Anda di halaman 1dari 2

Binatang yang halal dagingnya Menurut pendapat seluruh ulamak: Binatang yang halal dimakan dagingnya akan menjadi

suci seluruh bahagiannya dengan sembelihan kecuali darahnya yang mengalir. Ini bermakna, binatang yang boleh dimakan dagingnya seperti lembu, kambing dan sebagainya, jika selepas disembelih mengikut syarak, segala bahagian dari tubuh badannya adalah suci. Bulunya, kulitnya, dagingnya, lemaknya, tulangnya, tanduknya, giginya dan sebagainya adalah suci. Perincian ringkas mengenai pendapat mazhab adalah sebagai berikut:

Syafi'i

. Semua binatang (yang hidup) adalah suci kecuali anjing dan babi. . Susu binatang yang halal dimakan . Telur binatang sekalipun dari binatang yang haram dimakan dagingnya. dan dari yang telah mati. . Bangkai binatang laut adalah suci, kecuali buaya, katak dan ular (binatang dua alam). . Bulu binatang yang halal dimakan adalah suci samada ia dicabut semasa hidup atau selepas disembelih. Tetapi, yang dicabut selepas mati (tidak disembelih) adalah najis. . Bulu yang tercabut/tanggal dari binatang yang tidak halal adalah najis. . Dimaafkan sedikit bulu yang najis selain dari bulu anjing dan babi.

Hanafi

. Semua bahagian dari anggota binatang yang di dalamnya tidak ada aliran darah melainkan babi adalah suci. Samada yang masih hidup atau yang telah menjadi bangkai. Samada yang halal dimakan atau yang haram. Anggota yang tidak ada aliran darah ialah seperti tulang, paruh, kuku, bulu dan sebagainya.

Maliki
. Semua benda yang hidup adalah suci . . Binatang yang halal dimakan yang mati sebab sembelihan adalah suci (semua bahagian badannya). . Binatang yang tidak halal, menjadi najis selepas mati. . Rambut dan bulu adalah suci sekalipun daripada babi. . Lebihan binatang yang halal dimakan adalah suci, seperti tahi merpati, ayam selagi ia tidak menggunakan benda najis sebagai bahan makanannya.

Hanbali
. Bangkai binatang darat adalah najis kecuali yang tidak mengalir darahnya seperti belalang. . Bangkai binatang laut adalah suci. . Air kencing binatang yg halal dimakan adalah suci. . Bulu dan seumpamanya daripada semua binatang yang halal dimakan adalah suci. Rujukan 1. Fathul Wahab, vol 1, Syeikhul Islam Zakaria al-Ansari 2. Kifayatul Akhyar, vol 1, Imam Taqiyuddin Abu Bakar bin Muhamad al-Husaini 3. Al-Feqh al-Islami Wa Adillatuhu, vol 1, Dr Wahbah al-Zuhaili

Pandangan AL-QARADAWI ..NAJIS-NAJIS YANG PERLU DIBASUH

Najis ialah perkara-perkara yang kotor yang wajib dibasuh untuk yang tidak sah ibadah jika wujudnya.

1. Tahi Himar. Selain daripada Himar, binantang yang boleh dimakan dimakan dagingnya, kencing dan tahinya tidak najis (khilaf). 2. Air liur anjing. Anjing itu sendiri adalah tidak najis. Yusuf tidaklah najis, tetapi dikehendaki basuh jilatannya kerana semata-mata perkara ta'abbudi, iaitu ikut saja apa yang Allah suruh. 3, Daging babi. Yang menjadi najis hanyalah dagingnya dan bukan babi itu sendiri. Kita tidak boleh kiaskan daging babi dengan bulu babi. 4. Kulit bangkai sebelum disamak. Kulit bangkai, setelah disamak adalah suci termasuklah kulit babi atau anjing. Maknanya sesiapa yang nak pakai kasut kulit babi pun boleh. BEnda-benda yang sebenarnya tidak najis. 5. TUlang bangkai, bulu dan kuku. Termasuklah daripada babi atau anjing. 6. Arak. Para ulama' bersepakat bahawa arak haram diminum tetepi khilaf dalam soal najis atau tidak. Qaradawi memilih ia tidak najis. Jika arak pun dah boleh, usahkan alkohol yang sebenarnya bukan arak. 7. Air mani manusia 8. Susu binatang yang tidak dimakan dagingnya. Sekalipun susu ini tidak boleh dimakan, tetapi ia tidak najis. ..