Anda di halaman 1dari 14

RBT 3113

PENYELIDIKAN TINDAKAN I
Oleh V.Ramachandran Jabatan Kemahiran Hidup IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat

JENIS-JENIS PENYELIDIKAN PENDIDIKAN


1. Penyelidikan Asas Menekankan penemuan pengetahuan sematamata untuk pengetahuan Lebih menumpukan kajian teori-teori yang wujud dalam bidang pendidikan secara lebih mendalam Memperoleh data empirikal yang boleh digunakan untuk mengembangkan dan menilai teori Kurang berorientasikan cara-cara ke arah penyelesaian masalah praktis

JENIS-JENIS PENYELIDIKAN PENDIDIKAN


2.Penyelidikan Gunaan Bertujuan untuk menyelesaikan masalah praktis yang dihadapi atau untuk menguji sesuatu teori untuk menilai kegunaannya dalam arena pendidikan Dapat memberikan data sama ada menyokong sesuatu teori, mengubah suai, atau mengembangkan sesuatu teori baru

JENIS-JENIS PENYELIDIKAN PENDIDIKAN


3. Penyelidikan Tindakan Berkaitan dengan penyelesaian masalah tertentu dalam keadaan setempat yang dijalankan oleh seseorang (guru) yang akan menggunakan dapatan penyelidikan Situational (masalah yang membawa kepada sesuatu keadaan); participatory (penglibatan) Menyelesaikan masalah dalam bilik darjah

JENIS-JENIS PENYELIDIKAN PENDIDIKAN


4. Penyelidikan Penilaian Melihat keberkesanan pelaksanaan sesuatu program / projek sama ada berjaya atau tidak Bertujuan untuk memperbaiki struktur program / projek pada masa hadapan Jangka masa pendek / panjang

REKABENTUK PENYELIDIKAN PENDIDIKAN


1. Penyelidikan Kuantitatif Berdasarkan falsafah bahawa realiti sosial adalah objektif dan tetap merentasi waktu dan tempat. Realiti sosial dianalisis mengikut pembolehubah. Penyelidik membuat andaian tertentu (hipotesis) dan mengawal pembolehubah tertentu sebelum kajian dimulakan. Menggunakan konsep serta teori tertentu dalam menentukan jenis data yang akan dikutip. Menghasilkan pengetahuan baru dengan mengumpul data numerikal mengenai tingkah laku yang boleh diperhatikan. Data dikumpul dari sampel yang ditetapkan. Statistik digunakan untuk menganalisis dan menginterpretasi data dan membuat generalisasi.

(a) Kajian Eksperimental - dilakukan dengan melakukan perubahan ke atas variabel bebas, dan memerhatikan kesan perubahannya pada variabel bersandar. - subjek kajian diagihkan secara rawak kepada dua atau lebih kumpulan dan diberi rawatan yang berbeza. - rawatan adalah variabel bebas yang sengaja diubah. Kesan perubahan variabel bebas ke atas variabel bersandar diukur. - jika terdapat perbezaan antara kumpulan dalam variabel bersandar, maka perbezaan itu adalah disebabkan oleh variabel bebas. - agak sukar dibuat agihan, kajian ini sukar dilakukan.

(b) Kajian Kuasi-Eksperimental - digunakan untuk menggantikan kajian eksperimental tulen apabila dalam proses pemilihan subjek kajian,pengagihan rawak tidak dapat dilakukan. - kumpulan subjek kajian adalah sedia ada dalam natural setting. - penyelidik memberi rawatan kepada kumpulan sedia ada dan mengukur variabel bersandar sama ada selepas rawatan atau sebelum dan selepas rawatan. - perbandingan antara kumpulan masih boleh dilakukan.

(c) Kajian Tinjauan - rekabentuk bukan eksperimen - boleh dibezakan kepada yang hanya deskriptif dan yang berbentuk korelasi - tinjauan deskriptif bertujuan untuk memberi deskripsi tentang sesuatu sampel, contohnya , dari segi peratusan dan nisbah responden yang menjawab begini atau begitu kepada soalansoalan tinjauan
(d)

Kajian Korelasi - untuk mengkaji perkaitan antara variabel. - variabel perlu dikonseptualisasikan kepada bebas, bersandar dan kawalan - contoh: perkaitan antara kecerdikan dengan pencapaian akademik,pelajar yang mendapat skor tinggi dalam ujian IQ cenderung mendapat markah tinggi dalam ujian akademik - juga digunakan untuk membuat ramalan

2.

Penyelidikan Kualitatif - satu proses inkuiri untuk memahami permasalahan sosial berdasarkan pembinaan gambaran yang holistik terhadap sesuatu situasi, peristiwa atau fenomena yang kompleks. - gambaran itu diperjelas melalui huraian yang dibina secara terperinci berdasarkan pandangan responden. - bersifat deskriptif dan pengumpulan data dilaksanakan secara berterusan. - matlamat bukan untuk menguji hipotesis, tetapi membina kesimpulan daripada data yang dikutip. - penyelidik merupakan alat kajian utama untuk mengumpul data.

(a)

Kajian Kes - pemilihan perkara yang dikaji dilakukan berdasarkan minat khusus. - suatu inkuiri empirikal yang mengkaji fenomena semasa dalam lingkungan konteks kehidupan sebenar, iaitu penyelidikan komprehensif. - contoh: Kerja En Ramli sebagai seorang pensyarah di IPG KTHO, BP. Fokus ialah En Ramli. - menjawab soalan kajian yang bertujuan untuk menghuraikan bagaimana atau mengapa tentang sesuatu fenomena.

(b)

Kajian Sejarah - kajian yang dilakukan melalui pengumpulan data secara sistematik dan penilaian data-data secara objektif terhadap peristiwa yang telah berlaku pada masa lepas. - tujuannnya ialah untuk menghuraikan peristiwa lampau dan meramalkan peristiwa yang akan berlaku pada masa depan. - bukan bertujuan untuk mengawal atau manipulasi variabel.

(c) Kajian Etnografi - memerlukan masa yang panjang bagi perlaksanaannya. - kajian mendalam deskriptif yang menganalisis dan menginterpretasi kejadian/kelakuan dalam sesuatu masyarakat atau kumpulan sosial. - digunakan dalam kajian antropologi : kepercayaan agama, adat perkahwinan, perhubungan sosial dll. - pendekatan yang diguna: pemerhatian untuk tempoh masa yang lama, berinteraksi dan temubual, dan menganalisis dokumen dan artifak.

SEKIAN TERIMA KASIH