Anda di halaman 1dari 18

1.

0 KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN

Program Pemulihan ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang daripada sebahagian pendidikan imbuhan.Ianya juga disebut sebagai Remedial education di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.Pendidikan Pemulihan berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitu menepati kehendak menjadikan pulih . Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat.

1.1

DEFINISI PENDIDIKAN PEMULIHAN

Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik barat dan tempatan mengenai takrifan pendidikan pemulihan. Secara lebih khusus, takrif pendidikan pemulihan itu telah diberi dengan pelbagai definisi, antaranya ialah :

i) Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983 : 371 satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.
1

ii) Ishak Harun & Koh Boh Boon, 1983 : 191 Perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa .

iii) Pringle (1966) pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar,melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka.

iv) Albertwhite (1977) pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan emosi .

v) Tansley (1967) pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematis bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan secara tersusun.

vi) Collins (1961) pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan mata pelajaran asas. Malah beliau menegaskan pengajaran ini ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran asas di sekolah seperti membaca,menulis dan mengira.

vii) Evans (1995) pengajaran pemulihan dianggap sebagai the ambulance of educational system . Dengan sebab itu pengajaran pemulihan ini tidak boleh diambil kira sebagai satu pekerjaan atau pengajaran yang dilakukan secara mengejut, mendadak atau
2

digunakan pada waktu kecemasan sahaja. Pengajarannya perlu dirancang dan disusun dengan rapi berdasarkan aspek aspek kelemahan murid.

viii) Blair (1956) pengajaran pemulihan adalah satu bentuk pengajaran yang bertujuan untuk membaharui teknik pengajaran dan pembelajaran untuk mengikis segala kebiasaan-kebiasaan dan amalan-amalan yang tidak sesuai bagi murid-murid lambat.

ix) Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan dalam pekeliling

KP (BS) 8502/5/PK/Jld. V (26) bertarikh 8 Januari 1986. pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.

x) Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (1984) dalam konteks KBSR Program Pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.

xi) Koh (1979) pengajaran pemulihan sebagai pengajaran yang bertujuan untuk memulihkan kelemahan-kelemahan yang dikesan pada murid lambat dengan tujuan untuk meningkatkan taraf pencapaian mereka agar setaraf dengan pencapaian muridmurid normal .
3

xii) Chua (1977) pendidikan pemulihan sebagai satu pengajaran yang bertujuan untuk membantu murid yang lemah, melalui pendekatan perseorangan dalam kelas yang kecil bilangan muridnya. Pengajaran ini menggunakan kurikulum yang diubahsuaikan dengan menitikberatkan perkara yang praktis dan latih tubi, tunjuk cara yang melibatkan kegiatan dan gerak kerja yang dimudahkan serta disampaikan dengan teratur serta dikendalikan oleh kakitangan ikhtisas (profesional)yang terdiri daripada Guru Pemulihan dengan kerjasama doktor, pekerja sosial, pakar jiwa dan pihak-pihak lain yang berkaitan.

Kesimpulan Definisi

Secara kesimpulannya, pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid lambat dalam pembelajaran di sekolah agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring dan setaraf dengan rakan mereka yang lain.

DEFINISI DAN KONSEP PEMULIHAN

Tansley(1967) :
..satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun.

Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM (1984):


...langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira... hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.

DEFINISI DAN KONSEP PEMULIHAN


Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan (NARE) UK (1975):
..satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keperluan pendidikan bagi muridmurid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa.

Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan (NARE) UK (1975):

..satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keperluan pendidikan bagi murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa.

PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

Ujian Saringan
Mekanisme yang digunakan untuk meninjau pencapaian murid secara am dalam kemahiran asas BM dan Matematik * menilai semula apa yang telah dipelajari di dalam kelas.

Ujian Diagnostik
Mekanisme yang diguna pakai untuk membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh seseorang murid secara khusus.

Pencalonan

STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

Dilaksanakan mengikut peringkat/secara berperingkat

Peringkat pertama: Pencalonan murid yang didapati lemah dalam kelas harian.

Peringkat ketiga: Proses saringan untuk mengenalpasti murid yang betul-betul lemah.

Peringkat kelima: Analisa ujian diagnosis untuk penumpuan pada pengajaran pemulihan.

Peringkat keempat: Peringkat kedua: Pengumpulan maklumat tentang individu yang dicalonkan. Pelaksanaan ujian diagnosis untuk mengesan kelemahan murid terlibat selepas disahkan masuk program pemulihan. Peringkat terakhir: Peringkat susulan iaitu tindakan selepas murid berjaya dipulihkan.

