P. 1
Teknik ah Satu Kaedah Untuk Mengukur Bearing Secara Anggaran Tanpa Menggunakan Protaktor

Teknik ah Satu Kaedah Untuk Mengukur Bearing Secara Anggaran Tanpa Menggunakan Protaktor

4.67

|Views: 1,076|Likes:
Dipublikasikan oleh Zulkurnain b Abdul Rahman

More info:

Published by: Zulkurnain b Abdul Rahman on Feb 24, 2009
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF or read online from Scribd
See more
See less

09/09/2013

TEKNIK ‘MUDAH’ SATU KAEDAH UNTUK MENGUKUR BEARING SECARA ANGGARAN TANPA MENGGUNAKAN PROTAKTOR Oleh KATMI BT.

MOON SMK Sri Tanjung, 82200 Benut, Pontian, Johor. . ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 3 Delima didalam Topik Arah dan subtopik mengukur bearing sudutan dan bearing sukuan. Seramai 35 orang murid Tingkatan 3 Delima SMK Sri Tanjung , Benut dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan . Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak dapat mengukur bearing sudutan dan bearing sukuan berdasarkan peta lakar yang diberikan. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk mengukur secara anggaran dengan mudah tanpa menggunakan protaktor. Pelajar telah didedahkan kepada Teknik ‘MUDAH’ selama 80 minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 8 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Dapatan soal selidik pula menunjukkan pelajar lebih memahami dan seronok belajar mengukur bearing melalui teknik ‘MUDAH’

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Analisa keputusan Ujian Bulanan 1 Tahun 2006 untuk Tingkatan 3 Delima(kelas terakhir) saya tatap dengan perasaan yang berbaur. Ada rasa kecewa, marah, sedih dan seribu satu macam perasaan yang Tuhan sahaja mengetahuinya. Hanya dua orang sahaja pelajar yang lulus itupun dengan gred D berbanding kelas 3 Berlian(kelas pertama) hanya lima orang sahaja yang gagal.Rasanya saya telah berusaha semampu yang boleh termasuklah membuat kelas tambahan dan membeli alat-alat Bantu mengajar. Apabila saya nyatakan kekecewaan saya pada rakan-rakan , maklum balas yang diterima tidak banya membantu. Antaranya: - “ Mereka memang lemah, kelas terakhir. UPSR pun ada yang dapat 5E” - “Aku dah ajar diorang sejak Tingkatan 1 lagi. Dahlah tak pandai, malas pulak.Kerja rumah langsung tak buat. Macamana nak pandai” - “ Jangan tensionkan diri, nanti muda-muda lagi dah dapat sakit darah tinggi. Keluar masuk hospital lagi susah!” Saya tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini. Saya telah memarahi, mendenda dan meminta pelajar-pelajar Tingkatan 3 Delima menulis diatas sekeping kertas sebab-sebab mereka gagal dalam Ujian Geografi. Saya juga telah meminta semua guru yang mengajar Tingkatan 3 Delima menulis pandangan mereka mengenai sikap dan pencapaian pelajar Tingkatan 3 Delima. Kesemua guru mengatakan kebanyakan pelajar lelaki Tingkatan 3 Delima kurang berdisplin, rendah motivasi diri, tidak serius belajar dan kurang melibatkan diri dalam aktiviti kelas yang dijalankan oleh guru. Manakala pelajar perempuan pula walaupun lebih berdisplin dan rajin tetapi pencapaian mereka masih kurang memuaskan. Antara sebab-sebab gagal di dalam matapelajar Geografi yang telah dinyatakan oleh pelajar-pelajar Tingkatan 3 Delima ialah: - Tidak membaca buku/tidak membuat ulangkaji - Tidak tahu mengukur bearing/kaedah yang betul/tidak membawa protaktor - Tidak fahan soalah dan lain-lain lagi Maklum balas yang diberikan oleh pelajar dan guru serta keazaman untuk mencapai kelulusan 100% telah mendorong saya untuk menjalankan kajian tindakan.

