Anda di halaman 1dari 9

MENINGKATKAN KEMAHIRAN LOMPAT JAUH BERDIRI DALAM UKFM

DI KALANGAN SEORANG MURID TAHUN 3 CERDIK BERBADAN BESAR


MENGGUNAKAN KAEDAH “TIRU MACAM SAYA”.

Oleh:

SYAHIDA BINTI MI’AD


Sekolah Kebangsaan Api-Api
Parit 2, Kampung Api-Api
82000, Pontian
Johor Darul Takzim

ABSTRAK
Kajian Tindakan ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh
seorang murid tahun 3 Cerdik yang berbadan besar semasa melakukan Bateri Ujian Lompat Jauh
Berdiri dalam UKFM. Seorang murid Tahun 3 Cerdik Sekolah Kebangsaan Api-Api, Pontian Johor
dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui Ujian
Kecergasan Fizikal Malaysia ( UKFM ) semester pertama pada 18 Mei yang lalu mendapati murid ini
hanya mendapat keputusan pencapaian tidak cergas dengan gred E untuk bateri ujian lompat jauh
berdiri sedangkan ini diantara aktiviti yang agak mudah untuk dicapai dengan gred yang baik
walaupun mereka berbadan besar. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk
meningkatkan kemahiran menggunakan kaedah Tiru Macam Saya. Murid telah didedahkan kepada
kaedah Tiru Macam Saya selama 30 minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 4 minggu
dengan 12 kali pertemuan. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid yang
agak ketara. Dapatan soal selidik pula menunjukkan murid kini memahami kaedah yang betul dan
tidak melakukan kesilapan lagi.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU


Saya dapati semasa murid melakukan Ujian Kecergasan Fizikal Malaysia (UKFM), terdapat
seorang murid perempuan Tahun 3 Cerdik yang berbadan besar tidak dapat melakukan lompat
jauh berdiri dengan kaedah yang betul .

Saya perhatikan kesilapan banyak berlaku ketika murid melakukan hayunan, lonjakan, lentingan
dan pendaratan yang betul. Jika perkara ini tidak diatasi awal ia akan berlanjutan sehingga ke
tahun 4 dan dikhuatiri tidak dapat mengubah keputusan yang lebih baik UKFM yang lebih baik
untuk semester yang akan datang.

Justeru itu saya terpanggil untuk mengadakan mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan untuk berbincang dengan guru-guru Pendidikan Jasmani yang lain tentang masalah
yang dihadapi oleh murid ini.

Kebanyakan guru membuat kesimpulan yang sama, mengatakan murid ini sukar untuk mengikuti
pergerakan yang diperlukan semasa melakukan lompatan berkenaan. Mungkin disebabkan faktor
saiz dan berat badannya. Namun, jika menggunakan teknik yang betul, saiz dan berat badan
bukanlah penghalang untuk mendapatkan gred yang baik dalam bateri ujian lompat jauh berdiri.
Kini saya sedar, masalah ini adalah berpunca daripada teknik yang salah.

Oleh itu, dengan sukacitanya saya mengetengahkan kajian saya ini bagi membantu murid
tersebut memahirkan diri untuk melakukan teknik lompatan yang betul seperti kangaroo
melakukan lompatan di Australia. Diharapkan dengan cara dan teknik yang betul akan
mempertingkatkan jarak lompatan serta memperbaiki keputusan UKFM murid Tahap 1
( perempuan ) untuk semester 2 nanti.

2.0 FOKUS KAJIAN

Saya dapati murid saya ini menghadapi masalah dalam melakukan teknik hayunan, lonjakan,
lentingan dan pendaratan yang betul. Berdasarkan keputusan UKFM pada semester 1, didapati
murid ini tidak berjaya mendapat keputusan gred C, gred B apatah lagi gred A. Murid ini hanya
memperolehi keputusan tidak cergas bersamaan gred E dengan jarak 65 cm sahaja. Kelemahan
murid berpunca daripada teknik lompatan yang salah. Murid dilihat melakukan lompatan
mengikut cara dan gaya sendiri. Dengan membantu murid melakukan teknik yang betul, saya
yakin murid boleh melakukan lompatan yang lebih jauh seterusnya dapat meningkatkan gred
pencapaian UKFM murid Tahap 1 ( perempuan ) untuk semester 2 nanti.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid akan mencapai objektif berikut:

3.1 Objektif Am

Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran lompat jauh berdiri dalam UKFM.

