Anda di halaman 1dari 5

www.alraufi.blogspot.

com
17

MUNYATUL MUSOLLI
(Cita-Cita Orang Yang Bersembahyang)
06 SUNAT ABADH DAN SUNAT HAIAH
Sunat Abadh ()
Dan sunat sembahyang abadh itu, yakni yang dijabarkan ( - ditampalkan) dengan
sujud sahwi () sama ada sembahyang fardhu atau sembahyang sunat, delapan:
Pertama: Tasyahhud awal,
Keduanya: Duduknya (tasyahhud awal),
Ketiga: Membaca qunut,
Keempat: Berdiri baginya (membaca qunut),
Kelima: Membaca solawat atas Nabi j kemudian daripada qunut,
Keenam: Solawat atas Aali ( - keluarga Nabi j) kemudian daripada tasyhhud akhir,
Kedelapannya: Solawat atas Aali, kemudian daripada qunutnya.
Maka sekalian itu, manakala ia meninggalkan satu-satunya, maka sunat dijabarkan dia
dengan sujud sahwi, dua sujud pada akhir sembahyangnya, dahulu daripada salam, sudah
membaca solat (solawat) dan doa tasyahhud.
Sunat Haiah ()
Adapun sunat haiahnya, yang tiada dijabarkan dengan sujud sahwi itu, amat banyak:
1. Setengahnya, hendaklah diangkatkan dua tangannya serta permulaan takbir taharrumnya
() berbetulan tapak tangannya dengan bahunya dan hujung anak jarinya (berbetulan) dengan
cuping telinganya yang di atas dan dua ibu tangannya (berbetulan) dengan cuping telinganya.
Kemudian diturunkan keduanya, ditaruh di bawah dadanya dan digenggamkan tangan kanan pada
pergelangan tangan kiri, kesudahan hantarnya dengan kesudahan takbirnya bersama-sama, atas
yang dimuktamad pada Syarah Muhazzab ( ) dan Syarah Wasith ( ).
2. Dan setengahnya, membaca doa iftitah kemudian daripada takbiratul ihram. Sekurang
akmalnya:

(Allah Maha Besar dengan kebesaranNya, segala puji bagi Allah dengan sebanyak-banyaknya
dan Maha Suci Allah pagi dan petang.)
www.alraufi.blogspot.com
18
Dan yang akmalnya:


.
(Aku menghadapkan mukaku untuk Tuhan yang menjadikan sekalian langit dan bumi, dengan
keadaan lurus beragama dan aku bukan orang yang musyrikin (mempersekutukan Allah I).
Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku bagi Allah yang mentadbir sekalian
alam. Tiada sekutu bagiNya. Begitulah aku disuruh, dan aku dari orang-orang Muslimin
(Islam).)
3. Kemudian, maka membaca pada tiap-tiap rakaat:

(Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.)
4. Dan setengahnya, mengucap Amiin () kemudian daripada selesai membaca Fatihah.
Dinyaringkan pada sembahyang yang dinyaringkan Fatihahnya dan disirkan ( - perlahankan)
pada sembahyang yang disirkan. Dan sunat makmum mengucap Amiin bacaan imamnya
bersama-sama dengan ucap imamnya. Dan sunat berhenti Saktah ( - sebentar) antara Fatihah
dan Amiin, dan antara Amiin dan surah, dan antara surah dengan ruku.
5. Dan setengahnya, membaca surah pada imam dan munfarid ( sembahyang seorang
diri) pada dua rakaat yang pertama dipanjangkan pada sembahyang Subuh, dan Zohor kurang
sedikit daripadanya, dan Asor dan Isya pertengahan, dan Maghrib yang pendek. Dan pada
Subuh Jumaat Alif Lam Mim () (Surah) Sajdah dan Hal Ataa ( - Surah Al-Insaan).
6. Dan sunat mengucap Takbir Al-Intiqalaat ( memindahkan dari satu rukun
kepada satu rukun) yang lima, iaitu:
i. Takbir ruku,
ii. Takbir turun kepada sujud,
iii. Takbir bangkit daripadanya,
iv. Takbir sujud yang kedua dan,
v. Takbir bangkit daripada sujud (yang kedua) kepada qiyam.
Dan sunat mengangkatkan kedua tangannya seperti takbiratul ihram:
i. Tatkala hendak ruku,
ii. Tatkala bangkit daripada ruku kepada itidal permulaan angkat keduanya bersama-sama
angkat kepalanya.
iii. Dan demikian lagi, sunat mengangkatkan dua tangannya tatkala bangkit daripada
tasyahhud awal kepada qiyam.
www.alraufi.blogspot.com
19
7. Dan setengahnya mengucap:

(Maha Suci Tuhanku yang Maha Besar serta dengan segala kepujianNya.)
tiga kali di dalam ruku, dan:

(Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi serta dengan segala kepujianNya.)
di dalam sujud tiga kali, dan dilebihkan pada rukunya kemudian daripada tasbihnya jika orang
munfarid:

.
(Ya Allah! Aku ruku untukMu, aku beriman denganMu, dan aku beragama Islam keranaMu.
Pendengaranku, penglihatanku, otakku dan tulangku dan apa yang ditanggung oleh kakiku
kepadaMu.)
Demikian lagi dilebihkan kemudian daripada tasbih dua sujud:

