Anda di halaman 1dari 22

1.

0 PENGENALAN Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadi proses pembelajaran. Dari sudut penggunaan media pengajaran, Tasir (2003), berpandangan bahawa ia adalah satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran, termasuk proses pengalaman, persediaan dan perasaan. Ini bermakna ia adalah satu proses pengalaman yang total. Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, bolehlah dikatakan media pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan. 1.1 Konsep Media Pengajaran Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud perantara. Ia merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima. Percival dan Elington (1984) mendefinisikan media sebagai alatan fizikal teknologi pendidikan yang merangkumi perkataan bercetak, filem, pita, piring hitam, slaid dan kombinasi di antaranya. Media dalam pengajaran merujuk kepada alatann atau teknik yang berupaya menyalurkan mesej pengirim kepada penerima mesej sehingga mendorong dan merangsang pemikiran, perasaan, minat dan perhatian penerima. Media dalam pengajaran berperanan sebagai penghubung antara guru dan pelajar dan pelajar dengan pelajar. Ia juga menyampaikan isi kandungan dengan berkesan serta menyeronokkan dan bermakna. Hal ini demikian dengan penglibatan pelbagai deria. Menurut Riser dan Gagne (1983) pula, media merupakan sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Justeru, media dapat disimpulkan sebagai pengantara atau perantara komunikasi dari pengirim kepada penerima. Pembelajaran pula merupakan perubahan dalam cara bertindak, melahirkan pendapat sikap dan perasaan dinamakan sebagai pembelajaran (Musa Daia, 1992). Asmah Hj. Ahmad (1989) pula menyatakan bahawa pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku sebagai akibat daripada pengalaman seseorang individu itu.
1

Secara kesimpulannya, media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran. Media pengajaran juga merujuk kepada peralatan atau perkakasan dan bahan (perisian) media yang dikenalpasti (dipilih), dibina atau dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran (Yusup, 1992). 1.2 Matlamat Penggunaan Media Dalam Pengajaran Penggunaan media dalam instruksi dan pembelajaran bertujuan mewujudkan pembelajaran yang berkesan melalui atensi. Atensi merujuk kepada keupayaan guru untuk menarik perhatian pelajar. Dengan kata lain, penggunaan media seperti grafik dan video mampu mengekalkan minat dan tumpuan pelajar sepanjang tempoh pengajaran guru. Kedua, media bertujuan meningkatkan keseronokan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, penggunaan media mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna buat pelajar. Menyedari hakikat kesukaran pelajar untuk menanggap konsep-konsep abstrak khususnya dalam pembelajaran komponen sastera, media berupaya untuk memperjelas sesuatu konsep daripada abstrak kepada konkrit. Hal ini sejajar dengan konsep perkembangan intelektual Piaget (1977) yang menyatakan bahawa, manusia berupaya mengingat dengan lebih baik melalui visual dan audio yang diterima. Melalui media dalam pembelajaran, guru secara tidak langsung akan mewujudkan interaksi dua hala dengan pelajar. Hal ini kerana, dalam proses merangsang minda pelajar, guru akan menggunakan rumus 5W1H untuk menggalakkan pelajar memberi respons terhadap media yang ditunjukkan. Kesimpulannya, media merupakan satu elemen penting ke arah mewujudkan pembelajaran yang berkesan kerana media mampu melancarkan interaksi antara guru dan pelajar, mewujudkan pembelajaran yang lebih jelas dan menarik serta meningkatkan kualiti pemahaman pelajar berkenaan sesuatu konsep yang dipelajari.

1.3 Jenis-Jenis Dan Klasifikasi Media Torkelson (1972), membahagikan media kepada tiga bahagian iaitu :

a) Mesej: Isi kandungan, apa sahaja yang terkandung dalam media sama ada mesej berbentuk memberitahu, menaikkan semangat dan lain-lain yang dianggap sebagai mesej yang ingin disampaikan. b) Bentuk Mesej: Bagaimana mesej disimpan, terangkum dalam satu ruang yang luas, bermula dari bentuk bahan sebenar hingga ke bentuk yang abstrak. Mesej boleh disimpan dalam bentuk perkataan, lisan, gambar, objek, simbol dan lain-lain. c) Saluran Mesej: Peralatan fizikal sama ada berbentuk elektrikal atau mekanikal yang membolehkan mesej dipersembahkan kepada pelajar seperti televisyen, projektor filem, projektor LCD dan sebagainya.

