kaum menghayati nilainilai hidup bermasyarakat dan membentuk anak-anak yang memahami adat dan budaya yang pelbagai. Hal ini demikian kerana, sifat kanak-kanak boleh dikesan sejak dilahirkan sama ada dia seorang pemarah atau periang dan sama ada dia mudah ataupun susah untuk menyesuaikan diri dalam seseuatu keaadaan. Oleh itu, mereka harus diberi peneguhan atau pengukuhan supaya menjadi kanak bersahsiah baik. (Rohani Abdullah, 2004).

1.3.1

Badan Bukan Kerajaan

Badan amal bukan kerajaan yang menjerumus kepada kebajikan kanakkanak juga wujud di Malaysia. Contohnya, program Click A Child yang dinaungi Masjid At- Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Islamic Relief WorldWide dan Yayasan Basmi Kemiskinan. Program yang dijalankan adalah bertujuan membantu kanak-kanak yang tidak berkemampuan. Antara program yang dilaksanakan adalah Malam Amal untuk rumah-rumah anak-anak yatim. Dengan program ini, kanak-kanak dapat dibantu melalui perkembangan awal mereka dengan lebik baik walau pun tanpa ibu bapa. Stimulasi yang diberikan dari rumah serta dorongan terhadap minat-minat kanak-kanak merupakan hal vital bagi perkembangan bakat kanak-kanak (Reni Akbar Hawadi. 2001).

Masyarakat Setempat Bagi memberikan bantuan yang berkesan dan menggalakkan

perkembangan optimum kanak-kanak, orang dewasa harus peka kepada keperluan, isyarat dan perkembangan semasa kanak-kanak tersebut. Para guru sukar melakukan tugas dengan baik seperti hendak menjawab soalan kanakkanak dengan terperinci, apabila kanak-kanak ramai. Hubungan kanak-kanak dengan masyarakat adalah dengan mewujudkan hubungan yang mesra dengan kanak. Guru hendaklah sentiasa sedia melayan pertanyaan mereka memberikan jawapan sebaik mungkin. Tindak balas mengajar kanak-kanak ketika mencari maklumat dapat menanam sikap positif dan tingkah laku mencari ilmu melalui rujukan seperti buku, ICT (Rohani Abdullah. 2004). Semasa terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum tadika, komuniti juga secara tidak langsung menjadi pembantu kepada guru kanak kanak. Misalnya, Hari Potensi, komuniti yang bertugas akan dipecahkan mengikut bahagian masing masing. Dalam pada itu, mereka juga akan berinteraksi dengan kanak kanak
10

untuk memberi sokongan supaya mereka dapat melakukan yang terbaik pada hari itu. Ahli komuniti boleh menjadi pembantu guru, pensyarah dan tutor (Marzano, 2003).

2.0

Teori Dan Model Yang Mengaitkan Penglibatan Ibu Bapa Dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

2.1

Teori Kontesktual Teori Kontekstual terbahagi kepada tiga iaitu bioekologikal, dialektikal dan sistem

keluarga. Teori ini menunjukkan hubungan antara kanak-kanak, keluarga dan komuniti di mana penting untuk penglibatan keluarga berkesan dalam pendidikan awal kanakkanak. Apabila guru mengaplikasikan teori ini, amalan penglibatan keluarga akan lebih terdorong dan autentik (Donna Couchenour & Kent Chrisman 2000). Menurut Rohaty Mohd Majzub (2003), peranan ibu bapa, keluarga dan komuniti sebagai rakan kongsi aktif dalam proses pembelajaran kanak-kanak selalunya memberi kesan pada kualiti. Ibu bapa adalah pihak pendidik yang pertama dan utama anak-anak sebelum mereka berhadapan dengan guru-guru dan pembimbing tadika. Ibu bapa juga mampu meningkatkan kualiti sesebuah program tadika. Pendapat ini turut disokong George S. Morrison dalam bukunya Early Childhood Education Today, menyatakan bahawa ibu bapa ialah orang yang menyediakan keperluan asas, penjagaan dan kasih sayang, memberi sokongan, panduan, tunjuk ajar, bimbingan dan perlindungan kepada kanak-kanak. Kajian Klaus dan Greg (1986), mendapati ibu bapa yang melibatkan diri dengan program prasekolah, meluangkan lebih banyak masa membaca bersama-sama anak mereka. Manakala ibu bapa yang tidak melibatkan diri, lebih banyak menghabiskan

11

masa dengan perkara yang bersifat bukan pendidikan seperti menonton televisyen, mengemas rumah dan sebagainya (Kasnani Ab Karim et al. 2005). Golongan pendidik awal kanak-kanak samada guru prasekolah, pekerja kebajikan atau guru tadika adalah sebahagian daripada komponen masyarakat sihat yang penting terhadap kanak-kanak dan keluarga. Masyarakat yang sihat bergantung kepada perkembangan keluarga berfungsi terhadap kanak-kanak dengan sebaikbaiknya. Jika keluarga tidak dapat berfungsi dengan betul untuk perkembangan kanakkanak, komuniti haruslah bertindak mengambil alih tanggungjawab ini untuk kebaikan kanak-kanak. Masyarakat berubah mengikut bagaimana keluarga dan komuniti berfungsi. Kanak-kanak, keluarga dan komuniti sentiasa bergantung antara satu sama lain (Donna Couchenour dan Kent Chrisman 2000).
Kanak-kanak

