Anda di halaman 1dari 6

1

Pengenalaan KIA2M

Program KIA2M telah dicadangkan dalam Mesyuarat Memperkasakan Sekolah Kebangsaan pada 22 November 2005 yang bertujuan untuk menangani masalah kegagalan menguasai kemahiran asas membaca dan menulis di kalangan murid tahun Satu. Sebelum ini,pelaksanaan Pemulihan Dalam Kelas KBSR yang dijalankan kurang berupaya menangani masalah penguasaan dan menulis malah masalah ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Kenaikan kelas secara automatic juga merupakan penyumbang kepada Deficit Accumulation dalam kalangan murid Tahun Satu . justeru,Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah ini dengan memperkenalkan Program KIA2M. Program ini dijalankan selama 3 bulan dan diharap dalam masa 3 bulan murid Tahun Satu yang mempunyai masalah dalam penguasaan kemahiran asas dapat diatasi dan dikurangkan.

1.2

Konsep kelas Intervensi Awal Membaca Dan Menulis (KIA2M)

Priogram ini dirancangkan khusus untuk membantu murid Tahun Satu menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. KIA2M ini dijalankan sepenuhnya oleh guru Bahasa Melayu Tahun Satu. Di Sekolah Kebangsaan telah diperuntukkan 19 waktu untuk melaksanakan KIA2M iaitu 12 waktu Bahasa Melayu, 3 waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan , 2 waktu Pendidikan Muzik dan 2 waktu Pendidikan Seni. KIA2M ini lebih berkonsepkan prabacaan dan pratulis dikalangan awal sekolah rendah. Dalam konteks pelaksanaan KIA2M,kemahiran asas yang disenaraikan terbahagi kepada dua iaitu kemahiran teras dan kemahiran lanjutan . kemahiran teras merupakan kemahiran wajib yang perlu diajar kepada murid Tahun Satu untuk membolehkan

mereka menguasai kemahiran yang paling penting dalam membaca dan menulis. Kemahiran ini terdiri daripada : a) b) c) kemahiran mengenal,membaca dan menulis huruf a hingga z, kemahiran membentuk suku kata daripada huruf konsonan dan vocal kemahiran membina,membaca dan menulis perkataan yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup Murid yang telah menguasai membaca huruf,suku kata dan perkataan dalam kemahiran teras ini dapat mempelajari dan menguasai kemahiran lanjutan dengan lebih mudah. Kemahiran lanjutan ada;lah bertujuan untuk membiombing dan membekalkan murid dengan kemahiran asa tambahan iaitu murid dapat membaca dan menulis dengan lebih baik dan berkesan. Namun begitu,guru yang memainkan peranan penting dan harus memilih dan menentukan kemahiran yang bersesuaian dengan kemampuan murid.

1.3

Matlamat KIA2M

Program KIA2M bertujuan untuk membolehkan murid Tahun satu menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Semua murid tahun satu akan disaringkan pada bulan April dengan menggunakan satu instrument iaitu Instrumen penapisan KIA2M. Murid yang melepasi ujian ini tidak akan mengikuti KIA2M lagi manakala murid yang gagal melepasi tahap minimum dalam skor instrument akan mengikuti Kelas Intervensi Awal membaca dan Menulis(KIA2M)

1.4

Kemahiran Teras dan Kemahiran Lanjutan KIA2M

Kemahiran teras untuk tajuk perkataan meliputi pola gabungan konsonan dan vocal dalam kata tunggal satu,dua dan tiga suku kata seperti dalam carta berikut.

Kemahiran teras KIA2M

V + KV

KV + KV

KV +KV=KV

KV + KVK

KVK + KVK

KVK

KVK + KV

KVKK

V + KVK

Kemahiran lanjutan merangkumi pola gabungan konsonan dan vocal dalam kata tunggal dua suku kata seperi berikut:

K e m a h i r a n

KVK + KVKK

V + KVKK

KVKK + KVKK

VK + KVKK

VK + KVK

L a n j u t a n

KVKK + KVK

KV + KVKK

Perkataan mengandungi diftong

Perkataan mengandungi difgraf

Perkataan mengandungi vocal berganding

1.5

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Terdapat beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran KIA2M seperti kerangka dibawah:

Pendekatan Berpusatkan Murid

Kepelbagaian Teknik

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KIA2M

Kepelbagaian Sumber Bahan

Penilaian

a)

Pendekatan berpusatkan murid Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran KIA2M,guru digalakan menggunakan pendekatan berpusatkan murid kerana ini dapat memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan menguasai kemahiran melalui hands-on dan mind-on. Guru hanya membimbing murid menjalankan aktiviti dan aktiviti

yang dipilih haruslah menekankan keperluan dan keupayaan murid.Ini adalah murid rasa seronok belajar dan senang menguasai apa yang dipelajari.

b)

Kepelbagaian Teknik Terdapat pelbagai teknik dalam pengajaran dan pembelajaran KIA2M termasuklah teknik nyanyian,latih tubi,permainan bahasa dan bercerita dan teknik-teknik lain juga boleh diaplikasikan jika bersesuaian. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sebenarnya bergantung kepada teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru dan juga latihan yang disediakan.

c)

Kepelbagaian Sumber Bahan Pengajaran dan pembelajaran yang mencapai objektif adalah bergantung kepada penggunaan alat bantu mengajar .Guru-guru haruslah pelbagaikan alatalat yang digunakan dan ianya haruslah menarik dari segi bentuk,warna dan tulisan yang jelas.Guru juga digalakkan membawa bahan maujud sebagai sumber bahan mengajar. Dalam konteks kemahirian membaca,kad suku kata yang digunakan boleh dari berwarna warni dan dalam bentuk yang menarik.Murid dalam awal persekolahan ini akan mempunyai minat untuk belajar.

d)

Penilaian Penilaian perlu dijalankan dalam setiap pengajaran untuk mengetahui perkembangan penguasaan kemahiran murid. Terdapat beberapa cara penilaian boleh dilaksanakan seperti pemerhatian, latihan dan bersoaljawab. Daripada hasil penilaian ini guru perlu memastikan tindakan susulan pemulihan dan pengayaan dijalankan. Aktiviti pemulihan merupakan pengulangan pelajaran kemahiran yang belum dikuasai oleh murid,iaitu KIA2M.Ianya dijalankan degan teknik yang bersesuaian . Pengayaan pula adalah murid yang telah menguasai kemahiran teras dan latihan berupa kemahiran lanjutan adalah digunakan. Selalunya latihan adalah lebih mencabar.