Anda di halaman 1dari 7

Kapal dagang dari seberang Sarat berisi pohon meranti Dari jauh tuan datang kami di sini sedia

menanti Sirih berlipat sirih pinang Sirih beradat orang melaka Pemanis kata selamat datang Awal bismillah pembuka bicara... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam tulus penuh mahabbah.. Yang Berbahagia En. badrul Hisham Abd. Karim, Penolong Pengarah Unit Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya.. juga merupakan penceramah undangan hari ini. Yang dihormati, Tuan Perasmi kita, En. Abd. Rahman Md din, Yang di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKTM. Yang berusaha Tuan Guru Besar, Pn. Hajjah Arifah Bt. Ibrahim En. Ghazali B. Md. Yassin, Guru Penolong Kanan 1, SKTM Tuan Haji Zali Othman, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, sktm. Guru-guru, Ahli-ahli jawatankuasa persatuan ibu bapa dan guru SKTM, para ibubapa seterusnya anak-anak didik, murid-murid yang dikasihi sekalian. Kapal belayar dari Arakan Ambil gaji jadi jemudi Tuan datang kami alukan Menjayakan majlis hari ini. Hadirin yang di hormati sekalian, Syukur kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah inayahNya maka dapatlah kita berkumpul di dalam dewan yang terhimpun di dalamnya hati-hati insan yang membulat tekad dan azam untuk mencari penawar dan ubat kuat yang bakal menjadi platform dan asas kukuh gerakan mengembleng tenaga dalam memajukan anak-anak didik di sekolah ini. Bukan sahaja untuk memastikan anak-anak ini lulus

berjaya, tetapi cemerlang ternama, terbilang dalam negara. Justeru itu, Program Kecemerlangan UPSR dan Motivasi Ibu bapa dan Murid tahun 6 ini, direncana dan dirancang saban tahun, bukan untuk mengajar ibu bapa yang sememangnya terpelajar, tetapi sekadar berkongsi idea, mengingatkan benda yang ada tapi mungkin terlupa.. atau tahu tapi belum digerak usaha, atau bersemangat tapi suamsuam kuku sahaja, maka Program hari ini diharapkan sebagai pemula segala wawasan, cita-cita dan harapan kita. Bagi anak didik bakal merangkul gelaran Murid Cemerlang 5A UPSR 2009 pula, jadikanlah program ini sebagai program masuk gua intan permata, cangkul dan gerudi sudah tersedia, bakul dan raga juga ada, kutiplah mana yang suka, jangan kita sambil lewa, takut yang depan mata pun kita langkah sahaja. Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian Tetak galah panjang sepuluh Buat menjemur kain pelekat Angkat tangan jari sepuluh Doa dipohon biar selamat Bagi mengiringi perasaan kudus kita pada petang jumaat penuh barakah ini, keberkatan Illahi kita puputkan.. untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Nazrullah Bin Muhit untuk merafak doa, dengan segala hormatnya dipersilakan... ----- bacaan doa ----Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada al-Fadhil Ustaz Nazrullah, atas bacaan doa itu tadi. Semoga, doa yang dipohon itu dimakbul iilahi, diberkati dan juga untuk perjalanan majlis kita hari ini semoga lancar sebagaimana dihajati.... Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Bunga melati bunga di darat Bunga seroja di tepi kali Luahan hati dan juga hasrat Kita dengari sebentar lagi. Hadirin yang budiman, Seterusnya, majlis mempersilakan Tuan Guru Besar Sek. Keb. Telok Mas, Pn. Hajah Arifah Bt Ibrahim untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan.. ------------- ucapan guru besar--------------