Keluarga

Komuniti

Rajah 1: Kanak-kanak, keluarga dan komuniti bergantungan (Donna Couchenour dan Kent Chrisman 2000). 2.1.1 Teori Ekologikal Urie Bronfenbrenner Kajian di dalam dan di luar negara menunjukkan bahawa faktor persekitaran seperti penglibatan ibu bapa secara aktif mempunyai kesan langsung ke atas semua aspek perkembangan kanak-kanak Mac Naughton. (2005). Bronfrenbrenner (2003), yang mengemukan teori ekologi mengenai perkembangan kanak-kanak berkata, pendidikan kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh nilai-nilai sistem makro masyarakat, iaitu masyarakatt yang lebih global. Akibatnya mencorakkan peranan guru tadika sebagai seorang
12

academic taskmaster, di mana tugas utama mereka adalah menyampaikan ilmu dan kemahiran akademik. Fokus pada persediaan akademik boleh mengurangkan keprihatinan kepada pembangunan personaliti kanak-kanak. Oleh yang demikian konsensus matlamat atau objektif adalah satu cabaran, kerana menyediakan matlamat atau objektif yang jelas sewajarnya adalah menjadi syarat utama dalam pengurusan sesebuah tadika.(Rohaty Mohd Majzub, 2003).

Nilai-nilai budaya
Institusi yang Mempengaruhi Keluarga (pekerjaan)

Sistem Makro

Keluarga Kanak-kanak Mikro

Sistem Ekso

Nilai-nilai masyarakat

(1998), melalui model ekologinya mengenai perkembangan manusia Rajah 2: Model bahawa perkembangan kanak-kanak menjelaskan Teori Ekologi Urie Bronfenbrenner paling baik difahami melaui konteks sosial keluarga, dasar pendidikan, komuniti dan masyarakat yang lebih meluas. Sungguhpun pakar perkembangan manusia menyatakan bahawa kanak-kanak perlu dididik menurut aras perkembangan mereka dan dibuat secara holistik, tetapi masyarakat umum lebih berorientasikan peperiksaan dan pencapaian. Ini mencetus kontroversi di antara apa yang terkandung dalam teori dengan apa yang sebenarnya dipraktikkan dalam program tadika. Konflik dan kontroversi mengenai matlamat telah dikaji oleh Rohaty (1984, 1992) sama ada wujud perbezaan prioriti matlamat antara guru, ibu bapa dan pakar dalam domain perkembangan total kanak-kanak iaitu domain intelek, sosial, fizikal, moral, emosional dan kerohanian.
13

Bronfrenbrenner

Pengenalpastian perbezaan prioriti matlamat memberi impak kepada corak pengalaman pembelajaran yang dipilih untuk sajian (Rohaty Mohd Majzub, 2003).

2.1.2

Teori Dialectikal Vygotsky Vygotsky sangat dikenali sebagai seorang ahli psikologi pendidikan yang memperkenalkan teori sosio budaya. Vygotsky menyatakan bahawa pengetahuan manusia berasal dari budaya. Ini bermakna kebanyakkan pengetahuan yang kanak-kanak tahu "tahu" datang dari keluarga dan masyarakat yang lebih besar. Sebagai contoh, kanak-kanak merayakan hari percutian dan cara mereka merayakannya menggambarkan pengetahuan berdasarkan kebudayaan. Makanan yang dimakan, cara penyediaan, layanan dan persiapan meja makan serta sopan santun hasil dari pengalaman dalam sesuatu budaya (Donna Couchenour dan Kent Chrisman, 2000). Terdapat empat prinsip yang diterapkan dan diperjuangkan dalam teori kognitif ini iaitu konsep sosial, perkembangan bahasa, zon had proksimal, dan scaffolding. Vygotsky mengesyorkan bahawa kebolehan intelek adalah spesifik kepada budaya di mana kita dipelihara dan dibesarkan (Syazwan Safuan 2008). Konsep sosial yang dimaksudkan oleh Vygotsky ialah proses

pembelajaran seseorang individu akan lebih berkesan melalui interaksi dengan orang dewasa dan teman sebaya yang lebih baik. Vygotsky menekankan pentingnya interaksi sosial dengan orang lain dalam proses pembelajaran. Kanak-kanak sememangnya tidak mempunyai fungsi mental yang tinggi tetapi mereka boleh mewarisinya daripada ibu bapa ataupun masyarakat di sekeliling mereka. Pergaulan sosial kanak-kanak dengan masyarakat dan budaya di sekeliling mereka akan mempengaruhi tahap pemikiran kanak-kanak. Menurut Vygotsky, anak-anak lahir dengan fungsi mental yang relatif dasar seperti kemampuan untuk memahami dunia luar dan memusatkan perhatian.
14

