Anda di halaman 1dari 7

PERKARA YANG DILAKUKAN SESUDAH MATI

1. Apabila telah mati (yakin matinya), hendaklah ditutup matanya, diikat dagunya supaya jangan terbuka mulutnya, dilembutkan sendi-sendinya dengan minyak, ditutup seluruh badannya dengan kain dan diletakkan di tempat yang tertinggi, umpamanya di atas katil, dan diletakkan di atas perutnya benda-benda yang beratnya satu lb. 2. Ahli-ahli mayat itu hendaklah berikhtiar membayarkan hutangnya daripada harta peninggalannya atau daripada pertolongan ahli-ahli mayat itu atau seorang waris atau orang lain membuat pengakuan (berikrar) membayar akan hutangnya. 3. Hendaklah disebutkan kebaikannya dan mendoakan keampunan baginya.

KEWAJIPAN-KEWAJIPAN YANG BERHUBUNG DENGAN MAYAT


Manakala mati seseorang islam, maka wajiblah di atas orang-orang yang hidup sebagai fardhu kifayah menyelenggara empat perkara ke atasnya (mayat): 1. 2. 3. 4. Memandikan Mengkafankan Menyembahyangkan Mengkebumikan

Peringatan: Semua perbelanjaan bagi menguruskan perbelanjaan ini daripada harta peninggalannya (si mati) kecuali isteri, maka wajib atas suaminya, anak kecil wajib ke atas bapanya, sekiranya tidak ada, maka tertanggunglah ke atas Baitulmal, sekiranya Baitulmal pun tak ada juga, maka tertanggunglah ke atas orang Islam yang kaya.

MEMANDIKAN MAYAT
Sekurang-kurangnya mandi bagi mayat itu ialah meratakan air ke seluruh anggota badannya, setelah disuci najis-najis, yang sebaik-baiknya : Dimandikan di tempat yang suci, sekiranya ada yang memandikan dan penolongnya sahaja yang berada di tempat itu. 1. Dimandikan di tempat yang tinggi yang telah disediakan kerananya. 2. Ditutup mayat itu dengan kain yang menutup kesemua bahagian diantara pusat dan lutut sahaja. 3. Orang yang memandikan mayat atau penolongnya hendaklah memakai sarung tangan. 4. Mula-mula digosok giginya, mulutnya, dibersihkan najis-najis yang keluar dan disisir rambutnya. 5. Diambilkan wuduk ke atasnya. 6. Dijiruskan air ke atas lambung kanan setelah dibaringkan di atas lambung kiri kemudian dibaringkan ke atas lambung kanan dan dijirus air di atas lambung kiri. 7. Dibasuh 3 kali atau 5 kali atau lebih dengan air sejuk. 8. Elok dipakai sabun atau sebagainya. 9. Basuhan yang penghabisan elok dicampur dengan kapur barus dan baubauan yang harum 10. Apa-apa yang tercabut atau yang gugur dimasa mandinya, seperti rambut dan sebagainya, hendaklah disimpan dan diletakkan di dalam kafan bersama dengan mayat itu. Peringatan: Kanak-kanak lelaki yang masih qoulub (belum berkhatan), hendaklah dibuka dan dicuci, jika boleh dan senang, dan jika tidak hendaklah ditayamumkan sahaja.

YANG BERHAK MEMANDIKAN MAYAT


1. Lelaki tidak boleh memandikan mayat perempuan kecuali isteri atau muhrimnya. 2. Perempuan tidak boleh memandikan mayat lelaki kecuali suaminya atau muhrimnya. 3. Yang lebih utama memandikan mayat perempuan ialah kerabatnya yang perempuan, kemudian perempuan-perempuan yang bukan kerabatnya, kemudian suaminya, demikian juga kepada mayat lelaki kerabatnya yang lebih berhak, kemudian lelaki yang bukan kerabatnya. 4. Sekiranya berlaku kematian seorang perempuan, dan di tempat itu tidak ada seorang perempuan pun, maka hendaklah ditayamumkan dan tidak boleh dimandikan oleh lelaki, demikian juga suaminya. 5. Manakala bagi mayat kanak-kanak pula, samada lelaki atau perempuan boleh memandikan. Peringatan : 1. Haram dimandikan mayat yang mati dalam perang Sabilillah. 2. Haram menaruh bau-bauan kepada yang mati di dalam ihram. 3. Haram ditutup muka perempuan dan kepala lelaki bagi orang yang mati di dalam ihram. 4. Juzuk mayat orang Islam wajib dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan.

MENGKAFANKAN
Dikafankan mayat dengan pakaian yang boleh dipakainya di masa hidupnya dan berwarna putih lebih elok; kain sutera boleh digunakan untuk mengkafankan mayat perempuan sahaja. Sekurang-kurang kafan ialah satu lapis sahaja, demikian juga pada kanak-kanak, dan harus ditambah di bawah balut itu, serban dan baju labuh, dan yang sempurna bagi perempuan lima, iaitu kain pinggang, kain tudung, baju dan dua lapis kain balut.

