Anda di halaman 1dari 21

1.0 Pendahuluan Bahasa merupakan alat berkomunikasi yang wujud seiring dengan kewujudan manusia itu sendiri.

Melalui bahasa , manusia dapat melahirkan idea, perasaan dan berhubung di antara sesama mereka. Bahasa dikuasai secara semula jadi atau dipelajari secara formal atau tidak formal. Keupayaan berbahasa dengan baik membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan lebih berkesan lagi.Kanak-kanak berkeperluan khas dalam masalah pembelajaran memang diakui mengalami masalah dalam menguasai kemahiran bahasa. Justeru mereka mengalami masalah untuk mengikuti pelajaran dan juga berkomunikasi dengan rakan sebaya mereka. Guru perlu memahami masalah yang dihadapi oleh murid-muridnya supaya dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu akan berlangsung dalam suasana hambar dan kurang berkesan sekiranya tidak dirancang sebaik mungkin. Seorang guru berupaya menghasilkan satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan sekiranya guru merancang bahan,teknik dan kaedah yang sesuai dengan murid-murid.Penyampaian dan pengajaran guru, memerlukan kaedah dan teknik yang sesuai dengan murid-murid dan juga objektif pengajaran tersebut. Pemilihan kaedah pengajaran perlu dibuat dengan teliti supaya murid-murid dapat mengikuti pengajaran guru dengan lancar dan berkesan.Anda telah didedahkan dengan beberapa jenis kaedah dan teknik pengajaran bahasa yang boleh anda gunakan dalam pengajaran bagi membantu anda mengajar terutamanya kanak-kanak bermasalah pembelajaran. 1.1 Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri ke arah memperoleh ilmu pengetahuan. Tujuan membaca bagi memahami teks yang dibaca dan kandungan teks memberi makna kepada pembaca (Yahya 2005). Keupayaan membaca merupakan suatu kemahiran yang amat bernilai dan merupakan proses yang dinamik, iaitu memerlukan komunikasi yang aktif dan bermakna antara pembaca dengan penulis. Membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan antara bentuk dengan bunyi dan melalui

pengalaman serta berupaya mentafsirkan maksudnya. Pemahaman bacaan bergantung pada gabungan dari segi pengetahuan bahasa, gaya kognitif, dan pengalaman membaca. Sementara itu, kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa, audiens, dan gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan membaca dan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu. Berdasarkan Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KPM 2003), bahawa setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, bakat dan kebolehan. Oleh yang demikian, guru seharusnya memahami keperluan konsep pemulihan di dalam bilik darjah bagi mengatasi permasalahan menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan murid sekolah rendah di luar bandar. Pelbagai usaha telah dan akan dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Jabatan Pelajaran Negeri dengan Pejabat Pelajaran Daerah bagi merangka program kecemerlangan murid contohnya Kelas Intervensi Awalan Membaca dan Menulis (KIA2M), Program Literasi dan Numerasi (LINUS), dan Program Bimbingan Membaca dan Menulis (PROBIM). Melalui program program yang dirancang diharapkan dapat membantu serta memenuhi keperluan murid-murid ini. Program pemulihan merupakan satu pendekatan bagi mengatasi murid-murid yang mengalami kelemahan kemahiran yang tertentu. Perhatian guru yang serius dalam memenuhi tuntutan murid ini dapat membantu mengembangkan potensi dan meningkatkan keyakinan murid tersebut untuk bersaing dengan rakan mereka yang cerdas. Dalam usaha mempertingkat kemahiran bahasa murid-murid ini, guru