.
(Ya Allah! Aku sujud untukMu, denganMu aku beriman dan denganMu aku Islam. Mukaku
sujud kepada Tuhan yang menciptakannya, membentuk rupanya dan memberi pendengaran dan
penglihatan kepadanya. Maha Berkatlah Allah yang mana Ia adalah sebaik Pencipta.)
8. Dan setengahnya, mengucap:

(Allah mendengar siapa yang memujiNya.)
serta permulaan angkat kepala. Maka apabila berdiri dibacanya:
.
(Tuhan kami! BagiMu segala puji sepenuh langit, dan sepenuh bumi, dan sepenuh apa jua yang
Engkau kehendaki seterusnya.)
Dan dilebih orang yang munfarid (dengan membaca):
`
.
(Ahli kepujian dan kebesaran, paling berhak apa yang diucapkan oleh hamba. Sekalian kami
adalah hambaMu. Tiada siapa yang dapat menghalang apa yang Engkau kurniakan dan tiada siapa
yang dapat memberi apa yang Engkau halangi dan tiada sebarang usaha yang boleh menghalang
habuan seseorang daripada Engkau.)
www.alraufi.blogspot.com
20
9. Dan setengahnya, sunat membaca qunut pada rakaat yang kedua daripada Subuh, dan witir
nisfu yang kedua bulan Ramadhan, dan pada tiap-tiap sembahyang jika kedatangan bala atau
percubaan, iaitu:



.
(Ya Allah! Tunjukkanlah aku jalan orang yang Engkau telah berikan petunjuk. Afiatkanlah aku
sebagaimana orang yang Engkau afiatkan. Kurniakanlah tanggungjawab kepadaku sebagaimana
orang yang Engkau kurniakan tanggungjawab. Berkatilah aku pada apa yang Engkau kurniakan.
Peliharakanlah aku dari segala kejahatan yang Engkau ciptakan. Sesungguhnya Engkau yang
melaksanakan, tiada siapa yang dapat melaksanakan terhadap Engkau. Sesungguhnya tiada siapa
yang dapat menghina orang yang Engkau jadikannya sebagai teman. Dan tiada siapa yang dapat
muliakan orang yang Engkau musuhi. Maha berkatlah Engkau serta Maha Tinggi. Pujian itu
bagiMu jua pada apa jua yang Engkau ciptakan. Aku mohon keampunan kepadaMu serta
bertaubat terhadapMu. Semoga melimpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Junjungan kami
Muhammad dan ahli keluarganya serta sekalian sahabatnya.)
Dan jika imam, dibaca dengan lafaz jama seperti dibacanya [ ] hingga akhir.
10. Dan setengahnya, sunat dibaca antara dua sujud:
.
(Tuhanku! Ampunilah daku, rahmatilah daku, tampunglah kekuranganku, rezekikanlah daku,
tunjukilah daku, afiatkanlah daku dan ampunkanlah daku.)
11. Dan setengahnya sunat membaca doa kemudian daripada tasyahhud dan solawat pada
tasyahhud akhir, iaitu:



.
(Ya Allah! Ampunilah daku apa yang terdahulu dan apa yang terkini yang telah aku lakukan, apa
yang aku lakukan secara tersembunyi dan secara terang-terangan, apa yang aku lakukan secara
berlebihan dan apa yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada aku. Engkaulah yang
terdahulu dan Engkaulah yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada azab kubur, cubaan semasa hidup dan mati,
juga cubaan Dajjal pembohong. Wahai Tuhan yang membalikkan segala hati tetapkanlah hatiku
terhadap agamaMu.)
www.alraufi.blogspot.com
21
12. Dan setengahnya duduk pada tasyahhud akhir tawarruk (). Iaitu duduk atas dua
punggungnya dan keluarkan kaki kiri di bawah betis kanannya.
13. Dan pada tasyahhud awal, dan duduk antara dua sujud, dan duduk istirahah iftirash (
) iaitu duduk atas tapak kaki kirinya dan mendirikan kaki kanannya.
14. Dan setengahnya sunat menggenggamkan anak jari tangan kanan tatkala menghantar pada
lutut kanan dan dihantarkan jari kiri di atas peha kirinya, berbetulan anak jarinya dengan kepala
lututnya kepada kedua tasyahhud. Dan kaifiatnya, menggenggamkan tangan kanan itu tiga jari
dan dilepaskan telunjuk dan ditaruh ibu tangannya di sisi telunjuk. Dan sunat mengangkatkan
telunjuk tatkala berkata:

(Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah)
Dan makruh menggerak-gerak akan dia.
15. Setengahnya sunat mengekalkan tilik kepada tempat sujud dan mengekalkan khusyu. Iaitu,
menghadirkan hatinya dan tetap segala anggotanya (zahir dan batin) dan tadabbur (). Yakni
mengirakan qiraahnya dan akan zikirnya.
16. Dan setengahnya masuk kepada sembahyang dengan rajin dan selesai hati (kosong) daripada
membimbangkan pekerjaan sama ada di dunia atau akhirat. Demikian lagi, hendaklah
menghadirkan hatinya akan kebesaran Allah I, Tuhan yang ia sembah.

Anda mungkin juga menyukai