Anda di halaman 1dari 15

Cuba teka penyakit apa ?

KESIHATAN DIRI & KELUARGA

1. Penilaian Pap Smear 2. Penilaian Kanser payu dara

Penilaian Pap smear


Pap smear juga dikenali sebagai ujian papanicolaou. Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks, kemudian tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser. Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser. Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10

tahun.

Bila saya patut melakukan ujian pap smear?

Anda patut melakukan ujian pap smear setelah anda mula mengamalkan seks atau mencapai umur 26 tahun sehinggalah anda berusia 70 tahun. Wanita yang telah menjalani histerektomi (membuang rahim dan serviks) tidak perlu lagi melakukan pap smear melainkan sebab pembuangan rahim adalah sebagai rawatan pra kanser. Wanita yang telah menjalani histerektomi subtotal (membuang uterus tanpa membuang serviks) masih perlu melakukan pap smear secara berkala.

Apa yang perlu saya lakukan sebelum melakukan ujian pap smear?

Ujian pap smear tidak boleh dijalankan

semasa haid kerana sel yang diambil pada waktu ini biasanya tidak memadai dan kehadiran darah haid juga akan menyukarkan penilaian ke atas sampel yang diperolehi. Anda dinasihatkan menjalani pap smear pada hari ke-7 hingga hari ke-10 kitaran haid (hari pertama datang haid adalah hari 1).

Apa yang dilakukan semasa pap smear?


1. Anda akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan. 2. Spekulum (muncung itik), sepanjang 4 inci,akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka.

3. Dengan pandangan selari, doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel dari servik.
4. Sampel tersebut kemudiannya disebarkan di atas slaid kaca dan di sembur dengan alkohol. Seterusnya, ia dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi. Anda akan berasa sedikit tidak selesa walaubagaimanapun, keseluruhan prosedur ini tidak menyakitkan.

Apakah kelebihan lain pap smear?

Semasa prosedur pap smear, doktor juga boleh mengesan polip dan jangkitan.

Siapa yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser serviks?


Wanita yang dijangkiti Human Papillomavirus

dibahagian serviks mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser serviks. Human Papillomavirus biasanya menjangkiti mereka yang melakukan seks rambang kerana ia adalah sejenis penyakit bawaan seks. Kanser serviks juga kerap terjadi dikalangan wanita yang merokok.

Di mana saya boleh menjalani pap smear?


Anda boleh menjalani pap smear di klinik

sakit puan, pusat bersalin atau mana-mana klinik perubatan yang menawarkan ujian pap smear.

Penilaian Pap Smear

Penilaian kanser payu dara


Tanda-tanda awal
Penderahan @ lelehan luar biasa

daripada puting payu dara Perubahan luar biasa bentuk @ saiz payu dara Terdapat lekuk luar biasa pada payu dara Puting tertarik ke dalam Benjolan di payu dara @ ketiak

Faktor risiko menghidap kanser payu dara


Faktor risiko Umur Kategori Bawah 30 tahun 30-40 tahun 40 ke atas Mak cik @ nenek Ibu atau kakak Ibu dan kakak Sebelum berumur 30 tahun Selepas berumur 30 tahun Tidak pernah melahirkan Semasa umur 15 tahun Antara 12-15 tahun Di bawah 12 tahun Tahap risiko Rendah Sederhana Tinggi Rendah Sederhana Tinggi Rendah Sederhana Tinggi Rendah Sederhana Tinggi

Latar belakang keluarga Kelahiran anak pertama Sejarah akil baligh

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA


Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin

Ambil makanan mengandungi vitamin E,B-6 dan evening primrose oil

Hindari makanan berlemak dan bergoreng

Kurangkan minum kopi dan minuman bergas

Hindari makanan ringan yang masam

SEKIAN TERIMA KASIH