Kebanyakan daripada apa yang kita berfikir dan cara berfikir dipengaruhi oleh budaya. Vygotsky mengatakan bahawa kanak-kanak biasanya membina pengetahuan secara individu serta sosial (Valmband, 2008). Teori Vygotsky memberi penekanan terhadap pengaruh persekitaran sosial terhadap perkembangan kanak-kanak, khususnya aspek perkembangan bahasa kerana bahasa adalah alat utama interaksi yang berperanan sebagai penyampai maklumat. Bahasa kanak-kanak berkembang dalam persekitaran sosialnya. Menurut teori ini, bahasa ialah alat berfikir bagi manusia untuk membina konsep-konsep dalam fikiran sebagai respons kepada masalah dan rangsangan persekitaran (Awang Salleh bin Awang Wahap dan Dr. Zamri Mahamod, 2006). Menurut Abdul Aziz Abdul Shukor et al. (2008), kanak-kanak menggunakan bantuan tersebut untuk memahami sesuatu dan seterusnya dapat menggunakan maklumat yang diperolehi untuk menyelesaikan masalah. Bantuan tersebut boleh membentuk isyarat, cadangan, galakan, pecahan masalah kepada langkah-langkah yang lebih kecil dan pemberian contoh yang berkaitan. Scaffolding merupakan satu teknik yang digunakan oleh seseorang yang memiliki kemahiran yang lebih untuk membantu seseorang yang kurang berpengetahuan. Biasanya, seseorang guru atau rakan sebaya yang berpengtahuan memberi bantuan untuk memahirkan orang yang lemah berpengetahuan dalam sesuatu ilmu. Bantuan yang diberikan akan di ubah suai untuk mengakomodasi prestasi semasa seseorang pelajar. Apabila pelajar yang lemah dapat menguasai sesuatu kemahiran, maka bantuan yang diberi akan semakin berkurangan. Pembelajaran dengan bantuan scaffolding memberi manfaat kepada pelajar yang lemah. Dalam prinsip scaffolding, pihak guru atau rakan sebaya
15

memberi bantuan kepada pelajar yang lemah dan yang memerlukan bantuan sahaja. Ini bererti, pihak yang memberi bantuan tidak akan membuat segalagalanya untuk pelajar yang lemah tersebut. Usaha pemantauan tugasan yang dibuat oleh pelajar yang lemah hendaklah diteruskan sehingga pelajar yang lemah dapat menguasai kemahiran atau kerjaya menyiapkan tugasan dengan baik dan memuaskan. Pendekatan melalui scaffolding memberi dua sumbangan, iaitu ia menjadikan pelajar berminat untuk melibatkan diri dalam tugasan dengan efektif sehingga berjaya. Pelajar dapat mengembangkan aktiviti-aktiviti dan pengalaman-pengalaman pembelajaran serta meningkatkan kadar keupayaan pembelajaran yang pelu dicapai. Sumbangan yang kedua ialah ia dapat mengembangkan pretasi dan zon pengembangan proksimal pelajar. Perkara ini dapat dilakukan dengan instruksi yang tepat untuk menyelesaikan masalah yang besar dengan lebih cepat. Scaffolding boleh juga diberi secara tidak langsung oleh guru dengan menyediakan latihan-latihan. Zon perkembangan proksimal yang disarankan oleh Vygotsky menghubungkan perbezaan antara apa yang boleh dipelajari oleh pelajar tanpa bantuan dengan apa yang boleh dipelajari dengan bantuan guru atau rakan sebaya yang berkebolehan. Idea membantu pelajar ini disebut scaffolding (Abdul Aziz Abdul Shukor et al. 2008).

2.2

Model Epstein Penglibatan ibu bapa mengikut Model Epstein, (2006) mempunyai enam jenis penglibatan. Setiap jenis penglibatan akan mempunyai banyak amalan yang berbeza yang boleh dilakukan oleh pihak tadika untuk mencapai matlamat prasekolah yang sudah ditetapkan. Enam jenis penglibatan tersebut ialah; 1. Keibubapaan. a) Membantu keluarga.
16

- Dengan mengasuh dan kemahiran membesarkan anak, pemahaman kanak-kanak dan pembangunan remaja serta dalam menentukan keadaan rumah yang menyokong anak. b) Membantu sekolah. - Dalam memahami keluarga. 2. Komunikasi. a) Berkomunikasi dengan keluarga tentang program sekolah kemajuan pelajar melalui berkesan school-to-home dan school komunikasi. b) Memo, notis, kad laporan, Persidangan, surat, panggilan telefon, email & website. dan home-to-

3. Kesukarelaan. a) Meningkatkan pengambilan, latihan dan jadual untuk melibatkan keluarga sebagai releven dan penonton untuk menyokong pelajar dan sekolah program. b) Mentor, pelatih, penguat, tutor, pensyarah, demonstran, pengawal & monitor serta buat pemimpin. 4. Pembelajaran di rumah. a) Libatkan keluarga dengan anak-anak mereka dengan pelbagai kegiatan. b) Belajar di rumah, termasuk kerja rumah dan kegiatan kurikulum. c) Hal-hal yang berkaitan dan keputusan. 5. Membuat keputusan. a) Sertakan keluarga sebagai peserta di sekolah kerajaan dan advokasi.
17

