Anda di halaman 1dari 1

Karnival Jelajah Janji Ditepati

Gambar http://yeddah.net/khai/janji12.html dan http://yeddah.net/khai/JanjiPM.html Surat Penghargaan dari Pegawai Daerah Batu Pahat Haji Ab. Wahab Ridwan : http://yeddah.net/khai/kptmbp/penghargaanBP.jpg BATU PAHAT 7 April Seramai 500 warga KPTM Batu Pahat menyertai karnival Jelajah Janji Ditepati sempena kunjungan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Batu Pahat. Karnival anjuran Pejabat Perdana Menteri dan Media Prima ini diadakan di stadium Batu Pahat dan telah dibanjiri lebih 50,000 orang. Kakitangan dan pelajar KPTM Batu Pahat tidak melepas peluang keemasan bersua muka dan bersalam dengan Perdana Menteri Malaysia dan timbalannya, Tan Seri Muhjiddin Yassin serta barisan kepimpinan Negara. Pengarah KPTM Batu Pahat, Encik Rose Effendi Mohamed Hussain berkata, warga KPTM Batu Pahat amat bertuah kerana ia adalah kunjungan pertama Najib sebagai Perdana Menteri ke daerah ini yang sinonim dengan pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar. Kanival kali ini telah disajikan banyak acara seperti street soccer, bola keranjang 3 lawan 3, senamrobik, sukanika, acara seisi keluarga, persembahan artis dan personaliti media prima. Turut serta diperkenalkan produk 1 Malaysia , kedai 1 Malaysia, Klinik 1 Malaysia dan menu 1 malaysia. Artis yang membuat persembahan pada karnival ini terdiri daripada Nubhan, farawahida dan Alif Azizi.

Anda mungkin juga menyukai