mempunyai peranan yang besar. Menurut Roselan (2003), kemahiran berbahasa

merupakan kemahiran asas yang amat penting dan perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru sebagai pelaksana kurikulum perlu mengambil berat tentang objektif kurikulum yang digubal bagi membolehkan hasrat kerajaan tercapai. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan projek untuk meninjau keperluan pengajaran pemulihan, iaitu melalui Program KIA2M (Kelas Intervensi Awalan Membaca dan Menulis) mengesahkan bahawa keperluan pengajaran pemulihan amat diperlukan. Justeru, Bahagian Sekolah-Sekolah KPM telah merangka program pengajaran pemulihan di sekolah rendah bagi memenuhi keperluan murid-murid lembam ini (Abdul Rasid dan Zulkafli 2008). Namun sekarang program ini diberi perubahan tetapi matlamat yang sama, iaitu Program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang telah dicadangkan oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 15 Januari 2010. Program ini memberi penekanan kepada literasi Bahasa Melayu, iaitu lisan, bacaan dan tulisan serta ditambah dengan kemahiran asas kiraan

sertamemahami ideamatematik yang mudah.

2.0 Masalah Pembelajaran Kemahiran Membaca dan Menulis Murid-murid sekolah rendah merupakan aset negara pada masa hadapan bagi meneruskan kesinambungan bangsa dalam memajukan negara menjelang Wawasan 2020. Walau bagaimanapun, wujudnya jurang pemisah dalam membangunkan generasi muda dalam keseimbangan potensi individu. Penekanan dalam konsep kepelbagaian kecerdasan serta perbezaan individu murid menjadikan pendidikan pemulihan sebagai pilihan dalam membantu mereka agar berjaya mencapai matlamat kehidupan dan kejayaan sistem pendidikan di negara ini. Sehubungan itu, pemulihan merupakan satu pendekatan yang berbeza daripada kelas biasa dalam sistem persekolahan kebangsaan. Pendidikan pemulihan berfokuskan objektif memulihkan sesuatu kekurangan atau sesuatu kecacatan dalam membentuk kemahiran pembelajaran murid.

Permasalahan murid-murid lembam amat merisaukan bukan sahaja ibu bapa tetapi juga masyarakat dan kerajaan. Masalah pencapaian yang rendah atau masalah

pembelajaran murid kebiasaannya dipengaruhi oleh faktor psikologi, biologi dan persekitaran (Roselan 2003). Tahap kecerdasan dan psikologi yang rencam dalam kalangan murid adalah akibat pelbagai faktor genetik, kecacatan fizikal murid, persekitaran dan sebagainya yang berkecenderungan menimbulkan permasalahan untuk

mempelajari dan mengingati sesuatu yang diajar oleh guru. Selain itu, tahap kesihatan serta gangguan emosi sering menjadi punca masalah pembelajaran. Murid yang mewarisi tahap kecerdasan yang rendah sering memperlihatkan gangguan emosi seperti bimbang, takut, marah dan berbagai-bagai perasaan lagi yang pastinya menjejaskan tumpuan dan perhatian terhadap pembelajaran (Zulkifley 2006). Selain gangguan emosi terdapat juga masalah biologi seperti masalah kesihatan fizikal dan fungsi neurologi murid. Akibatnya kesihatan murid terjejas seperti penyakit keturunan, asma, sinutitis, sawan, kecacatan alat artikulasi dan sebagainya sering menjejaskan minat dan tumpuan murid terhadap pelajaran. Oleh itu, kepintaran atau kebijaksanaan berpunca daripada kecekapan sel-sel neuron dalam otak manusia bukan sahaja mewujudkan pengetahuan tetapi memberi pengalaman yang bermakna. Permasalahan persekitaran merupakan suatu fenomena luaran yang berlaku akibat amalan sistem persekolahan dan pembentukan bahasa murid. Sistem persekolahan yang sering mengamalkan kurikulum yang kompleks dan tidak prihatin terhadap keperluan murid yang berbeza-beza keupayaan, guru lebih terikat dengan waktu untuk menghabiskan sukatan pelajaran daripada menumpukan pembelajaran merupakan ketidakcekapan pengurusan pengajaran sekolah. Aspek kemampuan murid yang berbeza diabaikan, maka jurang perbezaan murid semakin ketara antara mereka. Tambahan lagi, sebilangan murid yang tercicir daripada arus perdana pembelajaran di sekolah adalah akibat faktor pembentukan dan penggunaan amalan berbahasa yang tidak baku. Kekurangan pengalaman dan pergaulan yang tidak sihat menjadikan murid lebih terdedah kepada pertuturan dan amalan penggunaan bahasa daerah, bahasa pasar juga sebagai penyumbang kepada permasalahan pembelajaran Bahasa Melayu.