6. Kolaborasi dengan komuniti. a) Menyelaraskan sumber-sumber masyarakat dan perkhidmatan untuk pelajar, keluarga dan sekolah dengan perniagaan, dan kelompok lain serta memberikan badan-badan

perkhidmatan kepada masyarakat. b) Rakan perniagaan c) Budaya dan kumpulan rekreasi d) Kerajaan dan institusi ketenteraan Dalam kajian ini pengkaji tidak mengkaji aspek kolaborasi dengan komuniti, kerana aspek ini lebih tertumpu kepada penglibatan komuniti dalam prasekolah. Menurut Gestwicki, (2004) kekangan dalam membangun hubungan antara ibu bapa dan guru bagi tujuan penglibatan ibu bapa, dapat dibezakan menjadi faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman mencakupi masalah antaranya keperibadian guru yang kurang suka bersosialisasi dengan ibu bapa, perbezaan antara pengalaman guru dan ibu bapa sehingga sering kali guru memandang ibu bapa kurang pengetahuan berbanding dengan guru yang dilatih secara profesional. Faktor berikutnya ialah isu kepercayaan iaitu anggapan negatif tentang kemampuan keluarga.

2.3.1 Model Permata Negara Membentuk kanak-kanak berusia bawah lima tahun untuk menjadi pintar, matang emosi dan bijak berkomunikasi menjadi tumpuan Program Pusat Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata Negara (Permata Negara) dalam usahanya melahirkan Khazanah dan Permata masa depan negara. Usaha Permata Negara itu, yang dinaungi isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, diibaratkan seperti mencorak dan mewarnai sehelai kain putih dengan nilai-nilai murni yang dapat membentuk jati diri generasi muda Malaysia.
18

Setiap anak umpama permata yang perlu digilap kilauannya hasil pendedahan konsep asuhan dan didikan istimewa dengan penerapan konsep belajar itu menyeronokkan menerusi bermain, yang diadaptasi dari pusat kecemerlangan kanak-kanak Pen Green di Corby, England. Untuk merealisasikan idea itu, sekumpulan individu profesional termasuk pakar kanak-kanak, ahli akademik, aktivis wanita dan aktivis masyarakat berganding bahu melaksanakan pelbagai kajian dan penyelidikan. Permata Negara dilaksanakan sejak 1 Mac 2007 dengan menawarkan perkhidmatan pengasuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun, dan keutamaan diberikan kepada ibu bapa yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan. Pengasuhan yang dilaksanakan berbeza dengan taska biasa kerana ibu bapa perlu memperuntukkan sekurang-kurangya sejam setiap minggu untuk bersama dengan anak mereka di pusat itu selain melawat pada waktu makan tengah hari untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat antara ibu bapa dan anak. Kurikulum Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) juga digubal berbeza daripada kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang lain kerana ia memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal (Nur Syuhada Shamsudin, 2009). Asuhan dan didikan awal kanak-kanak bertujuan mengembangkan potensi setiap anak permata negara secara holistik bagi mewujudkan modal insan negara yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi. Usaha ini memerlukan kerjasama antara pendidik, ibu bapa dan komuniti. Program PERMATA Negara memfokuskan pada asuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak yang memenuhi kriteria berikut: i. Berumur satu hingga empat tahun ii. Menetap di pinggir atau luar bandar
19

iii. Keluarga berpendapatan rendah iv. Berbilang kaum dan agama Penglibatan ibu bapa dan komuniti adalah penting dalam pembelajaran anak-anak dan mempunyai matlamat secara keseluruhannya untuk meningkatkan kesediaan kanak-kanak memasuki alam prasekolah rendah dengan persediaan pelbagai aspek perkembangan Fokus kepada merangsang perkembangan holistik dan intervensi awal kanak-kanak dari lahir hingga ke usia pra persekolahan (Bahagian PERMATA. Jabatan Perdana Menteri 2010). Dua pakar pendidikan dari United Kingdom (UK) berpuas hati dengan perkhidmatan pengasuhan dan didikan awal kanak-kanak yang dijalankan di Pusat Anak Permata Negara (PAPN) walaupun masih di tahap perintis. Pakar asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak dari Pen Green Centre for Children, Corby, Dr. Margy Whalley berkata, beliau dan rakannya, Heather Donoyou mendapati PAPN di negara ini bakal berjaya mencapai matlamat terutamanya merangsang minda kanak-kanak menjadi lebih positif dan berkembang baik (Siti Ainiza Kamsari, 2007). Teknik pembelajaran PERMATA ialah dengan merangsang minda kanakkanak dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan. Kaedah ini mewujudkan persekitaran yang sesuai dan menyeronokkan bagi kanak-kanak melalui teknik-teknik berikut: i. ii. iii. iv. Kasih sayang dan belaian. Interaksi dan komunikasi. Pemikiran dan bacaan. Memberi kuasa kepada kanak-kanak melalui pembelajaran secara bebas.
20

v. vi.
vii.

Mendorong kebolehan dan potensi kanak-kanak. Belajar melalui bermain. Menghayati muzik dan seni, nyanyian, pantun, tarian dan lakonan.

Atas dasar ini, teknik pembelajaran PERMATA digubal dengan mengambil kira aspek-aspek seperti; i. ii. iii.
iv.

Pembinaan hubungan emosi, kasih sayang, rasa selamat dan yakin Melalui sentuhan dan belaian. Melalui berkawan dan sosial. Belajar melalui percubaan dan penerokaan. Membina minat membaca dan berfikir sejak awal. Merangsang kemahiran matematik dan pemikiran secara logik.

diri.

v. vi.

