Anda di halaman 1dari 12

Maklumat berhubung pembelajaran formal, pembelajaran tidak formal, dan pembelajaran bukan formal memberi kesan yang signifikan

ke atas proses pembelajaran dalam kalangan individu.

1.0

Pengenalan

Manusia mula belajar sejak dari peringkat bayi lagi. Bayi yang baru lahir mewarisi berbagaibagai bentuk gerakan pantulan. Contohnya apabila sesuatu objek menyentuh bibirnya, bayi terus menghisap objek tersebut tanpa perlu diajar kepadanya. Ini bererti wujud satu atur cara genetis semula jadi dalam diri bayi untuk menyerapkan kewujudan sesuatu objek. Hari demi hari, maklumat dalam ingatan bayi semakin bertambah selaras dengan peningkatan fizikalnya daripada seorang bayi ke dunia kanak-kanak seterusnya menjadi dewasa. Maklumat-maklumat yang diterima akan dipecah-pecahkan menjadi pengetahuan dan memperkembangkan keupayaan kognitifnya.

Pembelajaran

dianggap

sebagai

perolehan

maklumat

dan

pengetahuan,

penguasaan kemahiran dan tabiat, serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat bermula sebaik sahaja dilahirkan. Pembelajaran bukan setakat merangkumi penguasaan pengetahuan kemahiran semata-mata, tetapi perkembangan emosi, sikap, nilai estetika dan kesenian serta ciri dalaman juga dipengaruhi oleh pembelajaran.

Pembelajaran membawa perubahan pada diri seseorang, sama ada perubahan ke arah kebaikan ataupun keburukan. Walaubagaimanapun, perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan, makan, penyakit dan kelaparan tidak dianggap sebagai pembelajaran.

1.1

Definisi Pembelajaran

Terdapat perbezaan pendapat mengenai pengertian pembelajaran di antara ahli-ahli psikologi pendidikan mengikut mazhab atau fahaman psikologi masing-masing. Berikut adalah definisi- definisi pembelajaran mengikut beberapa orang ahli psikologi pendidikan.

Jadual 1.1

: Beberapa definisi tentang pembelajaran.

Tokoh

Ahli Tajuk Buku The of 1970. Conditions Learning, Definisi Pembelajaran Pembelajaran kemampuan adalah perubahan yang atau dapat

Psikologi/Pengarang Robert M Gagne

seseorang

dikekalkan tetapi tidak disebabkan oleh pertumbuhan. Perubahan yang dipanggil pembelajaran perubahan diperlihatkan tingkah laku; melalui dengan

membandingkan tingkah laku seseorang individu sebelum didedahkan kepada situasi pembelajaran selepas dengan tingkah lakunya

didedahkan

dengan situasi

pembelajaran. E.R. Hilgard, dan R.C. R.L. Introduction Psychology, 1975. to Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang kekal hasil dari pengalaman. Perubahan ini mungkin tidak jelas sehingga timbul suatu situasi yang menonjolkan tingkah laku baru ini; pembelajaran

Atkinson Atkinson

biasanya tidak diperlihatkan dengan sertamerta melalui pencapaian. Henry Clay Lindgren dan Donn Byrne Psychology: An Introduction to a Behavioral Science, 1976. Perkataan pembelajaran melambangkan konsep atau idea bagi menerangkan laku yang

perubahan

tingkah

diperlihatkan oleh seseorang.

Anita E. Woolfolk

Educational Psychology, 1995.

Pembelajaran adalah proses di mana pengalaman menyebabkan perubahan

dalam pengetahuan dan tingkah laku yang kekal .

Dapatlah disimpulkan bahawa walaupun pengertian pembelajaran yang diberikan berbeza antara satu sama lain, terdapat juga persamaan di antara huraian ini. Kesemua definisi ini memberi penekanan kepada perubahan tingkah laku seseorang sebagai ukuran berlakunya pembelajaran. 2.0 Jenis-jenis Pembelajaran

Kebanyakan sarjana telah membahagikan pembelajaran itu kepada tiga jenis iaitu pembelajaran formal, pembelajaran tidak formal (informal), dan pembelajaran non-formal. Berikut adalah perbezaan antara pembelajaran formal, pembelajaran tidak formal (informal), dan pembelajaran non-formal.

Jadual 2.1

: Perbezaan antara pembelajaran formal, pembelajaran tidak formal (informal), dan pembelajaran non-formal.

