Anda di halaman 1dari 1

KESEDIAAN MEMBACA

Membaca adalah satu aktiviti pentafsiran menterjemahkan lambang-lambang bahan bercetak kepada bunyi-bunyian yang dimaksudkan(Charles Fric, 1963).

Maksud Kesediaan Membaca

- Kemampuan seseorang untuk menerima pengajaran dari segi mental, emosi dan fizikal. -Ia melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan, samada peringkat mendirikan asas, mengukuhkan asas atau peringkat yang lebih tinggi.

Konsep Kesediaan Membaca

Dari segi fizikal Kemampuan kanak-kanak dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyibunyi.

Dari segi mental Kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa yang telah diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya.

Dari segi emosi Kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi minatnya terhadap bahanbahan bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan terutamanya bahan cerita. .