2.0 FOKUS KAJIAN Saya telah menganalisa soalan Geografi PMR tahun-tahun lepas dan mendapati bahawa mengukur bearing sudutan dan bearing sukuan merupakan item wajib bagi Kertas 1 . Jika pelajar dapat menguasai subtopik bearing dan beberapa topik lain yang mudah, peluang untuk mereka lulus adalah tinggi. Masalah utama yang dihadapi oleh pelajar dalam subtopik mengukur bearing ialah memahami kaedah untuk mengukur bearing. Segelintir pelajar sering terlupa untuk membawa protaktor ke dewan peperiksaan.Mereka juga sukar untuk mengukur bearing menggunakan protaktor dan lambat memperolehi jawapan.Ada pelajar yang tidak tahu menggunakan protaktor walaupun telah diajar. Kelemahan-kelemahan yang dialami oleh pelajar saya semasa menggunakan protaktor ialah; i. Protaktor yang dijual dipasaran kebiasaannya hanya memberikan nilai bearing kurang daripada 180º sedangkan nilai bearing diukur sehingga 360 º. ii. Protaktor tidak menunjukkan arah mata angin seperti utara, selatan, timur dan barat dan nilai bearingnya. iii. Pelajar keliru untuk membaca nilai sudut/bearing dalam protaktor samada membaca nilai bacaan diluar atau dalam. iv. Protaktor tidak memberikan arah yang betul membaca bearing iaitu hendaklah mengikut arah pusingan jarum jam Saya yakin jika saya dapat mempelbagai dan meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran, sikap negatif dan pencapaian pelajar Tingkatan 3 Delima yang rendah akan dapat diperbaiki. Gardner(1991) mengatakan ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang pelajar itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu subjek.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Am Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar terhadap mengukur bearing secara anggaran tanpa menggunakan protaktor. 3.2 Objektif Khusus 1.Meningkatkan kemahiran pelajar untuk mengukur bearing sudutan dan bearing sukuan secara anggaran tanpa menggunakan protaktor. 2.Membantu pelajar mendapat keputusan yang lebih baik dalam ujian dan seterusnya peperiksaan PMR. 3.Mengubah cara pengajaran guru supaya pelajar merasakan proses pembelajaran adalah menyeronokkan. 4.Meningkatkan daya ingatan pelajar untuk mengukur bearing melalui teknik ‘MUDAH’

4.0 KUMPULAN SASARAN
Pelajar Tingkatan 3 Delima Lelaki : 18 orang Perempuan : 12 orang Jumlah : 30 orang

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah Tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, ujian pra dan pos dan soal selidik. 5.1.1 Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian.Sebelum kajian dijalankan pelajar kurang memberi respons dan tidak melakukan aktiviti terhadap aktiviti mengukur bearing yang diberikan.75% pelajar tidak bersedia dengan protaktor yang telah dipesan oleh guru semasa P&P sebelumnya.Sebagaimana kebiasaannya, 100% pelajar perempuan yang lebih bersedia dan menunjukkan kesungguhan sebaliknya pelajar lelaki kurang

bersungguh-sungguh dan tidak mengambil bahagian di dalam aktiviti P&P yang dijalankan. 5.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan kemahiran mereka mengenai sub topik mengukur bearing.Item ujian pra merupakan item soalan objektif PMR tahun-tahun lepas dan beberapa soalan yang mirip PMR. Selepas saya menyemak jawapan pelajar , saya tidak memulangkan kertas jawapan pelajar dan tidak membincangkan jawapannya, sebaliknya saya telah memperkenalkan teknik ‘MUDAH’ dan 5 hari selepas itu saya telah memberikan ujian pos 1 menggunakan set soalan yang sama dengan ujian pra. Saya juga telah menyediakan latihan berkaitan bearing bagi tujuan pengukuhan. Latihan pertama pelajar dikehendaki menggunakan protaktor sepenuhnya.Saya telah berusaha menyediakan protaktor yang secukupnya kepada 30 orang pelajar tersebut. Selepas menyemak jawapan pelajar, saya tidak memulangkan kertas jawapan tersebut sebaliknya dengan latihan yang sama saya mengarahkan pelajar menyelesaikan soalan tersebut dengan menggunakan teknik ‘MUDAH’.Ini adalah untuk membandingkan keberkesanan penggunaan teknik ‘MUDAH’ dengan penggunaan protaktor. Soal Selidik Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada pelajar untuk mendapatkan maklum balas pelajar berkenaan kaedah mengukur bearing sebelum dan selepas teknik ‘MUDAH’diperkenalkan.Saya juga telah mengedarkan borang soal selidik kepada rakan-rakan guru yang ada dan tiada latarbelakang geografi untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai teknik ‘MUDAH’