1.2 RASIONAL PENDIDIKAN PEMULIHAN Murid-murid merupakan indidvidu-individu yang berbeza dari segi

pengalaman, minat, dan kebolehan. Perbezaan-perbezaan tersebut jika tidak diberi perhatian boelh emnjadi punca masaalh yang utaam kepada kegagalan pencapaian objektif-objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar

Pelajaran yang telah dikeluarkan, beberapa penetapan telah dibuat sebagai langakh untuk mengatasi masalah-masalah yang terdapat dalam sistem persekolahan. Antaranya ialah :

a) Kenaikan darjah secara automatik seperti yang berlaku sekarang dikekalkan dan mereka yang lemah dalam bidang kemahiran tertentu diberi pendidikan pemulihan. b) Kurikulum yang ada sekarang hendaklah disusun semula supaya dapat diubah suai bukan sahaja untuk membolehkan murid-murid yang lemah mencapai kemahiran asas babkan membolehkan murid yang cerdas bertambah maju. c) Keutamaan hendaklah diberikan kepada usaha-usaha untuk membaiki dan meninggikan taraf pendidikan di kawasan-kawasan yang mundur sejajar dengan dasar kerajaan. d) Usaha untuk merapatkan hubungan antara sekolah dengan masyarakat hendaklah dijalankan dengan sepenuhnya melalui kegiatan-kegiatan PIBG. e) Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan dan Rancangan Makanan Tambahan diteruskan kerana faedah-faedah yang diperoleh.

1.3 KONSEP PENGAYAAN Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 693) mentakrifkan pengayaan sebagai perihal (usaha, proses, dsb) mengayakan, misalnya mengayakan atau meluaskan kosa kata. Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas

pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan.

Mok Soon Sang (1990: 55) pula menjelaskan bahawa aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah, sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana, atau lambat. Menurutnya lagi, melalui aktiviti pengayaan, murid-murid akan dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu.

Justeru, tujuan program pengayaan adalah untuk memperluas pengetahuan dan pengalaman di samping memperkukuh kemahiran yang sedang dipelajari. Penglibatan murid-muird dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan, dan masyarakat.

1.4

JENIS-JENIS PENGAYAAN

Aktiviti pengayaan boleh dikelaskan kepada dua kategiori; 1. Pengayaan mendatar 2. Pengayaan menegak

1.4.1 Pengayaan mendatar

Pengayaan mendatar merupakan aktivit pengayaan berdasarkan kebolehan murid-murid dalam sesuatu kumpulan. Aktiviti pengayaan dilaksanakan

berdasarkan kepada tahap pencapaian murid.

Murid-murid dalam kumpulan lambat diberi aktiviti pengayaan yang lebih mudah dan kurang mencabar daripada aktiviti pengayaan yang diberi kepada kumpulan sederhana dan cerdas.

1.4.2 Pengayaan menegak

Pengayaan menegak merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja. Aktiviti pengayaan akan dirancang dan dilaksanakan dalam bentuk yang lebih kompleks, mencabar dan dalam peringkat yang lebih tinggi daripada taraf pencapaian murid darjah biasa.

PERBEZAAN ANTARA PENGAYAAN MENEGAK DAN MENDATAR

PENGAYAAN MENDATAR 1. Dirancang untuk kumpulan mengikut kebolehan 2. Kadar kesukaran akticviti pengayaan adalah berlainan di anatara kumpulan. 3. Jenis aktiviti pengayaan biasanya terdiri lembaran kerja 4. aktiviti pengayaan ini biasanya diberikan mengikut unit kemahiran yang di ajar.

PENGAYAAN MENEGAK 1. Dirancang untuk kumpulan cerdas sahaja 2. Kadar kesukaran aktiviit pengayaan bagi murid-murid kumpulan cerdas adalah sama. 3. jenis aktiviti pengayaan biasanya terdiri daripada kerja projek, permainan dan rekreasi 4. Aktiviti pengayaan ini biasanya diberikan lebih daripada unit kemahiran yang diajarkan. 5. Tujuan memberi aktiviti pengayaan

5. Tujuan aktiviti pengayaan ini ialah untuk memperkukuhkan kemahiran yang telah dikuasai

ini ialah mewujudkan kegembiraan dalam aktiviti pembelajaran, mencungkil bakat serta memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.
10

6. Kumpulan cerdas menjalankan 6. Setiap kumpulan akan menjalankan aktiviti pengayaan dnegan penggunaan kemahiran yang sama aktiviti pengayaan yang lebih mencabar sedangkan kumpulan sederhana dan lambat menjalankan aktiviti pengukuhan atau aktiviti pemulihan.