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas ucapan itu tadi. Semoga, segala amanat dan nasihat dapat dijadikan pedoman buat semua. Buat pengetahuan hadirin, sktm merupakan sekolah terbaik dalam dun telok bagi keputusan upsr 2008. semoga kejayaan ini dipertahan dan ditambahbaikkan... insyaallah... Dewa sakti melayang ke Daik Hendak mencari Dewa Jaruga Kalau ada hajat yang baik usaha tawakkal jangan dilupa Hadirin..... Majlis seterusnya mempersilakan Yang Dipertua PIBG SKTM, Encik Rahman Bin Mad Din untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan program kecemerlangan upsr dan motivasi ibu bapa serta murid tahun 6 2009 sktm.. dengan limpah takzimnya dipersilakan. ------ucapan perasmian ydp pibg sktm-------Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Rahman Bin Mad Din YDP PIBG SKTM atas kesudian beliau menyampaikan ucapan dan merasmikan program kecemerlangan hari ini..... segala saranan, panduan, teguran dan galakan beliau diharap dapat dijadikan asas yang kukuh dalam membina hubungan yang lebih erat antara pihak ibu bapa dan guru-guru di sekolah ini demi memastikan kesinambungan kecemerlangan warga sktm. HADIRIN.. Pergi ke sawah menanam padi Singgah disungai menangkap ikan Sudi tuan datang ke mari, wacana kecemerlangan tuan rasmikan. Anak haruan lima- lima Mati ditimpa punggur berdaun Bicara tuan kami terima Jadi kenangan bertahun- tahun. Sebagai tanda hati, dipersilakan tuan guru besar menyampaikan sedikit cenderahati kepada tuan perasmi kita, En. Abd. Rahman Md. Din, ydp pibg sktm... dipersilakan... Hadirin yang dihormati sekalian, Sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggu, masa menyerap segala ilmu, didatangkan khas daripada putrajaya, dengan segala hormatnya dipersilakan penceramah undangan kita Encik Badrul Hisyam Abd. Karim, Penolong Pengarah Unit Pengurusan Sekolah Harian KPM, Putrajaya.. dengan segala hormatnya dipersilakan...

----------ceramah kecemerlangan-----------Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan penceramah kita En. Badrul Hisyam Abd. Karim atas ceramah yang sarat dengan panduan, juga bisa membangkit hati-hati kecil menjadi besar, semangat suam-suam kuku menjadi semangat gunung berapi, yang sekaligus menjadi kereta kebal perempuh segala rintangan yang menghalang keupayaan kita menyusun rencana melahirkan anak cemerlang pembahagia jiwa. Insyaallah... Riuh rendah burung kelicap Hinggap di dahan bersenang-senang Nasihat tuan sama kita kecap Cakap tuan sama kita kenang Sebuah kendi warna kencana Di atas kain kesumba murup ceramah tuan kami terima Menjadi panduan seumur hidup Sebagai tanda terima kasih daripada pihak sekolah kepada penceramah kita, majlis dengan ini mempersilakan YDP PIBG SKTM, Encik Rahman Bin Md Din diiringi tuan guru besar sktm, untuk menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Yang Berbahagia, En. Badrul Hisham Abd. Karim, Penolong Pengarah Unit Pengurusan Sekolah Harian, KPM, putrajaya. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.......... Majlis mengucapkan terima kasih kepada tuan YDP pibg sktm dan tuan guru besar atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi... Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tuan penceramah kita, tuan perasmi, dif-dif jemputan diiringi tuan guru besar, guru-guru penolong kanan menikmati jamuan di bilik jamuan yang disediakan. Majlis mempersilakan. Apa guna kasihnya orang Andai dipandang dijeling tiada Apa guna makanan dihidang Andai dijeling dijamah tiada Air terjun di celahan batu Udara nyaman petang dan pagi Kasih terkumpul di sudut kalbu Berpisah jangan sampai ke mati