Perbezaan dari segi; a) Konsep

Pembelajaran formal

Pembelajaran tidak formal

Pembelajaran nonformal

Pembelajaran pendidikan dilaksanakan agensi-agensi institusi-institusi formal Misalnya yang

atau Pembelajaran yang oleh atau pendidikan dilaksanakan

atau

Pembelajaran diadakan bagi lagi

oleh

memperbaiki hasil yang

bukan agensi-agensi atau institusi-institusi formal.

pembelajaran diperolehi

melalui sistem formal (lebih lagi). Pembelajaran diadakan untuk 3 mendalam

seperti Semua pengetahuan di dan kemahiran didapati dan dikuasai melalui pengalaman,

terdapat

sekolah-sekolah, maktab-maktab,

institusi

tinggi,

pemerhatian, perbualan. (diperolehi secara

menambah, baru, baru,

ilmu

universiti-universiti dan sebagainya.

pengalaman bimbingan, dan

sedar, secara tidak sedar, secara tidak langsung spontan) Seseorang belajar bapa, boleh ibu dan

kepakaran sebagainya. Kebiasaannya

terlibat dalam aktiviti seperti bengkel,

melalui

forum, ceramah yang berbentuk kursus-kursus pendek sebagainya. dan formal,

pembantu

rumah, rakan sebaya, filem-filem, iklan-iklan dan sebagainya. Pembelajaran ada Pembelajaran tanpa berasaskan sukatan pelajaran (kurikulum / matlamat).

b) Peranan kurikulum

Berkemungkinan ada atau tidak kewujudan kurikulum. Ditetapkan penganjur. oleh

berasaskan sukatan pelajaran (kurikulum / matlamat) yang

sudah digubal oleh Tidak menetapkan isi Kementerian Pendidikan. pelajaran bahan-bahan pelajaran yang perlu dikuasai. Ia dalam Pembelajaran informal berlaku pada bila-bila masa. Pembelajaran informal adalah atau

c) Umur/masa (Pembelajaran ilmu)

berlaku

Kursus

ini

satu tempoh masa yang tertentu. Contohnya; Pembelajaran formal diwajibkan kepada

dilaksanakan secara berkala (tidak selalu) mengikut tertentu. ini keperluan

proses pembelajaran Kursus-kursus yang berterusan mungkin

semua kanak-kanak kebiasaannya mula bersekolah antara umur formal 5-7

beberapa

sepanjang hayat.

jam atau beberapa hari .

tahun (mungkin lebih awal). Contohnya; prasekolah memakan selama pendidikan enam masa setahun, rendah dan

tahun

pendidikan menengah enam tahun. Sekiranya dapat lulus atau antara tujuh

melanjutkan

ke peringkat yang seterusnya. Institusi-institusi formal seperti Tidak Pelbagai mempunyai

d) Tempat pembelajaran

Tempat-tempat formal dewan-dewan sekolah, darjah, latihan, di di hotel bilik pusat dan seperti

tempat yang khusus. tempat

sekolah-sekolah, maktab-maktab, universiti-universiti dan sebagainya. Siap dengan

misalnya di rumah, di pejabat, di kedai, di sekolah (selain dari pembelajaran formal), sebagainya. dan

sebagainya.

prasarananya seperti bilik darjah, bilik kuliah, makmal, bilik komputer, pusat sumber (ada kerusi dan meja). Dilaksanakan guru-guru pensyarah

e) Penglibatan

oleh Lingkungan atau yang masyarakat keluarga, seperti rakan

Orang berkemahiran pakar

yang dan

misalnya 5

terlatih bertauliah. Keterlibatan yang pembelajaran

dan

sebaya, dalam

ahli-ahli kumpulan

penceramah, pensyarahpensyarah sebagainya. Orang-orang yang dan

pihak diberi

sosial dan sesiapa sahaja yang terlibat.

seperti murid-murid, pelajar-pelajar mahasiswamahasiswi. dan

mengikuti pendidikan non-formal misalnya seperti peserta pesertabengkel,

ceramah, forum dan sebagainya (tidak

kira sama atau tidak latarbelakang mereka). Melibatkan penilaian Tidak pada setiap tahap yang dilalui sama melibatkan

f) Penilaian (Formatif dan Sumatif

Kurang atau

ditekankan secara

penilaian formatif dan sumatif.

tidak

langsung melibatkan penilaian dan sumatif. formatif

ada dalam bentuk formatif sumatif. Misalnya ada ujian bulanan peperiksaan. dan atau

3.0

Proses Pembelajaran

Proses pembelajaran berlaku apabila seseorang itu terdedah dengan persekitaran. Ia bermula dari rangsangan yang diterima melalui pancaindera. Rangsangan ini dibawa ke otak untuk diberi makna dan disimpan dalam ingatan sebagai pengalaman. Apabila pengalaman ini digunakan semula dalam bentuk yang baru, ia dianggap sebagai perubahan tingkah laku iaitu pembelajaran.

