Tanda Terkena Santau dan Cara Mengelakkan Santau | Walaupun sekarang kita duduk di zaman moden dan teknologi, tapi budaya santau dalam kehidupan harian tetap ada.Selalunya berpunca dari perasaaan cemburu,iri hati,perasaan dendam terhadap seseorang lalu dihantarnya santau. Sebelum itu penulis ingin kongsikan artikel Petanda Seseorang Mempunyai Saka, anda baca dan nilaikan sendiri semoga membantu anda.
Santau terbahagi kepada dua: Jenis Pertama Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan jin dan syaitan. Santau jenis ini agak mudah dirawat.
Jenis Kedua Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap jin dan syaitan. Santau ini juga dikenali dengan Santau Angin. Santau ini agak sukar dirawat kerana ia melibatkan jin yang memiliki sayap dan terbang di udara. Biasanya mangsa akan menjadi kurus kering. Secara umumnya, santau ditujukan kepada mangsa bertujuan seperti berikut:
1. 2. 3. 4. 5. 6.
Sebagai medan menguji tahap kekuatan dan kesan santau yang dimiliki.
Membuang santau. Santau angin mesti dibuang pada masa tertentu. Jika tidak berbuat demikian, santau tersebut akan memakan tuannya dan keluargannya.
Bahan-Bahan Santau
Bahan yang berbisa seperti bisa ular tedung senduk, ular kapak dan katak puru bertanduk. Bahan miang seperti miang buluh, ulat bulu, miang rebung, tali guni dan sebagainya. Bahan yang tajam dan melukakan seperti kaca, jarum, berus besi, rambut, kukumanusia atau binatang dan sebagainya. Bahan yang boleh membuat seseorang itu tidak dapat tidur seterusnya menjadikan bodoh seperti kura-kura, tulang dagu kera duku, uri kucing, biji mata kelawar dan burung jampuk.
Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca. Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih. Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kala sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat. Sakit sesak nafas terutaman waktu Maghrib. Lenguh seluruh anggota badan. Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk. Mimpi jatuh dari tempat tinggi. Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu. Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu. Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak tersebut. Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular. Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi. Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau mimpi pergi ke tempat-tempat ibadat agama bukan Islam. Sentiasa sakit pada tulang belakang Bawah matanya biru (Seperti orang tak cukup tidur)
Kesan-Kesan Santau
Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut: Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t.
Rujuk artikel: Ujian Mengesan Jin Dalam Badan Anda Hilang daya ingatan Kulit akan menjadi merekah dan keluar air bisa dan nanah. Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali sebagai seorang bersifat penyakit menjadi seorang yang panas baran. Badan menjadi bongkok disebabkan batuk yang berpanjangan. Badan menjadi licin kerana seluruh bulu di badan telah gugur. Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang selalu terganggu. Terjadinya saratan atau kanser dan ketumbuhan. Jika hamil mungkin akan mengalami keguguran.
Ayat di atas ini adalah amalan bagi mengelakkan dari terkena santau ataupun bagi pendinding diri dari segala mudharat. Hadith nabi Sesiapa yang membacanya ketika pagi sebanyak 3 kali dan petang sebanyak 3 kali, maka dia tidak akan dimudharatkan oleh sesuatu pun. Segalanya dengan izin Allah SWT. Seeloknya ayat ini diamalkan sekurang-kurangnya sebanyak 3 atau 7 kali sebelum keluar daripada rumah setiap hari Antara ayat-ayat lain yang boleh diamalkan untuk mengelakkan santau boleh ke website Darussyifa yang diasaskan oleh Dato` Dr. Haron Din Semoga ilmu ni bermanfaat untuk semua. Sumber: zuarxpdc
Teruskan Membaca
1. Petanda Seseorang Mempunyai Saka 2. Makanan Yang Boleh Buat Jadi Pelupa 3. Tanda-tanda Penyakit 4. Air Kosong Penawar Pelbagai Penyakit