5.1.3

5.2 Analisis Tinjauan Masalah 5.2.1 Analisis Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati: -Pelajar lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan latihan yang diberikan oleh guru. Mereka dapat menyelesaikan soalan latihan dengan cepat dan memperolehi markah yang tinggi. -Pelajar berjaya mengesan dan membetulkan kesalahan yang sengaja dibuat oleh guru untuk menguji kefahaman dan kemahiran pelajar. -Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih memberangsangkan. 5.2.2 Analisis Ujian Pra dan Pos Perbandingan pencapaian pelajar dalam Ujian Pra dan Pos adalah seperti berikut : BILANGAN PELAJAR PRA 0 1 2 2 25 30 POS 10 8 6 4 2 30

GRED
A B C D E JUM.

Dapatan Ujian Pra dan Pos menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian pelajar.Walaupun masih terdapat pelajar yang gagal tetapi tiada tiada seorangpun pelajar yang mendapat markah sifar berbanding dengan Ujian Pra dimana 5 orang pelajar telah mendapat sifar. Perbandingan dapatan kajian diantara mengukur bearing dengan protaktor dan teknik ‘MUDAH’ GRED MENGGUNAKAN TEKNIK ‘MUDAH’ PROTAKTOR A B C D E JUMLAH 2 6 7 10 5 30 10 6 7 7 0 30

Dapatan dari latihan pengukuhan mengukur bearing dengan protaktor dengan penggunaan teknik ‘MUDAH’ menunjukkan perbezaan yang ketara.Didapati pelajar lebih memahami untuk mengukur bearing menggunakan teknik ‘MUDAH’.Bilangan pelajar yang memperolehi gred cemerlang dengan menggunakan teknik ini lebih ramai dibandingkan dengan menggunakan protaktor. Analisis Soal Selidik Pelajar telah memberikan respons positif manakala guru-guru telah memberikan komen yang membina. Berikut adalah analisis soal selidik yang telah dijawab oleh pelajar: Skala Likert : 1- Sangat Tidak Setuju 2- Tidak Setuju 3- Kurang Setuju 4- Setuju 5- Sangat Setuju SKALA 1 2 3 4 5 ITEM BILANGAN PELAJAR Geografi merupakan subjek yang mudah 2 4 14 8 2 Saya lebih suka menggunakan teknik saya sendiri 3 4 16 4 3 daripada teknik ‘MUDAH’ Mengukur bearing merupakan satu cabang 6 12 10 2 0 geografi yang mudah dikuasai walaupun tanpa teknik ‘MUDAH’ Saya mudah memahami kaedah menentukan 1 3 3 12 11 bearing selepas guru memperkenalkan teknik ‘MUDAH’ Saya mudah memahami kaedah menentukan 0 0 5 17 8 bearing selepas guru memperkenalkan teknik ‘MUDAH’ Saya rasa lebih seronok belajar tajuk mengukur 0 0 3 14 13 bearing menggunakan teknik ‘MUDAH’ Saya akan menggunakan teknik ‘MUDAH’ bagi 0 4 5 15 6 tajuk lain dalam Geografi Saya akan menggunakan teknik ‘MUDAH’ untuk 1 1 6 19 3 subjek lain 5.2.3

1 2 3 4 5 6 7 8

9

Teknik ‘MUDAH’ membantu meningkatkan daya kreativiti saya

0

2

5

11

12

Beberapa contoh komen yang telah diberi oleh guru-guru pula adalah seperti berikut; Guru Pendidikan Seni: “…Satu pendekatan yang menarik dalam meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar.Melatih pelajar lebih kreatif menggunakan bahan-bahan yang ada dipersekitaran pelajar…” Guru Bahasa Inggeris: “.. Satu teknik yang mudah dan ringkas. Lebih menjimatkan masa dan berkesan. Guru Sejarah “..Mewujudkan suasana kelas yang lebih kondusif.Pelajar lebih berminat dan seronok melakukan aktiviti dalam bilik darjah..” 5.3 Tindakan Yang Dijalankan 1. Selepas pelajar menjalani ujian pra, saya telah meminta pelajar Tingkatan 3 Delima menyediakan pensil dan kertas kosong semasa kelas Geografi kerana saya ingin memperkenalkan satu teknik P&P yang dapat membantu mereka mendapat keputusan yang lebih baik. 2. Sebelum saya membimbing pelajar menggunakan teknik ‘MUDAH’(Mudah Untuk Dapat Arah), saya telah menerangkan serba sedikit tentang struktur, fungsi dan cara otak manusia bekerja. 3. Saya juga telah menyentuh perihal kepentingan memaksimumkan penggunaan bahan-bahan sedia ada disaat sukar dan perlu kreatif dalam kaedah belajar.