Rajah 3: Menunjukkan enam elemen dalam Kurikulum Pusat Anak PERMATA Negara. (Permata Subang Jaya, 2010).

21

3.0

KAJIAN-KAJIAN LEPAS BERKAITAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS SERTA PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI DI PERINGKAT TADIKA / PRASEKOLAH Dapatan kajian daripada Arnold (2008) dan Izzo et al. (1999) menunjukkan

bahawa penglibatan ibu bapa yang lebih tinggi menentukan pencapaian akademik kanak-kanak yang tinggi. Miedel and Reynolds (1999) juga mendapati bahawa penglibatan ibu bapa yang lebih tinggi di prasekolah berkaitan dengan kemahiran membaca kanak-kanak yang lebih baik, kadar keciciran yang lebih rendah, masa yang lebih pendek di kelas pendidikan khas ketika kanak-kanak berada di kelas lapan. Dalam Bahasa Inggeris istilah kanak-kanak berkeperluan khas dinamakan children with exceptional needs atau secara ringkas xceptional children. Pelbagai istilah lain telah digunakan untuk kanak-kanak keperluan khas dan antaranya adalah kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya, kanakkanak cacat, kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah, dan kanak-kanak terbantut pertumbuhan atau perkembangan. Semua kanak-kanak berbeza antara satu sama lain. Lazimnya, setelah melalui suatu program pendidikan, beberapa perbezaan ini dapat dikurangkan. Bagaimanapun, terdapat sekumpulan kecil kanak-kanak prasekolah yang mana ciri-ciri mental, fizikal atau emosi mereka berbeza daripada norma sehingga mereka memerlukan program pendidikan khas atau pendidikan khusus. Mereka ini dipanggil kanak-kanak keperluan khas (exceptional children) yang mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak pintar cerdas (gifted) yang mempunyai kebolehan jauh lebih tinggi daripada biasa. Kedua-dua kumpulan ini memerlukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka (Heward, 2003). Pendidikan prasekolah bertujuan membantu ibu bapa untuk meningkatkan perkembangan kanak-anak secara holistik melalui pengalaman belajar yang bermakna
22

dan menyeronokkan serta persekitaran yang diperkaya bagi menstimulasi otak mereka (Essa, 1996). Dalam kajian, pendidikan prasekolah merujuk kepada pendidikan yang disediakan oleh tadika bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Namun kejayaan pendidikan kanak-kanak di prasekolah ditentukan oleh penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan prasekolah terutama kepada kanak-kanak keperluan khas. Menurut Morrison (1978) pengertian penglibatan ibu bapa dan komuniti yang komprehensif adalah proses aktualisasi daripada potensi ibu bapa, untuk membantu ibu bapa mencari kekuatan dan bakatnya serta menggunakannya bagi diri mereka sendiri dan keluarga. Penglibatan ibu bapa dan komuniti sangat berguna dalam menentukan pencapaian kanak-kanak keperluan khas mahupun kanak-kanak normal dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak prasekolah. Conway (2003) menyatakan penglibatan ibu bapa dan komuniti perlu lagi diberi galakkan kerana memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan sosial dan kejayaan akademik kanak-kanak. Dapatan Marcon (1999) juga menyatakan bahawa penglibatan ibu bapa yang lebih tinggi dan jenis penglibatan yang lebih aktif berkaitan dengan kemahiran berbahasa kanak-kanak yang lebih baik, perkembangan sosial, motor, dan adaptif yang lebih baik. Kajian lain yang dilakukan di Head Start dan Amerika Syarikat, mendapati bahawa penglibatan ibu bapa berkaitan dengan keterampilan dan perilaku di kelas (Taylor & Machida, 1994). Merujuk kepada dapatan kajian-kajian ini, penglibatan ibu bapa dan komuniti sangat penting dan pihak sekolah harus menumpukan perhatian kepada cara-cara untuk melibatkan ibu bapa dan komuniti bagi menyokong kejayaan pendidikan kanakkanak prasekolah sama ada yang berkeperluan khas mahupun kanak-kanak normal. Guru dan pengetua perlu menyokong penglibatan ibu bapa dam komuniti dalam aktivitiaktiviti di prasekolah dan menyamakan persepsi pengetua dan para guru tentang penglibatan ibu bapa dan komuniti. Ibu bapa perlu memahami kepentingan pendidikan
23

prasekolah bagi kehidupan anak-anak mereka dimasa hadapan sehingga penglibatan mereka di prasekolah boleh ditingkatkan. Penglibatan ibu bapa dan komuniti merupakan manifestasi daripada persepsi terhadap pendidikan prasekolah. Penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan prasekolah merupakan topik utama daripada kajian ini bahawa penglibatan ibu bapa berkaitan dengan keterampilan dan perilaku di kelas (Taylor & Machida. 1994). Merujuk kepada dapatan kajian-kajian ini, penglibatan ibu bapa dan komuniti sangat penting dan pihak sekolah harus menumpukan perhatian kepada cara-cara untuk melibatkan ibu bapa dan komuniti bagi menyokong kejayaan pendidikan kanakkanak prasekolah sama ada yang berkeperluan khas mahupun kanak-kanak normal. Guru dan pengetua perlu menyokong penglibatan ibu bapa dam komuniti dalam aktivitiaktiviti di prasekolah dan menyamakan persepsi pengetua dan para guru tentang penglibatan ibu bapa dan komuniti. Ibu bapa perlu memahami kepentingan pendidikan prasekolah bagi kehidupan anak-anak mereka di masa hadapan sehingga penglibatan mereka di prasekolah boleh ditingkatkan. Penglibatan ibu bapa dan komuniti merupakan manifestasi daripada persepsi terhadap pendidikan prasekolah. Penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan prasekolah merupakan topik utama daripada kajian ini.