3.2 Objektif Khusus

1. Memperbaiki teknik lompatan murid.


2. Meningkatkan jarak lompatan murid .
3. Mengubah cara pengajaran guru supaya murid lebih jelas semasa sesi penerangan.
4. Meningkatkan gred murid ke tahap sederhana cergas (Gred C) dalam bateri ujian lompat
jauh berdiri.

4.0 KUMPULAN SASARAN:

Kajian ini melibatkan seorang murid Melayu perempuan Tahun 3 Cerdik.

Bilangan Murid Seorang


Jantina Perempuan
Tahap Satu
Kelas 3 Cerdik
Umur 9 Tahun
Tinggi (cm) 140 cm
Berat Badan (kg) 63 kg

Tindakan yang dicadangkan:

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN


5.1 Tinjauan Masalah

Tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, Ujian Pra dan Pos dan Soal Selidik.
5.1.1 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses penerangan
berlangsung dan selepas kajian. Sebelum membuat kajian, murid kurang berminat dan memberi
tumpuan kerana baginya, aktiviti tersebut sukar dilakukan oleh dirinya. Saya juga telah merakam
aksi lompatan murid ini menggunakan video rakaman sebelum dan selepas membuat kajian.

5.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian pra diberikan kepada murid untuk mengesahkan sejauh mana pengaplikasian kemahiran
lompatannya betul. Murid kemudiannya diminta mengikuti Program Tiru Macam Saya yang
diadakan selama 30 minit bersamaan 1 waktu Pendidikan Jasmani. Aktivitinya adalah seperti
berikut :

Aktiviti 1 : Menayangkan tayangan video tentang Kangaroo.


Aktiviti 2 : Guru menunjuk cara teknik lompatan yang betul langkah demi langkah ( tunjuk cara ).
Aktiviti 3 : Murid meniru lompatan yang ditunjukkan oleh guru.
Aktiviti 4 : Adakan permainan kecil. “ Aya Cik Siti”.

5.1.3 Soal Selidik

Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklum
balas berkenaan bateri ujian Lompat Jauh Berdiri sebelum dan selepas Program Tiru Macam
Saya diperkenalkan kepadanya.

5.2 ANALISA TINJAUAN MASALAH


5.2.1 Analisa Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap murid ini didapati:
• Murid berjaya memperbaiki teknik lompatannya dengan teknik hayunan, lonjakan,
lentingan dan pendaratan yang betul.

• Murid berjaya meningkatkan jarak lompatan yang lebih baik berbanding jarak lompatan
sebelum kajian iaitu hanya 65 cm dengan gred E. Kini jarak yang diperolehi menjangkau
jarak 78 cm dengan gerd D. Pada minggu seterusnya, walaupun perolehan gred masih
ditahap sama iaitu D, namun jaraknya telah meningkat kepada 84 cm. Manakala, pada
minggu ketiga pula, jarak lompatan bertambah kepada 90 cm dengan gred D. Setelah 4
minggu murid ini mengikuti Program Tiru Macam Saya, jarak lompatan kini melonjak
kepada 101 cm dengan perolehan gred C.

• Suasana pengajaran dan pembelajaran guru lebih menyeronokan dan efektif.

5.2.2 Analisa Ujian Pra dan Pos


Perbandingan pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos adalah seperti berikut :

Ujian Pra Pos 1 Pos 2 Pos 3 Pos 4

Minggu Sebelum Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4


Kajian

Jarak 65 cm 78 cm 84cm 90cm 101cm

Gred E D D D C

GRAF PERBANDINGAN UJIAN

110

100 101
JA RA K ( CM )

90 90
80
84
78
70
65
60
PRA POS 1 POS 2 POS 3 POS 4
UJIAN
Dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukan terdapat peningkatan dari segi jarak lompatan
murid. Murid kini berjaya membuat lompatan yang baik dan murid lebih berkeyakinan semasa
melakukan aktiviti lompatan.

5.2.3 Analisa Soal Selidik

Murid telah memberi respon positif manakala guru telah memberikan komen yang membina.
Berikut adalah analisis soal selidik yang telah dijawab oleh murid:

Sebelum:
SKALA SETUJU TIDAK SETUJU
ITEM
1 Lompatan sukar untuk dilakukan. x
2 Saya tidak suka melakukan aktiviti lompatan. x
3 Saya malu hendak melompat. x
4 Saya tidak boleh melompat dengan baik. x
5 Saya sukar untuk membayangkan cara sebenar Lompat x
Jauh Berdiri.

