Anda di halaman 1dari 7

Bola Baling

TOPIK 1: SEJARAH DAN PERKEMBANGAN BOLA BALING

1.1 PENGENALAN DAN ASAL USUL

Permainan bola baling berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan yang telah diubahsuai dari permainan-permainan seperti Czeska Hasenka di Czehoslovakia, Handbold di Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Semasa perang dunia pertama,permainan ini membabitkan tujuh orang pemain sepasukan dan dikenali sebagai Torball. Pada tahun 1917, bilangan pemain telah ditambah menjadi sebelas orang dan dimainkan di padang bola sepak. Permainan ini telah diasaskan oleh Heizer di Jerman dan permainan ini mula dikenali sebagai handball.Mengikut sejarawan Rusia,permainan ini melibatkan tujuh orang pemain sepasukan dan telah dimajukan oleh Edward Maly pada tahun 1909 di Kharkov.

1.2 PERKEMBANGAN SUKAN BOLA BALING

1.2.1 Peringkat Antarabangsa

Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelaraskan permainan ini. Pada tahun tersebut juga, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge di Amsterdam. Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam sukan Olimpik yang diadakan di Berlin. Enam buah negara telah menyertainya dan negara Jerman telah muncul sebagai juara. Pada tahun 1938 sekali lagi, Jerman menjadi juara dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia di mana 10 buah negara telah menyertainya. Pada tahun1946 (IAHF) telah ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini menggalakkan permainan menggunakan tujuh

orang sepasukan. Sekali lagi Kejohanan Bola Baling Sedunia telah diadakan pada tahun 1956 dan kali ini Sweden pula telah menjadi juara. Pada tahun 1956, undang-undang permainan ini telah diubahsuai dan diguna pakai sehinggalah ke hari ini. Antara negara yang menguasai permainan ini ialah Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungury dan juga Poland. Di Asia, Jepun, China dan juga Korea adalah antara negara yang terkuat di mana pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik tahun 1988 manakala pasukan lelaki telah memenangi pingat perak. Pada hari ini, sebanyak 68 buah negara telah mendaftar dengan IMF. Sementara itu, Kesatuan Bola Baling Asia pula telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di Teheran sedang berlangsung.. Ibu pejabat kesatuan ini ialah di Kuwait. (Lee Chin Choy,2005)

1.2.2 Peringkat Kebangsaan (Malaysia)

Permainan bola baling di Malaysia dianggap satu permainan yang baru. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1976 oleh Lim Hock Han. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan secara rasminya telah didaftarkan pada 11 Sep. 1985. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai presiden dan Lian Chin Nam sebagai Naib Presiden. Pada tahun 1986 persekutuan ini telah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling Asia. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan yang pertama telah diadakan pada 2 Jun 1982. Kejohanan Bola Baling Kebangsaan pula telah diadakan pada 7 Dis. 1985 dimana 11 pasukan telah mengambil bahagian.

1.2.3 Peringkat Sekolah dan Maktab Perguruan

Mulai tahun 1987, permainan bola baling telah diterima sebagai satu permainan yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus iaitu di Kompleks TUDM, Lumut tahun 1985 dan di Sekolah Menengah Sains Selangor pada tahun 1986 untuk melatih guru dari semua negeri dalam aspek kejurulatihan dan pengadilan. Di maktab perguruan pula, permainan ini telah disenaraikan dalam kegiatan kokurikulum pelajarnya dan menjadi salah satu permainan yang dipertandingkan antara maktab-maktab perguruan dalam Pestarama Maktab mulai tahun 1985. Di Malaysia, permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976 kepada sekumpulan guru dan pelajar di Selangor oleh Encik Lim Hock Han. Ketika itu, beliau bertugas sebagai pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan kemudian di Universiti Malaya. Seterusnya satu jawatankuasa kerja bola baling yang dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dari Unit Pendidikan Jasmani Dan Sukan, kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1978. sejak itu, kursuskursus bola baling untuk guru-guru telah dijalankan untuk mempopularkan permainan ini di kalangan pelajar sekolah. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan bagi lelaki dan wanita buat kali pertama telah diadakan pada 2 jun 1982. kejohanan ini telah disertai 12 buah pasukan dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan Universiti Malaya. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan telah didaftarkan secara rasmi pada 11 september 1982. persekutuan Bola Baling Malaysia pula telah didafarkan secara rasmi pada 11 september 1982. Persekutuan Bola Baling Malaysia pula telah didaftarkan secara rasmi pada tahun 1985. di peringlat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus bola baling bagi melatih guru dalam aspek pengadilan dan kejurulatihan.

TOPIK 2 : PERALATAN PERMAINAN 2.1 PENGENALAN Permainan bola baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan.Peralatan yang diperlukan ialah padang atau gelanggang iaitu padang tertutup atau terbuka,sebiji bola baling dan 14 orang pemain iaitu tujuh orang sepasukan.Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal permainan.

2.2 PADANG ATAU GELANGGANG

Permainan bola baling memerlukan permukaan gelanggang yang keras dan rata. Gelangggang yang digunakan boleh merupakan gelanggang bersimen atau berparket di dalam dewan yang tertutup. Gelanggang permainan berbentuk segiempat bujur, 40 meter panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar di garisan gol. Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang sama luas oleh satu garisan tengah. Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan gol yang berjejari 6 meter dari tepi dalam tiang gol. Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah garisan gol ialah pertukaran pemain dengan panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengah ialah 4.5 cm meter. Semua garisan dalam gelanggang perlu ditandakan secar jelas dengan ukuran sebenar 5 cm.

2.3 BOLA Bola yang digunakan dalam permainan bola baling adalah kecil bentuknya daripada bola sepak atau bola jarring tetapi lebih besar daripada bola takraw. Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah berwarna yang tidak terlalu keras. Berat dan lilitan bola untuk setiap kategori pemain adalah seperti berikut: 1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas) Bola saiz 3 Berat antara 426 g hingga 475 g Lilitan antara 58 cm sehingga 60 cm 2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga 16 tahun) Bola saiz 2 Berat antara 325 g sehingga 375 g Lilitan antara 54 cm sehingga 56 cm 3. Remaja perempuan (8 tahun sehingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun sehingga 12 tahun) Bola saiz 1 Berat antara 290 g sehingga 330 g Lilitan antara 50 cm sehingga 52 cm

4. MSSM a) Lelaki 18 tahun kebawah Bola saiz 3 Berat antara 426 g hingga 475 g Lilitan antara 58 cm sehingga 60 cm b) Perempuan 18 tahun ke bawah,lelaki dan perempuan 15 tahun ke bawah serta lelaki 12 tahun ke bawah. Bola saiz 2 Berat antara 325 g sehingga 375 g Lilitan antara 54 cm sehingga 56 cm c) Perempuan 12 tahun ke bawah Bola saiz 1 Berat antara 290 g sehingga 330 g Lilitan antara 50 cm sehingga 52 cm Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan disediakan bagi setiap perlawanan tidak boleh ditukar ganti kecuali dengan sebab-sebab tertentu. Di peringkat antarabangsa, hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF (Kesatuan Bola Baling Antarabangsa) dibenarkan dalam sesuatu pertandingan.

2.4 TIANG GOL

Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol terdiri daripada dua batang tiang tegak panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter. Kedua-dua tiang ini disambungkan oleh sebatang palang empat segi yang panjangnya 3.16 meter. Tiang gol diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa dan dicat dengan dua warna yang terang. Penjuru pertemuan antara tiang gol dengan palang harus dicat dengan warna yang sama dengan ukuran 28 cm. di bahagian lain tiang gold an palang, panjang warna yang sama adalah 20 cm. gol perlu dipasangkan dengan jaring. Lebar kayu tiang gol dan palang ialah 8 cm.

2.5 PEMAIN DAN PAKAIAN

Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain wanita terdiri daripada baju lengan pendek atau panjang, seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau but. Semua pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa (seragam) kecuali penjaga gol yang perlu memakai warna pakaian yang berlainan daripada pemain lain dalam pasukannya dan pemain pasukan lawan. Pemakaian segala alat yang dianggap berbahaya kepada pemain-pemain tidak dibenarkan. Setiap pasukan bola baling perlu terdiri daripada 12 orang pemain, iaitu 10 orang peamin gelanggang dan 2 orang penjaga gol. Pemain-pemain dibenarkan memakai jersi bernombor 1 hingga 20. nombor 1, 12, dan 16 dikhaskan untuk penjaga gol sahaja manakala nombor-nombor lain adalah untuk pemain-pemain gelanggang.

2.6 PEGAWAI PERMAINAN

Dalam sesuatu permainan bola baling, empat orang pegawai bertauliah diperlukan untuk mengawal permainan. Empat orang pegawai ini terdiri daripada : Pengadil garisan gol,iaitu pengadil yang bertugas di bahagian depan pemain penyerang. Pengadil gelanggang, iaitu pengadil yang bertugas di bahagian belakang penyerang ( kedua-dua pengadil di atas sering bertukar tugas mengikut situasi permainan ) Penjaga masa, iaitu pengadil yang ertugas mengawal masa permainan,mengawal pemain yang keluar masuk dari gelanggang,mengawal masa penggantungan dan mengawal kemasukan pemain. Pencatat,iaitu pengadil ditugaskan untuk mencatat bilangan jaringan goldan mengawal kemasukan pemain.

TOPIK 3 : KEMAHIRAN ASAS DALAM PERMAINAN BOLA BALING

3.1 PENGENALAN

Keupayaan pemain bola baling menangkap setiap bola hantaran rakannya dengan selesa dan selamat merupakan kemahiran asas dalam permainan ini. Prinsip utama dalam melakukan tangkapan dengan berkesan ialah dengan memerhatikan kelajuan bola, melakukan tangkapan yang selamat dan mengawal bola yang baik selepas bola ditangkap. Kedua-dua tangan hendaklah digunakan oleh setiap pemain semasa membuat tangkapan ini. Pemain juga hendaklah dalam kedudukan relaks selepas bola berada pada tangannya. Keupayaan membuat tangkapan amat bergantung kepada jenis dan cara hantaran yang diterimannya. Kemahiran menangkap bola bersama-sama membuat hantaran merupakan asas yang perlu dimiliki oleh setiap pemain bola baling. Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan oleh pemain. Perkara paling penting ialah setiap tangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis hantaran yang dibuat oleh rakan. Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan betul bermula daripada lontaran atau hantaran yang tepat dan sempurna. Untuk menangkap bola dengan tepat dalam apa jua keadaan dan situasi permainan, seseorang pemain mestilah memberikan perhatian pada faktor-faktor berikut:

1. Penglihatan pemain dan penerima hendaklah fokus pada bola. 2. Pemain yang akan menerima tangkapan hendaklah merenggangkan kedua-dua belah tangannya dan dihulur ke hadapan dalam kedudukan bersedia untuk menerima hantaran. 3. Pemain hendaklah memastikan jari kedua-dua belah tangnnya sentiasa terbuka bagi memudahkan mengawal bola, manakala ibu jarinya adalah tetap untuk menahan bola yang ditangkap. 4. Pemain membawa bola rapat ke dada dalam kedudukan yang selamat. Ini dilakukan sebaik sahaja bola ditangkap.

5. Pemain beralih kepada kedudukan yang seimbang dan selesa untuk melakukan tindakan seterusnya, seperti membuat hantaran, menggelecek, membuat jaringan atau pergerakan lain. 6. Pemain hendaklah memastikan kedudukannya seimbang, sebaik-baiknya dengan meletak sebelah kakinya ke hadapan dan berjarak seluas bahu dengan kaki belakangnya. 7. Bola yang diterima berada diatas pinggang perlu ditangkap dengan tangan terbuka dan jari-jari menunjuk ke atas dengan ibu jari berbentuk w di belakang bola. Untuk bola yang berada di bawah pinggang, tangan diterbalikkan dan bola disentuh hanya pada jari. Untuk menangkap bola terlalu rendah, satu kaki dikeluarkan ke depan, lalu lutut membengkok dan tangan terbalik. 8. Pemain hendaklah mampu menerima sebanrang jenis hantaran daripada rakan umpamanya hantaran yang liar meninggi, rendah, ke sisi dan dalam keadaan statik atau bergerak , dan pada kelajuan yang berbeza-beza.

Pemain perlu berupaya menangkap pelbagai hantaran seperti hantaran tinggi, hantaran rendah dan hantaran sisi sama ada dalam kedudukan bergerak atau statik. Semua prinsip dalam tangkapan merupakan asas yang perlu diketahui oleh semua pemain sama ada mereka yang baru mempelajari permainan ini mahupun mereka yang sudah lama bermain. Sebagai pemain, anda perlu berlatih dengan betul kerana dalam permainan bola baling, kemahiran menghantar dan menangkap menjadi asas penting yang harus dimiliki oleh setiap pemain. Satu perkara paling sukar untuk pemain-pemain baru ialah keberkesanan mengawal bola sebaik-baik ia tiba di tangan pemain yang membuat tangkapan. Selain daripada dapat mengurangkan kemungkinan kecederaan pada jari, tangkapan bola yang betul dapat mengawal dan mengekalkan penguasaan bola untuk diri pemain dan pasukannya.

3.2 ANSUR MAJU

3.2.1 Latihan menghantar dan menangkap

Oleh sebab gerakan menghantar dan menangkap dianggap sebagai satu kemahiran, maka latihan untuk kedua-dua gerakan ini adalah wajar diadakan berasama. Setiap pemain harus diberi kesempatan memegang bola atau cuba bermain dengan bola di peringkat awal khususnya untuk sesi latihan. Bola plastik yang saiznya hampir sama dengan bola sebenar boleg digunakan untuk tujuan ini.

3.2.2 Latihan dalam kedudukan duduk

Kaedah ini untuk mengembangkan teknik yang betul adalah dengan kedudukan duduk, iaitu kaki direngggangkan ke depan, dan pelatih berhadapan antara satu sama lain atau mengahadap dinding

pada jarak 2 meter. Tangan diangkat lurus dan tubuh ditolak ke belakang. Bola dipegang menggunakan tapak tangan, dan dihantar kea rah dinding atau kepada rakan menggunakan lengan depan, jari serta pergelangan tangan. Teknik dan kekuatan ditinggalkan dengan menjauhkan jarak.

3.2.3 Latihan dalam kedudukan berdiri dan berlari

1) Dua orang pemain menggunakan sebiji bola setiap seorang dalam kedudukan berdepan dengan dinding. a) Jarak antara kedua-dua pemain dengan dinding ialah 3 meter. b) Hantaran dan tangkapan bola dilakukan anatar kedua-dua pemain dengan membuat lontaran ke dinding. c) Pelbagai jenis hantaran dilakukan oleh kedua-dua pemain. 2) Dua pemain menggunakan satu bola. a) Hantaran dan tangkapan mudah bola di buat secara berpasangan dengan menggunakan pelbagai jenis hantaran dan tangkapan. b) Pemain menghantar bola tanpa henti antara satu sama lalin dalam kedudukan berjalan, seterusnya diikuti kedudukan berlari dengan cara bergerak ke depan dan ke belakang. c) Pemain melakukan hantaran atas bahu, hantaran jauh dan hantaran lantun. 3) Tiga pemain menggunakan satu bola. a) Pemain yang berdiri dalam bentuk segi tiga melakukan hantaran biasa sesama sendiri. b) Hantaran dipelbagaikan dengan kelajuan dan arah yang berlainan. c) Tiga kon atau halangan diletakkan dalam bentuk segi tiga. Permainan berlari mengelilingi kon tersebut sambil membuat hantaran. Ulangi beberapa kali dengan mengubah arah dan kelajuan. 4) Hantaran berkumpulan dalam barisan. Pemain dibahagikan kepada dua kumpulan dengan enam orang berada dalam satu kumpulan. Mereka berbaris dengan berhadapan antara satu sama lain pada jarak 5 hingga 10 meter. 5) Hantaran zigzag dalam barisan. Pemain disusun berjarak 5 meter antara satu sama lain dalam dua barisan yang juga berjarak 5 meter antara 2 baris. 6) Hantaran dalam barisan. a) Hantaran dibuat dari kiri ke kanan dengan menggunakan hantaran sisi. b) Hantaran dibuat dari kanan ke kiri dengan menggunakan hantaran dada. c) Pemain melakukan hantaran menggunakan beberapa jenis hantaran lain. 7) Hantaran dalam bulatan. a) Pemain membentuk bulatan. b) Pemain menghantar dan menangkap bola dari pelbagai jenis arah, jenis dan kelajuan.

Anda mungkin juga menyukai