Secara amnya terdapat dua jenis media atau sumber pengajaran dan pembelajaran yang biasa digunakan iaitu media cetakan dan media bukan cetakan. Media cetakan merujuk kepada sebarang media yang berasaskan teknologi cetakan seperti buku, majalah, gambar atau gambar foto, risalah, suratkhabar, carta, peta dan sebagainya. Media bukan cetakan pula lebih merujuk kepada bahan tayangan dan bahan bukan tayangan seperti model, diodrama, papan pengajaran, bahan audio visual. Berikut rajah 1 menunjukkan klasifikasi media pengajaran :

Rajah 1 : Klasifikasi media mengikut atribut


Media tayang kaku Media tayang gerak Grafik Gambar kaku Media bukan tayang Media pameran Media pameran Media Audio

Media tayang

Media Pengajaran

Media bukan bercetak Media bercetak

Sumber daripada : Modul Pengurusan Sumber (Teknologi Maklumat) Jadual 1 : Jenis media dan contoh media
Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Jenis media Media Tayang Kaku Media Tayang Bergerak Bahan Grafik Gambar Kaku Bahan Pameran 3D Papan Pameran Media Audio Media Cetak Contoh Tranparensi, slaid & mikrofilem Pita video, cakera padat digital & filem Lukisan, poster, kartun, carta & graf Gambar foto, kad imbasan & poskad Model, boneka, diorama & puppet Papan kapur, papan putih, papan flanel & papan buletin Pita kaset, cakera padat & computer Modul, buku teks, akhbar, majalah & risalah

2.0 PEMILIHAN VIDEO PEMBELAJARAN SEBAGAI MEDIA PEMBELAJARAN 2.1 Pengenalan Video pembelajaran merupakan salah satu media yang dapat membantu guru dalam menyampaikan pengajaran. Video pembelajaran boleh didefinisikan sebagai gabungan bunyi dan visual yang direkod ke dalam pita video dan dimainkan melalui kaca TV (Tomalin, 1986). Televisyen dan pita video telah berjaya menjadi suatu media dalam pendidikan tidak formal dan formal. Ianya telah dikaji dengan luasnya oleh penyelidik. Hasil kajian membuktikan bahawa kebanyakan kaedah pengajaran menggunakan televisyen dan pita video adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional.

Pada pertengahan tahun 1970an, Paulson (1974) telah menggunakan video televisyen dalam pengajaran kepada pelajar tadika mengenai konsep kerjasama. Pelajar tadika tersebut telah diperkenalkan kepada beberapa gambar bergerak yang melambangkan konsep kerjasama menerusi televisyen. Dapatan kajian mendapati bahawa pelajar yang didedahkan kepada pembelajaran menggunakan video televisyen adalah lebih berjaya dalam pengubahan sikap mereka terhadap konsep kerjasama daripada pelajar yang tidak didedahkan kepada pembelajaran melalui televisyen. Oleh hal yang demikian, video merupakan salah satu media yang boleh digunakan untuk meluaskan pengalaman pelajar. 2.2 PERANAN VIDEO DALAM PENDIDIKAN Penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar memberikansatu pengalaman baru kepada sebilangan pelajar. Media video dan televisyen dapat membawa pelajar ke mana-mana sahaja, terutama sekalijika tempat atau peristiwa yang ditayangkan itu terlalu jauh untuk dilawati,atau merbahaya. Dengan penayangan video, pelajar dapat merasa seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yangdigambarkan. Sebagai contoh, proses penjanaan elektrik dapat ditunjukkankepada pelajar melalui video. Ianya dapat membantu

pelajarmembayangkan cara kerja stesen janakuasa elektrik di samping memberipengalaman kepada para pelajar secara visual. Menurut Norizan (2002), beliau menyatakan bahawa sesuatu media berbentuk simulasi adalah perisian yang memberi gambaran situasi sesuatu keadaan. Pengguna akan
5

seolah-olah berada di tempat kejadian dan boleh bertindak balas terhadap keadaan tersebut. Video juga dapat membantu pelajar dalam pembentukan sikap dan sahsiah mereka. Aksi-aksi yang ditunjukkan di dalam rakaman video dapat member contoh yang baik sekiranya disediakan dengan teliti dan sistematik. Video juga digunakan sebagai agen pemujuk dan ianya lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah syarahan. Sebagai contoh dalam mengajar pelajar mengenai gula dalam diet. Contoh yang menunjukkan kesan daripada mengambil makanan yang mengandungi terlalu banyak gula dapat membantu pelajar mengubah sikap untuk mengurangkan pengambilan gula dalam diet mereka.