Selepas:
SKALA SETUJU TIDAK SETUJU
ITEM
1 Lompatan sukar untuk dilakukan. x
2 Saya tidak suka melakukan aktiviti lompatan. x
3 Saya malu hendak melompat. x
4 Saya tidak boleh melompat dengan baik. x
5 Saya sukar untuk membayangkan cara sebenar Lompat x
Jauh Berdiri.

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

1. Selepas murid menjalani Ujian Pra, saya telah meminta murid tersebut berjumpa dengan
saya untuk menyertai Program Tiru Macam Saya bagi membantunya meningkatkan
kemahiran lompatan.

2. Seterusnya, saya mengambil rakaman aksi lompatannya lalu menunjukan kepadanya


sambil menerangkan kesilapan yang telah dilakukan olehnya.

3. Murid diterangkan teknik lompatan yang betul adalah dengan menggunakan teknik
hayunan, lonjakan, lentingan dan pendaratan yang betul.

4. Murid kemudiannya ditunjukkan tayangan video yang memaparkan bagaimana kangaroo


bergerak.

5. Murid melihat pula tunjuk cara oleh guru, lalu murid meniru perbuatan guru satu persatu
bermula dengan hayunan, lonjakan, lentingan dan akhirnya pendaratan. Murid juga
diminta membayangkan cara-cara kangaroo melompat seperti yang telah ditontonnya
dalam video tadi.

6. Murid menjalani Ujian Pos 1 pada minggu pertama, Ujian Pos 2 pada minggu kedua,
Ujian Pos 3 pada minggu ketiga dan Ujian Pos 4 pada minggu keempat. Setiap kali Ujian
Pos dijalani oleh murid, guru akan merakam aksi lompatan sehinggalah pada minggu
yang terakhir iaitu Ujian Pos 4.

7. Setiap kali Ujian Pos diadakan, guru akan merakam dan menerangkan apakah kesilapan
yang masih dilakukan oleh murid, dan murid pula akan memperbaikinya.

5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/ PENILAIAN

Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 4 minggu sahaja dengan 14 kali pertemuan
( seminggu 3 kali pertemuan ). Saya telah memperuntukkan 1 waktu Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Jasmani ( 30 minit ) untuk membimbing murid ini. Semasa saya
menjalankan kajian ini, saya telah berjaya memperbaiki teknik lompatan murid sekaligus
meningkatkan jarak lompatannya.

Murid telah diminta mengisi borang soal selidik tentang Lompat Jauh Berdiri sebagai langkah
pertama sebelum kajian dijalankan. Tujuan mengedarkan borang soal selidik ini supaya murid
lebih bebas dan selesa menjawab berbanding mendapatkan maklumat secara temubual.
Kemudian, murid telah menjalani ujian Pos 1 pada pertemuan ke 3, setelah 2 kali pertemuan
pada minggu pertama. Begitu juga untuk ujian Pos 2, 3 dan 4, kesemua ujian dijalankan pada
pertemuan ke 3 pada setiap minggu. Murid juga diminta mengisi borang soal selidik selepas
tamat kajian. Saya juga telah menerangkan secara ringkas mengenai program ini kepada
beberapa orang rakan guru dan meminta mereka memberikan pandangan.

Berdasarkan pemerhatian saya, kaedah Tiru Macam Saya ini walaupun nampak klise dan
mudah, tetapi ianya dapat membantu murid yang menghadapi masalah untuk mengikuti setiap
penerangan guru terutamanya untuk melakukan aktiviti yang sukar bagi murid yang berbadan
besar. Saya rasa sungguh gembira kerana telah berjaya mengeluarkan murid ini daripada
kepompong yang dibuatnya sendiri. Murid berbadan besar ini juga mampu memperolehi
keputusan yang lebih baik dalam UKFM akan datang dan tidaklah hanya setakat pencapaian
tidak cergas pada setiap tahun.

5.5 REFLEKSI KAJIAN


Pencapaian murid dalam Ujian Pra, Pos 1, Pos 2, Pos 3 dan Pos 4 menunjukan peningkatan
yang agak ketara. Hasil dapatan kajian menujukan murid berbadan besar tidak terkecuali untuk
mendapat jarak lompatan pada tahap yang lebih baik iaitu Sedehana Cergas bersamaan Gred C.
Kajian ini juga dapat membantu murid meningkatkan keyakinan diri dan daya kefahaman
terhadap apa yang dipelajari.

Sesi penerangan dan tunjuk cara juga menjadi lebih menyeronokan dan menarik minat murid
kerana murid dapat melihat sendiri kesilapan aksi yang dilakukan semasa membuat lompatan
melalui rakaman video oleh guru. Murid juga lebih berdisiplin semasa melakukan aktiviti,
berbanding sebelum kajian dijalankan.

