Anda di halaman 1dari 5

Dialog

A : Alamak, macam mana ni, nak pergi majlis besday amir, tapi mak dengan ayah tak ade. Hurm, aku kol amir lah kejap, tanya die macam mana. (sambil memegang telefon) B : assalamualaikum siapa di talian?? A : Waalaikumussalam, amir, ni alif ni saya rasa, saya tak dapat datang rumah awak petang ini sebab mak dan ayah saya tiada di rumah.. B : Ala, datanglah.. Hari ni kan besday saya, ada banyak makanan ni rugi awak tak datang.. A : Hurm, habis tu nak buat macam mana lagi?? B : awak telefon lah mak ayah awak bagitahu bahawa awak nak datang rumah saya untuk hari lahir saya. Tak adalah mereka risau nanti.. A : Bagus juga idea awak tu.. Nanti saya telefon tinggalkan pesanan kepada mereka dan minta izin daripada mereka.. B : haa, macam ni lah kawan saya.. Bagus. Nanti pape hal, bagitau lah saya.

Pesanan Untuk Ayah Dan Ibu


Pesanan adalah salah satu bentuk maklumat yang ingin disampaikan kepada orang lain sama ada secara lisan atau bertulis. Kepentingan meninggalkan pesanan:
Memaklumkan kepada ahli keluarga tentang aktiviti yang ingin dilakukan. Memberitahu hal-hal kecemasan kepada keluarga. Mengurangkan kembimbingan ahli keluarga

Masalah selesai hati gembira


Apabila mempunyai masalah dengan keluarga, kita perlu selesaikan dengan segera. Cara menyelesaikan masalah adalah seperti berikut:
Berbincang dengan anggota keluarga kembangan. Meminta maaf sekiranya kita telah melakukan kesalahan. Merujuk masalah tersebut kepada orang yang lebih tua.

AKTIVITI INDIVIDU
Baca pernyataan di bawah:
Kamu ingin pergi ke rumah rakan untuk membuat kerja sekolah. Pada ketika itu ayah dan ibu kamu tiada di rumah. Tuliskan satu pesanan kepada ibu dan ayah kamu. Di dalam kad pesanan, kamu mestilah menulis:
Kepada : Daripada : Pesanan : Masa (kamu akan pulang pada jam berapa) Tempat (ke mana kamu pergi)

Buat mengikut kreativiti masing-masing.

HATIKU GEMBIRA TIADA MASALAH

Satu, satu, rujuk ibu bapa.. Dua, dua, bincang dengan keluarga.. Tiga, tiga, selesai masalah Satu , dua, tiga, hati gembira

Anda mungkin juga menyukai