Anda di halaman 1dari 4

KAEDAH RAWATAN MANGSA RENJATAN ELEKTRIK

Apa yang penting ialah jangan kita bertindak melulu bila berhadapan dengan keadaan seperti ini hingga kita sendiri lupa aspek keselamatan diri kita pula. Elektrik bukan seperti api, ia tidak nampak dan tidak boleh dikesan, tidak boleh dihidu, tak boleh didengar dengan pancaindera anda. Apabila berhadapan dengan orang yang terkena kejutan elektrik, lakukan langkah-langkah berikut untuk menyelamatkannya: 1) Jangan sentuh mangsa jika suiz belum ditutup, dikhuatiri orang yang menolong juga akan terkena kejutan elektrik tersebut. 2) Tutup suiz dan dapatkan seseorang yang tahu cara menutup suiz kuasa elektrik yang besar. 3) Jangan gunakan benda yang basah, lembab atau bercampur dengan logam bagi menarik mangsa tersebut. 4) Awasi diri dengan menggunakan kasut atau pelapik kaki yang kering dan balut tangan dengan sarung tangan getah yang kering. 5) Dapatkan pertolongan cemas dengan segera untuk menyelamatkan mangsa. Hubungi pasukan perubatan dan bomba dengan segera.

PUNCA RENJATAN ELEKTIRK


a. Cara Kerja Atau Tindakan Tidak Selamat Membuat Kerja-Kerja Elektrik Tanpa Mengasingkan Bekalan.Kerja-kerja senggaraan atau pengujian litar tanpa mengasingkan bekalan berkemungkinan besar boleh menyebabkan terjadinya renjatan elektrik.Tidak Mematuhi Prosedur Kerja Selamat.Setiap pekerja hendaklah sentiasa mematuhi prosedur kerja selamat yang telah ditetapkan oleh peraturan dan standard bagi mengelakkan daripada berlakunya renjatan elektrik. b. Kecacatan Pada Sistem Elektrik Arus Bocor. Arus bocor atau arus bocor ke bumi akan menyebabkan bingkai logam menjadi hidup dan bertenaga. Ini boleh mendatangkan bahaya renjatan elektrik kepada pekerja, pengguna atau orang awam jika terpegang atau bersentuh bingkai logam tersebut. Konduktor Terdedah Atau Kabel Terputus: Konduktor yang terdedah atau kabel yang terputus dan hidup (bertenaga) akan menyebabkan renjatan elektrik apabila disentuh. Hendaklah dengan segera mematikan atau mengasingkan dari punca bekalan dan melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Cara Merawat Mangsa Renjatan Elektrik


Lazimnya, mangsa yang terkena renjatan elektrik tidak sedarkan diri, hilang daya pernafasan dan terhenti denyutan jantung. Bahagian badan mangsa yang terkena renjatan elektrik akan kelihatan kesan terbakar dan berkemungkinan akan mengalami kecederaan dalaman. Tindakan 1. Jika didapati arus elektrik masih mengalir, segera matikan bekalan. Gunakan bahan bukan pengalir untuk mengalihkan pengalir yang masih hidup. Lebih lama arus elektrik mengalir ke tubuh mangsa akan menyebabkan denyutan jantung terhenti. 2. Mangsa hendaklah dialihkan dari kawasan bahaya dan jika perlu berikan rawatan pemulihan yang sesuai kepadanya seperti rajah di bawah.

MEMPELAJARI KAEDAH RAWATAN SENGATAN SERANGGA DAN GIGITAN BINATANG