Anda di halaman 1dari 10

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Model ASSURE Rekabentuk Pengajaran


Tajuk: Guru: Tahun: Kemandirian Spesies Haiwan Sarina binti Saari 5 Delima

Mata Pelajaran: Sains Tempoh Masa: 8.30 9.30 pagi ( 60 minit ) Analisis Pelajar 1) 28 pelajar. 2) Umur 11 tahun. 3) 11 orang perempuan dan 17 orang lelaki. 4) Ciri-ciri murid: (aliran perdana) Baik : 8 orang

Sederhana : 10 orang Lemah : 10 orang

5) Pengetahuan sedia ada murid: Pelajar-pelajar telah mempelajari tentang haiwan. Mereka telah mengetahui tentang ciri-ciri haiwan, sifat fizikal haiwan serta habitat haiwan. 6) Stail pembelajaran: Gaya pebelajaran visual : 40%.

Gaya pembelajaran auditori : 10% Gaya pembelajaran kinestetik: 50%

Nyatakan Objektif Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1) Menamakan sekurang-kurangnya 5 ekor haiwan dan menerangkan cara haiwanhaiwan tersebut memastikan kemandirian spesiesnya secara bertulis. Pemilihan Media, Kaedah dan Bahan

Page 1 of 10

SARINA BINTI SAARI

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran a) Set induksi: Media : Paparan ( Kad Perkataan) Kaedah : Soal jawab Bahan : Kad Perkataan Bertutup Rasional pemilihan : Kad Perkataan yang dihasilkan boleh menarik minat murid untuk bersedia dengan isi pelajaran. Ia juga dapat menjuruskan focus murid kepada isi pelajaran iaitu Kemandirian Spesies. Murid akan berasa seronok untuk meneka huruf yang terdapat pada kad tersebut. b) Langkah 1: Media : Tayang Gerak ( Bahan Multimedia) Kaedah : Syarahan Bahan : Bahan Multimedia Paparan Powerpoint, LCD . Layar Putih Rasional pemilihan : Panggunaan bahan multimedia dapat menarik minat murid. Ia merangkumi gambar yang menarik ,bunyi yang jelas serta susun atur yang sesuai.Bahan ini dapat merangsang aspek pemikiran murid. Bahan ini juga dapat mempercepat dan menjimat masa pembelajaran, dan boleh disertai oleh semua murid. LCD dan Layar putih digunakan untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas. c) Langkah 2: Media : Cetak Kaedah : Pembelajaran Kooperatif - Permainan / Perbincangan Bahan : 1) Kad Permainan J.P Haiwan. 2) Lembaran Aktiviti Rasional pemilihan : Dengan menggunakan bahan ini murid dapat memahami, membangkitkan motivasi dan minat, serta meningkatkan pemahaman murid tentang kemandirian spesies haiwan. Kad ini mempersembahkan maklumat pelajaran dengan cara yang mudah dan menarik. Penggunaan bahan yang berupaya permainan ini dapat meningkatkan daya ingatan murid serta melahirkan keseronokan kepada murid dalam menjalani proses pembelajaran dan pengajaran

Page 2 of 10

SARINA BINTI SAARI

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

d) Langkah 3: Media : Paparan Kaedah : Perbincangan Bahan : Kertas Sebak , Pen Marker Rasional pemilihan : Murid dapat bekerjasama dan mengaitkan apa yang dipelajari dengan persekitaran mereka. Menjadikan murid berani untuk tampil ke hadapan. Bahan yang disediakan menggunakan kos yang murah serta praktikal. Ia juga lebih mudah untuk disediakan. e) Langkah 4: Media : Cetak Kaedah : Latih tubi Bahan : Lembaran kerja Rasional pemilihan : Bahan yang digunakan amat praktikal untuk menguji keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. f) Penutup: Media : Tayang Gerak Kaedah : Demonstrasi Bahan : Video tentang kemandirian spesies seekor haiwan iaitu buaya.LCD, Layar Putih, Pembesar Suara. Rasional pemilihan : Membolehkan murid mengingat kembali tujuan haiwan menjaga spesiesnya. Pemilihan video haiwan yang ganas ini supaya murid dapat menyaksikan secara terus setiap gerakannya semasa melindungi spesiesnya. LCD dan Layar putih digunakan untuk mendapatkan paparan yang lebih besar dan jelas. Pembesar suara dapat menghasilkan bunyi yang lebih jelas dan kuat,