2.3 Faktor-Faktor Pemilihan Video Sebagai Media Pengajaran Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan secara kreatif dalam penggunaan video dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Melalui laman web :

http://edutechie.com/2007/01/five-ways-you-could-use-video-in-education/ kita akan dapati banyak laman-laman web yang menyediakan kemudahan capaian aplikasi video. Luangkan sedikit masa untuk melawat laman web berikut bagi melihat pelbagai aplikasi web video. Cth:http://www.refseek.com/directory/educational_videos.html Melalui laman web ini kita akan dibawa untuk melihat contoh-contoh aplikasi video dalam pendidikan yang disediakan secara percuma dan berbayar. Menurut Mok Soon Sang (1996), peranan utama sesuatu bahan dapat membantu guru untuk menyalurkan ilmu pengetahuan dan menggerakkan aktiviti yang dirancangkan. Manakala pelajar menggunakan bahan pelajaran secara sendiri atau berkumpulan tanpa kehadiran pensyarah. Dalam pembangunan sesebuah video dokumentari pembelajaran yang berkesan, penekanan terhadap beberapa aspek haruslah diberi perhatian yang khusus bagi membolehkan pelajar melakukan aktiviti pembelajaran yang dapat meningkat lagi kefahaman pelajar dalam memahami sesuatu konsep yang ingin disampaikan. Oleh itu, interaksi wujud diantara bahan pelajaran dengan guru serta diantara bahan pelajaran dengan pelajar. Ciri-ciri video dokumentari pendidikan yang berkesan iaitu:

i. Matlamat/ Objektif Objektif tercapai apabila pengguna dapat menerima aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan video tanpa perasaan prejudis. Menurut Abdul Rahim (2000), bahan media mestilah mengikuti perkembangan teknologi pendidikan terutama penggunaan media elektronik dalam pengajaran. Menurut Ee Ah Meng (1999), media tersebut dapat memperlihatkan penerokaan teknik-teknik pengajaran yang berkesan dari aspek teknologi pendidikan itu sendiri. Seterusnya pengguna dapat menggunakan teknologi tersebut dengan mudah. Selain itu, penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran perlu peka latar belakang dari aspek kebolehan pelajar yang pelbagai.

ii. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Dengan penggunaan media pembelajaran membantu peningkatan proses pembelajaran pelajar dari aspak kesan bunyi, penggunaan grafik, penggunaan animasi dan penggunaan warna. Sesuatu media mampu membantu proses pembelajaran dan mudah dikawal oleh guru. Latihan yang diberikan mencukupi dan berkaitan isi kandungan dalam media yang digunakan. Menurut Ee Ah Meng (1999), media dapat meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran apabila dilihat dari aspek daya penarik bahan yang kuat untuk pelajar yang dapat mengelakkan kebosanan pelajar. Media yang baik melibatkan penglibatan pelajar yang maksimum. Ia dapat menggalakkan penyelidikan serta pembacaan sendiri dikalangan pelajarpelajar kerana perasaan ingin tahu dapat ditimbulkan. Ia dapat menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan serta menyeronokkan. Seterusnya menggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran Media yang digunakan bagi proses pengajaran dan pembelajaran dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih luas serta mendalam seterusnya mempelbagaikan aktiviti pembelajaran. Yusup dan Sharifah Alwiah (1999), penggunaan media dapat menunjukkan secara konkrit kepada pelajar yang lemah sesuatu konsep yang hendak disampaikan. iii. Kandungan Kandungan mestilah sesuai dengan pembelajaran kendiri oleh pelajar dan seterusnya dapat dijadikan bahan rujukan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pengenalan dan
7

kandungan mudah difahami dan mencapai objektif yang ditetapkan. Kandungan sesuatu media yang digunakan sebagai ABBM mestilah mengikut urutan iaitu dari topik yang senang kepada topik yang sukar. Kandungan seterusnya yang baik mengandungi aktiviti maklumat pengajaran yang dan terkini dan