4. Seterusnya saya membimbing pelajar menggunakan teknik ‘MUDAH’(Rujuk Lampiran
2).Sebelum itu saya menguji minda pelajar dan pengetahuan sedia ada pelajar terlebih dahulu. 5. Pelajar diingatkan bahawa kaedah penganggaran ukuran bearing boleh digunakan semasa menjawab peperiksaan.

6. Pelajar melakukan aktiviti ‘MUDAH’ mengikut langkah demi langkah dibawah bimbingan
guru(Rujuk Lampiran 3 dan 4).

7. Pelajar menjalani Ujian Pos.Selepas Ujian Pos,saya dan pelajar membincangkan jawapan
sebagai langkah pengukuhan.Saya juga mengedarkan mengenalpasti keberkesanan kaedah ini.(Rujuk Lampiran 1) borang soal selidik untuk

8. Setiap kali kelas Geografi, saya akan mengingatkan pelajar supaya mengulangi semula teknik ‘MUDAH’ untuk mengukuhkan daya ingatan. 5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh lapan minggu. Semasa saya menjalankan kajian kajian ini saya telah menyempurnakan Bab 1 dan Bab 2 Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan 3. Saya telah memperuntukkan dua waktu P&P untuk membimbing pelajar menggunakan teknik ‘MUDAH’.Pelajar telah menjalani ujian Pos 1, lima hari selepas didedahkan teknik ‘MUDAH’ dan Ujian Pos 2, sebulan selepas itu. Selepas Ujian Pos 2, pelajar diminta

mengisi borang soal-selidik untuk mendapatkan pandangan mereka tentang teknik ‘MUDAH’.Tujuan mengedarkan soal selidik ialah supaya pelajar lebih bebas dan selesa menjawab berbanding mendapatkan maklumat secara temubual. Saya juga telah menerangkan secara ringkas mengenai teknik ‘MUDAH’ kepada rakan-rakan guru dan meminta mereka memberi pandangan. Berdasarkan pemerhatian saya ,Teknik ‘MUDAH’ berjaya membantu pelajar meningkatkan pencapaian di dalam sub topik Bearing. Pelajar berlumba-lumba untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru daripada set-set soalan PMR dan soalan mirip PMR.Saya berasa lebih seronok, tidak lagi marah-marah dan tidak rasa tertekan apabila masuk ke Tingkatan 3 Delima. Rakan-rakan guru juga telah memberikan komen membina, perangsang dan sokongan terhadap usaha yang telah saya lakukan. Malah beberapa orang guru telah meminta saya mengajar anakanak mereka menggunakan Teknik ‘MUDAH’. 5.5 Refleksi Kajian Pencapaian pelajar dalam Ujian Pra dan Pos menunjukkan peningkatan yang agak ketara. Kebolehan pelajar menggunakan Teknik ‘MUDAH’ merupakan salah satu kemahiran VisualRuang. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa Teknik ‘MUDAH’ banyak membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri,daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari disamping menjadikan suasana P&P lebih seronok dan bermotivasi. Saya berasa tersentuh dan terharu apabila beberapa pelajar kelas lain dimana saya tidak mengajar kelas mereka, meminta saya mengajar mereka teknik’MUDAH’.Saya yakin bahawa Teknik ‘MUDAH’ dapat membantu meningkatkan pencapaian mereka dalam subjek Geografi. Analisis keputusan Percubaan PMR Tingkatan 3 Delima menunjukkan peratus kelulusan subjek Geografi adalah ditangga ke 3 selepas Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam.