Page 3 of 10

SARINA BINTI SAARI

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Penggunaan Media, Bahan dan Kaedah a) Set Induksi: Guru menggunakan media paparan iaitu Kad Perkataan . Bagaimana disemak / dipratonton : Guru perlu memastikan kad perkataan yang disediakan itu besar, menarik dan jelas agar ia dapat dilihat dengan jelas oleh semua murid dalam bilik darjah. Persediaan persekitaran : Pastikan murid berada di tempat duduk masing-masing dengan tertib agar tidak ada murid yang melakukan perbuatan yang dapat menghalang pandangan murid-murid lain. Persediaan pengalaman pembelajaran : Guru menampalkan Kad Perkataan di papan putih.Meminta murid untuk meneka huruf yang terdapat di dalam perkataan tersebut. Apabila sesuatu huruf itu berjaya diteka maka penutup kepada huruf itu akan dibuka sehinggalah murid dapat meneka apakah perkataan yang terdapat pada kad tersebut. b) Langkah 1: Guru menggunakan paparan powerpoint untuk memberi pendedahan kepada murid tentang cara-cara haiwan memastikan kemandirian spesiesnya, Bagaimana disemak / dipratonton : Guru memastikan bahawa paparan yang telah dihasilkan itu boleh diakses dengan mudah. Guru memastikan gambar-gambar serta bahan yang terdapat di dalam paparan itu lengkap. Persediaan persekitaran : Guru memastikan LCD , pembesar suara berfungsi dengan baik. Memastikan layar putih telah dipasang sesuai dengan kedudukan LCD. Memastikan semasa paparan ditayangkan di Layar putih , murid dapat melihat bahan yang dipamerkan. Sekiranya tidak guru sebaiknya menyediakan langsir yang gelap untuk menutupi sebahagian cahaya dari memasuki bilik itu. Persediaan pengalaman pembelajaran : Murid diminta memberikan perhatian kepada paparan yang ditayangkan. Murid memahami tentang cara haiwan

Page 4 of 10

SARINA BINTI SAARI

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran memastikan kemandirian spesiesnya melalui gambar dan bahan yang ditayangkan. Murid diminta mencatat nota semasa melihat tayangan dan ketika sesi soaljawab. c) Langkah 2: Guru meminta murid berada di dalam kumpulan untuk melengkapkan aktiviti permainan. Bagaimana disemak / dipratonton : Guru perlu menyemak dan memastikan terlebih dahulu bahawa setiap sampul surat itu mempunyai jumlah kad yang mencukupi dan betul. Pastikan kertas aktiviti yang akan diedarkan lengkap untuk kegunaan semua murid. Persediaan persekitaran : Murid dikehendaki duduk di dalam kumpulan masing. Pastikan suasana di dalam kelas itu tidak terlalu bising. Persediaan pengalaman pembelajaran : Murid melakukan aktiviti secara koperatif di dalam kumpulan. Murid dapat memupuk nilai-nilai murni ketika berinteraksi bersama rakan-rakan.. d) Langkah 3: Melengkapkan kertas sebak dengan maklumat yang telah di dapati semasa di Langkah 2. Melakukan aktiviti perbincangan bagi mengenalpasti pengetahuan murid. Bagaimana disemak / dipratonton : Sebelum sesi P&P telah menyediakan satu kertas sebak yang mempunya ruangan bagi murid mengisi jawapan mereka. Persediaan persekitaran : Keadaan susunan kerusi murid menghala ke hadapan kelas. Ia bagi memastikan seluruh perhatian murid ke sesi perbincangan yang dijalankan. Persediaan pengalaman pembelajaran : Murid melahirkan sifat berani untuk menjawab latihan di hadapan kelas. Melatih murid berkomunikasi dengan baik. e) Langkah 4: Murid akan melakukan lembaran kerja untuk menilai pengetahuan yang telah mereka perolehi . Bagaimana disemak / dipratonton : Guru perlu memastikan lembaran kerja yang