membantu

meningkatkan

pembelajaran

(P&P). Begitu juga dengan bahasa penyampaian mestilah sesuai. Pengolahan kandungan sesuai dan terdapat integrasi maklumat yang tepat dan dikemaskini. Kesimpulan atau penutup mestilah bersesuaian dengan isi yang telah disampaikan. Seterusnya media tersebut perlu mengandungi pengukuhan yang sesuai.Menurut Tasir (2003), media pembelajaran dapat menambahkan dan memperkayakan perbendaharaan kata pelajar. Media pembelajaran yang digunakan mestilah berkaitan dengan isi pembelajaran yang diajar seperti fakta dan konsepkonsepnya. Media yang bersesuaian dapat memenuhi kehendak- kehendak isi dan objektif pelajar. iv. Penggunaan Pemilihan media mestilah bersesuaian dengan kos alatan dan tidak membebankan. Pengendalian bahan media pengajaran memerlukan latihan penggunaan yang minimum dan lebih mudah diubah suai dari segi penggunaan serta senang dipindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Menurut Ali (2000), sesuatu media memudahkan pengajaran dan meningkat keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia mestilah bersesuaian kerana memudahkan pelajar memahami isi kandungan pelajaran yang cuba disampaikan oleh guru. Pemilihan alat bantu mengajar ini mestilah selamat digunakan sama ada oleh guru atau pelajar. Selain daripada itu, media tersebut dapat menjimatkan masa pembelajaran dan dapat meningkatkan lagi pemahaman pelajar terhadap suatu konsep dengan lebih mudah dan cepat. Menurut Semrau Dan Boyer (1994), video dokumentari pembelajaran mudah digunakan kerana memerlukan pemain CD ROM atau komputer. Yusup dan Sharifah Alwiah (1999), penggunaan video juga dapat disaksikan berkali-kali sehingga sampai ke pringkat penguasaan. Menurut Baharuddin, et al. (2000), terdapat beberapa kebaikan menggunakan video. Diantara kebaikannya ialah video senang dirakam dan dimainkan semula serta tidak memerlukan bilik gelap untuk tayangan.
8

v. Persembahan Menurut Yusup dan Sharifah Alwiyah (1999), penggunaan video berupaya menunjukkan konsep kemahiran motor melibatkan pergerakkan. Menurut Handman (2002), pelajar dapat mempelajari sesuatu konsep dari video pembelajaran yang difokuskan dalam pelbagai kesan bunyi, penceritaan dan muzik. Penggunaan video boleh menunjukkan tiaptiap langkah dapat diperhatikan melalui media bergerak. Persembahan yang menarik perlu menitik beratkan susunan teks jelas dan berkesan, warna grafik dan animasi yang sesuai. Kesan bunyi mestilah berfaedah dan bermakna. Akhir sekali terdapat maklum balas menarik dan membina minda dengan berfikiran kreatif. vi. Penformatan Skrin Reka bentuk skrin paparan yang sesuai dapat meningkatkan minat

pelajar. Warna latar belakang yang digunakan juga perlulah sesuai. Menurut Handman (2002), pelajar berfikiran kritikal untuk melihat maklumat dari pelbagai format. Media yang baik menawarkan kualiti dan ketajaman paparan visual dalam televisyen. vii. Kreativiti Integrasi teks bermaklumat, integrasi grafik yang menarik perhatian, integrasi

animasi berilmu, integrasi audio menarik perhatian dan integrasi video tepat dan sesuai mampu menarik minat pelajar. Yusup dan Alwiah (1999), penggunaan video boleh menggalakkan perkembangan kreatif dan kritikal.

viii. Nilai Pendidikan Bahan pembelajaran berkesan dapat menggalakkan berlaku pemindahan pembelajaran kerana konsep-konsep dapat ditangkap dengan lebih jelas lagi. Ia dapat mengembangkan kebolehan berkomunikasi kerana melalui alat bantu mengajar, interaksi antara pelajar-pelajar digalakkan. Topik yang dipaparkan oleh media mestilah relevan dan memenuhi sukatan. Ini membolehkan pelajar berupaya mencerna fikiran. Perkembangan fikiran sesuai dan latihan mencabar serta kritis perlu dititik beratkan.

