Anda di halaman 1dari 4

Jangan makan : makanan pedas,masam,makan berminyak,kopi,the

Elakkan dari mengambil susu rendah lemak atau susu high low. Orang barat menakutkan kita semua dari minum susu biasa (fullcream). Sebenarnya mereka ini membuat fitnah. Insya Allah susu lembu biasa atau susu tepungnya) mengandungi khasiat rawatan penyakit gastrik. Bila anda menggunakan susu rendah lemak, HL atau Anlene, khasiat ini telah hilang. Bila keadaan gastrik masih kerap, elakkan dari makan roti kerana ia mengandungi yeast. Gantikan dengan biskut cream cracker adalah lebih baik. Roti naan dan piza ada mengandungi yeast juga, elakkan. Perbanyakkan makan nasi lebih baik bagi makan tengahari dan malam.

Cadangan : 1. pagi minum susu (boleh campur horlick) dengan biskut cream cracker atau kuih (tidak mengandungi pulut atau ubi atau keledek atau kentang) 2. 10.30 minum susu dengan kuih atau biskut 3. tengahari makan nasi dan elakkan sayuran yang berangin seperti sayur nangka, pisang dsb. Jangan minum air batu selepas makan atau air manis. Berubah kepada air suam selepas makan tengahari. 4. pukul 4 ptg minum susu dengan biskut atau kuih. Elakkan kuih yang ada yeast seperti donat, kuih dari pulut dan yang pedas. Juga elakkan makanan dari ubi, keledek, keladi dan kentang. 5. Makan malam dengan nasi (bukan roti) disudahi air suam. 6. Sebelum tidur minum susu lagi. 7. Elakkan teh, nescafe, sunquick, orange squash, milo, air limau 8. Elakkan makanan mengandungi cuka. 9. Kalau boleh cari jus mengkudu pun baik juga dan lebih baik buat

sendiri (optional) 10. Elakkan ubat doktor dan habbatusauda

InsyaAllah kalau diamalkan angin berkurang dan selepas 2 bulan gastrik dah lega.

SELAMAT MENCUBA.....

1. Jangan minum sesuatu yang berkafein seperti kopi atau teh (kecuali teh herba) 2. Jangan minum/menggunakan krimer dalam minuman, contoh krimer adalah susu pekat manis. 3. Makan ikut waktu dalam 4-5 hidangan kecil sehari (kalau gastrik tahap tinggi kena makan hidangan kecil setiap 2 jam sekali), jika berpuasa rancang puasa anda supaya tidak gastrik (seperti mengambil Proton Pump Inhibitor ketika sahur) 4. Makanan yang mempunyai sifat PALM Pedas, angin, lemak, masam, sila kurangkan 5. Pastikan makanan yang diambil itu seimbang, cukup karbohidrat dan protein, dan jangan sesekali mengabaikan sayur. 6. Juga digalakkan mengambil serat tinggi melalui sayuran dan buahan atau lain-lain supplemen bagi memastikan sistem pengkumuhan badan (berak) secara teratur setiap hari. 7. Kunyah makanan perlahan-lahan sehingga makanan tersebut benar-benar hancur sebelum telan, ini untuk memudahkan lagi proses pencernaan dalam perut (petua ini juga merupakan sebahagian sunnah nabi). 8. Selepas sarapan atau sebelum makan tengahari minum sesudu khal tamar (cuka kurma). 9. Awalkan makan malam supaya selepas pukul 8 atau 9 malam tiada lagi aktiviti makan berat. Sebelum tidur, jika ada kemampuan kewangan ulangi minum madu + habatusauda, susu kambing, khal tamar dan sesudu minyak zaitun `extra virgin selang 20 minit antara satu dengan lain (untuk kos keseluruhan, boleh rujuk pada akhir senarai). 10. Amalan meminum susu kambing dikatakan membantu, tetapi susu rendah lemak seperti susu skim juga boleh (jangan minum ketika sakit gastrik, tapi minum sesudah lega dari sakit gastrik). Minum pada sebelah malam 1-2 jam sebelum masuk tidur. 11. Amalan meminum susu yogurt juga membantu untuk memperkuatkan bilangan bakteria-bakteria baik dalam sistem penghadaman, sekaligus mengurangkan H. pylori dari bermaharajalela dan membuat onar dalam perut. 12. Bila rasa gastrik itu seolah-olah nak datang, boleh cuba minum yakult, terbukti berkesan untuk beberapa orang pembaca. 13. Daripada memakan roti, lebih elok makan sumber karbohidrat berserat seperti nasi dan oat. 14. Boleh mencuba ubat yang bernama WEI TONG NING yang boleh didapati dari tabib cina (kedai cina) 15. Berdasarkan nasihat pengamal perubatan cina, kacang tanah dan halia amat penting dijauhi oleh pengidap gastrik. Walaupun agak pelik terutama halia yang dikatakan penghambat angin, ia tidak membantu dalam kes gastrik ini. Sebaliknya bawang putih digalakkan. Ambil dalam bentuk kapsul untuk lebih konsisten. 16. Ubat gaviscon kalau gastrik dah teruk memang tidak berkesan (dah beritahu siap-siap, tak perlu bazir duit beli untuk rawatan segera). Kalau untuk tujuan pencegahan selepas sakit tak jadi masalah. 17. Lactose-s keluaran Elken dikatakan berkesan dan bagus, tapi sedikit mahal. 18. Gamat dipercayai amat membantu melawan penyakit gastrik untuk jangka masa panjang. Produk keluaran gamatemas, iaitu bioseed, spirulina dan gamat plus, atau GAMAT keluaran HEALIN atau Gamogen mungkin boleh cuba (tapi bukan semua orang boleh makan jika ada alahan terhadap makanan laut)

19. APO 250mg dari farmasi (terbukti mujarab untuk 2 orang pesakit dalam ruangan diskusi blog berkenaan untuk rawatan jangka masa panjang) 20. Enzim Noni (buah mengkudu) juga didakwa membantu 21. Minum ekstrak air bawang merah 1 sudu besar setiap pagi, ketika kisar tambah dengan air suam sedikit. Selawat 3x & Bismillah. mula minum akan rasa pening & panas sedikit. Kalau rasa tak selesa selepas 1/2 jam, minum 1 gelas air suam. Antara khasiat air bawang merah (kecil) ialah melancarkan peredaran darah & menolak angin dalam badan (kurangkan sesak nafas ketika gastrik). 22. Bila sakit dah sembuh, bersenam jangan dilupa untuk kebaikan sistem penghadaman. 23. Jika anda merokok, sila berhenti merokok. 24. Ceriakan diri dan elak stress. 25. Ubat hanya penawar sementara, ubat yang lebih utama ialah cara kita mengawal ambilan makanan, jadual makan, riadah dan tidur yang cukup, ini adalah penawar jangka panjang yang terbaik.

Anda mungkin juga menyukai