2.0

ISU-ISU PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN DAN LANGKAH

MENANGANI

Program Pemulihan ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang daripada sebahagian pendidikan imbuhan. Ianya juga disebut sebagai Remedial education di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja. Pendidikan Pemulihan berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. Jesteru itu pelbagai isu telah timbul dan memerlukan penyelesaian yang kreatif.

2.1 PERANAN IBU BAPA

Antara isu yang akan dibincangkan ialah isu penglibatan ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju kanak-kanak pemulihan ini. Telah banyak isu yang timbul mengenai ibu bapa dalam dunia pendidikan ini. Untuk mengatasi masalah isu-isu yang telah timbul itu tadi, sepatutnya ibu bapa harus sedar akan betapa pentingnya sokongan mereka terhadap murid-murid ini. Ibu bapa perlu didedahkan dengan pengetahuan dan maklumat yang berguna bagi membantu mereka menguruskan anak-anak. Satu kelas bimbingan yang dikelolakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama Pusat Pemulihan Dalam
11

Komuniti boleh dilakukaan bagi memberi maklumat yang berguna mengenai keupayaan dan kelebihan anak mereka. Sesi kaunseling yang disediakan oleh kaunselor yang berpengalaman perlu diberikan kepada ibu bapa. Setidak-tidaknya ibu bapa akan berasa lebih bersyukur dan sedar akan kelebihan mempunyai anakanak sedemikian rupa. Mereka juga akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan kerana lebih rasa dihargai selepas mengikuti kaunseling bersama-sama kaunselor. Pendedahan mengenai cara menguruskan kanak-kanak juga perlu diajar dan diberi dengan padat dan mapan kepada ibu bapa. Hal ini mampu memberi ilmu dan pengetahuan yang berguna kepada ibu bapa berkenaan. Apabila ibu bapa sudah tahu mengurus dan memahami anak mereka ini, maka perasaan terbeban dengan karenah anak mereka ini akan menjadi kurang dan sebaliknya mereka akan merasakan sebagai salah satu tugas dan tanggungjawab yang harus dijalankan dengan hati yang mulia dan murni. Ibu bapa juga perlulah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Kesannya, anak-anak akan merasakan diri mereka lebih dihargai dan disayangi oleh ibu bapa. Selain mengeratkan hubungan kasih sayang antara ibu bapa dengan anak-anak, ibu bapa juga akan lebih menghargai akan kekurangan dan kelebihan anak-anak mereka. Selain itu juga, ibu bapa perlu diberi kursus khas oleh pihak badan bukan kerajaan atau pun pihak kerajaan bagi memantapkan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilakukan di rumah. Hal ini kerana, pengetahuan yang diberi ini akan memudahkan ibu bapa mengajar anak-anak mereka dengan metodologi yang bersesuaian dengan kemampuan dan kebolehan anak-anak mereka.

2.2 PERANAN GURU Apabila melibatkan faktor guru isu yang paling popular pada masa ini adalah sekolah tidak mempunyai guru pemulihan. Sekalipun di sekolah mempunyai guru pendidikan khas, namun guru yang dilantik bukanlah guru yang mempunyai kepakaran dalam pendidikan pemulihan. Namun sedikit bernasib baik apabila guru tersebut sentiasa menghadiri kursus-kursus berkaitan hingga membuatkan guru itu faham dunia pemulihan sebenar. Satu lagi isu yang sering menjadi masalah dalam
12

kalangan guru itu sendiri adalah kekurangan guru di sekolah menyebabkan guru pemulihan tidak dapat dilantik atau guru pemulihan diminta mengajar murid-murid di kelas-kelas biasa. Guru pemulihan dibebankan dengan tugas-tugas menggantikan guru-guru lain dan terpaksa menjalankan tugas-tugas bukan mengajar. Sikap negatif sesetengah guru yang tidak berminat dan tidak komited untuk mengajar murid-murid pemulihan juga menjadi satu isu dan permasalahan yang dihadapi oleh individu yang terlibat dalam pendidikan pemulihan.