Menurut Yusop dan Alwiyah (1999), media pembelajaran yang berkesan dapat membantu pelajar membentuk konsep dengan lebih mudah dan jelas dan dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna dan lebih kekal. Media pembelajaran dapat memupuk daya cipta, pemikiran analitis, pemikiran kritis dan dapat memupuk perkembangan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, jujur, bertolak ansur, bertimbangan rasa dan sikap positif. Selain itu, ia dapat memupuk perkembangan koordinasi mata, otak dan kemahiran motor. Ia dapat menyediakan pengalaman sebenar bagi pelajar seterusnya mendorong pelajar menjalankan aktiviti lanjutan hasil dari pendedahan kepada suatu alat bantu mengajar. Misalnya menggalakkan aktiviti susulan seperti perbincangan atau menjawab soalan-soalan yang berdasarkan tayangan tersebut. ix. Aspek Motivasi Aktiviti pembelajaran dipelbagaikan dengan melakukan pelbagai aktiviti sebelum, semasa dan selepas media yang digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran mereka dengan penggunaan video. Sesuatu media mestilah diselitkan dengan unsur pujian. Pujian yang diberikan mestilah bersesuaian. Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B.A. (1994), video digemari dan menyeronokkan bagi pelajar untuk mempelajarinya. Sesuatu media yang berkesan memaparkan persembahan visual menarik dan diselitkan penerapan nilai murni sesuai. x. Menarik Perhatian Penggunaan grafik mestilah menarik dengan penggunaan warna menarik dan penggunaan animasi menarik. Selain itu, jenis bunyi mestilah sesuai dan menarik. Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B. A. (1994), video menarik minat pelajar dari aspek saiz, jenis teks menarik yang digunakan, warna teks sesuai, kebolehbacaan teks dan margin teks yang sesuai. xi. Kognitif Video boleh digunakan untuk mengajar prinsip dan peraturan, pencapaian terutamanya dalam situasi yang memerlukan interaksi manusia, dan menyediakan tindak balas serta merta untuk pelajar mengenai pencapaian mereka. Selain daripada itu, video boleh digunakan untuk mengajar mengiktiraf dan membezakan dorongan gerakan yang berkaitan,

10

misalnya kelajuan relatif objek yang bergerak, gerakan penyimpangan, dan interaksi antara objek dan dunia sebenar xii. Psikomotor Video berguna untuk menunjukkan tindak balas serta merta terhadap pelajar mengenai kebolehan mereka. Guru atau koordinator boleh menyelaraskan gerakan untuk mengajar pelajar tentang sesuatu perkara dan pelajar dapat memahami apabila dapat melihat dengan jelas setiap peringkat yang ditayangkan. Video boleh digunakan untuk menunjukkan gerakan. Gerakan ini boleh dipercepatkan atau diperlahankan untuk menunjukkan sesuatu perkara atau keadaan dengan lebih jelas. Rumusan Secara kesimpulannya, faktor pemilihan video sebagai media pengajaran adalah berdasarkan kepada keperluan murid iaitu penyampaian kandungan pembelajaran, keperluan motivasi murid, ciri-ciri video yang menarik dan sebagainya. Pemilihan adalah berdasarkan kepada kriteria penting dalam memastikan objektif pembelajaran tercapai dan sesuai dengan kehendak murid dalam pembelajaran.

11

2.4 Rasional Pemilihan Video Sebagai Media Pengajaran Berikut di bawah diterangkan secara terperinci faktor-faktor pemilihan video sebagai media pengaran yang berkesan berdasarkan kepada : a) Sumber mudah di dapati Perkembangan teknologi yang canggih mampu memberi kemudahan untuk mengakses pelbagai maklumat sama ada berbentuk teks, grafik, audio atau video. Video merupakan salah satu elemen dalam multimedia yang mampu membangun modal insan melalui paparan maklumat berbentuk gambar yang bergerak. Bagaimanpun format video berubah mengikut perkembangan teknologi itu sendiri. Bermula dengan filem diikuti pula dengan pita video, cakera video dan kini klip video digital yang menggunakan perkakasan dan perisian komputer.Walau apa sahaja formatnya, fungsinya masih sama terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di bilik darjah. Menurut sebuah artikel di laman sesawang, video mampu memberi manfaat kepada pelajar. Katanya: With video as one component in a thoughtful lesson plan, students often make new connections between curriculum topics, and discover links between these topics and the world outside the classroom. (http://www.thirteen.org) Dengan lain perkataan elemen-elemen yang terdapat dalam video mampu memberi satu pengalaman baru melalui proses menghubung kait antara pembelajaran di bilik darjah dengan situasi sebenar di luar bilik darjah. Menyedari hakikat ini pelbagai pihak menyediakan bahan video yang sesuai digunakan dalam pengajaran. Sebagai contoh Astro telah melancarkan projek rintis Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah yang memberi kemudahan peralatan untuk mengakses saluran terpilih untuk tujuan tersebut. Malah Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri melalui laman sesawang EduWebTV (www.eduwebtv.com) menyediakan pelbagai rancangan untuk dimuat turun oleh guru dan
12