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut: a. Menggunakan teknik ‘MUDAH’ sebaik sahaja guru mengajar bab Arah. b. Guru boleh menyediakan satu modul penggunaan teknik ‘ MUDAH’ dalam P&P secara lebih terancang dan teratur. c. Selepas didedahkan Teknik ‘MUDAH’, pelajar dibekalkan dengan soalan-soalan yang dapat membantu mereka meningkatkan kefahaman, kemahiran dan daya ingatan. d. Selepas pelajar dapat menentukan bearing secara anggaran, guru boleh terus mengajar cara untuk menentukan bearing dengan betul dan tepat. Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pembelajaran pelajar dan pengajaran guru. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses P&P lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan. Akhir kata: PRASARANA GURU KREATIF + PELAJAR DEDIKASI KEJAYAAN BERERTI KONDUSIF

RUJUKAN 1. Atan Bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Adabi Sdn. Bhd. 2. Kim, P.L(1995). Modul Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia 3. Mohd. Jamil b. Mohamed,Hj. Rodzi Hj. Hashim, Hjh Mahani Hj. Mahbar(2003). Geografi Tingkatan 3. Kuala Lumpur: Penerbit Johore Central Store Sdn. Bhd. 4.________________.(2004). Manual Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia LAMPIRAN 1: Analisis Soal Selidik Pelajar telah memberikan respons positif manakala guru-guru telah memberikan komen yang membina. Berikut adalah analisis soal selidik yang telah dijawab oleh pelajar: Skala Likert : 1- Sangat Tidak Setuju 2- Tidak Setuju 3- Kurang Setuju 4- Setuju 5- Sangat Setuju 1 2 3 4 BILANGAN PELAJAR 5

1 2 3

SKALA ITEM Geografi merupakan subjek yang mudah Saya lebih suka menggunakan teknik saya sendiri daripada teknik ‘MUDAH’ Mengukur bearing merupakan satu cabang geografi yang mudah dikuasai walaupun tanpa teknik ‘MUDAH’ Saya mudah memahami kaedah menentukan bearing selepas guru memperkenalkan teknik ‘MUDAH’ Saya mudah memahami kaedah menentukan bearing selepas guru memperkenalkan teknik ‘MUDAH’ Saya rasa lebih seronok belajar tajuk mengukur bearing menggunakan teknik ‘MUDAH’ Saya akan menggunakan teknik ‘MUDAH’ bagi tajuk lain dalam Geografi Saya akan menggunakan teknik ‘MUDAH’ untuk subjek lain

4

5

6 7 8

9

Teknik ‘MUDAH’ membantu meningkatkan daya kreativiti saya

LAMPIRAN 2: BEARING SUDUTAN Kaedah menganggar bearing sudutan simpang tiga Kg. Mas dari Kg. Balik Bukit

BEARING SUKUAN Kaedah menganggar bearing sukuan jambatan dari muara Sg. Kelat

LAMPIRAN 3

LAMPIRAN 4

CUBA INI!!!! LATIHAN Berdasarkan Lampiran 3 di atas, jawab soalan-soalan berikut; 1. Apakah bearing sudutan simpang tiga Kg. Mas ( RG 344561) dari Kg. Balik Bukit (RG 294545) A. 60 ° C. 240 ° B. 120 ° D. 300 ° 2. Apakah bearing sukuan jambatan ( RG 338546 ) dari muara Sungai Kelat ( RG 300520 ) A. U 50 ° B C. S 50 ° B B. U 50 ° T D. S 50 ° T 3. Apakah bearing sudutan Kg. Aman ( RG 322511) dari Kg. Balik Bukit ( RG 294545) A. 40 ° C. 220 ° B. 140 ° D. 320 ° 4. Apakah bearing sudutan muara Sungai Kelat ( RG 300520 ) dari jambatan ( RG 338546 ) A. 50 ° C. 230 ° B. 130 ° D. 310 ° 5. Apakah bearing sudutan simpang tiga Pekan Seri (RG 335552) dari Kampung Sapi(RG 348533)? A.35 ° C. 215 ° B. 145 ° D.325 ° 6. Apakah bearing sukuan simpang tiga Kg. Mas ( RG 344561) dari Kg. Balik Bukit (RG 294545) A. U 60 °B C. S 30° B B. U 60 ° T D. S 60 ° T 7. Apakah bearing sukuan Kg. Aman ( RG 322511) dari Kg. Balik Bukit ( RG 294545) A. U 40 ° B C. S 40 ° B B. U 40 ° T D. S 40 ° T 8. Apakah bearing sukuan simpang tiga Pekan Seri (RG 335552) dari Kampung Sapi(RG 348533)? A. U 35° B C.S 35° T B. U 55° B D. 55°T

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->