Isu profesionalisme guru dalam pendidikan pemulihan bukanlah perkara asing dalam dunia pendidikan di negara kita. Jadi bagi mengatasi masalah ini, kementerian harus menempatkan guru yang terlatih sahaja untuk mengajar di sekolah. Guru yang terlatih lebih memahami dan mempunyai ilmu dan pengetahuan yang cukup bagi mencurahkan bakti dalam pemulihan. Jadi tumpuan dan perhatian yang sepenuhnya dapat diberikan kepada murid-murid. Hal ini sedia maklum, pengetahuan yang cukup untuk menangani sesuatu perkara mestilah akan memberi kesan positif untuk tindakan yang seterusnya. Sikap sambil lewa dan kurang motivasi guru seharusnya dipandang serius. Antara cara yang boleh dilakukan bagi membantu menggurangkan sikap tidak sepatutnya guru itu haruslah disedarkan akan tanggungjawabnya sebagai guru. Kursus dan latihan serta bimbingan yang sesuai boleh dijalankan bagi membantu guru ini lebih bermotivasi dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran yang dilakukannya di sekolah. Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan. Malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh itu, apabila berhadapan dengan murid-murid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta

cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes", 1994). Selain itu kemahiran komunikasi seorang guru itu juga mempengaruhi minat murid terhadap sesi pengajaran. Selain komunikasi, seseorang guru itu juga perlu

berusaha untuk menjadi lebih kreatif dalam menjalankan sesi pengajaran mereka
13

supaya murid tidak merasa bosan dan dapat memberikan pengalaman murid dalam menerokai pembelajaran mereka.

2.3 BAHAN BANTU MENGAJAR Pemerolehan bahan bantu mengajar yang sesuai juga menjadi isu dalam pendidikan pemulihan pada hari ini. Secara keseluruhannya hampir semua sekolah sukar untuk mendapatkan bahan bantu mengajar yang sesuai dan terkini. Bahanbahan rujukan pula amat sukar untuk didapati dan kurang di pasaran pada hari ini. Pendidikan pemulihan bukan satu topik yang baru malah pemulihan telah diperkenalkan sejak 1960-an lagi. Namun isu rujukan masih menjadi isu dalam pendidikan ini ekoran majoriti rujukan adalah dalam bentuk jurnal dan buku-buku bahasa Inggeris dan hanya dipasarkan dalam pasaran maya sehingga menelan belanja beratus ringgit untuk sebuah buku.

Murid pemulihan sepertimana murid di kelas perdana juga sukar untuk mendapatkan bahan bantu mengajar berbentuk elektronik. Mereka bersemangat untuk belajar apabila guru mengeluarkan komputer riba. Meskipun komputer riba itu sangat membantu, namun ia hendaklah disokong dengan aksesori lain yang akan memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran. Namun bekalan yang ada tidaklah begitu memuaskan dan sering kali rosak.

Selain isu berkaitan guru, murid dan bahan bantu mengajar, isu peruntukan kewangan daripada kementerian untuk pendidikan pemulihan juga seringkali dijadikan isu. Rata-rata guru menyatakan mereka menggunakan duit sendiri untuk menyediakan segala bahan bantu mengajar malah segala keperluan murid di dalam kelas mengggunakan duit sendiri. Kementerian tidak menyediakan peruntukkan yang spesfik untuk pendidikan pemulihan sebaliknya hanya bergantung kepada Panitia Bahasa Melayu dan Matematik memberikan sumbangan. Jelas nilai yang diperlukan jauh lebih tinggi daripada nilai yang diberikan.

14

Kemudahan fizikal untuk kelas pemulihan juga sering diabaikan. Ketiadaan bilik yang sesuai dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran pemulihan sedikit sebanyak akan menganggu kosentrasi pelajar untuk belajar. Meskipun mereka sekadar murid pemulihan dan tidak memiliki apa-apa

keistimewaan di mata

orang lain, namun mereka juga pelajar yang perlu

dipedulikan. Dalam hati kecil mereka tetap menyemat satu harapan ingin berjaya pada masa hadapan. Bermaksud, mereka juga perlukan kelas yang kondusif dan selesa. Paling menyedihkankan ada kelas pemulihan diadakan di bilik stor, kantin dan tempat-tempat lain yang tidak sesuai. Mereka dipinggirkan.

