Anda di halaman 1dari 2

Aktiviti Pendidikan Jasmani memberi ruang persekitaran yang baik bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan

penjagaan kesihatan. matlamat utama Pendidikan Jasmani iaitu:

Pendidikan Jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan (Pusat Perkembangan Kurikulum,
1999) Objektif utama Pendidikan Jasmani yang digariskan seperti berikut (Sukatan Pelajaran Rendah Menengah Pendidikan Jasmani, 1999): (a) Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor; (b) Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri; (c) Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian; (d) Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal; (e) Membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan (f) Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.

Pendidikan Jasmani yang secara umumnya bertujuan untuk mencapai tahap kecergasan dan menguasai kemahiran sukan.

Objektif dan matlamat falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial melalui Pendidikan Jasmani.

Kepentingan Pendidikan Jasmani seperti berikut: (a) Kecergasan Fizikal Program Pendidikan Jasmani amat penting bagi memberi peluang yang terbaik kepada pengamalnya untuk membina dan mengekalkan tahap kesihatan fizikal yang bersesuaian dengan minat dan keperluannya. (b) Kemahiran Motor Program Pendidikan Jasmani menjadi nadi yang mengerakkan kebolehan kanak-kanak untuk menguruskan bahagian-bahagian anggota mereka dengan cekap dan membina kemahiran motor yang sesuai dan berguna. Dengan maksud lain Pendidikan Jasmani berupaya mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.

(c) Kecekapan dalam Menguruskan Badan Pendididikan jamani dapat membentuk kecekapan dalam menguruskan badan melalui senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian serta dilaksanakan secara berterusan. Pengurusan badan merujuk kepada kebolehan mengawal anggota dalam pelbagai situasi pergerakan dan konteks persekitaran yang pelbagai. Pengurusan badan merangkumi: (i) Penjagaan postur yang betul; (ii) Kawalan dan imbangan tubuh dalam sesuatu situasi; (iii) Pengaruh ritma dalam pendalian pergerakan badan; (iv) Koordinasi pergerakan yang cekap; dan (v) Pergerakan merentasi ruang. (d) Aspek Kemahiran dan Pergerakan Asas Pendidikan Jasmani dapat membantu pengamalnya menguasai asas kemahiran pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri berdasarkan tunjang pembelajaran. Seorang kanak-kanak sewajarnya sudah menguasai: (i) Kemahiran lokomotor seperti berjalan, berlari dan melompat; (ii) Kemahiran bukan lokomotor seperti memusing, mengalih,membongkok, melunjur dan membina bentuk-bentuk; dan (iii) Kemahiran manipulatif seperti menangkap, memukul, menendang,mengelecek dan melontar. (e) Konsep Kendiri Pendidikan Jasmani dapat membina imej kendiri yang realistik dan membentuk konsep kendiri yang diingini menerusi aktiviti fizikal yang terancang. (f) Langkah-langkah Keselamatan Dalam program Pendidikan Jasmani pelajar seharusnya ditanamkan dengan sikap yang mengutamakan keselamatan bukan tertumpu pada diri sendiri tetapi juga mementingkan keselamatan orang lain. Kebanyakan permainan dan sukan menjadi merbahaya jika tidak dikendalikan dengan sempurna. Dengan bimbingan yang sempurna dan teknik mengajar yang sistematik, soal keselamatan dalam Pendidikan Jasmani tidak akan timbul. Penerapaan kaedah mengaplikasikan pengetahuan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal amat perlu. (g) Nilai dan Peribadi dalam Pendidikan Pendidikan Jasmani dilihat dapat menjadi agen pembentukan sahsiah dan disiplin diri yang sesuai dengan norma-norma masyarakat. (h) Membentuk Kognitif Pendidikan Jasmani akan dapat melatih pelajar membuat keputusan yang bijak dalam kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai