Anda di halaman 1dari 2

SOALAN 1 TAKRIFKAN LIMA KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI DALAM HUBUNGAN ETNIK.

Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik (Ahmad Haji Kambar, 1987).

Asimilasi
Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat Jawa, Cina, Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya asimilasi.

Segregasi
Ia merupakan hubungan yang bersifat pemisahan diantara etnik - etnik dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan diantaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Ia wujud sama ada didasari oleh undang - undang atau tidak seperti Dasar Apathied di Afrika Selatan.

Akulturasi
Merupakan satu proses sosial yang timbul di dalam suatu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadkan dari satu kebudayaan asing. kebudayaan asing itu akhirnya dapat diterima dan diolah kedalam kebudayaannya sendiri tanpa menyebabkan hilangnya unsur kebudayaan asal kelompok itu sendiri.

Amalmagasi
Merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis - jenis budaya dan ras yang baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi terjadi ialah perkahwinan campur antara etnik.

Akomodasi
Merupakan proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain. Namun mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu sama lain. Di peringkat pemerintahan pusat etnik mempunya wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan mereka saling bergantungan.

SOALAN 2 JELASKAN MAKSUD PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

Maksud Pluraliti.
Pluraliti bermaksud kemajmukan ataupun kepelbagaian. Masyarakat Asia Tenggara secara semula jadinya hidup dalam kepluralitian , tanpa paksaan oleh mana2 pihak / kuasa. HURAIAN : Pluraliti Masyarakat dari negara lain datang berdagang secara sukarela untuk cari kehidupan dan kekayaan. Mereka datang bersama ahli keluarga, kadangkala mereka bersepakat untuk tinggal terus/menetap- keputusan secara bersama ini menyebabkan hidup mereka tenang. KESANNYA: Wujud interaksi yang harmoni dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosialpolitik-agama di tempat baru. Mereka sanggup juga berkahwin dengan masyarakat tempatan (asimilasi) seperti masyarakat Cina baba. Amalan dan adat resam yang diamalkan oleh pendatang juga diterima pakai oleh penduduk tempatan.

Maksud Masyarakat Pluralistik.


Ciri dari segi politik Masyarakat pluralistik pula ialah terbentuk akibat penjajahan dan tiada azam sosial bersama. Pembentukan masyarakat berubah kepada bercirikan pemaksaan dan perbezaan. HURAIAN : Masyarakat Pluralistik Ciri pluraliti musnah dengan kedatangan kuasa kolonial dan imperial Eropah. Mereka bongkar-musnah, dan perkenalkan sistem2 kerajaan mereka serta pecah/bahagikan wilayah ini kepada satu komuniti masyarakat pluralistik. Masyarakat migran yang dipaksa datang dan dipaksa bergaul dengan masyarakat & sistem yang sedia ada dalam masyarakat peribumi. Masyarakat migran itu pula datang dari pelbagai tamadun (China & India) yang dibawa masuk untuk jadi buruh demi kepentingan ekonomi-politik pihak penjajahan. Mereka datang tanpa keluarga bersama. KESANNYA: Hasrat untuk pulang ke negara asal tidak pernah padam dari jiwa mereka, gagal berasimilasi dengan penduduk tempatan, alam sekitar sistem politik-sosial-agama. Tapi niat nak kembali tidak tercapai, akhirnya mereka wujudkan kelompok masyarakat dengan sistem sosio-politik-agama mereka sendiri. Akibatnya, wujud kelompok2 masyarakat yang hidup dengan dunia mereka sendiriterasing dari kelompok yang lain walau di tempat yang sama.

Disediakan oleh, Noor Liza Binti Akuan Pengajian Matematik Kumpulan 3 PPG Ambilan Feb 2012

Anda mungkin juga menyukai