pelajar dalam sesi P&P. Brown J. W., Lewis R.B, Harcleroad F.F, (1985) menegaskan bahawa gambar bergerak adalah merupakan bahan yang mempunyai kekuatan yang tinggi jika dibandingkan dengan bahan-bahan lain. They have a unique capacity to communicate, to influence and to inform. Communicate through the most direct channels to mind, emotions, sight and hearing. (m.s 233) Memandangkan betapa pentingnya peranan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka guru seharusnya merancang dengan menyusun strategi ke arah pengaplikasian dan pengintegrasian video dalam pengajaran. Pengintegrasian ini harus diambil kira dari aspek ilmu, kemahiran, kepelbagaian gaya belajar, penjanaan minda kirits dan kreatif, dan penerapan nilai murni dalam usaha memupuk insan yang seimbang sepertima yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.. Guru harus mampu membuat inovasi terhadap kaedah pengajaran agar penggunaan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan serta mampu menjadikan aktiviti pembelajaran itu menyeronokkan kepada pelajar-pelajar. Beberapa contoh aktiviti akan dibincangkan dalam penulisan seterusnya nanti. b) Video menarik perhatian murid untuk belajar Video dalam pendidikan dapat menarik perhatian pelajar berdasarkan ciri-ciri yang terdapat dalam video. Kebiasaannya dalam sesebuah video mempunyai gabungan yang sangat menarik iaitu isi kandungan seperti teks, audio grafik dan animasi. Misalnya, guru boleh membeli CD pembelajaran untuk suku kata yang menerapkan pelbagai elemen seperti nyanyian, grafik-grafik kartun, nyanyian suku kata dan unsure kecindan yang dimain peranan oleh animasi karakter kartun untuk menarik perhatian pelajar.

Gambar 1: Video Mengenal Huruf 13

Berdasarkan gambar 1 (sumber : CD Mari Belajar), kita dapat melihat penggunaan adaptasi warna, grafik dan isi kandungan akan menarik perhatian murid untuk fokus dalam pembelajaran. c) Adaptasi kaedah simulasi dalam P&P Menurut Macknight (1981) pula, penggunaan klip video sebagai bahan pengajaran boleh membawa situasi sebenar dalam kehidupan ke dalam bilik darjah dan yang lebih penting lagi membolehkan murid yang mempelajari subjek bahasa,melihat dan menonton penggunaan bahasa yang autentik secara lisan dalam suasana yang bermakna dan terkawal. Suasana autentik yang ditonton boleh mempengaruhi penulisan murid agar bertambah baik. d) Menepati masa dalam P&P Penggunaan video yang mempunyai masa sesuatu tayangan dapat memudahkan kaedah P&P. kebiasaannya video boleh di atur dalam masa 5-10 minit. Secara jelasnya video akan membuat proses P&P dilaksana dalam jangkamasa yang tepat berdasarkan kepada perancangan yang telah di tetapkan. e) Mudah untuk membikin video berdasarkan kepada perisian terkini yang mudah di dapati dan di kawal.

Pelbagai perisian boleh digunakan untuk tujuan merakam dan menyunting video dan yang mudah seperti Windows Movie Maker yang tersedia ada pada sistem operasi windows atau perisian yang lebih canggih seperti Adobe Premier, Ulead Media Studio, Ulead Video Studio , Penicles, Edius,Let's Edit, Vegas, Avid dan sebagainya. Setiap perisian mempunyai keistimewaan masing-masing terutama untuk menghasilkan pelbagai bentuk kesan khas (special effect), audio dan video yang mampu memberi penarikan kepada penonton. Bahan video juga boleh diambil sebahagian daripada video-CD (fail format.dat) atau DVD (fail format. vob) melalui perisian seperti VCD Cutter atau Chopper VP dan disimpan semula dalam format .mpeg (mpeg1) atau .wmv (Windows media video) agar ia sesuai (compatible) apabila disisip (insert) pada kebanyakan perisian. Penyesuaian format fail boleh dilakukan melalui perisian seperti Any File Converter, Total Video Converter atau seumpamanya dengannya.
14

Bahan audio dan video boleh juga dimuat turun daripada pelbagai sumber laman web tertentu seperti yang terdapat pada youtube. Walaubagaimanapun penggunaanya tertakluk kepada terma dan syarat dalam panduan penggunaan bahan Hak Cipta (Sila rujuk Fair use guidelines for educational multimedia- www.libraries,psu.edu/mtss/fairuse/guidline.doc.html) Bahan video yang telah disunting boleh dijadikan klip video dan disimpan ke cakera keras atau disimpan dalam format VCD atau DVD dengan perisian tertentu seperti Windows Movie Maker, DVD Movie Maker (terdapat pada Windows Vista0, Ulead Movie Factory, Roxio Creater DE, Nero Burner atau mana-mana perisian yang seumpamanya dengannya. Perlu dingat penerbitan video haruslah bersifat informatif, mudah difahami, ringkas, menarik, dalam jangka masa yang bersesuaian dengan tujuan pengajaran.