Pengaruh faktor-faktor yang tertentu mewujudkan masalah dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis murid. Kelemahan menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid berasa rendah diri dan masalah disiplin diri merosot. Murid-murid ini beranggapan bahawa perlakuan yang melanggar norma amalan di sekolah bertujuan menarik perhatian guru dan rakan-rakan. Sifat rendah diri akibat kegagalan yang berterusan membawa kepada konsep kendiri yang rendah. Tingkah laku agresif, negatif, kebudak-budakan serta bermuram adalah petunjuk-petunjuk masalah emosi yang serius. Ini akan menjejaskan keupayaan mereka untuk menguasai kemahiran bahasa yang lebih berkesan. Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan membaca yang ada dalam diri murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca, tidak membunyikan perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya. Ini menimbulkan pola bacaan yang merangkak-rangkak dan pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan tersebut. Selain itu, murid ini juga lemah dan tidak berminat mencari maklumat yang terdapat dalam gambar rajah atau bahan rangsangan yang diberikan oleh guru. Menurut Yahya (2004), membaca merupakan proses interaksi antara teks dengan imaginasi pembaca. Justeru, guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran membaca agar dapat menjadikan pengajaran lebih bervariasi, menarik serta dapat menimbulkan minat murid untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Apabila seseorang murid tidak menguasai kemahiran membaca menyebabkan mereka tidak menguasai kemahiran asas, iaitu kemahiran lisan. Antara kelemahan murid dalam kemahiran lisan adalah seperti salah membunyikan huruf yang seakanakan sama bentuknya, membunyikan huruf tertentu, keliru membunyikan nama huruf yang seakan-akan sama. Hal ini pasti menjadikan murid salah faham menyebut susunan rangkai kata, ayat, intonasi dengan gaya yang betul. Ketidakupayaan murid menguasai kedua-dua kemahiran ini pasti memberikan masalah kepada mereka untuk

melahirkan ekspresi melalui tulisan. Antaranya, masalah ketidakcekapan koordinasi mata dan tangan semasa menulis. Ketidakupayaan ini dikesan semasa murid memegang pensel dengan cara yang tidak betul. Akibatnya murid tidak dapat menulis garis perkataan dengan tepat serta mencampur aduk huruf besar dengan huruf kecil dalam satu ayat. Manakala kelemahan dalam menghasilkan makna dalam penulisan karangan pula, iaitu murid lemah menyusun ayat dan buah fikiran mengikut wajaran fikiran mereka serta meninggalkan perkataan tertentu semasa menulis. Ketidakcekapan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid tidak berminat untuk belajar dan tidak memberikan tumpuan sepenuhnya. Selain itu, faktor luar kawalan juga penyebab kepada masalah penguasaan kemahiran ini antaranya masalah kecacatan, penyakit dan genetik. Hal ini ditambah dengan faktor persekitaran seperti kemiskinan dan kurang perhatian daripada ibu bapa juga merupakan penyumbang kepada permasalahan menguasai kemahiran membaca dan menulis. Walau bagaimanapun, masalah ini bukanlah penghalang kepada guru dan sekolah serta dijadikan alasan untuk tidak membantu murid yang bermasalah dalam pembelajaran. Pelbagai usaha serta bantuan daripada kerajaan dan KPM seharusnya menjadi pemangkin serta dorongan bagi guru dan sekolah agar terus berusaha membantu murid bermasalah dalam pembelajaran. Hal ini dapat diperoleh melalui matlamat Misi Nasional dalam tempoh 2006-2010, iaitu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) tertumpu kepada projek membangunkan prasarana sekolah di luar bandar, meningkatkan kadar kehadiran murid di sekolah dan mengurangkan kadar keciciran, meningkatkan bilangan guru terlatih di sekolah luar bandar serta mempertingkat sistem pengagihan bantuan kepada murid miskin dan murid berkeperluan khas.

3.0 Punca-punca Masalah Utama Dalam Pendidikan Pemulihan Bahasa Melayu Kelas-kelas pemulihan mempunyai kategori kanak-kanak yang berbeza-beza

berdasarkan masalah yang dihadapi atau kemahiran-kemahiran pembelajaran yang belum dikuasai. Keadaan ini mewujudkan kemungkinan bahawa murid-murid ini menghadapi masalah pembelajaran yang tertentu. Kebiasaannya, masalah murid-murid

menulis nombor atau abjad terbalik sering dikaitkan dengan masalah disleksia. Umumnya, disleksia adalah sukar untuk dikenal pasti oleh seseorang guru. Hal ini adalah sedemikian kerana ada dalam kalangan murid-murid normal yang sering membuat kesilapan dalam mengeja dan membaca yang tidak jauh bezanya dengan kesilapan murid-murid yang mengalami disleksia.

Contoh tulisan murid disleksia Namun, kita harus mengenal pasti murid-murid yang mengalami disleksia dengan melihat ciri-ciri murid disleksia seperti berikut: 1. kesukaran berbahasa 2. ketidakseimbangan dengan kebolehan intelektual 3. tidak lancar ketika membaca sesuatu bahan bercetak 4. tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru tulisan dari papan hitam atau buku). 5. mata mudah menjadi penat setelah beberapa minit menumpu perhatian kepada tulisan, dan 6. daya tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan visual).

Dalam program pemulihan pula, didapati murid-murid pemulihan sering menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Dalam kemahiran membaca, murid-murid pemulihan menghadapi masalah kesukaran untuk mengingat huruf selepas membaca. Beberapa ciri-ciri murid yang normal hampir sama dengan murid yang mengalami disleksia.

Contoh murid menulis huruf s terbalik Hal sedemikian mungkin berlaku disebabkan murid kurang menumpukan perhatian dan juga mempunyai masalah pengamatan. Selain itu, murid pemulihan juga mempunyai perbendaharaan kata yang kurang atau terhad menyebabkan mereka menghadapi masalah dalam membina ayat mudah dengan betul. Menurut Jamilah Ahmad (1999), program pemulihan dijalankan adalah untuk menampung keperluan murid-murid di dalam kelas biasa yang menghadapi masalahmasalah seperti berikut : 1. Masalah pembelajaran akibat a) Ketidaksuaian bahan dan teknik pengajaran guru b) Sering tidak hadir ke sekolah c) Cuai menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran d) Leka dan lambat 2. Masalah-masalah yang menghalang pembelajaran seperti a) Masalah peribadi b) Masalah psikologi c) Kurang kecerdasan iaitu lambat berfikir dan bertindak, cepat lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan. Murid yang mempunyai masalah pembelajaran akibat daripada sering tidak hadir ke sekolah, leka, lambat dan juga kurang kecerdasan iaitu lambat berfikir dan bertindak, cepat lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan. Murid seperti ini merupakan murid yang lemah di dalam kelas yang perlu dipulihkan walaupun tidak mempunyai sebarang masalah kecacatan akal atau terencat akal. Jamilah Ahmad (1999)

menyatakan bahawa murid-murid lemah dalam pembelajaran mempunyai ciri-ciri seperti berikut: a) Lambat menguasai sesuatu kemahiran yang diajar sama ada kemahiran lisan, bacaan mahupun penulisan. b)Lemah untuk mengubah alih pengetahuan kepada plebagai situasi

pembelajaran. c) Lambat memastikan sesuatu perkataan sama ada dari segi sebutan mahupun maknanya. d) Lambat membentuk konsep. e) Kerap kali lupa akan perkara-perkara yang telah diajar. f) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti-aktiviti pembelajaran. g) Lemah pengamatan, penglihatan dan pendengaran. h) Suka bersendirian, mempunyai konsep yang negatif. i) Selalu ponteng dan mempunyai masalah tingkah laku. j) Pendiam, malu dan sukar untuk bertindak balas. Oleh yang demikian, sebagai guru pemulihan, seseorang guru itu tidak perlu memulakan sebarang aktiviti terlebih dahulu, guru perlu menghayati matlamat utama pemulihan. Ini kerana setelah seorang guru memahami konsep dan mengetahui dengan jelas matlamat, maka guru akan lebih prihatin terhadap kelemahan murid-murid dalam pembelajaran dan lebih beriltizam terhadap tugas sebagai guru pemulihan.

4.0 Pelaksanaan Tindakan Mengatasi Masalah Pemulihan Beberapa kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai digunakan untuk mengatasi masalah menulis huruf terbalik. Pendekatan Deduktif Jamilah Ahmad (1999) menyatakan bahawa dalam pendekatan ini, sesuatu

pembelajaran dimulakan dengan mempelajari peraturan-peraturan tertentu dan kemudian menganalisis hukum atau peraturan-peraturan melalui contoh-contoh seterusnya untuk mengaplikasikan peraturan yang diberi. Dalam menggunakan pendekatan ini, murid menulis urutan A-Z huruf besar, A-Z huruf kecil secara berulangulang.

Latihan-latihan seperti ini diberikan kerana untuk melatih murid dengan urutan abjad dan nombor yang betul, walaupun murid telah mengetahui urutannya. Murid perlu menyebut setiap nombor dan abjad yang ditulis olehnya sendiri semasa menulis. Namun, kadang-kadang murid juga mudah lupa apabila diminta menyebut secara lisan. Apabila diminta menyebut abjad dan nombor secara rawak, beliau menunjukkan tindak balas yang lambat. Latihan-latihan seperti ini dapat meningkatkan daya ingatannya dengan mengingat abjad dan nombor yang ditulis.

Pendekatan main sambil belajar Murid-murid yang lemah lebih suka bermain daripada belajar. Main merupakan satu ciri yang boleh mempertingkatkan kebolehan empati, menambahkan kepekaan murid terhadap proses interaksi dan menggalakkan keupayaan untuk menganalis secara objektif. Dalam pelaksanaan pendekatan ini, guru perlu menggunakan bahan bantu mengajar seperti huruf A-Z dalam permainan Cuba Teka Siapa Saya. Murid diminta untuk meneka setiap huruf yang ditunjukkan saya. Tujuan utamanya ialah untuk mengesan sama ada murid dapat mengenal huruf dengan betul tanpa memikirkan abjad yang terbalik. Adakalanya guru perlu menterbalikkan huruf tersebut untuk melihat sama ada murid dapat menjawab ataupun tidak. Hasilnya, murid akan dapat meneka huruf terutamanya abjad s dengan baik.

Teknik Latih Tubi Teknik ini digunakan dalam pengajaran secara lisan sebagai latih tubi komunikatif. Guru menyebut perkataan dan meminta murid mengulanginya beberapa kali sehingga beliau dapat menguasainya. Namun demikian, pendekataan ini guru perlu tambahkan dengan tulisan iaitu mengulang sebutan saya secara lisan dan memindahkannya kepada tulisan. Hal ini sedemikian kerana tindakan ini akan meningkatkan daya ingatan murid terhadap abjad dan nombor yang disebutnya. Jadi, murid dapat menguasainya dengan

lebih baik lagi. Latihan ini telah membolehkan murid tidak lagi menulis abjad s dan juga nombor 5 terbalik.

Kaedah Pengulangan semasa Mengajar Keadah ini melibatkan langkah-langkah pemulihan yang digunakan untuk membantu kanak-kanak disleksia. Namun demikian, pendekatan ini diaplikasi dalam tindakan guru dengan murid kerana masalah yang dihadapi oleh murid hampir sama dengan kanakkanak disleksia. Tindakan yang dilakukan ialah dengan mengulang latihan yang telah dibuat dan juga di dalam latihan tersebut mempunyai pengulangan untuk menulis abjad ataupun nombor. Ini bagi memastikan murid dapat mengingati apa yang ditulisnya. Latihan ini perlu dilakukan dengan kerap. Guru akan dapati bahawa dengan setiap pengulangan latihan ini, tulisan murid akan semakin kemas dan cantik.

Teknik menulis di udara Teknik ini digunakan untuk mengesan sama ada murid dapat mengingat nombor dan abjad yang telah ditulis olehnya sebelum ini. Teknik ini dilakukan untuk mengesan sama ada murid mengingati setiap bentuk abjad dan nombor. Di samping itu, teknik ini adalah untuk melatih murid menguasai kemahiran menulis. Guru menyebut nombor dan abjad dan murid akan menulisnya di udara. Hasilnya latih tubi ini akan memberi kesan yang positif kepada murid. Hal ini sedemikian kerana murid berjaya menulis setiap nombor dan abjad yang disebutkan oleh guru dengan betul dan tepat. Murid akan menunjukkan perkembangan yang baik kepada teknik yang digunakan.

Tracing Teknik ini digunakan untuk membantu murid menulis dengan urutan yang betul. Tracing ialah teknik menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan. Walau bagaimanapun, guru perlu menggunakan papan tulis untuk membuat latihan ini. Hal ini sedemikian kerana ia dapat mengelakkan rasa bosan murid dalam p&p. Semasa murid menulis di papan tulis, murid akan kelihatan begitu seronok untuk menulis. Semakin seronok murid belajar

semakin cepat mereka memahami pembelajaran mereka. Hasilnya murid akan menyalin urutan yang betul dan kemas.

5.0 Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4

Mata pelajaran Tahun BilanganMurid Tema Tajuk Tarikh Masa Kemahiran

: : : : : : : :

Bahasa Melayu 4 Cemerlang 20 orang Keluargaku Sayang Keluarga Bahagia 19 Ogos 2012 60 minit 1.1 Aras1 (i) Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami Atau dilihat atau yang dibaca. 5.2 Aras 1 (i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan Sastera dengan intonasi yang betul. 8.1 Aras 1 (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan.

Objektif

Pada akhir pelajaran murid dapat : i. Berbual tentang peranan anggota keluarga dengan betul dan teratur. ii. iii. Membaca bahan sastera dengan intonasi yang betul. Menulis lima perkataan dan membina lima ayat tunggal dengan betul.

Kemahiran Bahasa Sistem Bahasa Nilai Ilmu

: Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan.menulis. : Sistem ejaan, ayat tunggal dan kata kerja. : kasih sayang. : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT): i. Kemahiran Berfikir : Menganalisis, membuat kesimpulan dan merumus. ii. Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan. iii. Pembelajaran Kontekstual : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai peranan anggota keluarga. BBM : Kad gambar, buku teks, buku latihan dan alat tulis.

Masa/Langkah

Isi Pelajaran

Aktiviti Pelajaran

Catatan

Set induksi (5minit)

Memaparkan gambar keluarga.

kad sebuah

1. Murid gambar

melihat KBT: yang Kemahiran berfikir: Membuat perbezaan. Pembelajaran yang Kontekstual: Kaitan tajuk Dengan pengalaman murid.

dipaparkan. 2. Murid menamakan orang ditunjukkan. 3. Murid menyatakan anggota

dalam BBM: Kad gambar.

keluarga asas.