Page 5 of 10

SARINA BINTI SAARI

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran disediakan adalah tepat dengan objektif pembelajaran dan bilangannya mencukupi untuk kegunaan semua murid. Persediaan persekitaran : Kedudukan kerusi seperti sediakala. Persediaan pengalaman pembelajaran : Murid diberikan masa untuk berfikir dan menjawab soalan yang diberikan dengan betul. f) Penutup: Guru memainkan video tentang cara buaya memastikan kemandirian spesiesnya. Bagaimana disemak / dipratonton : Guru mencuba dahulu dan memastikan video tersebut mempunyai kualiti yang baik dan tidak tersekat-sekat .yang boleh mengganggu kelancarannya serta tahu setakat mana video perlu dimainkan. Persediaan persekitaran : Murid kembali memberi fokus ke layar putih. Memastikan suasana di dalam kelas kurang terang untuk membolehkan tayangan dilihat dengan jelas. Layar , LCD dan komputer telah dipasang. Persediaan pengalaman pembelajaran : Murid dapat menyaksikan satu tayangan yang boleh mengeratkan lagi hubungan mereka dengan kedua ibubapa. Menyediakan satu pengajaran visual. Penyediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas : i) Kad Perkataan Kad Perkataan ini dihasilkan menggunakan bahan yang keras iaitu mounting board . Perkataan yang telah ditulis itu akan ditutup dengan menggunakan kad manila mengikut hurufnya. Kad Perkataan ini dibina pada saiz 70cm X 25 cm. Ia dihasilkan bersaiz besar dan menggunakan warna yang terang bagi menarik perhatian murid terutama murid yang berada di belakang. Kad perkataan itu ditulis KEMANDIRIAN SPESIES

ii) Paparan Power Point Penghasilan Bahan Multimedia Power Point ini melibatkan perisian Microsoft Power Point dan Paint untuk mengedit gambar yang ingin digunakan.

Page 6 of 10

SARINA BINTI SAARI

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahan ini digunakan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kemandirian spesies haiwan secara terperinci. iii) Kad Permainan J.P Haiwan. Kertas Sebak dan Lembaran Aktiviti. Kad permainan ini dihasilkan seperti membina kad cantum. Kad ini dilekatkan dengan gambar sejenis haiwan dan cara haiwan itu memastikan kemandirian spesiesnya. Kad itu dipotong dan dimasukkan ke dalam sampul surat. Dalam setiap sampul surat itu guru menyediakan 3 spesies haiwan yang berbeza dan cara ia memastikan kemandirian spesiesnya.Kertas sebak itu ditampal di papan hitam untuk diisi oleh setiap wakil kumpulan berdasarkan jenis haiwan yang telah mereka cantumkan. iv) Lembaran kerja Lembaran kerja dihasilkan dengan menggunakan perisian Word . Lembaran ini digunakan sebagai penilaian di mana murid perlu menjawab soalan berkaitan topik yang diiajar oleh guru. Lembaran kerja ini digunakan pada langkah ke 4. iv) Video Guru memuat turun bahan dari youtube mengenai Kemandirian Spesies Guru menggunakan video yang dihasilkan sebagai langkah penutup untuk menambahkan pengetahuan murid a) Sediakan persekitaran yang sesuai : Guru memastikan LCD , pembesar suara berfungsi dengan baik. Memastikan layar putih telah dipasang sesuai dengan kedudukan LCD. Memastikan semasa paparan ditayangkan di Layar putih , murid dapat melihat bahan yang dipamerkan. Sekiranya tidak guru sebaiknya menyediakan langsir yang gelap untuk menutupi sebahagian cahaya dari memasuki bilik itu. Guru memastikan bahawa kelas bersih dan susunan kerusi meja di dalam kelas itu mencukupi. Memastikan di dalam kelas terdapat punca kuasa elektrik yang mencukupi atau guru