15

3.0 APLIKASI VIDEO DALAM KEMAHIRAN BAHASA 3.1 Kemahiran Lisan Anda tentu masih ingat tentang teori pemerolehan bahasa interaksional yang meniktik beratkan proses interaksi dalam proses pemerolehan bahasa. Begitu juga dengan pendekatan komunikatif yang menyarankan murid-murid diberi peluang menggunakan bahasa dalam konteks dan situasi tertentu. Murid dilatih menggunakan bahasa dengan peraturanperaturan yang betul termasuk juga kemahiran menggunakan bahasa mengikut konteks dan situasi. Aplikasi video dapat membantu dalam kemahiran lisan murid. Misalnya aktiviti guru boleh merancang satu aktiviti projek drama yang dirakamkan dengan menggunakan perakam video.

Gambar 2 : Contoh perakam video Guru boleh menggunakan perakam video seperti dalam gambar 2 di atas. Banyak kajian yang telah membuktikan keberkesanan penggunaan alat perakam video dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa dan komunikasi. Hougham (1992) dalam Musa (1992), telah melihat perkembangan dari segi kemahiran mengemukakan soalan yang pelbagai tahap kognitif di kalangan guru pelatih dengan menggunakan alat perakam video. Melalui rakaman lakonan filem pendek murid, murid akan di ajar kemahiran komunikasi dengan baik berdasarkan dialog-dialog yang telah digunakan dalam filem pendek.
16

Lantaran, melalui rakaman video ini, guru boleh membantu murid untuk memperbetulkan semula komunikasi dalam dialog yang salah.

Gambar 3 : Contoh komunikasi filem pendek budi bahasa budaya kita sempena bulan bahasa. Gambar 3 menunjukkan satu projek P&P untuk pengajaran Bahasa Melayu tahun 5 dengan tema budi bahasa budaya kita. Satu dialog telah di atur bagi menunjukkan komunikasi yang baik dalam pergaulan. Akhirnya, setelah video disiapakan oleh guru, video akan di tayangkan dalam pembelajaran. Murid akan memberi satu interaksi kepada video berkenaan dengan dialog dan aksi di dalam filem pendek berkenaan. Secara tidak langsung, aktiviti ini akan mengasah bakat murid dalam lakonan, disamping pembelajaran akan lebih menarik.

17

3.2 Kemahiran membaca Dalam mengadaptasi video sebagai media pengajaran dalam kemahiran membaca Bahasa Melayu, guru boleh merancang aktiviti seperti nyanyian suku kata. Satu aktiviti yang dinamakan sebagai Didik Hibur telah dirancang bagi murid tahun 2 bagi mengenal suku kata KVKV. Satu nyanyian suku kata berdasarkan kepada video telah disediakan. Murid akan menyanyikan lagu suku kata berdasarkan video berkenaan. Dalam sesi ini, murid akan diperkenalkan dengan satu huruf konsonan dan beberapa huruf vokal berdasarkan lirik dalam lagu. Berikut di bawah adalah seni kata lagu bagi aktiviti nyanyian dalam didik hibur : La li lu le le lo la la la- suara ku Ha hi hu he he ho ha ha ha - aku gembira Sa si su se se so si si si ku selalu

Da di du de de do da da da - suara ku Pa pi pu pe pe po pa pa pa - ku sayang Ta ti tu te te to ti ti ti - aku suka hati

Gambar 3 : Murid menyanyi lagu suku kata KV


18

Aktiviti ini dilihat sangat berkesan kerana lagu yang mempunyai melodi yang sangat sinonim dengan murid dan seni kata yang akan mudah diingati oleh murid. Kajian Rosne Hafizah (2009) hasil dapatannya terhadap beberapa orang murid di sebuah sekolah di

Selangor, beliau mendapati bahawa aktiviti nyanyian ini dapat merangsang minat muridmurid untuk mempelajari bahasa Arab. Secara tidak langsung, telah berjaya menguasai perbendaharaan kata bahasa Arab melalui kaedah nyanyian. Jelas menunjukkan video dapat membantu murid dalam menguasai kemahiran asas dalam bacaan.

3.3 Kemahiran Menulis. Menulis ialah suatu kegiatan penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun atur menjadi perkataan-perkataan,yang seterusnya membentuk ayat-ayat yang bermakna. Bagaimana mengaplikasi kemahiran menulis melalui video? Satu pengajaran telah dirancang iaitu kepada murid tahun 2 iaitu menulis suku kata KVKV. Saya telah menggunakan video sebagai media pengajaran. Satu watak kartun sotong dalam video telah menjadi satu daya tarikan kepada murid. Watak sotong berkenaan akan mengajar murid membatangkan suku kata dan menulis perkataan berkenaan.