------Majlis taklimat Ketua Panitia Mata Pelajaran Teras-----------Hadirin yang dirahmati sekalian.. Agenda majlis hari ini kita teruskan dengan sesi taklimat yang akan disampaikan oleh ketuaketua panitia setiap mata pelajaran teras. Sesi taklimat ini adalah antara ibu bapa dan guru sahaja, murid-murid dipersilakan untuk pulang kecuali nama-nama yang saya sebutkan sebentar lagi, sila berjumpa dengan cikgu rose aliza di makmal komputer untuk taklimat program bantuan kwamp. (membaca nama penerima bantuan kwamp) Hadirin bagi sesi taklimat pertama, dipersilakan ketua panitia bahasa melayu, Pn. Azlina bt. Ahmad untuk membentangkan gagasan-gagasan dan visi bagi mata pelajaran bahasa melayu... dengan segala hormatnya dipersilakan... Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada puan azlina ahmad atas taklimat yang telah diberikan sebentar tadi... buat pengetahuan hadirin, pn azlina merupakan guru pakar bahasa melayu dan seorang panel pemeriksa peringkat kebangsaan. Menjadi penceramah kepada guru-guru pemeriksa upsr peringkat negeri mahupun kebangsaan. Beliau juga merupakan seorang penulis buku rujukan bahasa melayu. Telah banyak buku yang beliau keluarkan. Tahniah buat beliau. Hadirin, kita teruskan lagi sesi taklimat seterusnya dengan mempersilakan Pn. Mairina Ismail, ketua Panitia Bahasa Inggeris untuk menyampaikan perancangan dan agenda panitia bahasa inggeris.. dipersilakan.. Terima kasih diucapkan kepada Pn Mairina Ismail atas taklimat yang diberikan itu tadi. Buat pengetahuan hadiri juga, Pn. Juga merupakan seorang panel pemeriksa kertas bahasa inggeris upsr dan merupakan Pemegang ijazah sarjana muda (tesl) pengajian bahasa inggeris. Sekarang dipersilakan pula ketua panitia Matematik Pn. Noraini Bt. Daud untuk memberikan taklimat berkaitan mata pelajaran matematik... dipersilakan... Terima kasih majlis ucapkan kepada Pn. Noraini Bt. Daud atas taklimat yang disampaikan sebentar tadi. Cikgu Noraini adalah pakar matematik sktm yang sangat berpengalaman, telah berbelas tahun mengabdikan diri mendidik murid-murid dalam mata pelajaran ini. Buat pengetahuan hadirin juga, kita amat bertuah hari ini kerana kehadiran guru baru dari negeri pahang, merupakan anak jati telok mas, iaitu en rosley mat seh, beliau merupakan salah seorang ketua pemeriksa kertas matematik di peringkat kebangsaan. Syukur kita panjatkan ke hadrat illahi atas kurnian guru-guru yang berkaliber dan penuh karisma ini.. Hadirin, sesi taklimat terakhir hari ini akan disampaikan oleh Pn. Norziah bt. Daud, ketua panitia sains yang akan mengulas dan membentangkan misi panitia beliau, dengan segala hormatnya dipersilakan... Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ketua panitia sains, pn norziah aziz atas penyampaian taklimat sebentar tadi, walaupun masih muda tapi tua dengan pengalaman dalam mata pelajaran ini... terima kasih sekali lagi diucapkan. Saya ingin meminta sedikit masa tuan2 puan2 untuk mendengar sedikit luahan rasa salah seorng guru tahun 6, en rosley mat seh, atas pemerhatian beliau sejak awal tahun ini.

Terima kasih diucapkan kepada en. Rosley atas pandangan dan pemerhatian beliau sebentar tadi. Tidak lain tidak bukan semata-mata ingin melihat kejayaan anak-anak kita.. seterusnya dipersilakan setiausaha peperiksaan sktm, en zmbri ibrahim yang ingin menyentuh berkaitan peperiksaan upsr... dipersilakan... Terima kasih diucapkan kepada su peperiksaan sktm atas taklimat beliau sebentar tadi.. seterusnya dipersilakan sekali lagi ydp pibg sktm en rahman mat din untuk memberi sedikit amanat dan pesanan.. di persilakan Majlis mengucapkan terima kasih kepada ydp Hadirin, dengan berakhirnya taklimat-taklimat itu tadi, maka berakhirlah program kecemerlangan upsr dan motivasi ibu bapa serta murid tahun 6 2009 sktm. Semoga segala idea dan panduan yang dapat kita petik daripada sesi ceramah dan taklimat sebentar tadi dapat dijadikan guiden dan panduan dalam mendidik anak bakal murid cemerlang upsr 2009, insyaallah.... Saya mewakili pihak majlis, merakamkan kalungan dan junjungan ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis pada hari ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kami menghulur jari sepuluh seandainya sepanjang majlis ini berlangsung terdapat cacat celanya kerana kami insan biasa. HADIRIN, Sisir pelepah meraut lidi Mengayam daun atap jerami Yang indah yang berseri bawalah pergi Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami Akhir kata dari saya. Telah dipukul tabuh larangan Dipalu gong pelaung Dititir canang pemanggil Maka terangkat hamba jari sepuluh Tersusun bagai suluh bakong Kuncup bagai suluh sirih Mohon permisi mengundur diri Mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki Ada umur ketemu lagi Tegak berimbun pohon bidara Tempat berteduh si anak rusa Kita sampai di hujung acara

Jumpa lagi di lain masa Sekian, wabillahitaufik wabarakatuh.. Bintang Barat terbit petang Bintang Timur terbit pagi Jika tidak melarat panjang Ada umur ketemu lagi walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi

Dari mana hendak ke mana Tinggi ruput dari padi Tahun mana bulan mana Dapat kita berjumpa lagi? Dian tiga lilin pun tiga Tanglung tergantung rumah laksamana Diam juga sabar pun juga Ada umur tidak ke mana Tuan puteri pergi ke Rasah Pulang semula sebelah pagi Kita bertemu akhirnya berpisah Diizin Tuhan bersua lagi

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum.....