4.0

AKTIVITI MELIBATKAN IBU BAPA DAN KELUARGA Penglibatan ibu bapa merupakan aspek penting dalam pendidikan prasekolah.

Ibu bapa adalah orang yang pertama mendidik anak-anak sebelum masuk ke prasekolah. Oleh itu adalah wajar jika ibu bapa meneruskan penglibatan mereka untuk sama-sama mendidik anak-anak di prasekolah. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan mempunyai kesan yang positif kepada anak-anak. Anak-anak akan merasakan pembelajaran bukan sahaja diperolehi daripada guru di sekolah tetapi juga akan berterusan sehingga di rumah.

24

Penglibatan ibu bapa bermaksud mengambil bahagian dalam aktiviti di taska atau tadika samada dalam bentuk sumbangan tenaga, kepakaran dan sumber lain yang dapat membantu membangunkan perkembangan kanak-kanak. Dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2001) dinyatakan bahawa penglibatan ibu bapa, penjaga dan komuniti adalah digalakkan kerana ia adalah elemen penting dalam pelaksanaan kurikulum prasekolah. Permuafakatan antara guru dan ibu bapa, penjaga dan komuniti dapat membantu dalam perkembangan dan kemajuan murid secara berterusan ke arah melahirkan warganegara yang baik dan bertanggungjawab.

4.1

Pendekatan Ibu bapa Yang Boleh Terlibat Dengan Aktiviti Di Tadika a) Penglibatan Terus b) Penglibatan Latihan c) Penglibatan Keluarga dan Sokongan Penglibatan terus ibu bapa bermaksud melibatkan aktiviti di bilik darjah secara

sukarela, membantu guru menyediakan bahan dan menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak. Pihak pengurusan tadika dan taska amat menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam memberikan bantuan secara sukarela khususnya dalam aktiviti kemahiran akademik seperti membaca dan menulis. Ibu bapa juga boleh membantu guru menyediakan bahan aktiviti yang akan digunakan oleh guru di tadika. Penglibatan ibu bapa dalam program latihan adalah menjadikan ibu bapa sebagai guru anak-anak mereka. Latihan adalah tertumpu kepada bidang disiplin kendiri, membantu anak mempunyai tabiat belajar, kemahiran berkomunikasi dan bimbingan keibubapaan. Program tersebut hendaklah dianjurkan oleh pihak pengurusan tadika mengikut kelapangan ibu bapa tanpa mengenakan sebarang bayaran. Kesan jangka panjang akan membantu perkembangan kanak-kanak dan melicinkan pelaksanaan program pendidikan awal kanak-kanak.

25

Penglibatan sumber keluarga dan sokongan merupakan program dan aktiviti yang melibatkan kanak-kanak secara tidak langsung. Program ini menyediakan bantuan perkhidmatan bimbingan kepada ibu bapa seperti kaunseling pekerjaan dan latihan, klinik kesihatan, pemulihan penderaan, sumber dan rujukan untuk perkhidmatan kemasyarakatan, aktiviti sebelum dan selepas sekolah untuk ibu bapa yang bekerja. Kaedah yang digunakan untuk melibatkan ibu bapa: a) Membuat Perjumpaan. Perjumpaan boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu peringkat awal, pertengahan dan akhir. Peringkat awal perjumpaan dilakukan pada sesi awal persekolahan. Guru perlu menerangkan hal-hal berkenaan prasekolah, kakitangan, kurikulum yang dijalankan dan pengurusan fizikal prasekolah. Di peringkat pertengahan, ibu bapa dan guru boleh berbincang berkenaan perkembangan anak-anak mereka berdasarkan penilaian secara berterusan yang dijalankan oleh guru. Di peringkat akhir perjumpaan, aktiviti penyampaian sijil dan sebagainya boleh diusahakan. b) Menganjur Seminar dan Bengkel Dengan menganjurkan seminar ibu bapa dan guru dapat pendedahan berkenaan ilmu baru serta ciri-ciri kerjasama secara tidak langsung. c) Panggilan Telefon dan Emel Ibu bapa ataupun guru boleh menghubungi melalui telefon ataupun emel untuk berbincang, membuat penerangan aktiviti dan menceritakan perkembangan anak-anak. d) Jemputan Melawat Prasekolah Biasanya jemputan melawat ke prasekolah bertujuan menyesuaikan ibu bapa kepada persekitaran prasekolah selain dapat beramah mesra dengan guru dan kakitangan prasekolah. Ibu bapa juga dapat memerhatikan anak-anak mereka belajar. Daripada pemerhatian ibu bapa
26