Gambar 8 : Watak sotong dalam video Pengajaran kemahiran menulis perkataan KVKV

Melalui karakter sotong berkenaan, tarikan murid untuk menumpukan perhatian adalah lebih. Kerana kartun lebih dekat dengan murid. Disamping pengajaran menjadi lebih
19

berbeza daripada kebiasaan. Perkara ini mung akan menjadi salah satu anjakan motivasi kepada murid. Disamping watak kartun yang boleh mewujudkan watak humor kepada kanakkanak. Menurut Yahya Othman (2012), Humor dikaitkan dengan kelucuan yang menjadikan seseorang seronok mendengarnya. Dalam pengajaran bahasa, unsur humor juga penting untuk menjadikan hasil pembelajaran lebih bermakna kepada pelajar. Paparan visual dinamik atau animasi komputer adalah bentuk penerangan yang akan mengurangkan tahap pemahaman secara abstrak serta menyumbang kepada pencapaian pelajaran yang lebih baik (Mayer & Anderson, 1992).

20

RUJUKAN
Ali, W. Z. (2000). Memahami Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Fufrell, P. G. (1995). Teachers, Computer and Curriculum-Microcomputers in the Classroom. Needhom Heghts: A Simon & Schuster Company. Ishak, A. L. (2001). Pendidikan Pra Sekolah Untuk Guru (ed. 2). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Paul F. Merill, K. H. (1996). Computer in Education 3rd Edition (ed. 3). Needham Heights: A Simon & Schuster Company. Shuhabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan. (2004). Psikologi Pendidikan. Wangsa Maju: PTS Publicatin & Distributors Sdn Bhd. Tasir, J. H. (2003). Multimedia dalam Pendidikan. Wangsa Maju: PTS Publication & Distributors Sdn Bhd. Zain, I. (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Gagne, Robert M., 1989. Kondisi Belajar dan Teori Pembelajaran, penerjemah Munandir. Jakarta: PAU-UT. Percival, Fred; Henry Ellington, 19984. Teknologi Pendidikan, alih bahasa Sudjarwo S. Jakarta: Erlangga. Asmah bt. Hj. Ahmad, ( 1989 ), Pedagogi I, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Musa b. Daia, (1992). Kaedah dan Teknik Pengajaran. Badan Bookstore Sdn. Bhd.Johor Bahru. Yusup Hashim. (1992). Pusat Sumber Pendidikan Negeri: Penubuhan dan Perkembangannya dari kaca mata Kementerian Pendidikan Malaysia.Kertas Kerja Dibentangkan semasa Ulang tahun Ke-20 Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia: Kuala Lumpur. Sumber : http://file.upi.edu/Direktori/PROCEEDING/UPIUPSI/2010/Book_1/PERANAN_PUSAT_KEGIATAN_GURU_(PKG)_DALAM_ MENINGKATKAN_PROFESIONALISME_GURU.pdf Piaget, J. (1977). Chance and dialectic in biological epistemology : a critical analysis of Jacques Monod's theses. Sumber : www.d.umn.edu/~meberhar/ref/psy/psychologists/piaget.htm

Norizan Abdul Razak, 2002: Knowledge Access Equity. A Research Based Framework of IT Competency for English Language Teachers, Kuala Lumpur.

21

Yusuf Hashim dan Sharifah Alwiah AlsagotT( 1999). Pendidikan .larak Jauh. Hulu. Kelang Baharuddin Aziz, Abdullah @ Kassim Mohamad, Rahmat Ghazali dan Abd. Rasid Abd Rahman. (2000). Kajian Mengenai Peranan dan Pengaruh Internet Terhadap Para Pengundi Semasa Pilihanraya Umum Malaysia 1999 {A Survey on the Role and Influence of The Internet on Voters During the 1999 Malaysian General Election). [Unpublished research report. IRDC, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor], Handman G. P. (2002). Video Collection Development in Multi-type Libraries. London. Greenwood Press. Brown,J.W., Lewis, R.B., and Harcleroad. F.F. (1985) AV Instruction:Technology Media and Methods. 6th ed. New York: McGraw-Hill Bock Company. Mayer, R. E., & Anderson, R. B. (1992). The instructive animations: Helping students build connections between words and pictures in multimedia learning. Educational Psychology, 84(4), 444-452.

22