Langkah 1 (10minit)

Guru

bersoal

jawab

1. Murid menjawab KBT: soalan yang Kontekstual.

dengan murid tentang peranan ahli anggota keluarga asas.

dikemukakan oleh guru. Kemahiran

a. Siapakah ketua Bahasa: dalam sesebuah keluarga? Nyatakan peranannya. b. Nyatakan peranan Nilai: Menyayangi ibu Bertanggungjawab Kemahiran mendengar, bertutur .

dalam keluarga. c. Apakah peranan anak keluarga. anakdalam

Langkah 2 (25minit)

Membaca lancer dan

dengan intonasi

1. Murid membaca KBT: teks dipaparkan secara : a. Kelas b. Kumpulan dan c. Individu 2. Guru memaparkan ayat tunggal. 3. Murid baca ayat BBM: Petikan teks. yang BCB intensif bacaan

yang betul.

tersebut. 4. Guru menerangkan maksud tunggal merujuk internet. 5. Kumpulan pengayaan menyenaraikan lima ayat tunggal yang terdapat ayat dengan pautan

dalam teks. 6. Kumpulan pemulihan menyenaraikan tiga ayat tunggal. 7. Ketua kumpulan membacakan ayat yang telah disenaraikan. 8. Guru menyemak ayat dibacakan murid membetulkan kesalahan ada. jika yang oleh dan

Langkah 3 (15minit)

Menulis perkataan dan membina ayat tunggal.

1. Guru mengedarkan

KBT: Kemahiran berfikir:

lembaran kerja.

Kemahiran

2. Murid membaca Bahasa: perkataan Pengayaan : Membina ayat tunggal. terdapat yang Kemahiran menulis dalam

lembaran kerja. 3. Murid BBM: Lembaran kerja ayat dengan

Pemulihan : Menyusun perkataan

pengayaan membina tunggal

menjadi ayat tunggal.

menggunakan perkataan tersebut. 4. Murid pemulihan menyusun perkataan menjadi tunggal ayat

Penutup (5 minit)

Nilai murni

1. Murid menyatakan nilai murni yang perlu dimiliki semua

ahli keluarga.

Rumusan Pendidikan pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan program pemulihan ini bertujuan supaya jurang perbezaan pencapaian di antara murid dapat dikecilkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana

pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa.

... Setiap murid adalah berbeza antara satu dengan lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, kecenderungan, bakat dan kebolehannya. Perbezaan individu ini perlulah menjadi satu pedoman atau pegangan guru dalam usaha merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. (Buku Panduan Am KBSR, 1982) Dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), program pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis, dan mengira). Mereka ini kemudiannya diberikan program pemulihan sebaik-baik sahaja masalah mereka dapat dikesan dan dikenal pasti. Program pemulihan perlu dilaksanakan kepada murid yang menghadapi masalah pembelajaran, iaitu mereka yang memperoleh pencapaian di bawah paras yang sepatutnya. Murid-murid seumpama ini ada di semua peringkat persekolahan, baik di luar bandar mahupun di bandar. Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid ini mungkin berupa masalah yang ringan, dan pemulihan boleh dilakukan oleh guru kelas biasa. Bagi murid-murid yang menghadapi masalah yang berat dan kompleks, mereka akan dikelolakan oleh guru khas pemulihan di kelas khas. Sebaik-baik sahaja kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau konsep dipulihkan, murid-murid yang diajar oleh guru pemulihan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik di kelas khas akan dihantar semula ke kelas biasa. Sementara murid-murid pemulihan di kelas biasa, akan diubahsuai kedudukan di dalam kelas ke kumpulan mengikut kebolehan berdasarkan prestasi dari semasa ke semasa.

Rasional i. Dari sudut Falsafah, program pemulihan memenuhi keperluan setiap murid yang ketinggalan kerana tidak dapat belajar sepenuhnya dalam kelas biasa. Ini selaras dengan konsep Pendidikan Untuk Semua. ii. Dari sudut Teori, Pendekatan pengajaran seperti Prescriptive-Diagnostic Teaching, Precision Teaching, dan Clinical Teaching telah terbukti berjaya yang merupakan asas kepada pelaksanaan program ini. iii. Dari sudut Pencegahan, masalah yang dialami oleh setiap murid akan bertambah dan semakin menyulitkan jika tidak ditangani dengan segera.