Page 7 of 10

SARINA BINTI SAARI

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran boleh menggunakan wayar penyambung. Memastikan bilik mempunyai ruang pengudaraan yang sesuai, kelas tidak diganggu dengan bunyi bising yang keterlaluan samada dari luar ataupun dari kelas lain. Memastikan bahan yang digunakan mudah diambil bila diperlukan. Penglibatan Pelajar a) Set Induksi (5 minit): Murid memerhati kad perkataan yang ditampal oleh guru di papan putih. Murid meneka huruf yang mungkin terdapat di dalam perkataan tersebut. Murid menyatakan perkataan yang tertulis pada kad perkataan tersebut. Murid menyebut perkataan yang terdapat pada kad perkataan itu.

b) Langkah 1 (15 minit): Murid memerhati paparan BBM yang ditunjukkan oleh guru. Murid menyebut nama-nama haiwan yang terdapat di dalam gambar. Memahami cara haiwan memastikan kemandirian spesiesnya. Mencatat nota ringkas berdasarkan pengajaran yang disampaikan oleh guru.

c) Langkah 2 (15 minit): Murid berada di dalam kumpulan. Murid mencantumkan kad permainan yang disediakan. Murid berbincang bersama rakan-rakan untuk mengenalpasti haiwan yang diberi serta cara haiwan itu memastikan kemandirian spesiesnya.. Murid menulis hasil perbincangan di dalam kertas aktiviti yang disediakan.

d) Langkah 3 (10 minit): Wakil kumpulan murid menulis dan menerangkan dapatan yang diperolehi semasa langkah 2 ke dalam Kertas Sebak.

Page 8 of 10

SARINA BINTI SAARI

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Murid berbincang jawapan yang telah ditulis di kertas sebak bersama-sama guru. Murid melengkapkan Lembaran Aktiviti yang telah disediakan. (L.A/THN 5/1).

e) Langkah 4 (10 minit): Murid memadankan haiwan dengan cara ia memastikan kemandirian spesiesnya. Murid menulis cara haiwan memastikan kemandirian spesiesnya dalam lembaran kerja yang disediakan . (L.K/THN5/1) Murid menyemak jawapan bersama-sama guru selepas tugasan disiapkan. f) Penutup (5 minit): Murid menonton video dan menghayati cara seekor buaya memastikan kemandirian spesiesnya. Murid menyatakan betapa sayangnya seekor haiwan kepada anaknya samalah seperti betapa sayangnya seseorang ibu kepasa anaknya.

Page 9 of 10

SARINA BINTI SAARI

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Memahami ,Menilai dan Menyemak Semula Penilaian: 1) Murid dapat berkerja bersama-sama menlengkapkan tugasan yang diberikan dalam aktiviti pada langkah 2. Guru dapat menilai dari tindakan yang dilakukan oleh murid ketika menjawab tugasan yang diberi. Guru juga boleh menilai dari jawapan yang telah ditulis oleh murid di Kertas Sebak yang disediakan, 2) Murid dapat menyiapkan tugasan dalam lembaran kerja yang diberikan pada akhir pembelajaran dengan betul.. Impak / Keberkesanan: 1) Murid telah dapat menyatakan maksud kemandirian spesies. 2) Murid telah mengetahui cara-cara haiwan memastikan kemandirian spesiesnya.

Page 10 of 10

SARINA BINTI SAARI