Anda di halaman 1dari 4

Aktiviti 1 Perayaan Tahun Baru Cina

Negara Malaysia yang terdiri daripada tiga kaum majoriti iaitu Melayu, Cina, dan India. Semua kaum mempunyai hari kebesaran masing-masing. Antara

perayaan yang disambut oleh masyarakat di Malaysia khususnya masyarakat cina ialah Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru.Setiap tahun perayaan Tahun Baru Cina akan disebut dengan nama-nama haiwan yang tertentu. Setiap haiwan ini memberi makna dan tuahnya yang tersendiri. Pada malam Tahun Baru Cina semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama . Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, Tarian Singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang merayakan perayaan tersebut. Penutup kepada perayaan Tahun Baru Cina ialah Perayaan Chap Goh Meh.

Aktiviti 2 Berdasarkan petikan yang telah anda baca, jawab soalan-soalan berikut.
1. Cari makna bagi perkataan di bawah.

a. b. c. d. e.

majoriti masyarakat tradisi melawat berkat

2. .Apakah perayaan utama yang disambut oleh masyarakat Cina?


3. Apakah tujuan diadakan Tarian Singa sepanjang sambutan Tahun Baru Cina?


4. Pada pendapat anda, apakah tujuan berkunjung ke rumah saudara-mara

mereka semasa sambutan perayaan Tahun Baru Cina?

Aktiviti 3
Gambar-gambar aktiviti Tahun Baru Cina

Berdasarkan gambar-gambar di atas, nyatakan pandangan anda tentang adat dan tradisi Tahun Baru Cina.