Refleksi

Pada 28 Julai 2012 yang lalu, kami pelajar PPG BMM 1 Semester 3 telah diberi satu tugasan kerja kursus pendek oleh pensyarah bagi mata pelajaran Pemulihan dan Pengayaan Bahasa Melayu Sekolah Rendah BMM 3106 Dr. Hussin bin Sarif. Kami telah diberi masa selama beberapa minggu untuk menyiapkan tugasan ini. Kursus ini menghuraikan berkaitan pendidikan pemulihan dan pengayaan dari aspek konsep, objektif, dan rasional, masalah penguasaan pembelajaran dan cara-cara mengesan kesukaran pembelajaran, pengelolaan dan strategi dalam kelas biasa dan kelas khas, penyediaan rancangan pengajaran dan bahan bantu belajar, dan pelaksanaan pengajaran dan penilaian. Perkara pertama yang kami lakukan untuk menyelasaikan kerja kursus jangka pendek ini ialah membahagikan tugasan yang diberi mengikut masa supaya tidak berlaku pelanggaran waktu untuk menyiapkan kerja-kerja yang lain. Kami terpaksa berbuat begitu untuk menghadapi masalah kekangan masa. Terdapat sedikit maklumat mengenai tajuk yang diberi dalam nota pembelajaran saya, jadi ini menyukarkan saya untuk melengkapkan tugasan ini. Kami menghadapi masalah dalam mencari maklumat tambahan untuk menyiapkan tugasan ini. Agak sukar untuk mencari maklumat tambahan daripada perpustakaan kerana kekangan masa antara kerja dengan kerja kursus ini. Alhamdulillah dengan kemudahan internet yang ada menjadi tempat untuk kami membuat rujukan. Sepanjang menyelesaikan tugasan ini, jika ada masalah yang timbul, kami sentiasa berhubung untuk menyelasaikan persoalan yang dikemukakan dalam tugasan projek yang diberi. Kaedah musyawarah, rujukan pada pensyarah dan merujuk

beberapa buah buku yang terdapat di sekolah menjadi penyelesaian yang amat berguna. Kerjasama dan perpaduan merupakan tunggak kejayaan bagi menyelasaikan sesuatu projek itu. Bak kata pepatah, Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Kami perlu bersatu-padu dan sentiasa berganding bahu walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Namun, walaupun menghadapi pelbagai masalah dalam melaksanakan tugas harian sebagai guru tahun 6, setiausaha peperiksaaan dan beberapa tugasan lain dalam memprogramkan calon UPSR mencapai kejayaan 5A, saya telah berjaya untuk menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. Ini adalah berkat kerjasama dan muafakat antara semua pihak. Kemahiran membuat keputusan telah dapat dilatih secara tidak langsung. Malah pelbagai pengetahuan baru telah dapat diperolehi semasa menyelesaikan tugasan projek ini. Insyallah maklumat ini akan dapat digunakan dalam melaksanakan tugasan sebagai profesion perguruan yang semakin mencabar pada masa yang akan datang. Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara. Sekian, terima kasih Muazam bin Mahbob

Bibliografi 1. Jamilah Ahmad.(1999). Penduan Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu KBSR & KBSM. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 2. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. 3. Kamarudin Hj. Husin. (1993) . Pedagogi 3: Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah. Selangor: Longman. 4. Kamaruddin Hj. Husin. (1988). Pedagogi Bahasa.Selangor: Longman.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1992). Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah, Jilid 3: Asas Kemahiran Berbahasa KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Rajesvari a/p Ramasamy. (2008). Masalah Disleksia dalam Kalangan MuridMurid Pemulihan di Sekolah Rendah, Pulau Pinang. 6. Dimuat turun daripada <http://eprints.usm.my/9988/1 7. Syed Abu Bakar Syed Akil. (1997). Bimbingan Khas Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 8. Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar. Kertas kerja di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2 4 Jun 2008. 9. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Kurikulum bersepadu sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. 10. Mohd. Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Edisi Ke-7. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 11. Muhamad Hassan Abdul Rahman. (2000). Media pengajaran: Penghasilan bahan pengajaran berkesan. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 12. Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. 13. Yahya Othman. (2004). Mengajar membaca: Teori dan aplikasi. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.