Anda di halaman 1dari 7

Jawapan Soalan 1:

TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON Menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di

persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini. Di dalam teori ini, Erikson memperkenalkan 8 peringkat perkembangan psikososial. Setiap peringkat saling berkait antara satu sama lain. Erikson mencadangkan individu perlu berhadapan dengan krisis perkembangan di dalam setiap peringkat yang mana pada setiap peringkat mempunyai matlamat untuk dicapai. Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang individu. 8 Peringkat Perkembangan Psikososial Erikson Peringkat 1. Asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan 2. Autonomi lawan keraguan Tahap Umur Dari lahir hingga 1 tahun Huraian

3. Inisiatif lawan rasa bersalah

4. Industri lawan rendah diri

Bayi perlu mempunyai hubungan yang erat, mendapat kasih sayang dan kepercayaan daripada penjaga. Sekiranya gagal, ketidakpercayaan timbul. 1 tahun hingga 3 Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini tahun tertumpu kepada perkembangan fizikal. Sekiranya berjaya dan menerima sokongan menimbulkan rasa percaya kepada keupayaan diri. Sekiranya gagal, mereka mula ragu-ragu terhadap keupayaan diri. 4 tahun hingga 5 Kanak-kanak cuba untuk berdikari, ada tahun inisiatif untuk melakukan sesuatu sendiri, sekiranya gagal boleh membawa kepada rasa bersalah. 6 tahun hingga 11 Kanak-kanak perlu menguasai kemahirantahun kemahiran tertentu di alam persekolahan, kegagalan akan membawa rasa rendah diri dan tiada keupayaan.

5. Identiti lawan kekeliruan identiti 6. Keintiman lawan keasingan

12 tahun hingga 18 tahun Awal dewasa 18 tahun hingga 35 tahun

7. Generativiti lawan kekakuan

8. Integriti lawan kekecewaan

Pertengahan dewasa 35 tahun hingga 65 tahun Lanjut usia 65 tahun ke atas

Mencari identiti diri bagi golongan remaja dalam pekerjaan, kemahiran, jantina dan bersosial. Mula membentuk keintiman dalam hubungan, menuju ke arah perkahwinan dan membina kerjaya. Kegagalan membawa kepada perasaan terasing dan tersisih. Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang baik. Kegagalan membawa kepada perasaan mementingkan diri sendiri. Kejayaan di dalam hidup berkeluarga dan karier. Kegagalan membawa kepada kesedihan dan kekecewaan.

Jawapan Soalan 2:
EMOSI Boleh didefinisikan sebagai satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Emosi dating dalam pelbagai bentuk seperti emosi gembira, sedih, takut, marah dan lain-lain. Tahap emosi juga pelbagai dan secara umumnya emosi dikelaskan sebagai emosi positif seperti gembira, teruja, girang dan emosi negatif seperti marah, sedih, kecewa dan lain-lain. Luahan emosi memberi gambaran kepada orang lain tentang perasaan seseorang dan gambaran emosi ini memberi impak kepada perhubungan individu dengan orang lain. Permulaan hubungan emosi antara ibu bapa dengan bayinya adalah melalui intonasi suara. Contoh: Intonasi suara seorang ibu dapat menenangkan bayinya yang sedang menangis.

Pada akhir tahun pertama seorang bayi, ekspresi muka ibu sama ada tersenyum, sedih atau tegang boleh mempengaruhi perkembangan emosi bayi. Ibu bapa yang sentiasa menunjukkan emosi yang positif dapat menghasilkan anak-anak yang tenang dan patuh arahan. Terdapat 2 konsep utama yang perlu dititikberatkan dalam perkembangan emosi kanak-kanak iaitu konsep regulasi emosi dan kompetensi emosi.

Jawapan Soalan 3:
Menurut Carolyn Saarni (Santrock, 2007) untuk menghasilkan individu yang mempunyai kompetensi emosi, beberapa kemahiran personal dan social yang harus dipratikkan. Antaranya: Kemahiran 1. Kesedaran emosi diri sendiri. 2. Mengenal pasti emosi orang lain. 3. Menggunakan perkataan-perkataan yang menggambarkan emosi yang relevan dengan situasi yang dihadapi. 4. Berempati dan simpati dengan keadaan yang dialami oleh orang lain. 5. Menyedari bahawa emosi dalaman tidak semestinya diluah secara luaran. 6. Mengawal emosi negatif dengan meregulasikan emosi tersebut. Contoh Boleh membezakan emosi diri dalam pelbagai keadaan. Memahami keadaan emosi orang lain. Menggunakan perkataan yang menggambarkan emosi dalam situasi tertentu dengan tepat dan sesuai. Sensitif terhadap perasaan orang lain yang sedang kecewa atau berduka. Seseorang yang sedang marah tidak semestinya menunjukkan kemarahan secara fizikal. Mengawal marah dengan meninggalkan situasi yang menyebabkan emosi tersebut atau fikirkan perkara-perkara yang boleh meredakan perasaan marah. Menunjukkan kemarahan kepada seseorang rakan mungkin boleh menjejaskan persahabatan.