Bagi mengatasi masalah ini, satu dana atau pun kutipan derma perlulah dilakukan oleh pihak sekolah selain penambahan kewangan daripada pihak bertanggungjawab. Kemudahan fizikal yang disediakan oleh sekolah juga hendaklah dijaga bersama-sama. Guru hendaklah sentiasa menerapkan nilai menjaga harta benda di sekolah dengan sebaik-baiknya. Jadi dengan itu kemudahan asas yang disediakan oleh sekolah akan berada dalam keadaan yang terjaga dan terjamin. Keadaan kelas yang terlalu kecil sepatutnya hendaklah diubahsuai dengan cara meminimakan bilangan murid di dalam kelas. Hal ini dapat mengelakkan isu ruang bilik darjah yang tidak sesuai. Keceriaan bilik darjah juga boleh dipertingkatkan dengan penyediaan plan lantai yang sesuai dan mampu menarik perhatian murid untuk berada di dalam bilik darjah. Hal ini kerana menurut Woolfolk (2000) adalah perlu mengekalkan persekitaran bilik darjah yang positif dan produktif. Pengurusan fizikal bilik darjah ini memaparkan sejauh mana guru memiliki sikap prihatin dan professional terhadap tugasnya.

3.0 RUMUSAN

Pendidikan pemulihan merupakan satu aspek penting dalam pembangunan pendidikan negara. Pendidikan pemulihan berteraskan pendidikan bantuan dalam memastikan pelajar dapat terus mempelajari sesuatu subjek dengan berkesan dan dapat berdikari. Di zaman yang serba maju ini, ketinggalan sedikit dalam sesuatu
15

aspek akan menyebabkan kita terus mengundur kebelakang. Antara aspek tersebut ialah pendidikan.

Dalam pendidikan pemulihan, pendidikan diberikan untuk memperbaiki potensi dan kemahiran belajar murid yang lemah dalam pelajaran. Ini bertujuan untuk membolehkan mereka terus bersaing dengan pelajar lain dan mampu berada sama tahap dengan mereka. Bukan untuk memaksimumkan pencapaian tapi untuk memastikan murid yang terlibat dengan kelas pemulihan ini dapat menjalani pembelajaran dan kehidupan seperti biasa.

Pendidikan pemulihan mula dipandang serius setelah di luar negara dimaktubkan beberapa dasar berkaitan pendidikan pemulihan. Bermula di Amerika Syarikat dengan PL 94-142 dan Laporan Warnock di United Kingdom, ia kemudiannya menjadi keperluan bagi sesebuah negara dalam memperbaharui dan menjamin sistem pendidikan mereka, termasuk di Malaysia sendiri.

Pelbagai program pemulihan diwujudkan di sekolah bagi memastikan tidak ada murid yang lemah dalam pembelajaran. Sebagai contoh; IPP3M. IPP3M ialah sebuah program membantu pelajar yang lemah dalam kemahiran asas membaca, mengira dan menulis. Di peringkat yang lebih awal juga ditubuhkan Program Permata Negara, idea asal oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, yang mana program ini bertujuan bagi mengurangkan kadar masalah pembelajaran dari peringkat awal.

Pengurusan

program

pemulihan

merupakan

cara

mengatur

dan

melaksanakan program pemulihan. Pengurusan program pemulihan dijalankan dengan teliti agar dapat menjadikan pengajaran pemulihan berjalan dengan lancar. Bukan sekadar mengurus, turut menjadi nadi perkembangan program pemulihan ialah strategi pelaksanaan program pemulihan. Strategi pelaksanaan program pemulihan berkait rapat tentang pendekatan untuk memastikan murid pemulihan dapat dikenalpasti, diajar dan diubah. Kesimpulannya pendidikan pemulihan tidak
16

sepertimana yang disangkakan. Memerlukan kesabaran dan paling penting pengorbanan untuk mendidik murid-murid menjadi sebahagian daripada rakanrakan yang berada di kelas perdana. Pendidikan pemulihan juga bukan satu cabang profesion perguruan yang lengang tanpa isu-isu yang membimbangkan, malah jika diambilkira, pendidikan pemulihan ini memberi satu cabaran secara tidak langsung kepada guru pemulihan untuk membentuk murid-murid supaya mereka boleh menjadi insan yang membanggakan suatu hari nanti. Belakang pasang diasah lagikan tajam. Tegur biar jujur, ajar biar sabar, didik jangan diherdik.

17

Bibliografi Kementerian Pelajaran Malaysia, 1982. Buku Panduan Khas Program Pemulihan KBSR (Edisi Percubaan). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999. Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas. Koh Boh Boon, 1981a. Pendidikan Imbuhan, Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Koh Boh Boon, 1981b. Pengajaran Pemulihan dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan. Robiah Kulop Hamzah, 1992. Guru Khas Pemulihan: Fungsi dan Masalah, Satu Kajian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

18

Anda mungkin juga menyukai