CARA-CARA MENGKAFANKAN MAYAT


Disediakan satu tikar dan satu bantal, kemudian dibentangkan kain kafan yang tiga lapis atau dua lapis itu sehelai demi sehelai dan lapisan yang tersentuh dengan mayat itu, hendaklah ditaburkan dengan bau-bauan yang telah disediakan dan dipercikkan air mawar, kemudian letakkan mayat di atas kain itu dan ditampal mukanya, telinganya, punggungnya, tapak tangan dan tapak kakinya dengan kapas, kemudian dibalut hingga habis lapis balut itu.Kain balut hendaklah diikat di hujung kepalanya, di tempat letak tangannya, di kemaluannya, di lututnya dan di hujung kakinya, ikatan di kemaluannya disimpul di tengah-tengah. Adapun serban, baju labuh (Qamis), kain dan tudung kepala dipakaikan sebelum dibalut. Peringatan : 1. Makruh dikafankan mayat itu dengan kain yang mahal. 2. Kain yang telah dibasuh lebih baik daripada kain yang baru. 3. Ikatan kain balut hendaklah dilonggarkan simpulannya apabila mayat yang telah dibaringkan di dalam kubur.

SEMBAHYANG MAYAT
Syarat sembahyang mayat hadir ialah : 1. 2. 3. 4. 5. Serupa dengan sembahyang-sembahyang yang lain. Mayat orang Islam. Telah memandikan dan dibersihkan daripada najis. Diletakkan di sebelah kiblat (di hadapan orang yang sembahyang). Matinya tidak kerana perang Sabilillah.

Rukun sembahyang mayat tujuh perkara: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Niat dan caranya serupa dengan sembahyang-sembahyang yang lain. Berdiri bagi orang yang berkuasa (berupaya). Empat takbir, termasuk takbiratul ihram. Membaca Fatihah. Membaca Salawat. Membaca doa ke atas mayat (bagi mayat). Salam, elok dibaca selepas takbir yang ke empat sebelum salam

Peringatan: 1. Membaca salawat boleh dibaca mana-mana satu salawat pun yang eloknya, dibaca salawat Ibrahimiah, iaitu:hingga akhirnya). 2. Doa bagi mayat boleh dibaca dari mana-mana satu doa dengan syarat ditakhsiskan (ditentukan) bagi mayat dan eloknya ialah:

- doa bagi mayat perempuan hendaklah dibaca hingga seterusnya.

3. Mayat kanak-kanak hendaklah dibaca doa

4. Mayat yang hendak disembahyangkan itu, sekiranya lelaki, kepalanya sebelah kiri dan imam berdiri tentang kepalanya, dan jika mayat itu perempuan, kepalanya di sebelah kanan dan imam berdiri bertentang tangan dan punggungnya. 5. Mayat yang di dalam keranda, apabila hendak disembahyangkan, hendaklah dibuka tudungnya. Perkara-perkara sunat bagi sembahyang mayat: 1. 2. 3. 4. Mengangkat tangan ketika mengucapkan takbir. Sirkan (senyapkan) semua bacaan di dalam sembahyang. Berjamaah, dan jika dapat dengan 40 orang lebih baik. Diperbuat 3 saf (barisan)

Yang lebih utama menyembahyangkan mayat itu ialah walinya, iaitu bapanya kemudian datuknya dan seterusnya ke atas, kemudian anaknya, cucu-cucunya dan seterusnya ke bawah, kemudian saudara lelakinya seibu sebapa, kemudian saudara lelaki sebapa, kemudian anak saudara seibu sebapa, kemudian asabah menurut

terbit pusaka dan kemudian Zawin-Arham, jika didapati sama keadaan martabat mereka, maka didahulukan yang tua, dan jika tidak ada kerabat-kerabat yang tersebut di atas itu, maka didahulukan orang yang terlebih faqih dan tua, dan jika tidak ada kerabat-kerabat yang tersebut di atas itu, maka didahulukan orang yang terlebih faqih dan tua. Menyembahyangkan mayat yang ghaib: 1. Mayat yang ghaib disembahyangkan walaupun telah dikuburkan. 2. Boleh disembahyangkan mayat yang telah dikuburkan di atas kuburnya. Anak-anak yang gugur sebelum sampai bulannya: 1. Jika ada tanda-tanda hidup seperti bergerak, bernafas, menangis, maka mayat itu hukumnya seperti mayat orang besar. 2. Jika ada tanda-tanda hidup, tetapi ada tanda-tanda rupa manusia, maka hendaklah dimandikan, dikafankan dan dikebumikan dengan tidak payah disembahyangkan. 3. Jika tiada tanda-tanda hidup dan tiada serupa kejadian manusia, maka tidak wajib padanya sesuatu, tetapi sunat dibungkus dengan kain dan ditanam.

Anda mungkin juga menyukai