7. Sedar tentang keupayaan emosi yang dapat mempengaruhi sesuatu hubungan.

Jawapan Soalan 4:
PERKEMBANGAN EMOSI Bayi Terdapat 2 kategori emosi pada bayi: i. Emosi utama Bermula pada 6 bulan pertama. Antara emosi utama yang timbul ialah terkejut, gembira, marah, sedih, takut, benci dan berminat. ii. Emosi kesedaran diri Emosi yang tercetus oleh sebab-sebab tertentu seperti perasaan empati, cemburu, malu (timbul pada usia sekitar 11/2 tahun). Perasaan bangga, rasa bersalah (timbul sekitar usia 21/2 tahun). Emosi utama menolong bayi berkomunikasi dengan persekitaran. Menangis dan tersenyum adalah antara ekspresi emosi yang pertama ditunjukkan bayi apabila berkomunikasi dengan penjaganya.

Menangis o Bentuk komunikasi utama untuk bayi berhubung dengan persekitaran. o Tangisan bayi yang pertama memberi makna paru-paru bayi sudah dipenuhi oleh udara. o Kebanyakan ibu bapa dapat mengenal tangisan bayi masing-masing sama ada ianya tangisan marah, sakit atau lapar. o Ada beberapa pendapat yang saling bercanggah sama ada bayi yang sedang menangis perlu ditenangkan. o Behavioris John Watson mengatakan ibu bapa yang selalu respon kepada bayinya yang menangis seolah-olah meneguh perbuatan itu menyebabkan bayi lebih kerap menangis.

o Sebaliknya Mary Ainsworth (Santrock, 2007) menekankan respon yang cepat dan menenangkan bayi akan membawa kepada hubungan yang lebih erat antara ibu bapa dengan bayinya. o Ini disokong oleh pakar perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa atau penjaga patut memberi respon terhadap tangisan bayi supaya menimbulkan rasa percaya bayi tersebut terhadap penjaganya seterusnya akan membuat dia rasa lebih selamat. Senyuman o Senyuman reflektif : Tingkahlaku secara sendiri tanpa rangsangan luar. (cth: senyman semasa tidur) o Senyuman bersosial : Tindakbalas dari rangsangan luar yang bermula pada umur 2-3bulan. Ia menunjukkan rasa selesa,selamat dan disayangi.

Ketakutan o Bermula sekitar umur 6 18 bulan. o Selalunya ia melibatkan keresahan dan ketakutan bila berdepan dengan orang yang tidak dikenali. Bayi menunjukkan ketakutan yang pelbagai terhadap orang yang tidak dikenali. o Ada bayi yang menunjukkan rasa kurang takut. Kebanyakan bayi akan rasa kurang takut pada orang asing/tidak dikenali sekiranya dia berada dalam situasi yang biasa baginya atau ketika berada bersama dengan orang yang dikenalinya (ibu bapa/penjaga). Awal Kanak-kanak o Lebih kepada emosi yang berbentuk kesedaran kendiri seperti bangga, malu dan rasa bersalah o Ciri-ciri kanak-kanak pada peringkat ini : Mempunyai peningkatan dalam perbendaharaan emosi. Boleh melabel emosi terhadap emosi diri dan orang lain dengan tepat

Boleh bercakap tentang akibat sesuatu emosi dan boleh mengenal pasti kaitan emosi dengan situasi tertentu. Menggunakan bahasa emosi semasa bermain.

o Ibubapa, guru dan orang dewasa haruslah bercakap dan berkomunikasi dengan mereka untuk menangani perasaan malu,bersalah,sedih dan marah. o Kanak-kanak patut diberi pendedahan tentang cara mengawal emosi.

Peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak o Banyak perubahan dalam perkembangan emosi peringkat ini : Lebih berkebolehan untuk memahami emosi-emosi yang lebih kompleks seperti bangga diri dan malu. Kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh mengadaptasi emosi-emosi tersebut pada situasisituasi yang relevan. Memahami bahawa lebih daripada satu emosi boleh timbul dalam sesuatu keadaan. Lebih menitikberatkan situasi-situasi yang membangkitkan emosi. Memahami situasi-situasi yang memerlukan perhatian. Lebih berjaya mengawal emosi-emosi negatif. Mempunyai keupayaan untuk mengawal tingkahlaku akibat daripada emosi negatif. Mempunyai initiative untuk menukar emosi-emosi tertentu kepada bentuk yang lebih bermanfaat. o Ciri-ciri kefahaman emosi pada peringkat ini ialah: Boleh berkomunikasi tentang emosi yang dialami dan boleh

memahami hubungan emosi dengan situasi yang dialami. Memahami bahawa sesuatu situasi boleh mengakibatkan emosi yang berlainan pada individu yang berlainan. Menyedari bahawa emosi terhadap sesuatu perkara boleh kekal lama selepas perkara itu berlalu.

Menunjukkan kesedaran tentang cara mengawal dan mengurus emosi berdasarkan keperluan sosial.

Remaja o Alam remaja terdedah kepada pengelolakan emosi. o Ketidalstabilan emosi sering meningkat di peringkat remaja. Contohnya: mereka boleh menunjukkan kegembiraan dan tiba-tiba menjadi moody o Mereka selalu merajuk dan tidak tahu bagaimana untuk meluahkan emosi mereka. o Mereka akan melepaskan emosi negatif kepada ibubapa atau orang yang terdekat sebagai satu helah bela diri iaitu mengalihkan sesuatu perasaan kepada orang lain. o Perubahan emosi secara mendadak ini mungkin disebabkan perubahan hormone kematangan. o Orang dewasa haruslah memahami perubahan yang dialami oleh mereka. o Berbincang dengan mereka cara-cara yang boleh digunakan untuk mengawal emosi dan sentiasa meluangkan masa untuk mendengar luahan perasaan mereka.

Anda mungkin juga menyukai