Saya berasa amat gembira kerana murid yang sering menghadapi masalah kurang cergas dan
tidak suka bersukan ini, kini sangat menyukai matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
dan kelihatan aktif ketika bersukan. Walaupun murid ini mempunyai berat dan saiz badan yang
besar, tetapi jika diberi tumpuan dan penerangan yang jelas, pastinya murid ini juga dapat
menyaingi murid-murid lain.

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya:


1. Semua guru Pendidikan Jasmani mengguna pakai kaedah Tiru Macam Saya dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran mereka.

2. Program Tiru Macam Saya dijadikan Program Kelas Pemulihan Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan di sekolah untuk murid tidak cergas dan mengalami masalah memahami
penerangan teknik ( tunjuk cara ) yang disampaikan oleh guru-guru Pendidikan Jasmani.

3. Guru mempelbagaikan lagi aktiviti permainan kecil supaya menjadikan sesi pengajaran
dan pembelajaran lebih menyeronokan.

Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, saya dapati bahawa terdapat perubahan yang
positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid. Semoga hasil kajian
saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik,
berkesan dan menyeronokan.

RUJUKAN

Atan Bin Long ( 1976 ). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Adabi Sdn.Bhd.

Muhamad Daud Hamzah ( 1994 ). Perkembangan Kanak-Kanak dan Pembelajaran. Kuala


Lumpur: Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd.

Teng Boon Tong ( 2001 ). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Petaling Jaya:
Longman Malaysia.

Teng Boon Tong ( 2001 ). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas, Petaling Jaya: Longman
Malaysia

Wee Eng Hoe ( 1995 ). Pengajaran Pendidikan Jasmani dam Kesihatan, Shah Alam: Fajar Bakti.
LAMPIRAN 1

DATA UJIAN KECERGASAN FIZIKAL MALAYSIA


TAHUN 3 CERDIK ( PEREMPUAN )

Lambung
Lontar
& Lompat
Bola
Tinggi Berat Sambut Jauh
THN Nama Murid Grd Aras Grd Grd
(cm) (kg) Pundi Berdiri
Dada
Kacang (cm)
(cm)
(bil)

3 LISA AMORYANI SOBRI 140 63 6 C 258 C 65 E

3 DAYANG RUSYIDAH 120 24 9 B 200 B 102 C

3 NURATHIRAH NATASHA 122 20 9 B 298 B 110 C

3 NUR SUHADAH RAHMAN 120 20 7 C 255 C 114 C

3 NUR ATHIRAH APANDI 125 50 6 C 231 C 110 C

3 NURUL FATHIA 126 26 8 B 299 B 123 C

3 NURUL ATIKA ALI 121 24 7 C 260 C 130 B

3 SITI NURFAIZAH SAKBAN 124 21 8 B 295 B 134 B

3 SITI NURATIKAH KECIK 145 40 6 C 225 C 105 C

3 SITI RADIAH RAHMAT 126 24 9 B 227 C 113 C

3 UMMI NABILA YUSOF 134 25 8 B 297 B 132 B


LAMPIRAN 2

Norma Skor Mentah UKFM

PEREMPUAN
GRED

7 TAHUN 8 TAHUN 9 TAHUN

A
121.10 ke atas 141.41 ke atas 152.91 ke atas
SANGAT CERGAS

B
101.16-121.09 115.53-141.40 126.77-152.90
CERGAS

C
81.21-101.15 87.64-114.52 100.63-125.76
SEDERHANA
CERGAS

D
61.27-81.20 60.76-87.63 74.50-100.62
KURANG CERGAS

E
61.26 ke bawah 60.75 ke bawah 74.49 ke bawah
TIDAK CERGAS
LAMPIRAN 3

BORANG SKOR
UJIAN KECERGASAN FIZIKAL MALAYSIA
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR

BORANG 2 TAHAP 1 / UKFM

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN API API ( Luar Bandar )

ALAMAT : PT.2,KG.API API,82000 PONTIAN.

TAHUN : 1/2/3 Umur : 7 / 8 / 9 Tahun Jantina


: Lelaki / Perempuan

Lambung
dan sambut Lontar Bola Lompat
BIL NAMA MURID TINGGI BERAT
Pundi Aras Dada Jauh Berdiri
Kacang
1

10

Disediakan oleh Guru PJPK :

………………………………………

Disahkan oleh

…………………………….

Tarikh : …………

Anda mungkin juga menyukai