dan guru ini, membolehkan mereka berbincang dan menyelesaikan masalah yang timbul. Kaedah ini sesuai apabila ibu bapa turut dijemput bagi menyertai lawatan. e) Lawatan Ke Rumah Guru perlu juga melawat ke rumah kanak-kanak bagi melihat sendiri latar belakang keluarga. Lawatan tidak semestinya dilakukan hanya apabila kanak-kanak itu sakit ataupun tidak hadir agak lama. Kanak-kanak amat berbangga apabila guru mereka datang melawat ibu bapa mereka. Ia dianggap sebagai hari yang bersejarah dan tidak dapat dilupakan. f) Risalah, Majalah dan Bahan Bertulis Ibu bapa boleh melibatkan diri dengan bersama-sama menyediakan bahan bertulis seperti risalah, majalah dan sebagainya. Kandungannya boleh dipelbagaikan seperti:
i.

Nama, alamat dan nombor telefon ibu bapa dan guru-guru Resipi kek Seni kata lagu Panduan memilih alat-alat permainan Aktiviti mingguan, hasil karya dan sebagainya

ii. iii.
iv.

v.

4.2

Cabaran Yang Dihadapi Oleh Pihak Pengurusan Tadika Untuk Melibatkan Ibu bapa. Cabaran yang dihadapi oleh pihak pengurusan taska dan tadika adalah untuk

melibatkan ibu bapa dan keluarga dengan program yang dirancang. Terdapat dua golongan ibu bapa yang dihadapi oleh pihak pengurusan iaitu ibu bapa yang keberatan dan ibu bapa yang sukar.

27

Ibu bapa yang keberatan bermaksud enggan melibatkan diri dengan aktiviti di taska dan tadika. Ibu bapa golongan ini bukan tidak mahu mengambil berat tentang pendidikan anak-anaknya tetapi disebabkan oleh faktor tertentu. Antara faktor-faktor tersebut adalah: a) Tiada pengalaman dengan pendidikan di taska dan tadika b) Perbezaan bahasa sukar untuk difahami. c) Sikap kendiri yang sering membezakan dirinya dengan orang lain. d) Kurang kesedaran keperluan pendidikan awal kanak-kanak. e) Merasakan tugas guru sepenuhnya mendidik anak mereka. Ibu bapa yang sukar pula adalah golongan yang sering menimbulkan masalah kepada pihak pengurusan dan pendidik di taska dan tadika. Contohnya ibu bapa tidak dapat menerima teguran atau perkara negatif tentang anaknya apabila diberitahu oleh pihak tadika atau taska. Sekiranya berlaku salah faham antara pendidik dan ibu bapa perlu ada orang ketiga untuk menyelesaikan masalah tersebut menerusi perbincangan atau mesyuarat. Langkah-langkah meningkatkan kerjasama ibu bapa dengan tadika: a) Mengeratkan hubungan dengan mengamalkan sikap saling menghormati di antara pengurusan, pendidik dan ibu bapa. b) Berkerjasama dan berkongsi tanggungjawab dalam mengatasi masalah menerusi perundingan. c) Melakukan komunikasi dua hala yang kerap untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak. d) Memberi ruang kepada ibu bapa untuk berperanan sebagai pemerhati dan membuat keputusan dalam program yang melibatkan ibu bapa. e) Menyesuaikan penglibatan ibu bapa dalam program berdasarkan sumbersumber yang dikenalpasti seperti kebolehan dan kepakarannya.

28

4.3

Aktiviti Melibatkan Komuniti Pihak tadika boleh mengundang ahli dalam komuniti yang mempunyai kepakaran

untuk dikongsikan bersama ibu bapa dan murid di taska atau tadika. Sekiranya terdapat ahli komuniti yang boleh bercerita tentang cerita rakyat. Pihak tadika boleh mengundang ahli komuniti tersebut untuk mengadakan sesi bercerita yang sesuai dengan murid tadika. Keupayaan fizikal seperti bangunan, tempat dan pejabat disekitar kawasan komuniti. Pihak taska dan tadika boleh memohon kebenaran untuk membuat lawatan ke tempat-tempat yang bersesuaian. Jika terdapat balai bomba di kawasan tadika, pihak pengurusan boleh memohon kebenaran untuk membawa murid-murid datang melawat ke balai bomba. Penglibatan komuniti dapat dilaksanakan menerusi program jangka pendek dan program jangka panjang. Program ini akan melibatkan beberapa buah tadika ibu bapa dan pihak majlis tempatan. Agensi lain yang berkaitan dengan tadika juga boleh dilibatkan sama untuk menjayakan program berkenaan. Manakala penglibatan komuniti dalam program jangka panjang adalah merancang pembangunan tadika dan melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Program yang dirancang hendaklah dimasukkan dalam kalendar taska kerana aktiviti yang melibatkan komuniti berjalan sepanjang tahun. Aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan di beberapa buah tadika:

29

a). Gotong-Royong

Gotong-royong membersihkan tadika dan taska, serta pusat asuhan. Program ini melibatkan ibu bapa dan penjaga. Contohnya di Tabika Kemas Kampung Tengah Betong, Sarawak dan Tabika Perpaduan Seksyen 24 Shah Alam, Selangor. b) Menganjurkan seminar keibubapaan dan perkembangan kanak-kanak. Ia bertujuan mendedahkan ibu bapa cara-cara menguruskan dan mendidik anak di rumah terutama dalam meningkatkan perkembangan pemikiran anakanak. Seminar ini telah diadakan untuk ibu bapa kanak-kanak di Taska & Tadika UMMI Ipoh, Perak.

c) Hari Sukan Ibu bapa dan Murid.


30

Aktiviti ini dianjurkan dengan melibatkan ibu bapa dan murid dengan beberapa aktiviti sukan yang ringan. Ia dapat mengeratkan hubungan antara murid dan murid, murid dan ibu bapa serta ibu bapa dan guru. Tadika Kancil Kota Masai, Johor.

d) Mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan. Program ini bertujuan menzahirkan nilai patriotisme dan menghayati perjuangan tokoh kemerdekaan serta memeriahkan sambutan kemerdekaan dengan membabitkan penyertaan ibu bapa dan ahli jawatankuasa berkenaan. Program ini telah dijalankan oleh Tadika Kemas Kampung Pagi Jerantut, Pahang. Bagi maklumat lengkap rujuk bahagian lampiran. e) Aktiviti melibatkan komuniti. Antaranya adalah melibatkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Program ini dijalankan adalah untuk mendekatkan dan memberi pendedahan kepada anakkanak yang masih mentah tentang apa itu dadah dan bahaya dadah kepada kanak-kanak. Pendedahan ini dilakukan dengan cara aktiviti permainan. Program ini dijalankan oleh Tabika Kemas Mawaddah Tumpat, Kelantan dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Tumpat, Kelantan.

31

5.0

KESIMPULAN Penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan awal kanak-kanak

memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian mulia di kalangan kanak-kanak. Peranan ibu bapa, keluarga dan komuniti sebagai rakan kongsi aktif
32

dalam proses pembelajaran kanak-kanak selalunya memberikan kesan kepada kualiti perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa juga adalah pendidik pertama dan utama kanakkanak sebelum kanak-kanak berhadapan dengan guru-guru pembimbing di tadika. Ibu bapa juga membantu meningkatkan kualiti sesebuah program tadika dengan menyumbang tenaga, berkongsi bakat dalam program tadika. Penglibatan ibu bapa juga boleh meningkatkan kendiri kanak-kanak dan ibu bapa itu sendiri. Kefahaman ibu bapa dapat meningkatkan tahap proses pembelajaran di tadika dan ibu bapa berpeluang melaksanakan peranan sebagai pendidik. Oleh yang demikian, ibu bapa dan komuniti seharusnya mengambil pendekatan yang serius dalam membimbing kanak-kanak seawal usia lagi kerana mereka bakal menerajui pentadbiran dunia kelak. Penglibatan ibu bapa, penjaga dan komuniti adalah sangat digalakkan kerana ia adalah elemen penting dalam pelaksanaan kurikulum prasekolah. Permuafakatan antara guru dan ibu bapa, penjaga dan komuniti dapat membantu dalam perkembangan dan kemajuan murid secara berterusan ke arah melahirkan warganegara yang celik akal dan berintegriti.

BIBLIOGRAFI Arnold, D.H., Zeljo, A. & Doctoroff, G.L. 2008. Parent involvement in preschool: Predictors and the relation of involvement to prelitery development. School Psychology Review 37 (1), 74-90. Azizah Lebai Nordin. 2002. Pendidikan Awal Kanak-Kanak Teori Dan Amali. Penerbitan Universiti Malaya.

33

Berger, E. H. 1995. Parents as partners in education: Families and schools working together. Columbus, OH: Prentice Hall. Conway, J.2003. Parental involvement in school can work wonders for children. poststructural ideas. New York: Routledge. Lynn Wilson. 2005. Families And Communities In Early Childhood Development. A Division Of Thompsom Canada Limited. Marcon, R. A. 1999. Positive relationships between parent school involvement and public school inner-city preschoolers development and academic performance. The School Psychology Review 28(3), 395412. Miedel, W. T., & Reynolds, A. J. 1999. Parent involvement in early intervention for disadvantaged children: does it matter? Chicago longitudinal study. Journal of School Psychology 37(4), 379402. Morrison, G.S.1978. Parent involvement in the home, school and community. Ohio: Charles E. Merrill Publishing Company. Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Shahrani Ahmad. 2007 . Panduan Kurikulum Prasekolah. PTS Profesisional Publishing SDN. BHD Rohati Mohd Majzub. 2003. Pendidikan Prasekolah Cabaran Kualiti. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Taylor, A. R., & Machida, S. 1994. The contribution of parent and peer support to Head Start childrens early school adjustment. Early Childhood Research Quarterly 9(3/4), 205387.

34

Ting Len Siong. 2005, Jun 30. Penglibatan Ibu Bapa Pelajar Luar Bandar Dalam Membantu Anak Belajar Di Rumah. Kertas penyelidikan yang dibentangkan di Seminar Penyelidikan Maktab-Maktab zon Timur di Kota Bharu. http://fortworthisd.org/boe/_presentations/2006-09-12_Epstein%20ModelDGuzman.pdf 18 Januari 2011. http://skdua.blogspot.com/2006/09/penglibatan-ibu-bapa-penjaga-dan.html 18 Januari 2011

35