Kita pada zaman kanak-kanak dahulu mempelajari sesuatu contohnya matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan, penjenisan, reguan, dan susunan aturan. Padanan ialah kegiatan memilih sifat tertentu dan membuat

perbandingan. Penjenisan pula adalah kegiatan memilih sifat umum di kalangan bentukbentuk. Reguan merupakan kegiatan menyatakan keselarian objek-objek secara satu lawan satu. Manakala susunan aturan adalah kegiatan meletakkan perkara sepanjang satu

barisan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya. Antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne, Ausubel, dan Dienes.

3.1

Teori Piaget

Daripada kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanakkanak berbeza dan berubah melalui empat peringkat iaitu peringkat deria motor (02 tahun), pra-operasi (27 tahun), operasi konkrit (711 tahun) dan operasi formal (11 tahun ke dewasa). Walau bagaimanapun, usia ini tidak tetap kerana ia mengikut kemampuan pelajar itu sendiri. Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, kita harus memberi tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit. Ketika usia sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantuan mengajar dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. Paiget berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Beliau juga menegaskan kepentingan interaksi idea-idea antara kanak-kanak tersebut dengan kawankawan sejawatannya penting untuk perkembangan mental.

3.2

Teori Bruner

Bruner lebih menegaskan pembelajaran secara penemuan iaitu mengolah apa yang diketahui pelajar itu kepada satu corak dalam keadaan baru (lebih kepada prinsip konstruktivisme). Menurut kajian dan pemerhatian yang telah dibuat oleh Bruner dan pembantunya, Kenney, pada tahun 1963 mereka berjaya membina empat teorem pembelajaran matematik ( Mok Soon Sang, 1996) iaitu; a) Teorem Pembinaan - Cara yang paling berkesan bagi kanak-kanak mempelajari konsep, 7

prinsip atau hukum matematik ialah membina perwakilan dan menjalankan aktiviti yang konkrit. b) Teorem Tatatanda - Tatatanda matematik yang diperkenalkan harus mengikut perkembangan kognitif murid tersebut. c) Teorem Kontras dan Variasi - Konsep yang diterangkan kepada murid harus berbeza dan pelbagai supaya murid dapat membezakan konsep-konsep matematik tersebut. d) Teorem Perhubungan - Setiap konsep, prinsip dan kemahiran matematik hendaklah dikaitkan dengan konsep, prinsip dan kemahiran matematik yang lain.

3.3

Teori Gagne

Menurut Gagne, terdapat empat kategori yang harus dipelajari oleh kanak-kanak dalam matematik iaitu fakta, kemahiran, konsep dan prinsip. Gagne mempunyai hierarki pembelajaran. Antaranya ialah pembelajaran melalui isyarat, pembelajaran tindak balas rangsangan, pembelajaran melalui rantaian, pembelajaran melalui pembezaan dan sebagainya. Menurut Gagne, peringkat yang tertinggi dalam pembelajaran ialah penyelesaian masalah. Pada peringkat ini, pelajar menggunakan konsep dan prinsip-prinsip matematik yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah yang belum pernah dialami.

3.3

Teori Ausubel

David Ausubel (1963, 1977) mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan daripada pembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan bermakna (meaningful verbal learning), termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang dikenali sebagai Konsep Penyusunan Awal. Bagaimanapun, hafalan (rote memorization) tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna.

(a)

Model Pembelajaran Ekspositori

Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh Ausubel menekankan penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dan dijelaskan 8

menurut urutan serta fakta yang lengkap. Ausubel menegaskan pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif daripada am kepada spesifik atau daripada prinsip kepada contoh (Woolfolk, 1998).

(b)

Penyusunan Awal

Penyusunan awal (advance organizer) telah diperkenalkan oleh Ausubel untuk menyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya pembelajaran optimal berlaku. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut ialah memulakan pembelajaran berpandukan kepada penyusunan awal. Ia merupakan struktur yang

menerangkan hubungan antara konsep-konsep yang hendak disampaikan pada hari tersebut.

Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada guru dan pelajar tentang perkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran. Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari. Jadi terdapat tiga tujuan penggunaan penyusunan awal, iaitu memberi gambaran tentang apa yang penting dalam pelajaran, menjelaskan hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitanyang telah dipelajari.

Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara berikut: Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran resepsi (penerimaan) atau model pengajaran ekspositori kerana guru dapat menyampaikan maklumat yang lengkap dalam susunan yang teratur seperti dalam kaedah kuliah. Menggunakan penyusunan awal dalam pengajaran untuk menggalakkan pelajar mengingat semula konsep yang telah dipelajari dan mengaitkannya dengan konsep baru yang akan dipelajari serta mengingatkan mereka tentang perkara-perkara penting dalam sesuatu tajuk pelajaran.

