Anda di halaman 1dari 8

Sejarah dan perkembangan : -Prgkat awal kehidupan manusia, berlari penting untuk mengelak diri dari binatang buas.

Aktiviti ini beransur-ansur menjadi aktiviti rekreasi. -Perlumbaan lari berpagar mempunyai asal usul dalam sektor pertanian yang mana asalnya pagar ialah kandang kambing biri-biri.

Binaan palang -Pagar diperbuat daripada logam berpalangkan kayu -Mengandungi 2 tiang penyokong bingkai empat segi -Pagar-pagar dilaraskan ketinggiannya bagi setiap acara -Lebar pagar 1.18 m ke 1.20 -Panjang maksimum tiang penyokong ialah 70 sm -Berat pagar tidak kurang drp 10 kg -Lebar palang 7 sm -Semua larian mengikut lorong, semua peserta mesti berada di lorong masing-masing.

FASA LARI BERPAGAR -2 fasa ; 1. Fasa larian pecut dari permulaan dan melepasi pagar dengan licin. 2.Larian antara pagar dan selepas pagar terakhir,sehingga ke garis penamat. -Permulaan dan gaya larian adalah seperti larian pecut. -Larian melepasi pagar termasuklah lonjakan,melepasi pagar dan pendaratan.

TEKNIK-TEKNIK LARI BERPAGAR TIPS: -Tentukan kaki mana yang digunakan sebagai kaki lonjakan. -Badan dicondongkan ke hadapan. -Melonjak dari jarak yang sesuai. -Elak melonjak dari jarak yg dekat krn elak pelanggaran pagar. a) Pergerakan kaki hadapan -diangkat dengan cepat, lutut di bengkokkan -Kaki hadapan melepasi pagar @ tumit kaki melangkah melepasi halangan, terus dijatuhkan utk mencecah tanah seberapa cepat yg mungkin. b) Pergerakan kaki belakang -Apabila kaki hadapan ditendang ke hadapan, kaki belakang masih di tanah,badan dicondong ke hadapan.

c) Pergerakan tangan -Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah ke hadapandihulur dan menolak ke hadapan, selari dengan kaki hadapan. -Tangan pd kaki melangkah dihayun ke belakang. -Tangan hadapan dikilas ke belakang, kaki belakang di bawa melepasi pagar. -Badan tegak untuk imbangan badan.Imbangan dibantu oleh kedua-dua tangan. -Kepala tegak, mata pandang hadapan untuk larian pantas seterusnya. -Larian diteruskan dengan teknik tangan dan kaki berlari pecut.

LATIHAN ANSUR MAJU 1. Halangan atas tanah -langkah tali yang direntang ditanah. -berlari dan melagkah batang rotan rendah. 2.Halangan dengan ketinggian -berlari dan melangkah tali anjal yg direntang. -berlari dan melangkah kaki dan lutut. -berlari dan melangkah gulungan tilam. -berlari dan melangkah bangku panjang.

3.Melangkah bahagian tengah 2 halangan a)melangkah tengah halangan. b)melangkah tengah halangan secara berulang. 4.Menendang ke hadapan a)tendangan karate b)tendang bola 5.Melangkah pagar -guna pagar halangan rendah, jarak 1-1.5m antara halangan. -Kaki hadapan dibengkokkan,diangkat melepasi hlgn,dijatuhkan serta merta bila tumit melepasi halangan. -Kaki mencecah anah, kaki belakang di bwa cepat melepasi halangan

6.Latihan kaki belakang dgn menggunakan pagar -pagar diletakkan di sebelah sisi kanan. -badan dicondong ke hadapan, kedua-dua belah tangan diletakkan pada dinding. -kaki kanan dihayun ke belakang,hayun kaki kanan ke atas dan hadapan. -hayun kaki kanan ke hadapan, lutut dibengkokkan. -angkat lutut ke atas,dan kesebelah sisi kanan utk lepasi pgr. -kaki kanan mendarat di hadapan pagar. -ulang aktiviti

Anda mungkin juga menyukai