Anda di halaman 1dari 16

Hutan mempunyai pengaruh ke

atas iklim di bumi

Kesederhanaan suhu di kawasan sekitar

dikaitkan dengan kelembapan udara yang tinggi di kawasan hutan tebal.


Keadaan ini menjamin habitat yang sesuai

untuk kepelbagaian spesies flora dan fauna untuk hidup, membesar dan membiak.
Kawasan yang berbeza berlaku di kawasan

lapang atau kawasan bandar di mana suhu hariannya lebih tinggi berbanding dengan suhu mikro di dalam kawasan hutan.

Hutan meningkatkan kelembapan

udara melalui transpirasi


Proses pepeluhan (transpirasi) berlaku

dengan baik di kawasan hutan tebal dengan daun yang lebat dan padat dan mendapat cahaya matahari yang cukup.
Keadaan ini menyebabkan wap-wap air

dibebaskan ke udara di dalam kawasan hutan tersebut.

Wap-wap air tidak disejatkan secara terus ke

atmosfera, sebaliknya diperangkap oleh daun dan silara pokok yang tebal.
Oleh itu, kelembapan udara di kawasan hutan

tebal adalah sentiasa tinggi.

Hutan menghalang dan memperlahankan angin Di kawasan hutan hujan tropika, tiupan angin sentiasa tenang dan nyaman berikutan daripada keadaan dirian pokok dan kanopi yang tebal di kawasan hutan hujan tropika.
Berdasarkan kajian, didapati purata halaju angin

adalah seperti berikut.


Aras lantai hutan (halaju angin 0.21 meter/ saat) b) Aras ketinggian 25 meter (halaju angin 0.31 meter/ saat) c) Aras ketinggian 53 meter (halaju angin 1.58 meter/ saat)
a)

Hutan menyebabkan lebih banyak air

hujan meresap ke dalam tanah


Di kawasan-kawasan hutan tebal, halaju

setiap titisan air hujan yang menimpa lantai hutan akan diperlahankan oleh silara-silara pokok.
Kesannya air hujan lebih banyak meresap

masuk ke dalam tanah berbanding mengalir di permukaan bumi.

Hutan menghasilkan gas oksigen melalui

proses fotosintesis
Pokok-pokok atau tumbuhan yang tumbuh dan

hidup di hutan berfungsi menyerap gas karbon dioksida dan membebaskan gas oksigen yang berguna kepada manusia.
Tumbuh-tumbuhan memerlukan gas karbon

dioksida untuk membuat makanan yang dikenali sebagai proses fotosintesis untuk terus hidup dan mengeluarkan oksigen pada masa yang sama .

Ekoran daripada itu gas ini dapat diserap

sebanyak-banyaknya oleh semua tumbuhan dan menyebabkan ianya tidak akan berlebihan di udara.
Ini diimbangi oleh pernafasan ( respirasi )

tumbuhan dan haiwan serta aktiviti ungkaibina yang mengakibatkan penggunaan oksigen dan pengeluaran karbon dioksida melalui proses karbonisasi.

Hutan sebagai kawasan tadahan hujan


Apabila hari hujan, akar-akar pokok yang

besar dan banyak akan menyerap air hujan yang mengalir di permukaan tanah ke dalam tanah.
Dengan ini dapat menghalang berlakunya

hakisan tanah dan mengelakkan tebing tanah daripada runtuh akibat arus air.
Kawasan tadahan hujan amat penting kerana

ia berperanan mengawal limpahan air yang boleh menyebabkan berlakunya banjir kilat.

Kejadian tanah runtuh dan banjir kilat kerap

berlaku di kawasan yang mana kawasan hutannya digondolkan atau ditebang untuk tujuan pembalakan, perindustrian mahupun pembinaan rumah-rumah kos rendah dan kondominium.

Hutan menyerap haba matahari dan

merendahkan suhu melalui proses sejat-peluhan (transpirasi)


Hutan menambahkan air kepada atmosfera

melalui proses transpirasi.


Transpirasi merupakan proses di mana pokok

melepaskan air daripada daun mereka semasa fotosintesis.


Haba dari matahari akan diserap oleh air yang

dilepaskan daripada pokok-pokok dan seterusnya suhu sekeliling dapatlah direndahkan.

Kesan-kesan penebangan hutan

1) Manusia menebang hutan untuk pelbagai tujuan seperti pembalakan, pembinaan jalan

raya, petempatan, perlombongan, dan pertanian.


2) Kegiatan ini akan mendedahkan permukaan

bumi kepada hakisan air.


3) Apabila berlaku hujan lebat, ketiadaan

cengkaman akar dan litupan pokok akan melemahkan struktur tanih. Keadaan ini akan mempercepat proses hakisan.

4) Tanih yang dihakis akan dibawa oleh aliran air hujan dan dimendapkan di sungai. Akibatnya dasar sungai menjadi cetek dan banjir mudah berlaku semasa hujan lebat.
5) Bahan-bahan terhakis ini akan

menyebabkan pencemaran air yang boleh mengancam hidupan akuatik.


6) Penebangan pokok yang dilakukan dengan giat di kawasan pembalakan telah menyebabkan kepupusan spesies pokokpokok yang berharga. Contohnya, cengal,

jelutong, meranti, dan balau.

7) Penebangan hutan di kawasan tanah tinggi akan mengurangkan kawasan tadahan air dan seterusnya dan menimbulkan masalah krisis air.

8) Kesan penebangan hutan tanpa kawalan menyebabkan pelbagai hidupan liar diancam kepupusan kerana kehilangan habitat semula jadi dan sumber makanan.

9Penebangan hutan menyebabkan berlakunya peningkatan suhu kawasan setempat kerana tiada lapisan kanopi yang menghalang pancaran matahari daripada sampai ke tanah.

10Selain itu, kelembapan udara rendah kerana tiada proses transpirasi oleh tumbuhan.