3.5

Teori Dienes

Mengikut Dienes konsep matematik boleh dipelajari melalui enam peringkat iaitu permainan bebas, permainan berstruktur, mencari ciri-ciri, perwakilan gambar, perwakilan simbol dan akhirnya formalisasi. Teori Dienes mengariskan beberapa prinsip bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik iaitu; a) Prinsip Konstruktiviti - Pelajar haruslah memahami konsep sebelum memahaminya dengan analisa yang logik. b) Prinsip Perubahan Perspeptual - Kanak-kanak didedahkan pelbagai keadaan supaya dapat memaksimakan konsep Matematik. c) Prinsip Dinamik - Kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui pendedahan dan eksperimen untuk membentuk satu konsep. 4.0 Penutup

Setelah melihat teori-teori yang digariskan oleh Piaget, Bruner, Gagne, Ausubel dan Dienes kita dapat melihat ia ada kaitan dengan konsep konstruktivisme. Konstruktisvisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar. Di samping itu, konstruktivisme menyarankan kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada kanak-kanak tersebut. Pembinaan pengetahuan tersebut boleh dihasilkan melalui permainan dan eksperimentasi di samping pembelajaran koperatif. Apabila kanak-kanak bekerjasama, mereka berkongsi dalam proses pembinaan idea. Secara tidak langsung, kanak-kanak tersebut dapat membina pengetahuan baru hasil daripada pembelajaran secara kendiri. Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan kanakkanak menjadi asas yang penting dan guru bertindak sebagai fasilitator. Kanak-kanak juga didorong untuk mengemukakan idea dan teori bagi menyelesaikan masalah. Dalam pendidikan matematik contohnya, kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka memperolehi pengalaman yang akan digunakan untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang dipelajari akan datang. Secara kesimpulannya, kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan pengamatan sesuatu perkara. Selain daripada itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan pemikiran dengan

10

menghasilkan konsep baru. Ini bermakna pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsepkonsep dan tindakan-tindakan berguna berpandukan kepada keadaan dan masa yang diperlukan.

BIBLIOGRAFI

Anderson, J.R., Reder, L.M., & Simon, H.A. (2000). Applications and Misapllications of Cognitive Psychology to Mathematics Education. Texas Educational Review. Arhar, J.M., Holly, M.L. & Kasten, W.C. (2001). Action research for teachers: Traveling the yellow brick road. Upper Saddle, New Jersey: Prentice-Hall, Inc.

Creswell, J. W. (2005). Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research. Upper Saddle River, New Jersey: Pearson Education, Inc. Forseth, S.D. (1984). Creative Math/ Art Activities for the Primary Grades. Englewood Cliffs,New Jersey: Prentice-Hall, Inc. Marshall, C. & Rossman, G.B. (1999). Designing qualitative research. (3rd ed.) Thousand Oaks, California: Sage Publications. Mary Wong Siew Lian. (2006). Writing a research paper. Bahan Kursus/Bengkel Penyelidikan Tindakan Peringkat Intermediate Fasa 2 Tahun 2006 di bawah Kursus Pendek Kelolaan Institut, Institut Perguruan Batu Lintang, 22-23 Jun 2006 di PKG Serian, Sarawak. PALM. (1988-1990). Supporting teacher development through action research: A PALM resource for advisory teacher. Norwich: University of East Anglia. Teoh Poh Yew. (2002). Mathematical Magic and Craft. Creative Wizard. Toh Wah Seng. (2005). Penyelidikan tindakan: Perkembangan profesionalisme ke arah pengamalan reflektif dan penambahbaikan sekolah. Dalam Prosiding Penyelidikan Tindakan tahun 2005, 3-4 Oktober 2005, ms. 1-7. Kuching, Sarawak: Maktab Perguruan Batu Lintang

11

Rujukan internet: Contructivism (learning theory). Diperolehi daripada: http://en.wikipedia.org/wiki/Constructivism Constructivist Learning Theory. Diperolehi daripada: http://www.exploratrium.edu/IFI/ resources/constructivistlearning Crowther, D. (Dec, 1997). The Constructivist Zone. Electronic Journal of Science Education, 2 (2). Diperolehi daripada: http://unr.edu/homepage/jcannon/ejse/ejsev2n2ed.html Donovan, J. Education Terminology Every Parent Must Understand. Diperolehi daripada: http://www.nychold.com/hirsch-termin.html Dougiamas, M. A journey into Construcktivism. Diperolehi daripada: http://dougiamas.com/writing/constructivism .html Epstein, M. Constructivism. Diperolehi daripada: http://tiger.towson.edu/users/mepste1/researchpaper.html McDermott, L.C. (Dec. 1997). How we teach and how students learn - A mismatch? Electronic Journal of Science Education, 2(2). Diperolehi daripada: http://unr.edu/homepage/jcannon/ejse/mcdermott.html

12

Anda mungkin juga menyukai